The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 4 PENGAKAP 9 OKT
SK SRI ADIKA RAJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04176551, 2021-10-08 13:46:12

MODUL 4 PENGAKAP 9 OKT

MODUL 4 PENGAKAP 9 OKT
SK SRI ADIKA RAJA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PENGAKAP!
BERJUMPA LAGI DALAM PERJUMPAAN
KOKURIKULUM KALI KE-4
PENGAKAP KANAK-KANAK
SK SRI ADIKA RAJA
KUMPULAN KE-12

1|PENGAKAP/ MODUL 4

SENARAI NAMA MURID YANG MENJAWAB KUIZ BAGI PERJUMPAAN KE-3

BIL NAMA KELAS
1 ERIKA 6 KRISTAL
2 MUHAMMAD N HAFIZ 5 DELIMA
3 HAFIZ 5 DELIMA
4 X PERAK SOFT 5 DELIMA
5 MUHAMMAD HASBULLAH
6 NUR NAZLEEN UMAIRAH 5KRISTAL
7 MUHAMMAD RAIS RIDWAN
8 ROS 5K
9 M. ASRAF
10 SUFY BATRISYA
11 LUKMAN
12 NAZEEFA QHAIRYNA
13 NUHA QAIREENA
14 ANAS KARAMI
15 MUHAMAD FAUZAN
16 NURINA AFFIANA
17 NUR RANIA AISYAH
18 MUHAMMAD HAFIZ
19 MUHAMMAD HADIFH DARIS
20 MUHAMMAD NUR HAFIZ
21 MUHAMMAD HAFIY
22 AMJAD
23 MUHAMAD DAMEAN
24 AMANINA NAFISA

2|PENGAKAP/ MODUL 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI ADIKA RAJA
MODUL KOKURIKULUM

PENGAKAP KANAK-KANAK : K-12
PERJUMPAAN KE-4

TARIK: 09 OKTOBER 2021 ( SABTU )
MASA : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI
TAHUN : 4, 5 DAN 6
TAJUK : ASAS KAWAD KAKI
NAMA MURID

KELAS

UNIT BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK SKSAR

ARAHAN:
1. Baca dan fahami nota yang telah diberikan.
2. Kemudian jawab soalan-soalan.
3. Sila hubungi guru penasihat unit beruniform sekiranya ada persoalan berkaitan dengan
modul ini.

3|PENGAKAP/ MODUL 4

ASAS KAWAD KAKI
Setiap ahli pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka
seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka
perlu sentiasa berlatih melakukan pergerakan asas perbarisan.

a) Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai ketua
komandor. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh komander.
Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, ahli pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila
masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam kedudukan ’sedia’.

b) Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15
cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar,
buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.

c) Senang diri
Keadaan dada dan kepala ahli pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti
kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-
jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.

4|PENGAKAP/ MODUL 4

d) Rehatkan diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.

e) Buka barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua
langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

5|PENGAKAP/ MODUL 4

f) Tutup barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh ahli pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Ahli pengakap
yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Ahli pengakap berada
dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman tutup barisan, ahli pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah
ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan
supaya berada dalam keadaan sedia semula.

g) Cepat jalan
Dimulakan dengan kaki kiri melangkah ke depan, tangan kanan dihayun separas bahu ke depan
dan tangan kiri dihayun ke belakang serentak. Diikuti dengan kaki kanan melangkah ke depan,
tangan kiri dihayun separas bahu ke depan dan tangan kanan dihayun ke belakang serentak.
Kedudukan badan tegak. Jari tangan digenggam dan ibujari tangan hala ke hadapan setiap kali
tangan diangakt separas bahu. Muka memandang jauh di hadapan. Mata sesekali menjeling
kedudukan ahli barisan depan, kiri dan kanan sambil untuk memastikan barisan lurus.

h) Berhenti
Semasa Cepat Jalan
Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah. Langkah kaki kanan selangkah ke
depan sebagai lokasi setempat. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan
hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri.
Semasa Hentak Kaki. Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah. Hentak kaki
kanan sebagai lokasi setempat. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan
hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri

6|PENGAKAP/ MODUL 4

LATIHAN ASAS HALANGAN KOMANDO
Langkah-langkah Keselamatan

1. Menempatkan petugas bagi setiap bes

2. Memberi taklimat dan penerangan yang secukupnya tentang aktiviti yang akan dijalankan
kepada setiap peserta.

3. Sentiasa mengawasi setiap aktiviti.

4. Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat digunakan.

5. Menyediakan persiapan awal sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan.
Berikut beberapa contoh aktiviti halangan komando yang boleh sediakan di kawasan suatu
perkhemahan.

a) MENGGAYUT TALI ( MENITI TALI ) b) BERGAYUT MONYET

c) MELALUI TITI GOYANG d) MELALUI TITI KOMANDO

e) MEMANJAT POKOK f) MEMANJAT TEMBOK

7|PENGAKAP/ MODUL 4

g) MEMANJAT TALI h) MEMANJAT TANGGA TALI

ISYARAT WISEL PENGAKAP
Jenis Panggil Wisel:
___ tiupan panjang
. tiupan pendek

a) ___ Diam / Sedia
b) ___ ...... Semua berkumpul
c) ___ ... Ketua Kumpulan
d) ___ .. Ketua Patrol
e) ___ . Penolong Ketua Patrol
f) ___ ___ Kuartermaste

8|PENGAKAP/ MODUL 4

MEMBERI PERTOLONGAN DI AIR
1) Hulurkan tangan jika mangsa berada berhampiran tebing
2) Hulurkan kayu ( lebih baik) jika magsa berada berhampiran tebing
3) Gunakan perahu jika mangsa jauh dari tebing
4) Lempar tali atau pelampung jika mangsa jauh dari tebing

9|PENGAKAP/ MODUL 4

ISYARAT SULIT PENGAKAP
10 | P E N G A K A P / M O D U L 4

JAWAB SOALAN BERIKUT
1. Tuliskan isyarat wisel yang kamu tahu
a………………………………………………………………..
b…………………………………………………………………
c…………………………………………………………………….
d………………………………………………………………….
f……………………………………………………………………….
g………………………………………………………………………
2. Apakah kegunaan isyarat wisel dalam pengakap
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Isyarat sulit berfungsi sebagai
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4. Nyatakan 3 benda yang sesuai digunakan untuk membuat isyarat pengakap.
a……………………………………………………………………
b………………………………………………………………………
c………………………………………………………………………….

TAJUK PERTANDINGAN :
HASILKAN SATU KRAFTANGAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG.
HANTAR RAKAMAN ANDA SEDANG MENGHASILKAN KRAFTANGAN TERSEBUT. RAKAMAN ANDA
ANTARA 2- 3 MINIT SAHAJA. SYARAT – SYARAT AKAN DIBERITAHU DALAM GROUP SELEPAS KELAS.

11 | P E N G A K A P / M O D U L 4

SILA JAWAB KUIZ MELALUI LINK
GOOGLE FORM DI BAWAH:

https://forms.gle/GTPZ3eisRXQfqWi19

12 | P E N G A K A P / M O D U L 4


Click to View FlipBook Version