PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TEL : 011-65727209
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LIMA,
08200 SIK, KEDAH DARULAMAN.
SKBL : 60/002/4.Jld 5 ( 03 )
Bertarikh : 19 September 2021
01 En. Mohd Yusreem Bin Yahaya 11 En. Mohd Sobri Bin Ibrahim
02 Pn. Halimatun Bt Musa 12 Pn. Munirah Binti Othman
03 Pn. Mardiani Bt Kusairi 13 Pn. Zabariah Binti Nazri
04 Pn. Jamilah Bt Darus 14 Pn. Harniza Binti Zakaria
05 En. Mohd Nizam Bin Abdul Hamid 15 Pn. Johana Binti Jamaluddin
06 En. Mohammad Faizel Bin Radzi 16 Pn. Hanisa Binti Saad
07 En. Mohd Zaini Bin Ishak 17 Pn. Hazama Binti Abdul Razak
08 En. Abdul Rahim B. Nik 18 En. Ahmad Azhar Bin Saidin
09 Pn. Nur Diyana Binti Baharom 19 En. Athifi Bin Saidon
10 En. Mohd Subri Bin Othman
Tuan / Puan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KE-8 SESI 2019/2021
Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke
mesyuarat pada masa dan tarikh berikut :
Tarikh : 22 September 2021
Hari : Rabu
Jam : 10.00 pagi
Tempat : Rumah Masing-Masing (Google Meet - Link akan diberi sebelum
mesyuarat dijalankan))
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1 Ucapan aluan Tuan Pengerusi.
2.2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
2.3 Perkara-perkara Berbangkit.
2.4 Membentang Penyata Kewangan
2.5 Mesyuarat Agung Tahunan 2020 & 2021
2.6 Hal-hal lain.
Kehadiran dan kerjasama daripada tuan/puan amatlah dihargai demi menjayakan mesyuarat
tersebut.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menjalankan amanah,
.......................................
(MOHD ZAINI BIN ISHAK)
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Batu Lima
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-7 2019/21 SK BATU LIMA, SIK.
P
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LIMA,
08200 SIK, KEDAH DARULAMAN.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KE-7 SESI 2019/2021
Tarikh : 26 April 2021
Hari : Isnin
Masa : 11.50 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Batu Lima, Sik.
Kehadiran : 11/16 Turut Hadir GB
01 En. Mohd Zaini bin Ishak 01 En. Mohd Yusreem bin Yahaya
02 Pn. Nur Diyana binti Baharom
03 En. Abdul Rahim bin Nik Tidak Hadir (Bersebab)
04 En. Mohd Subri bin Othman 01 En. Mohd Nizam bin Abd. Hamid
05 Pn. Zabariah binti Nazri 02 En. Mohammad Faizel bin Radzi
06 Pn. Johana binti Jamaludin 03 En. Mohd Sobri bin Ibrahim
07 Pn. Hanisa binti Saad 04 Pn. Munirah binti Othman
08 Pn. Hazama binti Abdul Razak 05 Pn. Harniza binti Zakaria
09 En. Ahmad Azhar bin Saidin
10 En. Athifi bin Saidon
I PERUTUSAN PENGE0RUSI
Aluan Tn Pengerusi
1. Tuan Pengerusi (En. Mohd Subri bin Othman) memulakan majlis dengan bacaan Ummul-Kitab dan mengalu-
alukan kehadiran AJK. Semoga apa yang dibincangkan diberi syafaat hendaknya. Beliau juga mengucapkan
terima kasih di atas kesudian AJK meluangkan masa untuk hadir mesyuarat AJK PIBG pada kali ini walaupun
sedia maklum dengan keadaan yang melanda pada masa kini.
II PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2. Setiausaha En. Mohd Zaini Bin Ishak membentangkan Minit Mesyuarat Ke-6 sesi 2019/2021 untuk disahkan.
3. Pn. Johana binti Jamaludin mencadangkan minit mesyuarat ke-6 sesi 2019/2021 tersebut disahkan. En.
Ahmad Azhar bin Saidin menyokong cadangan tersebut. Minit mesyuarat ke-6 disahkan sebulat suara.
III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4. Perkara 4 – Pembelian TV – GB memaklumkan di tangan ada RM50 akan dipulangkan semula kepada waris
terlibat. GB juga memaklumkan 6 kelas yang belum ada iaitu kelas 3 Bitara, 2 Bitara, 2 Bestari, Bilik Muzik,
surau dan Dewan @ Makmal. (3 bilik khas dan 3 kelas).
~ Dah mohon kepada YB Tarmizi dan diberitahu dah dipanjangkan ke peringkat atasan.
~ Kabel HDMI untuk 5 kelas dan dapat dan akan dipasang segera. (TV di kelas tersebut 42 inci).
