KOD DAN NAMA PROGRAM F432-005-2:2019 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION AND MAINTENANCE TAHAP 2 KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI F432-005-2:2019 C01 SINGLE PHASE DRAWING NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. PREPARE SINGLE PHASE DRAWING REQUIREMENTS 2. PERFORM SINGLE PHASE DRAWING 3. CALCULATE MATERIALS REQUIREMENT 4. PROPOSE SINGLE PHASE DRAWING PAPERWORK NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP(1/10) Muka Surat: 1/38 TAJUK: KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik penghasilan lukisan satu fasa dengan betul INSTITUT DELTA SEMARAK NO. 1094, JALAN SUPPIAH PILLAY BATU 2 ½ OFF JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR KERTAS PENERANGAN
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 2/38 PENERANGAN: 1.0 LUKISAN PEMASANGAN ELEKTRIK Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik. a. Lukisan Skematik Lukisan skematik digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik secara urutan logik dan mudah. Ia juga menunjukkan kaedah pengagihan dan perpindahan tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau beban. Sambungan beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami. Ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan arus litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada pemasangan elektrik. Rajah 1: Lukisan skematik
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 3/38 b. Lukisan Pelan Bentangan Lukisan pelan bentangan disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan. Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu bangunan. Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan peralatan di masa hadapan. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan sebagainya. Rajah 2: Lukisan pelan bentangan
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 4/38 1.1Simbol Elektrik Dalam sesebuah lukisan elektrik simbol akan digunakan bagi menunjukkan lokasi peralatan yang digunakan. Penggunaan simbol yang standard dapat mengelakkan kekeliruan untuk mentafsirkan sesebuah lukisan. Jadual 1 :simbol lokasi pencahaya pendarflour
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 5/38 Jadual 2 :simbol lokasi pencahaya pendarflour
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 6/38 Jadual 3 :simbol lokasi pencahaya pijar dan nyah-cas
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 7/38 Jadual 4 :simbol lokasi pencahaya khas
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 8/38 Jadual 5 :simbol lokasi alatambah elektrik
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 9/38 Jadual 6 :simbol lokasi alatambah elektrik
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 10/38 Jadual 7 :simbol lokasi peralatan sistem elektronik
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 11/38 Jadual 8 :simbol lokasi peralatan sistem elektronik
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 12/38 Jadual 9 :simbol lokasi peralatan sistem elektronik
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 13/38 Jadual 10 :simbol lokasi peralatan sistem elektronik
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 14/38 Jadual 11 :simbol lokasi peralatan suis
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 15/38 Jadual 12 :simbol lokasi alat geganti dan jangka
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 16/38 Jadual 13 :simbol lokasi pemasangan talian atas dan kabel bawah
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 17/38 Jadual 14 :simbol lokasi pelbagai
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 18/38 Jadual 15 :simbol lukisan bentangan Bil Simbol Keterangan Daun Arah buka Daun Daun 1 2 3 4 5 Pintu satu daun Pintu dua daun Pintu gelongsor Tingkap Anak tangga
