MPU 23012 :
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KANDUNGAN 2
3-4
1.0 Definisi integrasi nasional
5
Pengenalan integrasi nasional
Definisi perpaduan 7-8
Pupuk Integrasi Nasional 9
10-11
2.0 Definisi rakyat 12
13-14
Rumah terbuka
Fahami budaya 15
Amalan mulia
Penerimaan budaya 16
Rukun tetangga 17-18
3.0 Peranan Rukun Tetangga 19
4.0 Program di IPT 20
Peranan kelab-kelab di IPT 21-22
Aktiviti kokurikulum & peranan
golongan akademik 23
Peranan IPT 24
25
5.0 Kelab Perpaduan 26
Rukun negara dibentuk dengan tujuan
utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh.
6.0 Tapak Integrasi tidak rasmi
7.0 Kesimpulan
8.0 Rujukan
9.0 Refleksi Diri
DEFINISI INTERGRASI NASIONAL
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai pelbagai kaum,budaya serta agama
dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan
satu perkara yang menyebabkan Malaysia sebuah
negara yang unik dimana kemerdekaan Malaysia
dikongsi bersama dengan kaum lain dengan
harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang
kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu
mekanisma yang memperkuatkan hubungan ini
dengan memperkenalkan Integrasi Nasional.
Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1994), membawa maksud “sesuatu perihalan atau
proses penggabungan dan kesepakatan Untuk
menjadi satu”.
2
INTEGRASI NASIONAL
• DEFINISI PERPADUAN
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam
kalangan mereka.
Petikan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang
integrasi nasional “ Malaysia tidaklah harus menjadi negara
yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu
merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai
kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan
kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan
politik, system pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai
sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan
keyakinan akan bangsa sendiri.”
• Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen
yang penting daripada pembangunan negara. Oleh itu,
mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri
masyarakat majmuk di negara kita.
• Sistem Pendidikan merupakan salah satu cara memupuk
integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara kaum dan
etnik.
• Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari
nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati
proses sosialisasi secara mudah.
1. Bahasa Malaysia
Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai strategi
telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan kaum
antaranya ialah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar utama.
3
2. Kurikulum
Kurikulum yang seragam dan berorientasikan Malaysia di
semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya juga
telah diperkenalkan.
3. Pendidikan Kewarganegaraan
Unsur-unsur Pendidikan kewarganegaraan juga telah
diterapkan ke dalam semua mata pelajaran.
Pendidikan berperanan memupuk semangat patriotik
kepada negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping
itu, pendidikan turut membentuk sifat-sifat toleransi,
persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah
masyarakat yang bersatu padu.
4. Peruntukan & Perhatian
Peruntukan dan Perhatian diberikan dengan adil, tidak
kira sama ada bersekolah di dalam bandar atau di luar
bandar mahupun golongan yang tidak bernasib baik.
Semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang
sama dalam Pendidikan sama ada mereka bersekolah di
dalam bandar atau di luar bandar.
Di samping tu, alat-alat yang dibekalkan seperti kerus,
meja, almari adalah seragam di semua sekolah.
Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat
kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka
menggunakan bahasa pengantar yang berlainan tetapi
sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan
diselaraskan secara berpusat.
4
PUPUK INTEGRASI NASIONAL
Akibat keretakan Integrasi Nasional
Perbezaan Agama dan budaya
Ketidakpuasan hati
Kedudukan geografi
Perkasa Bahasa Kebangsaan
Pemantapan aktiviti
Pupuk kefahaman
Dasar Pelajaran Kebangsaan
HALANGAN INTEGRASI NASIONAL
Perbezaan Agama & Budaya
Dasar Penjajahan
Sistem Pendidikan
Amalan Ekonomi
Perbezaan Politik
PEMUPUKAN INTEGRASI NASIONAL MELALUI RIMUP
Kecemerlangan akademik
Sukan dan permainan
Ko-kurikulum
Khidmat masyarakat
Aktiviti berbentuk patriotik
5
DEFINISI RAKYAT
Masyarakat ialah kumpulan manusia yang
menetap bersama-sama di sesuatu tempat
dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan
terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik
kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang
kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan
rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan damai malah saling
menghormati.
6
RUMAH TERBUKA
Rumah terbuka ini akan diadakan oleh
setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim
perayaan. Setiap etnik di Malaysia akan sering
kunjung – mengunjungi ke rumah jiran tetangga
walaupu berlainan etnik. Dalam aktiviti ziarah ini,
setiap etnik akan menitikberatkan ciri sensitiviti
yang ada pada agama dan kaum tertentu.
Bangsa Melayu Islam perlu dihidangkan
dengan hidangan yang halal lagi bersih. Kaum
india pula tidak dihidangkan dengan menu yang
terdapat daging lembu. Ziarah kaum Tionghua
pula perlu menepati tema warna merah bagi
menimbulkan kemesraan dan keharmonian dalam
komunikasi.