~ Dicadangkan juga agar dapat buat surat dan kertas kerja kepada YB Takiyuddin. (En Subri tandatangan) –
spesifikkan penggunaan dan ”quotation” dalam kertas kerja tersebut serta masukkan sekali permohonan
”visualizer”.
IV PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
5. Bendahari membentangkan Laporan Kewangan 2021 adalah seperti penyata yang diberikan.
i. Jumlah pendapatan tunai RM22,441.23
ii. Jumlah perbelanjaan tunai RM13,220.93
iii. Baki di Bank RM8,700.69
iv. Baki di Tangan RM519.61
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-7 2019/21 SK BATU LIMA, SIK.
P
V MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2020 & 2021
6. Setiausaha memaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2020 & 2021 seperti berikut:
Tempat : Dewan Restoran al-Hijrah, Sungai Pau
Masa : 2.30 petang
Tarikh : 23 Mei 2021 (Ahad)
Perasmi: Tn. Hj. Mokhtar bin Ahmad
Pengisian : Tahun 2019 & 2020
Perasmi akan datang awal dalam jam 1.30 t/hari untuk jamuan makan terlebih dahulu. Makanan tetamu akan
dibungkus dan diedarkan pada waktu balik setelah selesai mesyuarat.
VI HAL-HAL LAIN
7. GB mengucapkan terima kasih atas aktiviti yang dijalankan sebelum ini. GB mengharapkan agar pihak PIBG
dan sekolah dapat menjana semula aktiviti yang dirancang. Selain itu, mengharapkan agar pihak PIBG dan
sekolah dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi.
8. Makluman untuk semua, jumlah anak yatim dan miskin murid SKBL adalah seramai 102 orang. Sekiranya
ada pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke sekolah untuk diberi kepada murid-murid
berkenaan.
9. Pembangunan sekolah (Infrastruktur sekolah)
- 80% berada dalam kebolehgunaan dan berfungsi dengan baik.
- pihak sekolah telah dapat 1 projek yang bernilai RM20,000 untuk:
i. membina susur laluan dari pagar surau ke garaj kereta guru dan terus ke paip air.
ii. tukar bumbung parkir kereta dan longkang yang pecah
iii. paip air
- Program pemutihan dan tukar fungsi bangunan sekolah iaitu:
i. Bangunan Kelas KEMAS
ii. Susur gajah (laluan dari pondok pengawal ke bangunan baru)
iii. Parkir kereta di dewan
iv. Rumah kuning
10. Sekolah juga mendapat sumbangan cat 11 liter sebanyak 11 tong untuk tembok pagar sekolah. Oleh itu,
dicadangakan agar diadakan gotong-royong untuk mengecat pagar tembok tersebut.
11. Khemah
- sekolah dapat sumbangan daripada YB Tarmizi sebanyak 2 buah
- khemah Peladang dipinjamkan kepada pihak sekolah sepanjang wabak melanda. Namun begitu,
sekiranya ada tempahan, pihak peladang akan datang buka untuk dihantar ke tempahan, bila
selesai akan pasang semula di sekolah selagi perlu digunakan.
- kerusi plastik yang terdapat di bawah khemah, pihak sekolah membeli ’2nd hand” dan mohon
pihak PIBG untuk membayarnya.
12. Program sekolah penyayang yang dirancang oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG adalah
”Program Gunting Rambut Percuma”. Tukang gunting adalah waris murid SKBL yang menggunting rambut di
Masjid Sik. Cadangan untuk diadakan pada 8 Mei 2021 iaitu hari Sabtu.
13. Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru peringkat sekolah telah dicadangkan pada 18 Mei 2021 (Selasa).
Pada waktu pagi akan diadakan sambutan Hari Guru dan selepas jam 10.00 pagi akan diadakan jamuan hari
raya. Pembahagian menu mengikut kumpulan seperti berikut:
- Bilik guru atas - Lontong
- Bilik guru bawah A - Lemang ketupat
- Bilik guru bawah B - Rendang
- Rumah kuning - Laksa
- Pejabat - Sate
- PPKI - Puding
- KAFA - Rojak
- Guard & Kebersihan - Roti Jala
- PIBG - Bihun Sup
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-7 2019/21 SK BATU LIMA, SIK.
P
VII PENUTUP
Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua AJK dan menangguhkan
majlis pada jam 1.20 tengah hari dengan bacaan Tasbih Kaffaratul-Majlis dan Surah Al-Asr.
Disediakan oleh, Disemak oleh
................................................... …........................................................
(MOHD ZAINI BIN ISHAK) (MOHD NIZAM BIN ABDUL HAMID)
Setiausaha PIBG sesi 2019/2021 Yang DiPertua PIBG sesi 2019/2021
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-7 2019/21 SK BATU LIMA, SIK.
P
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-7 2019/21 SK BATU LIMA, SIK.
P