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 19/38 1.2 Skala Lukisan a. Pelan boleh diperbesar atau dikecilkan mengikut keperluan. Suatu pelan tapak sebaiknya dilukis bersesuaian dengan kertas lukisan untuk memudahkan jurtera mentafsirnya. Lukisan yang terperinci boleh diperbesarkan mengikut saiz skala pelan dan dan boleh digunanan untuk memberi arahan yang lebih tepat. Saiz bandingan tapak bangunan atau butir yang ditunjukkan pada sesuatu lukisan yang ditentukan oleh skalanya. Ia dinyatakan dalam nisbah 1:50 skala ini bermaksud bahawa lukisan itu adalah 1/50 dari angka yang diwakili. 20mm pada lukisan bersamaan 1 meter. b. Dengan menggunakan pembaris skala, jarak dapat diukur diantara dua titik dengan cara didarab mengikut skala lukisan tersebut. c. Lukisan tersebut berskala 1:2 bermaksud setiap ukuran bongkahtersebut mestilah didarab dengan 2 1 2 3 cm 10 20 30 mm 1 2 3 m Pembaris Pembaris skala 1:1 Pembaris skala 1:100 Rajah 2:pembaris skala 30mm 40mm 40mm skala 1:100 40mm 40mm 60mm Rajah 3:contoh lukisan
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 20/38 1.3 Garis Lukisan Lukisan teknik merupakan lukisan garisan lurus dan lengkok. Garisan yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan maksud tertentu. Ini membolehkan lukisan mudah difahami. Terdapat 10 jenis garisan mengikut piawaian BS308 seperti: a. Garisan objek b. Garisan keratan c. Garisan pandu d. Garisan unjuran e. Garisan dimensi f. Garisan tersembunyi g. Garisan tengah h. Garisan pecah i. Satah Pemotongan j. Garisan penyambungan
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 21/38 Jadual 16 :jenis-jenis garisan Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan 1. Garisan objek tebal garisan = 0.7mm Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda 2. Garisan keratan tebal garisan = 0.3mm 0.7mm Garisan tebal dan terputus panjang dan pendek Digunakan untuk menunjukkan bahagian keratan objek 3. Garisan pandu tebal garisan = 0.3mm Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek 4. Garisan unjuran tebal garisan = 0.3mm Garisan yang halus, digunakan untuk mengunjurkan garisan objek Selalunya digunakan dalam lukisan ortografik.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 22/38 5. Garisan dimensi tebal garisan = 0.3mm Garisan ini hitam dan halus .Digunakan untuk mendimensi objek. Ditandakan dengan anak panah dikedua- dua hujung garisan 6. Garisan tersembunyi tebal garisan = 0.3mm Garisan yang diputuskan garis-garis pendek Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh kelihatan 7. Garisan tengah tebal garisan = 0.3mm Garisan yang diputuskan oleh titiktitik Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek yang berbantuk 8. Garisan pecah tebal garisan = 0.7mm Garisan ini dibuat sama hitam dan tebal seperti garisan objek Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi sesuatu objek.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 23/38 9. Satah Pemotongan tebal garisan = 0.3mm 0.7mm Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi sesuatu objek 1.4Template Lukisan Untuk membangunkan lukisan secara manual, pelbagai peralatan asas diperlukan seperti: a. Papan lukisan b. Sesiku T c. Sesiku 30 d. Sesiku 45 e. Pemadam f. Pembaris g. Pensil / pensil mekanikal h. Perisai pemadam i. Jangka lukis j. Pencontoh / Template i. Papan lukisan (Drawing board) Papan lukisan diperbuat daripada kayu lembut bersaiz 60cm x 80cm. Permukaanya rata adalah penting disamping bucu kiri dan kanannya diperkemas untuk membolehkan kertas lukisan dilekatkan diatasnya. Kertas boleh dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat. ii. Sesiku T (Tee Square) Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepala dan bilah. Ia adalah alat utama dalam melukis lukisan teknik. Ia mestilah diletakkan diatas papan lukisan dengan kedudukan melintang. Kepala mestilah ditolak rapat dengan tepi papan dan boleh digerakkan ke atas dan ke bawah.