The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SCRAP TENTANG TOKOH-TOKOH YANG SAYA KAGUMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidazafri, 2021-09-26 11:13:36

BM : TOKOH-TOKOH YANG SAYA KAGUMI

BUKU SCRAP TENTANG TOKOH-TOKOH YANG SAYA KAGUMI

TOKOH- TOKOH YANG SAYA
KAGUMI

DISEDIAKAN OLEH SAYA, MUHAMMAD ALIF ZAFRI BIN ZAINURRIZAM DARI
KELAS 6 NAWAWI {SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KLUANG )

DENGAN BANTUAN IBU SAYA ,PUAN AIDA HAFIZAH HAMID UNTUK CIKGU
BAHASA MELAYU SAYA, CIKGU NOORLIZA BINTI RAMLI.

Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Disember 1951. Syed
Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk
membayar yuran peperiksaan.Keluarga bapanya Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya Sharifah
Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Ketika berumur 9 tahun,
beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke
Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.Syed
Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau ialah anak yang ketiga. Tan Sri Syed
Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak
di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan
beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil Sharifah Rokiah Syed
Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.Syed Mokhtar berkahwin dengan
Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Syed Mokhtar mempunyai
tujuh orang anak.
Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan terkaya Malaysia. Beliau ialah
Pengerusi Yayasan Albukhary. Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary
pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta
di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar
Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/
didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan. Pada 2008, beliau diumumkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau merupakan seorang yang suka
berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005
seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut
majalah Forbes, beliau merupakan orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi
Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga kerja. Beliau juga 'Wira
Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin
Ubaidulla.

Zeti Akhtar Aziz

Tan Sri Datin Paduka Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada 27 Ogos
1947 merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul
Hamid dan Sharifah Azah Aziz. Beliau merupakan wanita yang pertama dilantik sebagai
Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu
berkuasa di Malaysia. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di
Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan
pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan
ekonomi antarabangsa pada 1978.Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan
2 orang cahaya mata, iaitu Alif dan Aziz Ayman. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik
ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia
Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau
dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.Pada tahun
1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1
September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas
Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik
sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan
tersebut.Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional
Bhd sejak tahun 2004.Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank
Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011. Pada 13
September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh
majalah Global Finance.

Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman Dilahirkan di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua
puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik
Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak
perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku
disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti
Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun pada
ketika itu. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak
adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk
pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain
lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.Tunku bermula pendidikannya pada
1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di
rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya
untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan
bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di
sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai
"Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Apabila sakit
beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Baginda mangkat pada 6 Disember 1990
sewaktu berumur 87 pada jam 10:25 malam kerana sakit tenat. Jenazah dibawa ke
kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar.

Sheikh Muszaphar Shukor

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha Dilahirkan di Kuala Lumpur
pada 27 Julai 1972. Sheikh Muszaphar yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik
yang kesemuanya lelaki, berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah
Sains MARA di Muar, Johor. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah
perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India. Beliau menjadi doktor
ortopedik dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital
Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001). Beliau juga merupakan model
di kebanyakan iklan komersial. Sheikh Muszaphar telah berkahwin dengan Dr. Halina Mohd
Yunos. Mereka dikurniakan 6 orang cahaya (2 pasangan kembar ) Sophea Isabella (2011),
Sophea Natasha (2013) sepasang kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah (2017) serta
sepasang lg kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoft dan Sophea EmiLia (2020).
Beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan
oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun") pada 25 September 2007
(Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari. Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007
dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program
Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor
Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan. Misi selama 11
hari ini telah berjaya dijalankan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan
selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau
merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan meraikan Hari Raya
Aidilfitri di angkasa lepas.

P. Ramlee

Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347, iaitu selepas khutbah selesai
pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang. Beliau ialah anak kepada pasangan Teuku Nyak
Puteh bin Teuku Karim (1902–1955) dan Che Mah binti Hussein (1904–1967). nama sebenar
beliau ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Ibu Che Mah telah memanggil cucunya
dengan panggilan "Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria". . P. Ramlee
mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. eliau
menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light English
School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga
meletusnya Perang Dunia Kedua.Ketika beliau masih bersekolah di Penang Free School, beliau
dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang menarik.
Pada waktu tengah hari, beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada sebelah malamnya,
beliau aktif bersukan. P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin
dengan Junaidah Haris pada 17 September 1947 dan bercerai pada tahun 17 Oktober 1953.
Perkahwinan kedua beliau adalah dengan seorang kerabat Diraja negeri Perak, Noorizan
Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 tetapi berakhir pada 16 Oktober 1961. Kali terakhir adalah
dengan Saloma pada 21 November 1961. Beliau mempunyai 2 orang anak kandung iaitu Mohd
Nasir dan Arfan.
Kerjaya beliau dalam dunia lakonan bermula pada tahun 1945 sehingga ke akhir hayat beliau
telah menghasilkan banyak drama dan filem yang berkualiti dan mendapat penghargaan filem
beliau yang paling saya minat ialah Laksamana DoReMI dan Bujang Lapok.Selain mengarah
dan berlakon, P. Ramlee juga telah menggubah dan mencipta lebih daripada 250 lagu.P.
Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun
akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

