HNR3023 KAEDAH PENYELIDIKAN
SAINS SOSIAL
Etika Penyelidikan
MUHAMAD AMIROL HAFIZI BIN AMRAN D20190189795
MUHAMAD SYAZWAN HILMIEY BIN SULAIMAN D20191089807
CICELY SAMUEL D20191089801
NUR ATHIRAH NAZIHAH BINTI MOHD NAZRI D20191089804
SHAREEWWAN BIN ABDULLAH D20191089820
4.0 Ciri Ciri Penyelidikan Cemerlang
4.1 Sesuatu kerja penyelidikan yang dianggap cemerlang mempunyai ciri ciri berikut :-
1. Objektif penyelidikan difahami dan dihayati oleh para penyelidik
2. Penyelidikan dijalankan dalam bidang yang diutamakan
3. Penyelidikan yang dijalankan mestilah berpotensi untuk dikembangkan
4. Kemampuan penerbitan berwasit dan dirujuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
5. Keaslian idea dan menunjukkan kebolehgunaan hasil penyelidikan
6. Kemampuan penyelidik untuk memantau kemajuan penyelidikan dan berupaya untuk mengubahsuai sekiranya terdapat perubahan
yang berlaku
7. Kebolehan penyelidik dalam pengurusan penyelidikan, mengurus peralatan, dana, modal insan yang terlibat, aktiviti yang sesuai
dengan jejak kunci, penulisan makalah untuk persidangan dan jurnal, laporan penyelidikan dan aktiviti yang bersangkutan dengan
penyelidikan
8. Hasil penyelidikan mempunyai impak kepada bidang dan pembangunan negara serta berpotensi untuk diiktiraf sebagai penyelidikan
bertaraf dunia
5.0 SALAH LAKU DALAM PENYELIDIKAN
Salah laku dalam penyelidikan berlaku apabila seseorang penyelidik didapati melanggar etika atau melakukan dengan sengaja aktiviti
aktiviti seperti di bawah :-
5.1 Fabrikasi Data- Data yang dibuat dan direka tanpa mengira hasil sebenar yang diperoleh melalui kutipan data penyelidikan yang
dilakukan
5.2 Pemalsuan- Melakukan manipulasi terhadap bahan, peralatan atau proses pengubahsuaian data atau keputusan yang
mempengaruhi hasil penyelidikan
5.3 Plagiarisme- Penggunaan idea, proses, hasil kerja penulisan, keputusan atau kata kata penyelidik lain tanpa kebenaran atau
penghargaan sewajarnya kepada pemilik sebenar
5.4 Kerahsiaan- Setiap perkara berkaitan dengan penyelidikan yang dikelaskan sebagai rahsia perlu disimpan dengan berhati hati dan
sebarang bentuk penyebaran maklumat rahsia mestilah dielakkan sama sekali
5.5 Ketidakpatuhan tempoh masa- Setiap penyelidikan perlulah ditamatkan dalam masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun dalam
kes kes tertentu perlanjutan masa dibenarkan dengan alasan munasabah. Perbuatan melengahkan masa dengan sengaja disebabkan
kepentingan diri adalah tidak beretika.
5.6 Melanggar mana mana etika yang diperuntukkan di dalam bahagian Tugas, Tanggungjawab dan Etika Penyelidikan
6.0 ETIKA PENGENDALIAN INSTRUMEN PENYELIDIKAN
Ketika mengendalikan sebarang instrument penyelidikan Universiti, seorang kakitangan akademik seharusnya berupaya memenuhi
tanggungjawab berikut :-
1. Memastikan keputusan analisis yang dilaporkan adalah hasil sebenar ujian yang dijalankan
2. Tidak manipulasi data dan keputusan ujikaji
3. Memastikan setiap jurnal yang dihasilkan memberi perakuan nama makmal dan instrument yang digunakan
4. Menggunakan instrument mengikut Prosedur Pengendalian Piawaian (Standard Operating Procedure)
5. Memastikan keadaan persekitran berada dalam keadaan yang selamat sebelum, semasa dan selepas mengendalikan instrument
6. Memastikan setiap instrumen ditentukur/diselenggara dengan baik mengikut jadual penyelenggaraan yang telah disediakan.
7. Memastikan instrumen berada di dalam keadaan baik sebelum, semasa dan selepas digunakan.
8. Mengelakkan pembaziran bahan, tenaga dan masa semasa mengendalikan instrumen
7.0 Sumber Penyelidikan
7.1 Semua dana penyelidikan yang akan diterima hendaklah tertakluk kepada Peraturan Kewangan Universiti atau organisasi tertentu
kecuali mendapat persetujuan bertulis antara pihak Universiti dengan agensi pembiaya.
7.2 Kelulusan penggunaan dana penyelidikan hendaklah mengikut Peraturan Kewangan Universiti atau kelulusan daripada pembiaya.