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 24/38 iii. Sesiku segi tiga (Set Square) Terdapat dua jenis sesiku iaitu bersudut 30° dan 45°, ia digunakan untuk membuat garisan menegak dan bersudut. Ia diletakkan diatas sesiku T dan boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan. iv. Pensil Dalam lukisan teknik jenis pensil amat ditekankan untuk menentukan mutu lukisan. Terdapat pelbagai jenis kelembutan mata pensil dibuat khusus untuk garisan yang berlainan. Mata keras – 4H – 9H Mata Sederhana – untuk garisan am, objek, lakaran atau menghuruf (3H,2H, H, F, HB) Mata lembut – untuk garisan nyata (B dan 2B) v. Perisai pemadam (Eraser Guard) Diperbuat dari logam nipis yang mempunyai banyak lubang. Ia bertujuan sebagai panduan pemadam supaya tidak terpadam garisan lain yang berhampiran. vi. Pencontoh (Template) Digunakan untuk memudahkan kerja-kerja melukis kerana tidak perlu menggunakan peralatan lukisan lain. Terdapat banyak pencontoh seperti pencontoh bulat, segiempat, segitiga dan simbol elektrik.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 25/38 1.5Lokasi Beban Lukisan pemasangan elektrik bagi rumah kediaman dimulakan dengan mendapatkan lukisan pelan premis tersebut. Kebiasaannya lukisan tersebut diperolehi daripada arkitek atau pemaju. Butiran yang perlu diperolehi daripada lukisan tersebut adalah ukuran setiap ruang bangunan, tinggi bangunan dan jadual pemasangan alat tambah dan alat kelengkapan elektrik. Daripada maklumat yang diperolehi, pelukis perlu meletakkan simbol alat tambah dan kelengkapan elektrik ke dalam pelan bentangan berdasarkan peraturan pemasangan elektrik domestik, dan menggunakan simbol piawai. Pelukis juga perlu menunjukkan cadangan laluan kabel dari alat pengawal seperti suis ke alat tambah seperti lampu dan kipas. Label pada setiap alat tambah boleh diletakkan jika perlu. Akhir sekali, satu lagenda hendaklah diletakkan pada penjuru kanan lukisan. Lagenda ini digunakan untuk menerangkan tentang simbol dan nama simbol berkenaan. Rajah 4:contoh penentuan lokasi beban
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 26/38 2.0ALAT PELINDUNGAN DIRI (PPE) Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat untuk melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai dan bergurau senda. Untuk menjaga keselamatan diri perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi: a. Pakai pakaian bengkel yang sesuai saperti yang ditunjukkan dalam gambar sebelah.Elakkan memakai pakaian longgar keranapakaian yang longgar mudah tersangkut pada bahagian-bahagian mesin yang berputar atau bergerak. b. Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan. Ini boleh mengelakkan serpihan logam ataupun besi yang tajam terkena kaki. c. Gunakan pelindung mata saperti cermin mata, gogel atau alat pelindung. Ini dapat menghidarkan tatal atau serpihan logam daripada masuk kedalam mata. d. Elakkan memakai barang-barang perhiasan atau barang-barang kemas saperti jam tangan, cincin dan rantai, kerana barang-barang tersebut boleh menyebabkan kemalangan akibat terantuk ataupun tersangkut pada mesin atau alat-alat lain. e. Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan-kawan lain sama ada melibatkan peralatan bengkel ataupun tidak. f. Rambut mestilah pendek dan kemas. Rambut yang panjang boleh tersangkut pada mesin yang sedang berputar.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 27/38 i. Kelengkapan pakaian keselamatan Sarung tangan kulit Sarung tangan kulit adalah digunakan untuk melindungi tangan dari sudut tajam atau menggerutu, berkarat dan habuk-habuk besi terutamanya semasa mencanai mata alat. Sarung Tangan Getah. Sarung tangan getah pula seharusnya dipakai untuk melindungi tangan dari terkena asid, minyak pelarut, gelu dan sebagainya. Ianya digunakan bagi melindungi tangan dari terkena habuk-habuk apabila satu-satu alat itu dibersihkan dengan penyembur angin(air-blower). Kasut Keselamatan. Kasut keselamatan