NICOL ANN DAVID

Datuk Dr (HC) Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Ogos 1983. Beliau
merupakan anak kepada pasangan Ann Marie David yang berketurunan Cina dan Desmond
David yang berketurunan India.Bapa beliau yang merupakan seorang jurutera juga pernah
menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri manakala ibunya pula adalah seorang
pesara guru. Nicol juga mempunyai dua orang adik-beradik lain iaitu Lianne dan Cheryl yang
juga mempunyai pencapaian cemerlang dalam sukan skuasy di peringkat kebangsaan. Ketika
di bangku sekolah, Nicol merupakan pelajar cemerlang dalam sukan dan mata pelajaran
matematik dan beliau juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera seperti
bapanya.Nicol mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah dan juga 7A dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green
Lane dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang. Beliau beragama Kristian (Roman Katolik).
Beliau merupakan seorang pemain skuasy profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia
pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah
memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga
gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diberi penghormatan untuk membawa
obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004
di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh
kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh
kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas
di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi
membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali
berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

YUNA

Beliau dilahirkan sebagai Yunalis binti Mat Zara'ai pada 14 November 1986 di Alor
Setar, Kedah. Bapanya, Dato' Mat Zara'ai bin Alias merupakan penasihat undang-undang
Mahkamah Tinggi di Johor Bahru dan ibunya, Datin Anum Wahab merupakan seorang guru
kimia sekolah tinggi.Yuna sejak kecil telah menerima galakan ibu bapanya untuk menceburi
bidang muzik, bapanya sendiri juga ialah seorang ahli muzik. Beliau sering menyertai
pertandingan nyanyian sehingga berusia 18 tahun pada tahun 2004, beliau mula menjadi
penyanyi latar kepada penyanyi R&B terkenal Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan
sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Yuna menghadiri Sekolah
Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya, Selangor, di mana beliau menamatkan
pendidikan menengahnya. Selepas itu, Yuna menyambung pelajarannya di UiTM, Shah Alam,
di mana beliau belajar pengajian undang-undang di Fakulti Undang-undang. Pada tahun 2009,
beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Hons.).
Kerjaya beliau bermula pada tahun 2001 seterusnya diikuti dengan Kejayaan awal komersial,
beliau mengeluarkan EP sendiri yang menjadi hit besar-besaran di Malaysia dan album
pertamanya, Decorate, dikeluarkan pada 23 Julai 2010.Yuna melakar sejarah yang tersendiri
apabila sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di tengah-tengah kota
metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat dengan memaparkan wajahnya yang
dibawakan khas oleh platform penstriman muzik popular dunia, Spotify.[34] Ini merupakan kali
kedua wajah beliau dipaparkan di skrin gergasi Times Square, kali pertama ialah pada
November 2016. Pada 26 Januari 2018, Yuna berkahwin dengan Adam Sinclair dan kini
menetap di Amerika Syarikat untuk meneruskan kerjayanya

Mazlan Othman

Prof Emerita Dato' Seri Dr.Mazlan binti Othman dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan,
Mazlan menghadiri Kolej Tunku Kurshiah, sekolah asrama terkemuka di Seremban. Minatnya
terhadap matematik membawanya kepada kurikulum sains. Biarpun keluarganya
menggalakkannya menjadi doktor perubatan MD, beliau memutuskan untuk mendalami jurusan
fizik. Beliau memasuki Universiti Otago di Dunedin, New Zealand dengan pelan biasiswa
Colombo, dan memperolehi ijazah sarjana muda sains (Kepujian) pada tahun 1975. Beliau
kemudiannya menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pengajar, tetapi beliau
berunding untuk lanjutan biasiswa dan kembali ke Otago, dan memperolehi ijazah doktor
falsafah dalam bidang fizik pada tahun 1981 - wanita pertama berbuat demikian sejak
penubuhan universiti itu pada 1869. Mazlan kembali ke Malaysia sebagai ahli astrofizik pertama
di negara ini, dan bekerja untuk mewujudkan kurikulum dalam bidang astrofizik di universiti
kebangsaan, serta untuk membina kesedaran awam dan pemahaman isu-isu astronomi dan
angkasa. Beliau juga melakukan penyelidikan untuk semester di Balai Cerap Kiso di Jepun.
Minatnya dalam pendidikan awam ialah ganjaran pada tahun 1990 apabila Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong kuat pendidikan dan sains, meletakkan beliau
bertanggungjawab bagi Bahagian Planetarium di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, menyelia
pembangunan Planetarium Negara di Kuala Lumpur. Selepas planetarium dibuka pada tahun
1993, Mazlan telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian kerajaan baru Pengajian Sains
Angkasa, di mana beliau melancarkan program pembangunan mikro. Beliau menerima jawatan
profesor penuh pada tahun berikutnya.
Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting di dalam dan luar negara. Pada bulan
November 1999, Kofi Annan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang
melantik Mazlan sebagai Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal
Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) di Vienna. Atas permintaan Perdana Menteri Mahathir, beliau
pulang ke Malaysia pada Julai 2002 untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua
pengasas Pengarah Angkasa, Agensi Angkasa Negara Malaysia, di mana kerja-kerja beliau
membawa kepada pelancaran angkasawan Malaysia yang pertama, Sheikh Muszaphar Shukor.