7
Diadakan oleh setiap rakyat malaysia apabila
musim perayaan
Aktiviti kunjung mengujung sesama masyarakat
Rumah terbuka di malaysia bermaksud
sesuatu perayaan agama disambut oleh
penganut pelbagai agama dengan tujuan
memupuk persefahaman di kalangan rakyat
malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan
mengembangkan agama kepada penganut
agama lain. Biasanya rumah terbuka diadakan
di padang atau di dalam dewan.
Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan
secara kecil-kecilan di mana tuan rumah
menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi
menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari
kaum melayu, cina, india dan lain-lain turut
dijemput.
Amalan rumah terbuka memberi kefahaman
kepada rakyat tentang nilai hidup ajaran kaum
berlainan yang menganjurkan sifat berbaik-baik
sesama manusia.
8
FAHAMI BUDAYA
Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam
memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.
Dengan menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu kaum itu,
dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat lain.
Sebagai contohnya ketika rumah terbuka Aidilfitri, kaum bukan
Melayu akan mengetahui budaya makanan, hiasan serta hati
budi masyarakat Melayu. Tidak dinafikan masyarakat bukan
Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu seperti
rendang, ketupat, soto, lemang dan sebagainya, yang tidak ada
dalam menu rumah terbuka atau ketika perayaan agama lain.
Bagi kaum bukan Melayu, mereka tidak akan dapat
merasakan pelbagai makanan tradisi orang Melayu ini tanpa
rumah terbuka. Walaupun pada masa kini, sudah wujud banyak
gerai yang menjual makanan itu, ia tidak sama dengan hidangan
ketika hari perayaan. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa
makanan adalah sebahagian daripada asas perpaduan kaum di
negara ini. Begitu juga dengan orang Melayu, mereka tidak akan
dapat merasai makanan tradisi orang Cina dan India kecuali
ketika amalan rumah terbuka.
9
AMALAN MULIA
Selain itu, masyarakat bukan Melayu juga akan melihat
budaya rumah orang Melayu serta amalan mulia orang
Melayu yang bersalam salaman serta cara bagaimana orang
Melayu melayan tetamu. Semua ini pengalaman berharga
yang patut diamati bukan Melayu supaya mereka
memahami budaya Melayu dengan lebih dekat lagi.
Pemahaman yang mendalam terhadap budaya orang
Melayu sebenarnya akan menjadikan seseorang bukan
Melayu itu sentiasa diterima oleh orang Melayu. Hanya
dengan pemahaman mendalam terhadap budaya bangsa
lain saja yang boleh mewujudkan rasa hormat menghormati
di antara satu sama lain.
Situasi yang sama juga berlaku kepada orang Melayu. Jika
mereka tahu adat dan budaya orang Cina atau India,
mereka juga akan diterima baik oleh bukan Melayu.
Budaya rumah terbuka akan mendidik sikap hormat
menghormati serta sikap respect terhadap amalan kaum
lain. Dalam hal ini, orang bukan Melayu seperti Cina dan
India akan melihat bagaimana budaya orang Melayu itu
dipengaruhi agama mereka iaitu agama Islam. Tidak kira
dalam apa juga aspek seperti bersalaman, pakaian serta
makanan. Perkara sama juga akan dipraktikkan apabila
orang Islam mengunjungi rumah terbuka bagi agama lain.
10
Jadi, di sini, secara tidak langsung
rumah terbuka akan mendidik jiwa
masyarakat pelbagai kaum di
negara ini untuk menerima
kepelbagaian budaya yang wujud
di negara ini. Sejak akhir-akhir ini
dilihat begitu banyak individu
tertentu yang sengaja
menimbulkan isu sensitiviti
keagamaan dengan menghina
agama lain. Sikap sebegini tidak
seharusnya timbul jika individu itu
tahu ajaran agama lain seperti apa
yang dilarang dan apa yang
diwajibkan oleh ajaran Islam
sebagai contohnya.
Ada beberapa perkara yang orang Islam tidak boleh buat
dan tidak boleh lakukan, perkara haram, perkara wajib,
perkara harus serta makruh ada dalam ajaran Islam.
Jadi jika perkara ini tidak diambil tahu oleh penganut agama
lain, maka dengan mudahlah mereka menghina ajaran
agama Islam dan masyarakat Melayu. Bagi masyarakat
Melayu pula, mereka juga perlu tahu apakah taboo dan
pantang larang masyarakat Cina dan India supaya lahir rasa
hormat terhadap orang lain juga.