adalah sejenis kasut yang dibuat khas dimana ianya mengandungi pelapik yang teguh dibahagian penutup jari. Oleh itu ianya seharusnya dipakai bagi melindungi jari-jari kaki apabila terkena alat-alat atau bahan- bahan berat yang terjatuh dari atas. Kasut Getah Panjang. Dipakai apabila difikirkan perlu untuk melindungi kaki dari terkena air atau minyak- minyak pelarut yang merbahaya. Cermin Mata Keselamatan. Goggles yang terang mestilah dipakai untuk melindungi mata dari kecederaan terutamanya apabila kerja memotong dilakukan. Topi Keselamatan. Topi keselamatan mestilah sentiasa dipakai,terutamanya apabila bekerja dan memasukki kawasan pembinaan. Ianya digunakan adalah untuk melindungi kepala apabila terkena bahan-bahan atau alat- alat yang terjatuh dari atas. Dengan memakai topi keledar, kecederaan kepada kepala dapat dikurangkan.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 28/38 Barrier Cream. Barrier cream adalah sejenis minyak pekat yang mana digunakan untuk mencegah kuman melekat pada tangan.Ianya digunakan setelah selesai membuat satu-satu pekerjaan, terutamanya setelah terpegang bahan-bahan cecair yang merbahaya. Pengadang Muka. Pengadang muka hendaklah sentiasa dipakai apabila menggunakan jentera kayu, terutama apabila menggunakan mesin pelarik, gergaji piring dan lain-lain jentera. Pengadang muka ini dapat melindungi muka daripada terkena serpihan kayu dan habuk. Penutup Telinga. Penutup telinga ini digunakan semasa bekerja dijentera kayu yang mengeluarkan bunyi yang terlalu bising iaitu untuk melindungi telinga dari lemah pendengaran. Kayu Dan Papan Penolak. Walaupun bahan-bahan ini bukan tergulung dalam jenis pakaian tetapi ianya juga perlu digunakan untuk keselamatan diri. Ianya digunakan semasa membelah kayu pada jentera gergaji piring dan jentera ketam perata iaitu untuk melindungi dan mengelakkan tangan dari terkena pisau pemotong. Tali Pinggang Keledar. Apabila bekerja ditempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah meamakai tali pinggang keledar supaya dapat mengelakkan daripada terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak kerana berfungsi sebagai penghadang daripada jatuh. Apabila bekerja ditempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah meamakai tali pinggang keledar supaya dapat mengelakkan daripada terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak kerana berfungsi sebagai penghadang daripada jatuh.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 29/38 3.0LAWATAN TAPAK KERJA Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang dan mengenal pasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan. 3.1 Lokasi tapak kerja. Rajah 5:carta alir kerja
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 30/38 3.2 Logistik Bagi kegunaan logistik ,permintaan yang paling banyak digunakan adalah penggunaan beban dari 3 fasa mengikut kehendak dan permintaan oleh pengguna. 3.3Pelan tapak kerja a. Mengemukakan Pelan Lukisan Dan Spesifikasi b. Peraturan 65, Peraturan-PeraturanElektrik 1994 menyatakan kelayakan Pendawai mengemukakan pelan adalah seperti berikut: i. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal ii. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga 3.4Lokasi beban a. Mengenalpasti Keperluan Beban Pengguna Melalui pelan lantai bangunan keperluan pemasangan seperti cadangan beban, penempatan kelengkapan elektrik dan rekabentuk pelan pepasangan boleh ditentukan. b. Mengira Permintaan Beban Maksimum i. Anggaran permintaan beban maksimum adalah untuk menentukan spesifikasi kelengkapan pendawaian seperti kabel, aksesori dan seterusnya menyediakan pelan pepasangan elektrik.Mengikut MS IEC 60364 Part 1 klausa 311, pengiraan permintaan maksimum bagi setiap litar bertujuan supaya rekabentuk pepasangan yang ekonomi, berdaya harap dan dalam had voltan susut yang dibenarkan. ii. Faktor Kepelbagaian boleh diambilkira.Pengiraan kesemua permintaan arus maksimum setiap litar perlu disediakan dengan lengkap.Butiran ini dapat menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampiar dan juga membantu dalam menentukan saiz kabel.Rujuk Jadual Ketiga (Jadual A danJadual B), Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk menghitung permintaan arus maksimum dan kelonggaran bagi kepelbagaian untuk pepasangan domestik.