Muhammad Azizulhasni Awang

Dato' Mohd Azizulhasni bin Awang dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Dungun, Terengganu, dan
merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik. Beliau menerima pendidikan rendah
di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum berpindah ke Sekolah Sukan
Negara di Bukit Jalil. Azizul melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana
Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.
Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih
oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih
kepada arwah bapanya yang memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau
mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran
dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal,
beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.Azizul
mengikuti sains sukan (Sarjana Muda Sukan Gerakan) di Universiti
Victoria, Melbourne, Australia. Pada tahun 2015, beliau menjadi atlet bukan warga Australia
yang pertama untuk menerima Anugerah Biru dari Universiti Victoria. Beliau berkahwin dengan
Athiah Ilyana Abd Samat pada 30 Januari 2010. Pasangan ini menetap di Melbourne bersama
dua anak mereka, Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
Sepanjang kerjaya beliau sebagai Pelumba Basikal Trek Malaysai, beliau telah mecipta
beberapa pencapaian yang membanggakan di beberapa acara berbasikal dunia seperti
Kejohanan Dunia Basikal Trek ,Kejohanan Dunia acara Kirin, Sukan Komanwel dan Sukan
Olimpik.Pencapaian terbaru beliau ialah memenangi pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik
2020..

Soloz

SOLOZ ataupun nama sebenarnya Muhd Faris Zakaria merupakan gamer & streamer yang
popular di Malaysia dilahirkan pada 15 Mei 1993 di Kuala Selangor,Selangor. Soloz telah
menamatkan zaman bujang bersama pilihannya, Maryam Jamilah Rahim
Kerjaya beliau sebagai Gamer bermula apabila Mobile Legends: Bang Bang dilancarkan sejak
2016 dan Soloz antara pemain terawal bagi permainan itu. Dia bersama ahli pasukan
Mysterious Assassin (MyA) iaitu King. Zyzz, Sh4dow, 2ez4jepv beraksi bersama sejak 2016 lagi
sebelum menyertai AirAsia Saiyan pada 2018. Menurut laporan Astro Awani, Soloz pernah
meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP
ketika bersama MyA.
Sepanjang bersama AirAsia Saiyan, Soloz juga pernah memenangi kejohanan Gegaria Fest
Putrajaya menentang MyA yang mana mereka bawa pulang RM5,000. Tapi ternyata, kemuncak
kariernya apabila bersama Bosskurr selepas memenangi Todak Fest. Dalam perlawanan best
of 1 tersebut, mereka berjaya memenangi RM50,000 selepas menang ke atas MyA. Bersama
Bosskurr juga, populariti Soloz tetap meningkat walaupun tidak lagi bersama AirAsia Saiyan
malah lebih ramai lagi memberi sokongan kepada setiap ahli ini selepas mereka keluar.
Pada 23 Julai 2020, Soloz merupakan pemegang rekod Malaysia Book of Records iaitu
memecah rekod peribadinya sendiri apabila dia berjaya meraih lebih daripada 100, 000
penonton setelah mendiamkan dirinya untuk beberapa seketika. Sesuailah dengan gelarannya
sebagai Most Watched Creator Malaysia oleh Facebook Gaming! Soloz dikira OG ataupun
pemula bagi tumpuan kepada arena kompetitif Mobile Legends di Malaysia.Salah satu
kelebihan Soloz sebagai seorang ‘selebriti’ dalam dunia gaming ialah sifat mesra dia terhadap
peminat dan senang didampingi.


Click to View FlipBook Version