KEMENTERIAN BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2021
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
KOD / KURSUS
KOMPETENSI DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK / DVM
KOMPETENSI UNIT DEA 2313 LOW VOLTAGE INDUSTRIAL SWITCHBOARD
HASIL 3.0 INSTALL LOW VOLTAGE GENERATOR
PEMBELAJARAN
3.1 Obtain blue print.
3.2 Inspect of actual location.
3.3 Select LV Generator set and AMF Board (Automatic Main Failure).
3.4 Confirm generator set/AMF board.
3.5 Install generator set.
3.6 Apply safety workshop.
Trainee must be able to:
1. Describe blueprint and the use of hand tool with standard format (C2, PLO1)
2. Display sub switchboard, main switchboard, low voltage generator and voltage motor center
according to standard procedure (P2, PLO2)
3. Perform low voltage industrial switchboard according to standard procedure (A2, PLO6)
NOTA KULIAH 3
NO KOD DEA 2313 /K03/NK03
KOD JPK MUKA : 01 DARIPADA 15
MAKLUMAT CALON
DISAHKAN OLEH:
NAMA
ANGKA GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH:
………………………………… ………………………
Ts. ZULFIQAR AZHIM BIN ZAMRI Ts. HANIL RAAJ SINGH GILL
(PENYELARAS KURSUS DEA2313)
(PEGAWAI PENILAI)
TARIKH: TARIKH:
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 2 drp : 15
P3 INSTALL LOW VOLTAGE GENERATOR
1. Pendahuluan
Janakuasa telah dikenali sebagai satu punca menimbulken .pencemaran asap, bau busuk dan bunyi bising.
Permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 36, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978
hendaklah mematuhi garis panduan ini bagi mengurangkan kesan- kesan pencemaran seperti yang disebutkan.
2. Penempatan Janakuasa
Pemasangan janakuasa adalah penting bagi menentukan bahawa janakuasa ini ditempatkan jauh daripada rumah-rumah
atau tempat-tempat di mana operasi janakuasa ini boleh menyebabkan ganguan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
tempat itu. Dengan kajian dan pertimbangan yang teliti biasanya tempat yang lebih sesuai boleh didapati. Pemohon di
kehendaki menyediakan satu lukisan menunjukkan jenis kegunaan tanah sekeliling tapak seperti disebutikan dalam perkara
(ii) Borang Permohonan AP/E/3P/82. Lukisan ini hendaklah ditunjukkan dengan terang lokasi janakuasa ini serta jiran-jiran
yang ada.
3. ‘Noise Rating' Enjin Janakuasa
Pemohon dinasihatkan supaya, menentukan bahawa janakuasa yang dibeli itu mempunyai carta/sijil yang dikeluarkan oleh
pembuat menunjukkan pengeluaran bunyi daripada enjin ini. Jabatan Alam Sekitar memerlukan carta/sijil ini bagi kiraan
terhadap paras bunyi bising yang akan timbul. Carta/sijil ini juga dikehendaki bagi mereka rumah-rumah janakuasa dan
penyenyap.
4. Operasi janakuasa
Pemohon hendaklah menyebut masa operasi janakuasa ini sama ada bagi ‘standby' atau berjalan terus menerus seperti
dalam perkara (vi).
5. Langkah-Langkah Bagi Mencegah Bunyi Bising
Matlamat sekyen ini adalah bagi mengurangkan bunyi bising ke paras lebih kurang 55 dBA apabila paras bunyi itu disukat di
sempadan rumah janakuasa. Pemohon dikehendaki memberi perhatian yang berat terhadap masalah ini seperti diterangkan
dalam perkara (vii). Jabatan Alam Sekitar memerlukan behawa segala langkah-langkah diambil bagi mencegah pelepasan
bunyi bising terhadap:-
(a) Rumah janakuasa
(b) Pintu masuk
(c) 'Cooling Air Inlet and Outlet Attenuators'
(d) Penyenyap Pertama
(e) Penyenyap Kedua
Rumah janakuasa patut direka sebagai 'acoustic enclosure'. Pintu masuk yang dikehendaki adalah jenis 'sound resistant'. Bagi
aliran udara menyejukkan enjin, 'inlet/outlet attenuator' atau 'acoustic louvres' yang sesuai hendaklah disediakan.