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 31/38 3.5Permit kebenaran tapak kerja Permit kebenaran tapak kerja akan digunapakai semasa sebelum melakukan sebarang kerja. Jadual 17 : permit kerja ( PTW ) PERMIT KERJA ( PTW ) NAMA PEMOHON : __________________________________________ JAWATAN : __________________________________________ NAMA & ALAMAT : __________________________________________ SYARIKAT __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ BIL NAMA PEKERJA NO KAD PENGENALAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Masa masuk : _____________Am / Masa tamat : _____________Am / Pm Tarikh : ____________________ Tempat kerja : ________________________________________ No tel : ______________________________________ PERMIT KERJA ( PTW ) NAMA PEMOHON : __________________________________________ JAWATAN : __________________________________________ NAMA & ALAMAT : __________________________________________ SYARIKAT __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ BIL NAMA PEKERJA NO KAD PENGENALAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Masa masuk : _____________Am / Masa tamat : _____________Am / Pm Tarikh : ____________________ Tempat kerja : ________________________________________ No tel : ________________________________________
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 32/38 4.0JENIS BEBAN Di dalam rekabentuk elektrik, antara langkah permulaan yang penting ialah mengenalpasti jenis-jenis beban elektrik yang akan digunakan dan menentukan jumlah penggunaan beban elektrik berdasarkan kepada permintaan maksimum (maximum demand) pada sesuatu tempoh masa, contohnya dalam tempoh 30 minit secara berterusan. Secara amnya, beban elektrik ialah bermaksud peralatan yang berasaskan penggunaan elektrik (peralatan elektrik) untuk beroperasi seperti lampu, peti ais, televisyen, radio, mesin, motor dan sebagainya. Secara teknikalnya pula, sesuatu peralatan elektrik tidak dikatakan sebagai beban elektrik kecuali selepas ianya disambungkan kepada voltan bekalan elektrik dan menggunakan sejumlah kuasa elektrik untuk beroperasi. Jenis-jenis beban elektrik yang digunakan pula ialah seperti berikut: a. Beban elektrik jenis rintangan (resistive load) seperti lampu tungsten (incandescent), pemanas air dan sebagainya yang bersifat menukarkan tenaga elektrik kepada haba serta tidak berkait secara langsung dengan arus lonjakan permulaan (starting current / inrush current). b. Beban elektrik jenis induktif (induktif load) seperti motor dan pam elektrik yang berkait secara langsung dengan arus lonjakan permulaan dan memerlukan sesuatu tempoh masa untuk kembali stabil pada nilai arus penggunaan sebenar bergantung kepada nilai voltan, frekuensi dan jumlah beban induktif yang digunakan. c. Perlu diingatkan bahawa proses mengenalpasti jenis beban elektrik dan jumlah penggunaan adalah penting walaupun ianya hanya melibatkan pepasangan yang dianggap mudah seperti pepasangan domestik rumah kediaman. Ini adalah kerana tidak semua beban elektrik akan digunakan secara serentak pada sesuatu masa, contohnya seperti permintaan arus, mekanisma kawalan dan masa yang digunakan. d. Sesuatu rekabentuk elektrik yang tidak mengambil-kira faktor permintaan arus maksimum (maximum demand) serta faktor pelbagai (diversity factor) dan hanya mengambil jumlah keseluruhan beban tersambung (connected load) berkemungkinan adakan menjadi tidak praktikal dan dikira bersifat membazir (over design).