7.3 Semua aset penyelidikan yang digunakan, pangkalan data yang diperoleh dan baki peruntukan sesuatu penyelidikan akan menjadi hak
milik Universiti kecuali hak milik tersebut dituntut oleh pembiaya geran mengikut perjanjian yang ditandatangani.
7.4 Segala kos penyelenggaraan peralatan dan infrastruktur yang dibiayai oleh dana penyelidikan perlu ditanggung sepenuhnya oleh dana
tersebut sepanjang penyelidikan dijalankan.
7.5 Semua penyelidik tidak dibenarkan menyalahgunakan segala bentuk sumbangan atau dana yang diterima untuk kepentingan peribadi.
7.6 Semua dana penyelidikan daripada mana-mana sumber termasuk pembiayaan sendiri harus berdaftar dengan Universiti.
7.7 Penggunaan sumber penyelidikan hendaklah secara cermat, cekap dan berkesan pada tahap yang optimum.
7.8 Universiti berhak untuk menolak pembiayaan penyelidikan jika sumber-sumber kurang diragui oleh pihak Universiti.
7.9 Jika sesuatu penyelidikan melibatkan pertukaran atau perkongsian bahan atau projek penyelidikan maka sebarang kerjasama
hendaklah didokumentasikan dalam bentuk perjanjian.
7.10 Tuntutan ke atas dana penyelidikan harus merujuk kepada perbelanjaan sebenar sesuatu penyeldikan. Berikut merupakan senarai
salah laku atau pelanggaran etika dalam tuntutan kewangan ;
7.10.1 Pemalsuan dokumen.
7.10.2 Pengisytiharan perbelanjaan palsu.
7.10.3 Memanipulasi prosedur kewangan
7.10.4 Berpakat dengan pembekal dalam penentuan harga; dan
7.10.5 Lain-lain perbelanjaan yang bukan untuk keperluan penyelidikan
8.0 Jalinan Kerjasama Penyelidikan
8.1 Universiti menggalakkan jalinan kerjasama penyelidikan antara bidang, jabatan, agensi, institusi dan kerajaan dari dalam dan luar
negara yang diiktiraf oleh Universiti.
8.2 Semua pihak yang terlibat dalam jalinan kerjasama penyelidikan hendaklah prihatin dan mematuhi peraturan, dasar dan perjanjian
bertulis yang telah dibuat untuk penyelidikan tersebut.
8.3 Semua yang terlibat dalam jalinan kerjasama sesuatu penyelidikan hendaklah memberi sumbangan yang bermakna dalam proses
menjalankan penyelidikan.
8.4 Hak semua penyelidik dalam jalinan kerjasama penyelidikan adalah terjamin.
9.0 Hasil Penyelidikan
9.0.1 Penerbitan dan Penyebaran Maklumat
9.0.1.1 Universiti menggalakkan ahli penyelidik untuk menyebarkan hasil daripada penyelidikan mereka. Penerbitan boleh
disebarkan melalui media cetakan dan / atau media elektronik. Ia termasuklah artikel, bab dalam buku, prosiding persidangan,
artikel jurnal, buku, monograf, modul, paten, perisian, pengkalan data, tesis, buletin, karya kreatif dan lain-lain.
9.0.1.2 Semua kategori penerbitan perlu mematuhi etika-etika yang telah ditetapkan oleh agensi penerbitan.
9.0.1.3 Ahli penyelidik disarankan untuk mematuhi prinsip akauntabiliti, sikap etika dan profesional yang digunakan di
universiti bagi memastikan perjanjian kerahsiaan dapat dilindungi dalam setiap penerbitan.
9.0.1.4 Penyelidik juga perlu menerangkan kepada pemberi dana supaya mereka memahami kepentingan penerbitan
dalam penyelidikan dan tidak menangguhkan penerbitan di luar masa yang diperlukan, selagi perjanjian kerahsiaan
tidak dilanggar.
9.0.1.5 Semua hasil penerbitan perlu dikemaskini di dalam pengkalan-pengkalan data yang telah disediakan oleh
universiti dan pemberi-pemberi dana penyelidikan.
9.0.1.6 Petikan kepada sumber rujukan perlu menggunakan sistem rujukan yang sesuai, bertujuan untuk
memberi kredit dan memberi pengikhtirafan kepada kerja kajian terdahulu oleh pengarang tersebut
9.0.1.7 Individu-individu yang memberi sumbangan yang signifikan terhadap projek layak untuk dimasukkan
di dalam senarai penulis.
9.0.1.8 Jika terdapat persamaan dengan penerbitan lain yang ditulis oleh penyelidik atau penulis yang sama,
adalah menjadi tanggung jawab penyelidik atau penulis untuk memaklumkan kepada penerbit berkaitan
perkara tersebut.
