SURAH AD DHUHA سورة الضحى
PENGENALAN • Di turunkan di Mekah. • Mengandungi 11 ayat. • Dinamakan Ad dhuha kerana Allah telah bersumpah dengan waktu dhuha dipermulaan surah
TEMA “ LA TAHZAN…INNALLAHA MAA’NA ” اا ان مع ََّّللاا ا ن َّ ِ ن إ ْ ز ا ح ا ْ َل ت ا
Cara mengatasi; Guru sentiasa mengingatkatkan dan sentiasa memberi motivasi kepada murid supaya tidak berputus asa menghadapi cabaran Guru mengingatkan kepada murid sentiasa menyayangi anak yatim melalui qudwah hasanah( contoh teladan baik)
ASBABUN NUZUL SURAH AD DHUHA Merupakan satu penafian Allah terhadap tuduhan orang kafir, mereka telah mengatakan bahawa Allah telah membenci dan mengabaikan rasulullah kerana telah lama tidak menurunkan wahyu kepada rasulullah.
KAITAN DALAM KEHIDUPAN Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi. Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun. Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.
PENGAJARAN SURAH 1. Orang yang berusaha akan berjaya 2. Kita hendaklah menjaga kebajikan anak yatim dan membantu orang yang memerlukan bantuan. 3. Sentiasa bersyukur dengan nikmat
AMALAN SURAH AD-DHUHA DALAM KEHIDUPAN • Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian, maka kerjakanlah solat sunat dhuha pada setiap pagi jumaat sehingga yang hilang itu di dapati kembali. Selepas memberi salam berdoa kepada Allah SWT. • Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Adh-Dhuha 40 hari, dan berdoa memohon kepada Allah SWT, Insyallah hidupnya terjauh dari keadaan fakir • Agar barang yang hilang ditemui semula, baca surah ini sebanyak 7 kali, Insyallah benda yang hilang itu akan ditemui.
DI SEDIAKAN OLEH: Wan Syakirah binti Wan Anuar Siti Zamrina binti Muhyiddin Nurul Shafiza binti Samsuddin Nurul Hakimah binti Abdul Rahim SPA 2208
Sekian…..Terima Kasih