Penyenyap pertama adalah biasanya jenis ‘reactive’ dan kedua jenis 'absorptive' di mana pembuat enjin telah menentukan
kesannya selaras dengan operasi enjin. Sila rujukan Lampiran 1. Pemohon dikehendaki menyediakan lukisan dan dokumen-
dokumen seperti dikehendaki dalam perkara (vii) dalam permohonannya bagi kelulusan Jabatan Alam Sekitar.
Biasanya bagi operasi bukan ‘standby', atau di kawasan sensitif seperti berhampiran dengan klinik, hospital, sekolah rumah
orang-orang tua dan lain-lain, keperluan di atas tidak akan dilonggarkan.
5.1 Dalam keadaan dimana janakuasa adalah di pasang untuk ‘standby' sahaja dan tidak ditempatkan di tempat sensitif
maka permohonan yang disokong dengan dokumen bukti, pertimbangan kelonggaran mungkin diberi bagi mematuhi
kehendak terhadap:-
(a) Rumak janakuasa
(b) Pintu masuk
(c) ‘Cooling Air Inlet and Outlet Attenuators'
(d) Penyenyap Kedua
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 3 drp : 15
RAJAH 1 : CONTOH PEMASANGAN RUMAH JANAKUASA ENJIN DIESEL
6. Mendapat Penyenyap Yang ‘Compatible' Dengan Engin.
Pemohon hendaklah menetukan bahawa penenyap yang diperolehi adalah jenis yang diperakukan oleh Si Pembekal atau
pembuat enjin supaya penyenyap ini ‘compatible dengan enjin yang dibeli dan benar-benar mengurangkan bunyi bising
yang berpunca daripada enjin.
7. Penyenyap
Kedua-dua penyenyap henndaklah dipasang didalam rumah janakuasa. Sekiranya penyenyap dipasang di luar rumah,
maka ia hendaklah dipasang dalam cerobong batu-bata.
8. Takat Perlepasan Ekzos
Dalam rekaan dan orientasi ekzos janakuasa ini, perhatian hendaklah diberi supaya takat perlepasan ekzos itu
mempunyai tinggi yang cukup dan arah perlepasannya dijauhkan daripada rumah atau bangunan berhampiran. Biasanya
takat perlepasan ekzos patut mempunyai sekurang-kurangnya 2 meter atas bumbung-bumbung berhampiran.
9. Pemohon diberi peringatan bahwa borang-borang dan dukumen/lukisan yang diperlukan dan disebutkan didalam Borang
AP/E/3P/82 hendaklah disampaikan dengan lengkap bagi mengelakkan kelewatan memproses/mendapat kelulusan.
Tiap-tiap lukisan hendaklah diberi tajuk dan bilangan.
Langkah-Langkah Keselamatan Sebelum Memasuki Bilik Papan Kawalan Janakuasa Dan Janakuasa Tunggu Sedia
