The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zie_sweetlion, 2024-01-22 19:53:29

EMCEE KHATAM QURAN 2024

EMCEE KHATAM QURAN 2024

1 TAJUK : MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2024 TEMPAT : DEWAN SK PANGKAL JENEREH ANJURAN : PPD MACHANG MASA : 9.00 PAGI-1.00 TGHARI PERKARA BUTIRAN CATATA N KETIBAAN TETAMU Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puanpuan ke Majlis Khatam Al-Quran Peringkat PPD Machang Tahun 2024 Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. SAIFUL KETIBAAN EN. ZOL BIN MAMAT, TIMBALAN SEKTOR PEMBELAJA R PPD Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati En. Zol Bin Mamat, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran dengan diiringi : En. Ahmad Sharafi Bin Mohd Zain, Penolong PPD Unit Pendidikan Islam serta Guru Besar dan Para pentadbir SK Pangkal Jenereh untuk tampil ke hadapan dewan. AZILAH


2 MACHANG ALU-ALUAN EMCEE Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara. بسم هللا الرحمن الرحيم.السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته. Yang berusaha, Encik Zainuddin bin Mamat, Guru Besar Sk Pangkal Jenereh Yang dihormati, Encik Mohd Fadzil Bin Mustafa, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rasma Suzieana Binti Ismail @Hussain, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Puan Rosniza binti. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Rakan-rakan guru, tok guru al-Quran dan faith mubahih seterusnya SAIFUL BACA SAMPAI NO.10 AZILAH NO.11 HINGGA HABIS


3 Yang dikasihi, anak-anak murid serta peserta khatam quran sekalian.. Selamat datang kepada 1. Yang Dihromati Encik Zol Bin Mamat, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Machang, 2. Encik Ahmad Syarafi bin Mohd Zain, Penolong PPD Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Machang. 3. YBhg. Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Prof. Dato' Abdul Aziz Ab Latif 4. YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Dato' Wan Azhar Bin Yusoff 5. Mejar Bersekutu Ts Mazeree B Mohd Nawi, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi, Politeknik Kota Bharu, Kelantan. 6. YBrs Pegawai Bersekutu PA.Mejar Hasnah 7. YBrs. Lt. Kol (PA) Haji Mohamed Afandi Bin Hassan 8. YBrs Lt Kol Dato' Haji Sarbini bin Tijan (B) 9. YBrs. Lt. Bersekutu (PA) Mohd Fairus Bin Zainal Abidin


4 10. YBrs. Lt. Bersekutu (PA) Wan Nisrin 11. YBrs. Kapten Bersekutu (PA) Nozlyhairani Suhana Binti Mohamad 12. YBrs. Kapten Bersekutu (PA)Norazmira Binti Mod Noor 13. YBrs Dato' Dr Sukarno bin Wagiman 14. YBhg Datin Milaton bin Hassan 15. YBrs Prof Dr Isahak 16. Yang Dihormati Encik Hasim Bin Mohamed, Penolong Pengarah PKPM, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan. 17. Yang Dihormati Encik Mohd Fairus Bin Zainal Abidin,Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara, Kelantan. 18. Yang dihormati Encik Mohd Apandi Jusoh, Ketua Bahagian Pelesenan Memandu,JPJ Negeri Kelantan. 19. Yang Dihormati. Pn. Rusnah Binti Yaso 20. Yang Dihormati.. Cik Wan Nur Hidayah Binti Wan Hassan 21. Yang Dihormati.. Cik Nur Syahirah Binti Azmi


5 22. Yang Dihormati Encik Mohd Noor Azlan bin Hussin 23. Al Fadhil Utz Shariff Al Azhari, Fatih Munabih 24. Pn. Khadijah Bt Muda, Guru Al-Quran Masyarakat. 25 Yang Dihormati Para Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Machang. Terima kasih diatas kesudian menerima undangan ke Majlis Khatam AlQuran Peringkat PPD Machang bagi tahun 2024. SOLUTASI Mencari Timba Si Anak Dara Di Bawah Sarang Burung Tempua Salam sembah Pembuka Bicara Ucapan Selamat Datang Untuk Semua Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran Para tetam dan dif-dif kehormat ke majlis yang diadakan pada pagi ini. Majlis Khatam Al-Quran ialah satu majlis yang mulia dalam Islam. Majlis SAIFUL