9.0.1.9 Aktiviti plagiat terhadap mana-mana kategori penerbitan merupakan salah laku yang serius sama ada
daripada pihak penyelidik dan pelajar.
9.0.1.10 Bagi kes di mana penyelidikan dilakukan secara kolaborasi atau kontrak, sebarang bentuk penerbitan
perlu mendapat keizinan daripada semua pihak yang terlibat.
9.0.1.11 Adalah menjadi tanggung jawab penyelidik untuk memelihara dan memastikan ketepatan data di
dalam penerbitan. Penyelidik disarankan untuk menarik balik atau memperbetulkan mana-mana laporan atau
data di dalam penerbitan sekiranya disyaki terdapat kesilapan.
9.0.1.12 Sebarang pelupusan maklumat, data dan rekod perlu mematuhi Panduan Pelupusan Rekod Awam.
9.0.2 Penghargaan Kepada Pemberi Dana
9.0.2.1 Penyelidik perlu menyatakan di dalam mana-mana penerbitan nama-nama pemberi dana di dalam
ruangan penghargaan.
9.0.2.1 Nama agensi pemberi dana harus ditulis sepenuhnya, diikuti dengan nama geran dan nombor rujukan
geran.
10.0 Etika Kerjasama
10.0.1 Penyelidik adalah digalakkan untuk mengadakan sebarang kolaborasi bersama pihak luar sama ada
daripada universiti, agensi kerajaan atau agensi swasta.
10.0.2 Penyelidikan juga perlu memantapkan jaringan hubungan dengan penyelidik di peringkat antarabangsa
bertujuan untuk mendapatkan dana-dana penyeliidikan daripada luar negara.
10.0.3 Penyelidik perlu memahami semua terma-terma dan syarat-syarat kerjasama, pembiayaan dana dan
apa-apa perjanjian yang telah dimetrai bagi menjaga kerahsiaan projek tersebut.
10.0.4 Persetujuan atau kelulusan bertulis perlu dibuat di antara kedua-dua belah pihak iaitu penyelidik dan
rakan kerjasama sekiranya ahli penyelidik memerlukan akses kepada kemudahan di kedua-dua institusi bagi
menjalankan penyelidikan.
10.0.5 Penyelidik perlu mengambil kira risiko dan faedah yang bakal diperolehi oleh kedua-dua pihak sebelum
aktiviti penyelidikan dilaksanakan.
11.0 Proses Kerja Aduan Perlenggaraan Etika Penyelidikan
Proses kerja aduan perlenggaraan etika penyelidikan ini merupakan prosedur untuk menerangkan
langkah yang diambil bagi menguruskan maklum balas dan aduan yang disalurkan melalui PTJ,
peti aduan dan melalui sistem secara atas talian e-Maklumbalas serta kaedah pengendalian
maklum balas dan aduan pelanggan serta tindakan pembetulan yang diambil bagi mengelakkan
aduan yang sama berulang di peringkat PTJ.
11.1 Definisi Peringkat Aduan
Aduan Pelanggan
Maklum balas daripada pelanggan yang diperolehi daripada pelbagai salura iaitu surat, memo ,email, panggilan telefon, borang
maklum balas pelanggan, akuan media sosial rasmi sama ada Facebook, Twitter dan Instagram serta melalui sistem secara atas talian
e-Maklumbalas. Maklum balas pelanggan terdiri daripada empat jenis iaitu aduan, pujian, pertanyaan dan cadangan.
Pegawai Aduan PTJ
Pegawai yang dilantik oleh Dekan/Ketua PTJ untuk menyelesaikan masalah umum yang berkaitan dengan maklum balas dan aduan
pelanggan dalam PTJ.
Urus Setia Aduan Universiti
Bahagaian Komunikasi Korporat (BKK) merupakan Urus Setia Aduan Universiti (USAU). USAU bertanggungjawab dalam
mengendalikan pengurusan maklum balas dan aduan pelanggan di peringkat Universiti.
11.2 Prosedur / Proses Kerja Aduan
Bil Dokumen Tanggungjawab Tindakan
1 Borang Aduan USAU & PTJ Pelanggan boleh membuat maklum balas dan aduan melalui :-
1) Mengisi borang Maklum Balas dan Aduan Pelanggan seterusnya dimasukkan ke
dalam Peti Cadangan.
2) Panggilan telefon, SMS hotline, surat, akuan media sosial rasmi seperti
Facebook/Twitter/Instagram, email ke BKK atau Pusat Tangunggjawab (PTJ).
3) Membuat aduan secara terus dengan hadir sendiri ke BKK atau PTJ.
Aduan dariapda laporan media dan Biro Pengaduan Awam perlu dicatatkan semula ke
dalam borang Maklum Balas dan Aduan oleh BKK.