1. Pastikan anda berkompeten atau di bawah pengawasan orang kompeten.Penjaga Jentera Elektrik,Kategori A4 / A4-1
2. Dapatkan permit kerja-secara bertulis
3. Pastikan notis telah dikeluarkan
i) Pembantu
ii) Bahagian yang terlibat
4. Buka pintu Bilik Papan Kawalan Janakuasa untuk memberi laluan pengedaran udara.
5. Hadang pintu masuk dengan tali penghadang dan gantung tanda amaran
i) AWAS, DILARANG MASUK
ii) AWAS, KERJA PENYELENGGARAAN SEDANG DIJALANKAN atau
iii) AWAS, UJIAN SEDANG DIJALANKAN
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 4 drp : 15
Langkah-Langkah Keselamatan Sebelum Selenggara Janakuasa
1. Pastikan anda berkompeten atau dibawah pengawasan orang kompeten.Penjaga Jentera Elektrik, Kategori A4.
2. Dapatkan permit kerja secara bertulis
3. Pastikan notis telah dikeluarkan
i) Pembantu
ii) Bahagian yang terlibat
4. Periksa alat kelengkapan pepasangan janakuasa ada ditempatnya dan berkeadaan baik.
i) Lampu beroperasi – cukup terang
ii) Alat pemadam api
iii) Gambarajah skematik
iv) Gambarajah kaedah Pemulihan Pernafasan – Cardio Pulmonary Resuscitation
v) Alas Getah
vi) Manual alat-alat yang berkaitan
vii) Alat mengeluar pemutus litar udara
viii) Buku log
5. Semak gambarajah skematik
i) Hadang bahagian yang tidak terlibat.
ii) Gantung tanda amaran AWAS, DILARANG MASUK
6. Maklum kepada bahagian yang terlibat dengan gangguan bekalan elektrik.
i) Matikan beban dan bekalan.
ii) Keluarkan fius
iii) Periksa voltan – 0 V
iv) Tutup penutup gantung tanda amaran AWAS JANGAN DIKENDALIKAN
v) Kunci – Guna kunci tidak piawai.
7. Dengan membelakangkan peralatan suis (MCCB) dan berlapik alas getah, matikan peralatan suis litar-litar akhir dari
kadaran kecil ke kadaran besar.
8. Gantung tanda amaran di peralatan suis litar akhir AWAS, JANGAN DIKENDALIKAN. Kunci – Guna kunci tidak piawai.
9. Dengan membelakangi Peralatan Suis Utama (PLU) dan berlapikan alas getah, matikan bekalan utama. Tanda- tanda
bekalan telah dimatikan.
i) Penunjuk OFF.
ii) Lampu penunjuk – mati
iii) Meter voltan – 0 volt.
iv) Meter ulangan – 0 Hertz.
10. Keluarkan peralatan suis utama (pemutus litar udara). Gantung tanda amaran, BAHAYA
11. Buka penutup/pintu belakang papan suis utama.
i) Periksa voltan di busbar – 0 volt.
ii) Nyah cas (Discharge)
iii) Bumikan busbar.
Langkah-Langkah Keselamatan Selepas Melakukan Aktiviti Di Bilik Papan Kawalan Janakuasa Dan Janakuasa Tunggu Sedia.
1. Rekod semua aktiviti di dalam buku log.
2. Kemas semua bahan, alat dan perkakas
3. Tutup dan kunci pintu bilik papan kawalan janakuasa dan janakuasa tunggu sedia.
4. Batalkan permit kerja.
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 5 drp : 15
Sistem Penjanaan
Penjanaan tenaga elektrik merupakan proses penukaran tenaga lain kepada tenaga elektrik seperti:
1- Tenaga mekanikal tenaga elektrik
2- Tenaga kimia tenaga elektrik
3- Tenaga solar tenaga elektrik
4- Tenaga udara tenaga elektrik
5- Tenaga nuklear tenaga elektrik
Contoh:-
RAJAH 2 : CARTA ALIR PENGHASILAN TENAGA ELEKTRIK
Komponen Sistem Penjanaan
Pemacu Utama (Prime Mover) – Stim Turbine, Gas Turbine, Diesel Engine, Hidro, Nuklear..
Alternator – Brushes or Brushless
Excitation – Ujaan diri, Ujaan Asing
AMF Board – Under voltage, no voltage
Change Over Switch – COC,COS, ATS, 4 POLE SWITCH
Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana menggunakan diesel.
Kebiasaan janakuasa injen diesel beroperasi dalam dua keadaan iaitu ;
a. Sebagai janakuasa tunggu sedia.
b. Janakuasa yang beoperasi secara terus.
i. Janakuasa tunggu sedia : berfungsi semasa berlaku gangguan bekalan atau terputus bekalan, dihidupkan
melalui panel AMF board (Automatic main failure).
Ia dapat dihidupkan secara Auto, Test dan Manual.
