Kemahiran Asas Sofbol 2: Memukul
Antara kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul
adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan. ‘Pitcher’
akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling
gagal untuk dipukul oleh pemukul.
Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh
pemadang, pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin
ke dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar untuk
dicapai oleh pemadang.
Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap
bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan
berkesan. Kelemahan yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah
memberi latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi
tidak kepada latihan kemahiran memukul.
Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan
dibaling kerana balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80
kmj. Pelihatan yang baik serta kebolehan dan kepantasan bila,
mana dan cara bola dibaling adalah penting.
1. Persediaan Sebelum Memukul:
1.1. Memegang ‘Bet’
- Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-
ruas jari hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu
ketat tetapi kukuh.
1.2 Gaya Dirian
- Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet
rumah. Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat
badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
2. Langkah-langkah Memukul
2.1 Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi
muka. Pandangan hendaklah ke arah pembaling bola. Kedudukan
bola hendaklah melebihi paras bahu.
2.2 Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet
serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola.
2.3 Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah
dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet
dihayun ke
JENIS TEKNIK PUKULAN DALAM SOFBOL
Salah satu teknik dasar dalam permainan sofbol adalah
keterampilan memukul bola. Dalam permainan sofbol, teknik
memukul yang benar sangat berpengaruh terhadap hasil pukulan,
ketepatan dan jauhnya bola.
Pukulan dalam permainan sofbol adalah modal yang harus dimiliki
oleh para pemain sofbol agar regunya bisa menghasilkan poin dari
pukulan tersebut.
TEKNIK PUKULAN BUNT
Jenis teknik pukulan ini adalah pukulan yang dilakukan di mana
bola secara sah disentuh dengan pemukul tanpa ayunan.
Biasanya teknik ini digunakan untuk menghadang atau menumbuk
bola dengan pemukul secara perlahan sehingga bola jatuh.
Teknik pukulan bunt ini biasanya diarahkan ke kiri atau kanan sisi
lapangan atau dekat dengan home base.
Berikut cara melakukan pukulan bunt sofboll:
1. Pemukul atau biasa disebut batter harus mengambil sikap seolah-
olah seperti melakukan pukulan dengan ayunan sebelum melakukan
pukulan butting yang sesungguhnya.
2.Bila posisi berdirinya sejajar dengan homeplate, geserlah kaki
depan ke arah diagonal belakang, kemudian disusul oleh kaki
belakang, sehingga kedua kaki dalam posisi sejajar.
3.Bersamaan dengan pivot foot, geserlah tangan yang belakang ke
arah ujung lutut.
4.Dengan pivot foot yang cepat akan menghasilkan pukulan butting
yang sempurna.
\
TEKNIK PUKULAN SWING
1. Teknik memukul bola dengan mengayunkan bola dalam
permainan sofbol disebut swing.
2. Teknik pukulan ini dapat diertikan sebagai pukulan yang
menghayun dengan cara memukul bola sekeras-kerasnya hingga
bola jatuh jauh di luar lapangan.
Berikut cara melakukan pukulan swing softball:
1. Memegang bet atau pemukul bola dengan grip yang benar, santai
dan tidak menimbulkan ketegangan pada lengan serta pergelangan
tangan.
2 Sesuaikan posisi berdiri dengan panjang lengan dan pegangan
pemukul.
3.. Berdiri di dalam batter box dengan posisi kaki kuda-kuda. Pada
posisi kuda-kuda, kaki dibuka tidak terlalu lebar dan tidak terlalu
rapat.
4. Pilihlah lemparan bola dari pelambung yang baik atau bola strike.
5. Geserlah kaki depan ke arah datangnya bola dari pitcher.
6. Lakukan ayunan ke depan disertai putaran badan ke depan
segera setelah bola datang. Arah putaran pemukul lurus apabila
menginginkan bola terpukul lurus dan diayun ke arah atas jika
menginginkan bola terpukul melambung. Kemudian, ke arah bawah
jika menginginkan bola menyusur tanah.
7. Pindahkan berat badan dari belakang untuk menambah kekuatan
pukulan.