Amalan rumah terbuka adalah keunikan yang hanya ada di
Malaysia dan tidak ada di negara lain. Tradisi ini perlu
diteruskan dan perlu menjadi contoh kepada generasi
baharu bahawa negara ini mempunyai cara tersendiri untuk
memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Ia adalah amalan nenek moyang orang Melayu, Cina dan
India sejak turun temurun dan diharap ia terus kekal di
tengah modenisasi dan globalisasi yang ada kalanya boleh
menghakis jati diri dan sifat kemasyarakatan.
11
PENERIMAAN BUDAYA
Dewasa ini, masyarakat bukan melayu mula
menerima budaya orang melayu dari segi
pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan
melayu segak menggayakan baju kurung dan
baju melayu terutamanya pada hari jumaat dan
fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar –
pelajar sekolah bukan melayu .
Bagi orang melayu pula, mereka mula
menerima masakan cina dan india serta
pemberian duit raya telah menggunakan
sampul atau ‘angpau’ yang terkenal di
kalangan orang cina. Dewasa ini juga telah
kelihatan di taman – taman perumahan,
terdapatnya penempatan yang sama untuk
semua etnik yang pastinya keadaan ini akan
menggalakkan lagi hubungan etnik di kalangan
rakyat melalui aktiviti setempat.
12
RUKUN TETANGGA
Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-
kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk
mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan.
Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli
masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Ianya juga berfungsi
untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama
pada malam hari.
Visi utama rukun tetangga ditubuhkan adalah membantu dalam
pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam
konteks pencapaian wawasan 2020. Misinya pula adalah
memupuk kesefahaman dan bertolah ansur kea rah
pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta
beridentiti sendiri dan motonya pula Bersatu Terus Maju. Objektif
punubuhan kelab ini adalah untuk memelihara, meningkat dan
mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras
dengan dasar-dasar pembangunan Negara berlandaskan
Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara.
Selain itu, program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai
untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama
pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa
mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab
menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Aktiviti ini
memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum
yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan
rondaan bersama-sama. Dengan adanya aktiviti rukun tetangga,
hubingan antara jiran dapat diperkukuh. Mempunyai jiran yang
berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama,
bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan
menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita.
13
Skim rukun tetangga diperkenalkan pada tahun
1975 sebagai satu Langkah membolehkan
rakyat sendiri mengawal dan menjaga
keselamatan kawasan kediaman mereka .skim
ini kemudiannya diperbaharui dengan
menekankan konsep kejiranan dengan falsafah
bahawa kesejahteraan kawaasan sejiran akan
menjamin kesejahteraan negara .
Pada masa kini terdapat lebih daripada
8100 kelab rukun tetangga(KRT) diseluruh
negara dengan pendekatan pembangunan
komuniti bagi memastikan perpaduan dan
keharmonian hubungan di dalam
masyarakat akan terus berkekalan dan
berterusan.
14
PERANAN RUKUN
TETANGGA
Meningkatkan
kualiti kehidupan
dan sistem
kekeluargaan.
15
PROGRAM DI IPT
Menitik beratkan aspek pendidikan yang harmonis dalam
sesebuah masyarakat pelbagai kaum
Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberi keumtamaan.
Contoh subjek : Kenegaraan, Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan
Asia.
Menguatkan peribadi serta moral para pelajar.
Hasilnya, menyatu padukan generasi muda.
Peranan Kelab-kelab di IPT
Menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum.
Contoh: Kelab Perpaduan, Kelab Rukun Negara.
Mekanisme yang mendekatkan pelajar berbilang kaum.
Bermula dengan satu keterpaksaan dan berakhir dengan
kesepaduan kaum.
16
AKTIVITI KOKURIKULUM
Merapatkan hubungan dengan masyarakat luar kampus.
Ruang untuk memahami bagaimana kehidupan
masyarakat Malaysia.
Contoh: Program keluarga angkat, sukan, pameran, PLKN
Memberi peluang kepada mahasiswa untuk bekerjasama
dalam melaksanakan suatu tugasan.
Peranan Golongan Akademik
•Pensyarah bertanggungjawab dedahkan kepada pelajar
nilai-nilai bagi memupuk keharmonian kaum.
•Sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonia dalam
negara.
•Beri peluang kepada mahasiswa untuk berbincang sesama
pensyarah tentang isu-isu sensitif seperti perkauman secara
ikhlas dan jujur.
•Agen integrasi dan perpaduan dalam menggalakkan
interaksi antara pelajar dalam kerja kumpulan yang
melibatkan berbilang kaum.
17
• Aktiviti ko-kurikulum seperti program sukan, kelab,
persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi ,harus lah
dipergiat dan dipertingkatkan lagi dikalangan mahasiswa
pelbagai kaum.
• Melalui aktiviti ini, mahasiswa akan dilibatkan dalam aktiviti
pelbagai kaum.
• Ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam
memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.
• Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai
peranan yang penting dalam menggalakan penyertaan dan
pengalaman bersama antara kaum.