Janakuasa tungu sedia kebanyakan dipasang pada bangunan yang menggunakan beban yang melebihi
150Amp.
ii. Janakuasa yang berfungsi secara berterusan :
Biasanya diguna dikawasan yang terpencil seperti;
Di Pulau.
Kawasan perladangan.
Tapak pembinaan yang besar.
Kebanyakan logi janakuasa ini terdapat lebih daripada satu janakuasa.
Oleh sebab ia menggunakan beban yang tinggi di mana, ianya melebihi keupayaan satu janakuasa maka
ianya perlu disegerakkan dengan janakuasa yang lain supaya dapat menampung beban yang diperlukan.
Dalam logi janakuasa yang memiliki lebih dari tiga janakuasa, janakuasa tersebut dihadkan masa operasi
setiap lapan jam, dan akan diganti dengan janakuasa yang lain, dimasa inilah tugas-tugas Synchronize
dilaksanakan sama ada cara manual ataupun Auto.
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 6 drp : 15
Pemacu Utama (Prime Mover)
Enjin Diesel – 2 stroke, 4 stroke
Stim Turbine
Gas Turbine
Hidro
Wind Turbine
Prinsip operasi Enjin Diesel ;
Prinsip pergerak enjin diesel terbahagi kepada :
4 lejang (4 stroke).
2 lejang (2 stroke).
Lejang-lejang tersebut ialah:-
Lejang masukan .
Lejang mampatan.
Lejang kuasa.
Lejang ekzos.
Lejang ialah pergerakan omboh ke atas dan ke bawah di dalam silinder. Setiap kali pergerakan omboh tersebut, ia
akan melakukan tindak kerja bagi salah satu daripada empat lejang yang tersebut di atas.
Operasi pergerakan enjin empat lejang:-
Lejang Masukan.
Gambarjah A, B, dan C ialah proses lejang masukan (sedut). Injap masuk terbuka, udara masuk ke dalam selinder
melalui injap masuk dan injap keluar tertutup.
RAJAH 3 : LANGKAH 1,LEJANG MASUKAN
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 7 drp : 15
RAJAH 4 : LANGKAH 2,LEJANG MAMPATAN
RAJAH 5 : LANGKAH 3,LEJANG KUASA
RAJAH 6 : LANGKAH 4,LEJANG EKZOS
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 8 drp : 15
Sistem bahan api :-
Sistem bahan api adalah untuk menakung minyak dan menghantar minyak daripada tangki ke injekter,
penghantaran bahan api mestilah tepat dan mempunyai kuasa tekanan yang cukup untuk mengisi dan
menyempurnakan kehendak kelajuan dan beban yang ditugaskan ke atas sesuatu enjin mengikut keadaan
perjalanan enjin tersebut.
Bahagian–bahagian utama sistem bahan api :-
a) Tangki minyak untuk menakung atau menyimpan minyak bahan api.
b) Saluran paip di mana bahan api mengalir dari tangki ke injekter.
c) Penapis pertama / kedua, sebagai penapis segala kekotoran yang terdapat pada bahan api.
d) Pam bekalan bahan api digunakan untuk menghantar bahan api dari tangki ke pam penyembur bahan api
dengan tekanan yang tertentu mengikut pergerakan enjin.
e) Pam penyembur bahan api ialah satu bahagian yang bertujuan untuk menghantar bahan api yang bertekanan
tinggi ke injekter lejang yang tertentu.
f) Injekter ialah satu alat untuk menyemburkan bahan api ke dalam ruang pembakaran dalam bentuk semburan
yang halus.
Jenis-jenis sistem penghantaran bahan api:-
Sistem penghantaran bahan api yang selalu digunakan ialah,
a) Sistem kuasa tarikan graviti yang terdapat pada enjin-enjin kecil.
b) Sistem yang menggunakan kuasa mekanikal yang mana dipasangkan pam penghantaran bahan api.
c) Pam bahan api menggunakan kuasa elektrik jarang diguna pada enjin diesel.