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 33/38 4.1 pencahayaan. Antara jenis beban yang terdapat pada litar pencahayaan ialah:- a. Lampu b. kipas siling 4.2 kuasa. Antara jenis beban yang terdapat pada litar kuasa ialah:- a. soket alir keluar 13 amp b. soket alir 4.3 .peralatan elektrik. Antara jenis beban yang terdapat pada peralatan elektrik ialah:- a.pemasak b.pemanas air c.seterika
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 34/38 5.0PERALATAN MELUKIS a. Pelukis yang memilih teknik manual tidak perlu terburu-buru mencari dan membeli pelbagai peralatan yang berkualiti tinggi dan mempunyai harga yang sangat mahal. Gunakan modal yang ada mengikut kemampuan. Latihan yang kerap mampu membuatkan hasil lukisan menjadi lebih kemas dan mengikut piawaian. Berikut adalah beberapa contoh peralatan dan bahan yang diperlukan dalam membangun lukisan teknikal elektrik satu fasa ; Jadual 18: Peralatan melukis (manual) Pensil Mekanikal 0.5 atau 0.7 Pensil mekanikal adalah peralatan yang mesti ada pada setiap pelukis teknikal secara manual sekurang- kurangnya dengan penggunaan mata pensil sehalus 0.5 ataupun 0.7 2B sebagai pilihan standard bagi semua pelukis. Pelukis akan dapat hasilkan lukisan dengan garisan yang halus dan kemas. Pemadam Pensil Boleh digunakan untuk memadam bahagian kesilapan dalam lukisan. Bagi pilihan pembelian pemadam pensil adalah digalakkan mendapatkan jenis pemadam yang berkualiti standard dan lembut bagi mengelak kertas lukisan mudah comot atas kesan penggunaannya. Pembaris Lurus Pembaris lurus jenis pendek dan panjang adalah perlu untuk menghasilkan lukisan yang kemas. Selain itu ukuran yang terdapat pada pembaris juga boleh digunakan sebagai rujukan untuk melukis sesuatu yang mempunyai ukuran kritikal. Pen Warna Untuk lukisan teknikal elektrik tiga fasa adalah memerlukan sekurang-kurangnya 5 jenis warna iaitu merah, kuning, biru, hitam dan hijau. Kelima-lima jenis warna ini adalah kod standard yang biasa digunakan untuk mana-mana jenis pendawaian tiga fasa dalam Malaysia. Dapatkan mata pen lukisan yang sesuai dengan kemahiran pelukis.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 35/38 Template/Pencontoh Template atau pencontoh lukisan adalah sejenis pembaris yang mempunyai pelbagai pilihan contoh rupa bentuk lukisan. Daripada rupa bentuk bulat, segi tiga, segi empat, bujur dan pelbagai lagi bentuk disediakan bagaimanapun perlu membuat pilihan dengan betul semasa membuat pembelian kerana kita tidak mahu membeli pencontoh yang tidak boleh digunakan dalam membangun lukisan teknikal. Papan Lukisan Papan Lukisan juga adalah menjadi suatu keperluan kepada ramai pelukis teknikal manual kerana ia mampu memberi kemudahan kepada pelukis dalam memusingkan kertas lukisan tanpa merosakkan kertas dan mampu mengekalkan kedudukan ukuran yang dikehendaki. Bagaimana pun ianya adalah pilihan kepada pelukis samada mahu menggunakannya ataupun tidak kerana saiznya agak besar dan sukar dibawa kemana-mana tanpa bag yang sesuai. Liquid Paper/Correction Tape Liquid paper dan correction tape boleh digunakan sekiranya kesilapan berlaku pada garisan sebasa menggunakan pen. Bagaimana pun pelukis perlu mengurangkan penggunaannya kerana bahan ini akan menyebabkan kekemasan lukisan tercemar sekiranya penggunaannya terlalu kerap pada kertas yang sama. Set Jangka Lukis Jangka lukis digunakan untuk melukis garisan melengkung atau bulatan yang agak besar. Biasanya terdapat pelbagai jenis set pembaris disediakan bersama set pembeliannya. Set pembaris 90º,45º, pembaris separuh bulatan 180º dan pembaris segi tiga kadang-kala boleh digunakan untuk membantu memudahkan kerja melukis lukisan teknikal.