6 ini dilakukan oleh umat islam setelah mereka tamat membaca Al-quran. Majlis Khatam al-Quran ialah aktiviti yang dilaksanakan untuk galakan dan semangat kepada pelajar. Kelebihan Khatam al-Quran ini telah ditekankan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yang bermaksud: “ Sebaik-baik amalan adalah selesai dan meneruskan. Rasulullah S.A.W ditanya, Apakah keduanya itu? Baginda menjawab; Mula membaca al-Quran dan meneruskannya( mengkhatamkannya)”. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan kesungguhan para pengajar alQuran dalam menjana masyarakat Rabbani dan celik al-Quran, hal ini adalah selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat-Nya, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai”. Asma al husna Hadirin yang dirahmati Allah, Dengan ini, Marilah kita bersama-sama mengalunkan asma al husna. AZILAH


7 BACAAN DOA Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam AlQuran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini. Zikir Munajat Pembersih jiwa Doa dipohon menjana taqwa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya serta mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Faizul Bin Mohd Badri/ Al Fadhil Ustaz Iskandar bin Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ************************************************************************************ *** Amin..amin..Ya Rabbal’alamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Badri/ Al Fadhil Ustaz Iskandar bin Ismail atas bacaan doa itu sebentar tadi. AZILAH


8 TAKLIMAT FATIH MUNABIH Hadirin sekalian, Seterusnya adalah taklimat ringkas majlis khatam al-Quran dari Fatih Munabih kita iaitu AL Fadhil Ustaz Shariff Al-Azhari. Dipersilakan. ************************************************************************************ *** MAJLIS KHATAM AL-QURAN ************************************************************************************ *** Doa Khatam Al-Quran AZILAH UCAPAN GURU BESAR Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian SAIFUL


9 Majlis Menjemput dan mempersilakan yang berusaha En. Zainuddin Bin Mamat, Guru Besar SK Pangkal Jenereh untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ************************UCAPAN GURU BESAR ********************************** Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang berusaha En. Zainuddin bin Mamat, Guru Besar Sk. Pangkal Jenereh atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. UCAPPAN PERASMIAN PENUTUP Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan yang akan disampaikan oleh En. Zol Bin Mamat, Timbalan PPD Sektor pembelajaran, PPD Machang. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. ****************************Ucapan Prasmian*********************************** AZILAH


10 Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Zol Bin Mamat, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, PPD Machang diatas ucapan persamian penutup sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi iaitu Gimik Pelancaran dengan menyuap pulut kuning kepada 14 murid bagi mewakili majlis khatam al-Quran ini. Dipersilakan En. Zol Bin Mamat, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Machang untuk menyempurnakan acara tersebut. *************************************suap pulut********************************** Terima kasih diucapkan kepada En. Zol Bin Mamat atas kesudian melaksanakan gimik pelancaran sebentar tadi. Dengan ini, murid-murid boleh turun dari pentas utama dan mengambil tempat di belakang dewan. PENYAMPAIAN CENDERAHATI Hadirin hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati . Justeru majlis sekali lagi mempersilakan Yang Dihormati En. Zol. Bin Mamat dengan diiringi oleh En. Zainuddin Bin Mamat untuk menyampaikan cenderahati tersebut.. Majlis menjemput 1- Wakil murid khatam al-Quran setiap sekolah.(sebut nama sekolah dan wakil murid) SAIFUL