RAJAH 7 : SISTEM BAHAN API
Sistem penyejukan
Sistem penyejuk berfungsi mengalirkan air penyejuk ke bahagian-bahagian enjin yang memerlukan penyejuk dan
bertugas untuk mengalirkan haba yang tidak di kehendaki dari bahagian-bahagian enjin supaya masalah berikut
dapat diatasi :-
Panas berlebihan menyebabkan minyak kurang kelikatannya.
Sekiranya panas berlebihan juga akan menyebabkan logam-logam akan hilang keupayaan.
Ketegangan di dalam atau di antara bahagian-bahagian enjin di sebabkan suhu yang tidak seimbang.
Sistem pelinciran
Di sebabkan enjin diesel mempunyai tenaga pembakaran yang lebih kuat daripada enjin petrol, maka minyak
pelincir yang di gunakan pada enjin diesel lebih pekat.
Sistem pelinciran merupakan salah satu sistem utama pada enjin. Bermula daripada tempat menyimpan minyak,
penapis, pam dan paip saluran minyak untuk menyalurkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian yang memerlukan
pelinciran.
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 9 drp : 15
Penyelenggaraan Enjin
a) Sebuah enjin memerlukan udara, minyak, tekanan, pelinciran, penyejukkan dan kuasa penggerak permulaan,
iaitu bateri.
b) Enjin diesel juga perlu dilakukan kerja penyenggaraan bagi memastikan enjin diesel dapat beroperasi pada bila-
bila masa yang di perlukan .
c) Bagi enjin tunggu sedia perlu dihidupkan seminggu sekali selama satu jam, bagi tujuan memanaskan bahan
logam, mengalirkan pelincir ke tempat yang di perlukan serta sistem penyejukkan dan lain-lain keperluan dapat
beroperasi.
d) Enjin diesel perlu diganti minyak pelincir pada tiap-tiap enam bulan sekali sama ada ia beroperasi secara terus
atau tunggu sedia.
Alat-alat yang perlu diganti pada masa yang sama :-
1.Penapis udara.
2.Penapis minyak pelincir.
3.Mengganti air penyejukkan.
4.Penapis minyak diesel.
Pastikan bahagian pelinciran luaran dipam minyak grease dan enjin sentiasa berada dalam keadaan bersih serta
tiada bahagian yang longgar atau tidak bergegar semasa enjin dihidupkan.
Jenis-jenis bateri dan penggunaan.
Bateri ada dua atau lebih sel disambung secara siri, ia akan menghasilkan voltan dan arus terus.
Tindak balas kimia di antara elektrolit dan plat menghasilkan tenaga elektrik.
Bateri terdiri dari dua jenis :-
Sel kering yang banyak di gunakan dalam penggunaan domestik, beberapa jenama terkenal telah menggunakan
nikel kadmium untuk bateri jenis ini di mana ia lebih tahan lama untuk tugas ringan dan boleh dicaj semula
sebanyak 1000 kali.
Sel basah lebih popular untuk tugas berat, ia dikenali sebagai sel basah kerana jenis ini menggunakan tindak balas
cecair kimia dalam menghasilkan sumber arus terus.
Terdapat dua jenis bateri sel basah dalam pasaran :-
a) Bateri nikel kadmium direka dan dikilang untuk empat jenis kegunaan :
i) Untuk tujuan am yang tahan dengan beban terus menerus selama tiga jam atau lebih seperti bekalan
kepada pencahayaan kecemasan, pensuisan pelantik, penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia.
ii) Untuk prestasi sederhana beban terus menerus selama setengah jam hingga dua jam seperti bekalan
kepada pencahayaan kecemasan, tugas-tugas luar pantai, penggera kebakaran dan bekalan tunggu
sedia.
iii) Untuk prestasi tinggi beban terus menerus selama kurang dari setengah jam seperti bekalan kuasa tanpa
gangguan (UPS), pemulaan enjin, penutupan suis dan elektromagnet.
iv) Untuk penggunaan berulang di mana bateri berkeadaan caj dan nyahcaj seperti pencahayaan dalam
lokomotif, sistem lokomotif, tugas-tugas luar pantai dan solar.
b) Bateri asid plumbum direka dan dikilang untuk empat jenis kegunaan :
i) Plat (plate) yang berjangka hayat 20 tahun hingga 25 tahun dan biasa digunakan di sistem janaelektrik,
penutupan suis, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) dan memulakan enjin.
ii) Taburan berjangka hayat 15 tahun dan biasa digunakan pada system telekomunikasi, sistem janaelektrik
dan lokomotif.
iii) Plat rata (flat plate) berjangka hayat selama 10 tahun dan digunakan pada suis pelantik penutupan,
pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) dan PABX (Public Automatic Branch
Exchange).
