The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul_636106, 2018-11-21 22:02:10

TAJUK penyelesaian masalah wang

TAJUK penyelesaian masalah wang

TAJUK : WANG
(Penyelesaian masalah harian

melibatkan wang)

Disediakan oleh :
Nurul Aisyah binti Mior Isa

Adik mempunyai wang sebanyak RM45.50. Dia
ingin membeli sebuah beg sekolah yang berharga
RM68.90. Hitung jumlah wang yang perlu
ditambah untuk membeli beg sekolah.

Diberi:
Wang adik = RM45.50
Harga beg sekolah = RM68.90
Operasi: tolak (-)
Kata Kunci : jumlah wang yang perlu ditambah

CARA PENYELESAIAN

RM 6 8 . 9 0

- RM 4 5 . 5 0

RM 2 3 . 4 0

Pada Hari Raya pertama, Irsyad memperoleh
duit raya sebanyak RM153. Pada Hari Raya
kedua, Irsyad mendapat duit raya lagi sebanyak
RM85. Berapakah jumlah duit raya yang
diperoleh Irsyad?

Diberi:
Duit Raya hari pertama = RM153
Duit Raya hari kedua = RM85
Operasi: tambah (+)
Kata Kunci : jumlah, mendapat, memperoleh

CARA PENYELESAIAN

1

RM 1 5 3

+ RM 0 8 5

RM 2 3 8

SILA JAWAB SOALAN KUIZ DI BAWAH

Harraz menerima duit belanja daripada ibunya
sebanyak RM15. Harraz membeli pembaris dan
pensel berharga 70 sen dan RM1.20. Hitung baki
wang Harraz.

Diberi: Jawapan :
Duit belanja Harraz = RM15 Rm13.10
Harga pembaris = 70 sen
Harga Pensel = RM1.20
Operasi: tolak (-)
Kata Kunci : baki, membeli

SILA JAWAB SOALAN KUIZ DI BAWAH

Irdina menjual kek dan biskut kepada dua orang
rakannya dengan setiap satunya berharga
RM112.70 dan RM34.20. Kira jumlah wang yang
diperoleh Irdina hasil jualan kek dan biskutnya.

Diberi: Jawapan :
Harga kek = RM112.70 Rm146.90
Harga biskut = RM34.20
Operasi: tambah (+)
Kata Kunci : hasil jualan

Sebuah kedai kek menjual sebiji kek cawan
dengan harga RM3.
a) Alia membeli 5 kek cawan. Berapakah jumlah

wang yang perlu dibayar oleh Alia?

5xRM3=RM15 ATAU RM3+RM3+RM3+RM3+RM3=RM15

b) Jika Alia mempunyai RM30, berapakah baki
wang yang tinggal?

RM30-RM15=RM15

Rajah di atas menunjukkan 6 botol air minuman
yang dibeli oleh Ahmad. Harga bagi 6 botol
minuman itu ialah RM48. Berapakah harga bagi
setiap botol air minuman?

RM48รท6=RM8


Click to View FlipBook Version