11 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada: 2- Guru Al-Quran bagi setiap sekolah. ( nama sekolah dan guru) 3- Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Guru Al-Quran Masyarakat : Majlis menjemput Pn. Khadijah bt Musa. Pemilihan beliau adalah mengambikira sumbangan kepada masyarakat. Terima Kasih diucapkan kepada En. Zol bin Mamat diatas kesudian nya dalam menyampaikan cenderahati tersebut. PENYAMPAIAN AL-QURAN KEPADA SEKOLAH - sumbangan Hadirin hadirat yang di rahmati Allah, 1)Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian naskah al-Quran kepada sekolah-sekolah yang menerima sumbangan Al-Quran tersebut: Dengan ini, pihak majlis menjemput *YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Dato' Wan Azhar Bin Yusoff dari POKB/ YBhg. Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Prof. Dato' Abdul Aziz Ab Latif* diiringi oleh En. Zainuddin bin Mamat untuk menyampaikannya. Dipersilakan. Dijemput Ustaz Baharudin b hamid Guru Besar SK Labok untuk menerima al-Quran tersebut. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Dato' Wan Azhar Bin Yusoff// YBhg. Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Prof. Dato' Abdul Aziz Ab Latif kerana menyempurnakan majlis sebentar tadi. AZILAH


12 2) Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian naskah al-Quran kepada sekolah kedua yang menerima sumbangan naskah al-quran. Dengan ini, pihak majlis menjemput YBrs Dato' Dr Sukarno bin Wagiman dari NASOM, diiringi oleh En. Zainuddin bin Mamat diiringi oleh En. Zainuddin bin Mamat untuk menyampaikannya. Dipersilakan. Dijemput Tn. Hj Che Husin B Harun, GB SK Hamzah 2 untuk menerima al-Quran tersebut. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada YBrs Dato' Dr Sukarno bin Wagiman kerana menyempurnakan majlis sebentar tadi. 3) Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian naskah al-Quran kepada sekolah-sekolah yang menerima sumbangan naskah al-quran. Dengan ini, pihak majlis menjemput YBrs Lt Kol Dato' Haji Sarbini bin Tijan (B) dari KKTM, diiringi oleh En. Zainuddin bin Mamat untuk menyampaikannya. Dipersilakan. Dijemput Ustaz Iskandar Bin Ismail, PK Hem SK Pangkal Nering untuk menerima al-Quran tersebut. Majlis mempersilakan.


13 Terima kasih diucapkan kepada YBrs Lt Kol Dato' Haji Sarbini bin Tijan (B) kerana menyempurnakan majlis sebentar tadi. 4)Sekolah yang menerima sumbangan naskah al-quran yang seterusnya adalah SK Pangkal Jenereh. Pihak majlis menjemput En. Ahmad Sharafi bin Mohd Zain, Penolong PPD Unit Pendidikan Islam PPD Machang, diiringi oleh En. Zainuddin bin Mamat untuk menyampaikannya. Dijemput Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Badri untuk menerima al-Quran tersebut. Majlis mempersilakan. 5)Seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada Fatih Munabih Ustaz Shariff Al-Azhari. Dijemput Al Fadhil Ustaz Shariff Al-naik ke pentas. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Sharafi bin Mohd Zain En. Ahmad Sharafi bin Mohd Zain CENDERAHATI PERASMI Hadirin hadirat yang di rahmati Allah, 1)Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi serta pemberian pulut semangat.. Dengan ini, pihak majlis menjemput Yang Berusaha En. Zainuddin bin mamat, Guru Besar Sk Pangkal Jenereh untuk menyampaikannya. SAIFUL


14 Dijemput En. Zol bin Mamat, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, PPD Machang untuk naik ke pentas utama. Majlis mempersilakan. Seterusnya dijemput YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Dato' Wan Azhar Bin Yusoff dari POKB untuk menerima cenderahati. Seterusnya majlis menjemput YBrs Dato' Dr Sukarno bin Wagiman dari NASOM seterusnya dijemput YBrs Lt Kol Dato' Haji Sarbini bin Tijan (B) dari KKTM. Terima kasih diucapkan kepada En. Zainuddin bin mamat kerana menyempurnakan majlis sebentar tadi. PENUTUO & FOTOGRAFI Hadirin sekalian, kita telah berada di akhir majlis… Di kesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali. AZILAH


15 Majlis menjemput dif-dif jemputan untuk menjamu selera. Dengan itu, sekian wabillahi taufiq wah hidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabakatuh….. *peserta dan guru pengiring mengambil makanan di belakang dewan *ibubapa yang hadir boleh mengambil makanan yang disediakan di belakang dewan terima kasih.


Click to View FlipBook Version