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 10 drp : 15
iv) Jenis kedap yang berjangka hayat selama 10 tahun dan biasa digunakan untuk sistem telekomunikasi,
bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS),permulaan enjin, suis pelantik, pertolongan di laut, penggera kebakaran, panel
pengesan gas dan sebagainya.
Ciri-ciri teknikal bagi bateri
Asid Plumbum Nikal Kadmium
Voltan Namaan 2.0 V 1.2 V
Voltan Apung 2.16 V – 2.25 V 1.4 V – 1.5 V
Voltan Galak 2.4 V – 2.7 V 1.53 V – 1.7 V
Kecekapan Ampere Jam 90% 75% - 80%
Kadar Caj Maksimum 14% 33%
Cara-Cara Memeriksa Bateri
1. Pastikan bateri diikat kukuh pada tempatnya
2. Pastikan tiada sambungan kepala bateri yang longgar, berkarat atau rosak.
3. Gunakan grease kepada kepala bateri dan terminal bagi menghalang karat dan pertambahan rintangan
yang akan menyukarkan operasi menghidupkan enjin. Namun begitu jika bahan tidak berkarat
digunakan untuk kepala dan penyambungan bateri, grease tidak perlu digunakan. Ini adalah kerana
minyak grease akan mengumpul habuk.
4. Periksa paras elektrolyte bateri. Sepatutnya 0.4 in (10mm) dari atas plat bateri.
5. Periksa jika ada kerosakan luar kepala bateri.
6. Ukur voltan bateri menggunakan meter voltan d.c yang sesuai, selalunya 12 V atau 24 V digunakan.
7. Periksa ketumpatan bandingan (specific gravity) elektrolyte setiap sel bateri menggunakan hydrometer.
8. Jika membuka kabel bateri buka kabel negative dahulu.
9. Bateri boleh hilang kuasa walaupun tidak digunakan. Oleh itu ia perlu di cas selalu jika tidak digunakan.
10. Jangan membuat ujian dengan melintar pintaskan punca positive dan negative bateri kerana perbuatan
itu menghasilkan percikan bunga api dan bahaya di mana kebakaran boleh terjadi.
Ketumpatan Bandingan
Ketumpatan bandingan elektrolyte adalah 1.26 pada suhu 20 oC. Jika perubahan suhu berlaku ketumpatan
bandingan akan berubah pada setiap 1 oC dengan nilai 0.0007.
Jika ketumpatan bandingan elektrolyte bateri tidak sama seperti di atas walaupun bateri telah dicas penuh,
ketumpatan bandingan boleh diperolehi dengan menggunakan air sulin atau larutan asid sulfurik yang mempunyai
nilai ketumpatan bandingan 1.45 atau lebih rendah.
Sistem Cas
Sistem cas yang kerap digunakan ialah ;
Trickle cas :- untuk menggantikan cas bateri yang hilang secara neutral.
Boost cas :- mengecas bateri dengan arus tinggi dan masa yang pendek.
Float cas :- mengecas bateri yang sedang digunakan kuasanya.
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 11 drp : 15
Cas bateri
Terdapat beberapa cara mengecas bateri:
a. Cas kering (Dry Charge) di perlukan untuk bateri baru. Kemudian dalam masa 24 jam selepas elektrolyte
diisi, ia perlu dicas semula. Jumlah arus elektrik yang diperlukan untuk mengecas bateri mestilah tidak melebihi 0.05
dari kapasiti bateri dan cas selama 5 hingga 10 jam.
b. Untuk cas biasa bateri yang kurang tenaga arus elektrik 0.1 dari kapasiti bateri.
