BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1
Aspek Kemahiran : Tatabahasa
KATA SERU DAN KATA
TANYA
KATA SERU
▪ Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan.
▪ Digunakan dalam ayat seruan.
▪ Contoh Kata Seru : aduh, amboi, cis, eh, oh, syabas, wah, aduhai,
wahai.
▪ Contoh penggunaan dalam ayat : Aduh, sakitnya kakiku!
KATA TANYA
▪ Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan
sesuatu.
▪ Contoh Kata Tanya : mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
▪ WALAU BAGAIMANAPUN, sekiranya kata tanya dikedepankan, maka
kehadiran dalam bentuk tulisan lazimnya disertai dengan partikel –kah.
▪ Contoh penggunaan dalam ayat : Berapakah harga barang itu?
AKTIVITI
1. Kenal pasti kata seru dan kata tanya dalam teks.
Kemudian, bina lima ayat seru dan lima ayat tanya
secara berasingan.
2. Cadangkan langkah-langkah keselamatan semasa
melakukan aktiviti mendaki gunung.