• Oleh itu , galakan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan
dengan Kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta.
• Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek-projek
perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat
masyarakat , mahasiswa balik kampung dan sebagainya.
18
Peranan IPT
• Institusi Penganjian Tinggi (IPT) merupakan satu cara atau
tempat yang amat strategik dalam memupuk perpaduan dalam
kalangan pelajar pada peringkat akar umbi. Hal ini kerana,
kebanyakan pelajar yang ada di Malaysia sama ada Universiti
Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama serta warna kulit yang berbeza. Jadi,
perpaduan kaum di kampus wajar diberi perhatian. Berdasarkan
laporan Jabatan Perpaduan Negara (2003), polarisasi kaum
terutama dalam kalangan generasi muda semakin serius.
Bahkan interaksi kaum dalam kalangan golongan mahasiswa
kini berada pada tahap minimum walaupun seolah-olah wujud
perpaduan dalam kalangan mereka dari segi luarannya.
Lantaran itu, pihak universiti dengan kerjasama mahasiswa
wajar memainkan peranan penting dalam memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan warga kampus. Dasar pendidikan
dan program tertentu perlu dirangka untuk menyemai elemen-
elemen positif yang berkaitan dengan keharmonian dan
perpaduan pada peringkat IPT ini.
19
KELAB PERPADUAN
Pihak dan ipta perlu mengalakan penyertaan kelab
perpaduan ataupun kelab rukun negara.
saranan diwujudkan kelab perpaduan atau kelab rukun
negara di ipt merupakan satu Langkah yang amat baik
kerana saranan ini merupakan usaha bagi menyemai
kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum.
Justeru ,unit hal ehwal pelajar dan majilis perwakilan
pelajar(MPP) sewajar mengalakkan mahasiswa
mengganggotai kelab perpaduan atau kelab rukun negara
serta secretariat rukun negara dengan memberi beberapa
keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya.
Pihak university juga perlulah memberi sokongan terhadap
aktivitiyang dijalankan baik dari segi material mahupun
khidmat nasihat.
20
RUKUN NEGARA DIBENTUK DENGAN TUJUAN UTAMA IAITU
MEMBENTUK PERPADUAN YANG KUKUH. PRINSIP-PRINSIP
YANG TERKANDUNG DALAM RUKUN NEGARA JELAS
MERUPAKAN KUNCI KEPADA KEHARMONIAN DAN
PERPADUAN KAUM DEMI KEJAYAAN DAN KESTABILAN
MALAYSIA. RUKUN NEGARA TERBAHAGI KEPADA DUA
BAHAGIAN:-
Bahagian Pertama
• Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu
dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.
21
Bahagian Kedua
• Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
• Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13
oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku
Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal
Abidin. Rukun Negara diperkenalkan berikutan
peristiwa 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat
perpaduan etnik di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969
berpunca daripada kempen pilihan raya yang
menimbulkan isu perkauman sensitif. Seperti
diperkatakan Tun Tan Siew Sin, pilihan raya
membuktikan cara paling mudah untuk memancing
undi adalah dengan mengapi-apikan isu perkauman.
Tercetusnya tragedi 13 Mei didakwa berpunca
perasaan tidak puas hati antara satu sama lain kerana
orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi
dan pendidikan.
22
TAPAK INTEGRASI TIDAK RASMI
• Usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalm
memerangi wabak pendemik COVID-19 bermula
tahun 2020 telah mengetepikan jurang pemisah
antara rakyat Malaysia dan secara langsung
mengukuhkan lagi perpaduan yang telah sedia
terjalin
• Rakyat Bersatu dalam mematuhi prosedur operasi
standard(SOP),ingat-mnegingat dalam aspek
penjarakan social,menghormati pasukan
keselamatan dan anggota barisan hadapan serta
bersedia menawarkan diri sebagai sukarelawan.
23
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi dalam kalangan
rakyat adalah satu perkara penting. Oleh yang demikian,
semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama
memainkanperanan dalam meningkatkan perpaduan
untuk membina sebuah bangsa yang terdiri darirakyat
yang bersilang kaum, yang hidup bersatu-padu serta aman
sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab
perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan
dasarsesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di
dalam sesebuah negara serta integrasi nasional sangat
penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah
global.
24
RUJUKAN
• Buku Penghayatan Etika & Peradaban edisi 2021 ( M/S 134-
138 )
• https://www.slideshare.net/Rosnaliza07/integrasi-nasional-
44814634
• https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/news-from-
mission/-/blogs/objektif-dan-prinsip-rukun-negara
• https://www.msn.com/en-my/news/berita/rukun-negara-
asas-perpaduan-pembinaan-negara-bangsa/ar-BB1cB77B
• https://notakuliahpismp.blogspot.com/2018/06/integrasi-
nasional.html
25