Jumlah masa yang perlu dicas boleh diperolehi dengan formula di bawah.
t charge = electricity discharge (AH) X Faktor ( 1.2 atau 1.5 )
Arus charging
Ketumpatan Bandingan Elektrolyte Dan Discharge
Ketumpatan bandingan Discharge volume Charging
tidak perlu.
Lebih 1.230 kurang 25% perlu.
perlu.
1.19 > 1.230 25% > 49%
Kurang 1.19 lebih 50%
Langkah Keselamatan
1. Bateri perlu di letakkan tegak kecuali bateri kering.
2. Memakai cermin mata keselamatan dan pakaian pelindung apabila membuat kerja.
3. Menggunakan perkakas bertebat.
4. Jangan merokok berhampiran bateri.
5. Elakkan elektrolyte dari terkena kulit dan pakaian.
6. Jangan biarkan bahan-bahan logam terletak di atas bateri atau jatuh merentang tamatan.
7. Jangan memakai pakaian nylon kerana di khuatiri menghasilkan elektrostatik.
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 12 drp : 15
Persediaan alat - alat pengujian
1. Multimeter 1 unit.
2. Discharge load 1 unit.
3. Hydrovolt (Uji Air Bateri) 1 unit.
4. Clampmeter D/C 1 unit.
Ujian discharge bateri bank ( Commissioning battery Bank) dilakukan bagi tujuan masa charge dan discharge
mengambil masa yang sama.
1. Sebelum membuat ujian discas bateri, kuasa charge (charger) di “off”kan, setelah kuasa bateri benar-benar
sudah penuh. Guna discharge load bagi membuang cas yang ada pada bateri. Buat permulaan ambil bacaan nilai
voltan keseluruhan dan ambil bacaan voltan untuk tiap-tiap sel bateri.
2. Ambil bacaan ketumpatan bandingan ( Specific Gravity) untuk tiap-tiap sel bateri.
3. Bacaan perlu diambil setiap satu jam sekali sehingga bacaan voltan menjadi nilai kosong, lihat gambar rajah ‘B’
RAJAH 8 : MENYUKAT NILAI VOLTAN
RAJAH 9 : MENYUKAT NILAI KETUMPATAN BANDINGAN
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 13 drp : 15
RAJAH 10 : MEMBUANG CAS BATERI
JENIS JENIS JANAKUASA YANG BERASASKAN TURBIN
Stim Turbin
i) Dandang- Proses Penukaran air kepada stim.
ii) Sistem Pembakaran – Bahanapi (arang batu, gas atau Nuklear).
iii) Tubine – Bilah halus , mendapat tenaga daripada aliran stim.
iv) Mempunyai kelajuan yang tinggi-3000~3600 rpm.
v) Kedudukan – Horizontal (mendatar)
vi) Jenis Alternator 2 kutub.
Gas Turbin
i) Pembakaran Gas- Udara termampat dan gas
ii) Sistem Pembakaran – Bahanapi (gas ).
iii) Tubine – Bilah halus , mendapat tenaga daripada aliran gas terbakar.
iv) Mempunyai kelajuan yang tinggi-3000~3600 rpm.
v) Kedudukan – Horizontal (mendatar)
vi) Jenis Alternator 2 kutub.
Gas Turbin dan Stim Turbine (Combine Cycle)
i) Gabungan gas turbin & stim turbin
ii) Keluaran daripada gas turbin digunakan semula untuk pemanasan air kepada stim.
iii) Kuasa adalah lebih tinggi
iv) Penjimatan bahanapi untuk stim turbin
Hidro Turbin
i) Kuasa daripada aliran air- Water Head.
ii) Tubin – Bilah kasar.
iii) Mempunyai kelajuan yang rendah-80~150 rpm.
iv) Kedudukan – Vertical (menegak)
v) Jenis Alternator –multi poles.
vi) Jenis turbin - Francis & Kaplan
Wind Turbin
i) Kuasa daripada tiupan angin.
ii) Menggunakan sambungan gear.
iii) Mempunyai kelajuan yang rendah-80~150 rpm.
iv) Jenis Alternator –multi poles.
v) Banyak digunakan di negara maju spt. Eropah.
