The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AmaLina, 2025-03-11 22:04:07

PENGENALAN KADET POLIS

PENGENALAN KADET POLIS

MEMAHAMI TUJUAN PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS (PKP) ©KOR KADET POLIS SAMPP


OBJEKTIF Pada akhir perjumpaan, murid-murid dapat 1. Menghuraikan rasional dan matlamat penubuhan Pasukan Kadet Polis 2. Menerangkan tentang logo dan bendera Pasukan Kadet Polis 3. Menyanyikan lagu Pasukan Kadet Polis ©KOR KADET POLIS SAMPP


PENGENALAN • Berdasarkan Seksyen 68 Akta Polis 1967, Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri bolehlah menubuhkan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah untuk memberi pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah, dadah, moral dan sosial dalam kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. ©KOR KADET POLIS SAMPP


PENGENALAN • Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri. ©KOR KADET POLIS SAMPP


SEJARAH PENUBUHAN • Atas arahan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) Akta Polis 1967 telah dipinda membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis dibawah Seksyen 68 akta tersebut. • Penubuhan Pasukan Kadet Polis merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagai mana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan mengikut Ordinan No. 2. (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969, Akta Polis 1967 Jil. 13 Bil. 24 bertarikh 20hb November, 1969 P.U. (A) 487 yang diselaraskan oleh Polis Diraja Malaysia. ©KOR KADET POLIS SAMPP


SEJARAH PENUBUHAN • Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang Kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. ©KOR KADET POLIS SAMPP


SEJARAH PENUBUHAN • Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail dalam ucapannya yang berbunyi. "The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building." Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa. ©KOR KADET POLIS SAMPP


TUJUAN PENUBUHAN • Peranan Belia Di Dalam "Nation Building" Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab. • Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal; Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah ©KOR KADET POLIS SAMPP


KEAHLIAN • Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari muridmurid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai- pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran. • Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid- murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. ©KOR KADET POLIS SAMPP


ORGANISASI • Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. • Satu platun adalah terdiri daripada 35 ahli 1 pegawai kanan kadet (guru) 1 sarjan 3 koperal 3 lans koperal 27 ahli kadet ©KOR KADET POLIS SAMPP


INSP/K ________________________ (PLATUN LELAKI) INSP/K NOR AMALINA BINTI ADNAN (PLATUN PEREMPUAN) GURU PENASIHAT : 1. EN. SAHRUNIZAM BIN MISBAHKHUL MUNIR 2. EN. MUHAMAD RUSNIZAM BIN AHMAD TURUS 3. EN. ISMAIL BIN KADARI ©KOR KADET POLIS SAMPP GURU PENASIHAT : 1. PUAN NOR AZIMAH BINTI HAMZAH 2. PUAN RASIDAH BINTI HUSSIN 3. PUAN ZALEHA BINTI ABDUL SAMAT


UNIFORM 1.Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (land yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana kolar 2. Lencana Koperal, Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub-Inspektor akan dibekalkan apabila mereka naik pangkat. ©KOR KADET POLIS SAMPP


CONTOH UNIFORM ©KOR KADET POLIS SAMPP


©KOR KADET POLIS SAMPP


LANS KOPERAL KOPERAL SARJAN PANGKAT ©KOR KADET POLIS SAMPP


LOGO


• Bulan Bintang – melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara • Kalimah Allah – melambangkan unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan agama Islam • Mahkota – mencerminkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesuacian Islam dan kebesaran Allah serta merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas pengurniaan gelaran “Diraja” kepada pasukan. • Keris – melambangkan Semenanjung Malaysia. Parang Elang atau Klewang melambangkan negeri Sabah dan Sarawak • Harimau – melambangkan keberanian dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh. • Bunga padi – melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara. LOGO PDRM


Sang Saka Biru adalah nama bendera PDRM yang telah diperkenalkan pada 16 Mei 1994 dan digunakan sehinggalah sekarang. Ia melambangkan keunggulan dan kemegahan PDRM. BENDERA ‘SANG SAKABIRU’ ©KOR KADET POLIS SAMPP


• Warna biru telah dipilih kerana telah diterima sebagai warna sejagat dan digunakan oleh kebanyakan polis di seluruh dunia. Biru melambangkan keamanan, kesejahteraan dan ketenteraman yang menjadi teras perjuangan pasukan polis. • Di tengah-tengah terdapat lambang polis berwarna putih. • Motto ‘Polis Diraja Malaysia’ menunjukkan ketinggian serta keazaman anggota pasukan. • Bendera polis dikibarkan pada setiap hari dari jam 6:30 pagi hingga 6:00 petang dengan tatacara dan penghormatan tertentu. BENDERA LAGU SANG SAKA BIRU ©KOR KADET POLIS SAMPP


LAGU POLIS SEDIA BERKHIDMAT ©KOR KADET POLIS SAMPP


LAGU KADET TERUS MAJU ©KOR KADET POLIS SAMPP


Click to View FlipBook Version