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 36/38 b. Dalam pemilihan lukisan secara digital, pelukis mempunyai pelbagai pilihan aplikasi dan software yang disediakan dalam perisian internet samada yang percuma ataupun yang berbayar. Berikut adalah beberapa software lukisan digital yang boleh digunakan untuk membangunkan lukisan teknikal secara digital; Jadual 19: Peralatan melukis (digital) AutoCAD AutoCAD adalah perisian khas untuk lukisan teknikal 3D juga digunakan untuk untuk perancangan pendawaian. Digunakan untuk reka bentuk bangunan, pembinaan, dan kejuruteraan. Lebih kepada untuk membuat model lukisan 3D, AutoCAD juga digunakan untuk draf, dokumen dan juga masih boleh untuk 2D. Program ini adalah program berbayar. TinyCAD TinyCAD adalah program terbuka untuk melukis litar pendawaian. Pengguna boleh membuat Library simbol litar tersendiri dan menyimpannya, tetapi prosesnya memakan masa agak lama. Program ini adalah sesuai untuk melukis litar pendawaian dan ia adalah Software percuma. Dapatkannya dan buat latihan. Microsoft Visio Microsoft Visio adalah software yang besar dan mempunyai pelbagai simpanan kumpulan simbol dari pelbagai jenis media. Software ini sangat berguna untuk pelukis elektrikal. Tetapi software ini dijual dengan harga yang sangat mahal. Pengguna boleh memilih untuk membuat pembelian secara sewa bulanan untuk harga yang murah. Electra E8 Electra Cloud E8 adalah software yang digunakan secara online. Tidak perlu pemasangan/install pada komputer. Ia boleh digunakan pada pelbagai plantar canggih seperti komputer, laptop dan juga smartphone. Dikatakan sangat berguna untuk lukisan litar dan skematik. Ianya adalah program berbayar dan mempunyai banyak pengguna dari seluruh dunia.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 37/38 Solidworks Solidworks adalah program yang sangat canggih. Mempunyai pelbagai kelengkapan perancangan elektrikal secara terperinci. Lebih kepada lukisan 3D program elektrik, elektronik, robotik, mechatronik dan pelbagai lagi. Ianya hampir sama dengan Autocad. Program ini adalah program berbayar. Cofaso Cofaso dikatakan program yang sesuai untuk membuat pelbagai lukisan teknikal jenis skematik. Ia juga diuar- uarkan sebagai program yang penting untuk membuat lakaran program PLC System. Ianya adalah program berbayar dan pengguna perlu belajar dan berlatih lebih masa untuk memahami kesemua programnya. Paint DOT NET Ianya hanya sebuah program percuma yang digunakan untuk melukis dan mengedit gambar. Tetapi tanpa disangka ia boleh digunakan untuk melukis secara manual dalam menghasilkan lukisan teknikal seperti lukisan blok, pelan bangunan, pelan susun atur, lukisan skematik pendawaian satu dan tiga fasa, lukisan pendawaian dan pelbagai lagi. Sekali lagi perlu diingatkan bahawa program ini tiada menyimpan sebarang simbol untuk lukisan teknikal dan pelukis perlu menghasilkannya secara manual dalam komputer dan mungkin mampu mengubah standard simbol lukisan. Pemantauan pengajar adalah diperlukan.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/10) Muka Surat: 38/38 SOALAN: 1. Apakah tujuan lukisan skematik? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 2. Berikan tiga jenis alat perlindungan diri. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 3. Apakah tujuan merancang lawatan tapak kerja? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ RUJUKAN: 1. http://www.bing.com/pengenalan kepada keperluan lukisan elektrik, 23 Okt 2020, 1100 2. Omardin Haji Ashaari.pengujian. 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. https://www.osha.gov/ law-reg-html.constructions, 23 Okt 2020, 1800