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 14 drp : 15
Pengujaan (Exciter)
Bekalan arus terus perlu dibekalkan kepada lilitan medan bagi tujuan mengujudkan medan magnet supaya voltan
keluaran janakuasa dapat dihasilkan dan distabilkan. Proses ini dipanggil pengujaan janakuasa. Pada janakuasa
tunggu sedia, tiga jenis pengujaan yang sering digunakan adalah seperti berikut.
Pengujaan diri.
Pengujaan PMG bantuan AVR.
Pengujaan luar.
Kadaran sesebuah janakuasa
Bagi menentukan kadaran janakuasa, faktor seperti di bawah ini perlu diambil kira ;
Penggunaan sama ada untuk tunggu sedia, kuasa punca atau berterusan.
Beban puncak dalam KW.
Peratus lebihan beban.
Faktor kuasa beban.
Voltan dan fasa (satu atau tiga fasa).
Suhu sekeliling.
Kadaran sesebuah janakuasa
Had jumlah voltan.
Had kejatuhan kelajuan.
Senarai saiz motor dan ciri-ciri permulaan .
Maklumat mengenai jumlah beban yang mungkin wujud di talian apabila sebarang motor besar
dimulakan.
Peratus “down rated”.
Janakuasa tunggu sedia
Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan
elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau
mengalami gangguan.
Bilik janakuasa tunggu sedia
Janakuasa hendaklah ditempatkan di dalam bilik yang sesuai dan cukup keluasannya. Keperluan bilik tersebut
antaranya ialah ;
Cukup keluasan dan ketinggiannya.
Bersebelahan atau hampir dengan bilik papan suis utama.
Laluan keluar masuk hendaklah mudah untuk tujuan senggaraan.
Mempunyai peredaran udara yang mencukupi.
NO. KOD DEA 2313/K03/NK03 Muka : 15 drp : 15
Bilik janakuasa tunggu sedia
Mempunyai alat atau sistem pemadam api dari jenis yang sesuai dan diluluskan.
Mempunyai lampu dan soket 13A yang secukupnya.
Mempunyai tikar getah setebal 5mm dihadapan papan AMF board dengan saiz yang tidak kurang dari
lebar AMF board itu sendiri.
Dilengkapkan dengan sistem pembumian untuk badan logam janakuasa titik bintang.
Dilengkapkan dengan sistem penyerap bunyi.
Mempunyai “trench” jika berada di tingkat bawah.
Dilengkapkan dengan tanda notis bahaya dan kuncikan pintu masuk.
Papan AMF (AMF Board)
Fungsi utama papan AMF digunakan untuk menghidupkan enjin diesel apabila bekalan TNB terputus atau
mengalami gangguan. Selain daripada itu ia juga melindungi enjin diesel dan janakuasa .
Apabila engin diesel djalankan dengan jayanya, Bekalan dari janakuasa akan disalurkan ke papan suis utama
melalui suis tukar alih automatik empat kutup (Four pole automatic change over switch). Suis tersebut perlu
dilengkapkan dengan kait punca elektrikal dan mekanikal.
Generator open circuit test
Sebelum menjalankan ujian open circuit test pastikan MCCB janakuasa di”off”kan dahulu, pastikan
peralatan untuk menjalankan ujian telah disediakan.
Alatan pengujian
a) Multimeter 4nos
b) Clamp meter D/C 1nos
c) Transformer A/C to D/C 30V 15Amp 1nos
Ujian open circuit test bertujuan memastikan Exciter coil, Rotating rectifier dan
Generator utama dalam keadaan baik, ia juga dapat dilihat dari curve hasil ujian yang menunjukan semakin
tinggi voltan dc di“inject” pada exciter semakin besar nilai voltan ac yang keluar dari main stator.
Ujian ini dijalankan semasa pemasangan baru dan setelah mejalankan kerja-kerja penyenggaraan janakuasa.