PENGECUALIAN
Terdapat pengecualian dan tidak akan diklasifikasikan sebagai aduan :-
1) Laporan aduan kerosakan. 3) Whatsapp 5) Laporan salah berunsur
jenayah
2) Laporan kehilangan. 4) Lain kaedah melalui media baharu
2 Log Maklum USAU & PTJ Setiap maklum balas dan aduan yang diterima haruslah direkodkan dalam Log Maklum
Balas dan Aduan Pelanggan oleh USAU dan PTJ. Setelah itu, maklum balas dan aduan yang
Balas dan diterima haruslah diklasifikasi bagi memastikan sama ada itu adalah aduan/ pertanyaan/
Aduan cadangan/ pujian dan akan direkodkan dalam log yang sama. PTJ perlu mendapatkan
nombor Permohonan Tindakan Pembetulan (PTB) daripada BKK dan memaklumkannya
3 Borang PTB bagi setiap aduan.
4 USAU & PTJ Di peringkat PTJ terdapat dua klasifikasi yang perlu dilaksanakan :-
5 Borang PTB
1) Jika diklasifikan sebagai aduan maka perlu dilaporkan kepada USAU.
2) Jika diklasifikasikan selain daripada aduan, tindakan perlu diambil oleh PTJ dengan
memaklumkan kepada pengadu.
Di peringkat USAU pula setiap aduan yang diterima daripada peti cadangan atau PTJ perlu
direkodkan ke dalam Log Aduan dan menyediakan nombor PTB setiap aduan.
PTJ PTJ perlu mengenalpasti punca utama yamg menyebabkan kepada aduan dan menentukan
tindakan pembetulan yang perlu diambil.
PTJ Setelah melaksanakan tindakan pembetulan yang dikenalpasti, PTJ perlu menyerahkan
laporang lengkap Borang PTB kepada USAU.
6 Log Aduan USAU & PTJ USAU perlu membuat verifikasi berkaitan keberkesanan tindakan pembetulan supaya
adauan tidak berulang. Jika tindakan pembetulan yang diambil memuaskan maka PTJ
Borang PTB perlu mengemaskini Log Aduan. Tetapi jika tindakan yang diambil tidak berkesan maka
yang baharu USAU perlu mengarahkan PTJ mmbuat tindakan pembetulan yang baharu supaya aduan
dapat diselesaikan dengan lebih berkesan
7 Paparan rekod USAU Pengurusan Aduan yang dilaksanakan secara atas talian melalui portal e-Maklumbalas
dimana setiap maklum balas dan aduan pelanggan melalui sistem e-Maklumbalas akan
nombor rujukan menerima nombor rujukan kes secara automatic melalui email pengadu
kes dalam sistem
e-Maklumbalas
8 Portal Rasmi USAU/ Pegawai USAU akan menyemak maklum balas dan aduan yang diterima daripada portal rasmi dan
USAU dan Aduan PTJ akan disampaikan kepada Pegawai Aduan PTJ yang berkaitan untuk tindakan
Pegawai Aduan pembetulan.
PTJ
9 Portal Rasmi PTJ Pegawai Aduan PTJ akan menjawab maklum balas dan aduan yang diterima seterusnya
akan dikembalikan semula kepada USAU.
USAU dan
Pegawai Aduan
PTJ
10 Portal Rasmi / USAU & PTJ Setelah meneliti tindakan pembetulan yang telah dikenalpasti, USAU perlulah
memberikan maklum balas kepada pengadu melalui sistem e-Maklumbalas.
sistem Namun setiap maklum balas dan aduan yang diterima daripada sistem
e-Maklumbalas tidak perlu diverifikasi oleh USAU.
e-Maklumbalas
11 Portal Pengadu boleh menyemak status maklum balas di dalam portal e-Maklumbalas
bagi mendapatkan jawapan daripada pihak yang terlibat.
e-Maklumbalas
Rumusan
Secara umumnya, Etika dalam penyelidikan ini adalah satu proses sangat penting bagi menghasilkan
sebuah penyelidikan yang cemerlang dan dapat dijadikan panduan kepada peneyelidik yang seterusnya.
Hal ini demikian kerana, penyelidikan yang dihasilkan oleh penyelidik kini sama ada pelajar universiti
atau penyelidik bebas banyak melakukan kesalahan etika dalam penyelidikan mereka. Paling ketara
adalah plagiarism iaitu penggunaan idea, proses, hasil kerja penulisan, keputusan, keputusan atau
kata-kata penyelidikan lain tanpa kebenaran atau penghargaan sewajarnya kepada pemilik sebenar dan
salah laku yang lain. Oleh itu, maklum yang berkaitan dengan dengan etika penyelidikan dapat dilihat
dengan teliti dalam e-book yang telah dihasilkan ini.