NAMA : FARIZA NAJWA BINTI ISMAIL
TINGKATAN : 2
NAMA GURU : EN OMAR BIN OTHMAN
PERNYATAAN MASALAH :
Gambar di atas menunjukkan penghasilan barang kesenian dan seni bina
rumah di Sabah dan Sarawak. Berdasarkan gambar tersebut, anda di
minta untuk membuat satu kajian mengenai Sabah dan Sarawak.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kajian kes sejarah ini. Saya berharap kajian kes ini dapat
memberikan banyak manfaat kepada saya serta menambah ilmu pengetahuan
saya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran sejarah iaitu, Encik Omar Bin Othman kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan yang lain banyak membantu saya mencari maklumat bersama-sama
menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam
menyiapkan kajian kes sejarah ini.
Saya telah memilih soalan 5 iaitu kajian tentang Sabah dan Sarawak.
Kaedah yang saya gunakan untuk menjalankan kajian ini ialah :
o Kaedah melayari internet
Saya melayari beberapa laman sesawang untuk mendapat maklumat
yang lebih lanjut tentang Sabah dan Sarawak.
o Bumiputera di Sabah
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing.
Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai Bumiputera atau Pribumi, terdiri daripada 35 kumpulan
dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 pelat negeri.
Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat
beberapa bahasa lain yang ditutur seperti Bahasa Kadazan, Tombonuo, Sungai, Sama dan lain-lain.
Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perhubungan utama, Bahasa Melayu Sabah yang
digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa
Melayu Asas).
Bendera Negeri Sabah
o Bumiputera di Sarawak
Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai kaum yang paling banyak antara negeri di Malaysia,
iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang.
Hal ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan
mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.
Sarawak mempunyai 27 kaum yang besar buat setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan kaum
ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Kaum di Sarawak terbahagi
mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pedalaman, dan
kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di dataran pantai, lembah
sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak
banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok kaum membentuk
identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.
Bendera Negeri Sarawak
o Barang kesenian yang dihasilkan oleh masyarakat di Sabah
Pakaian
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna
hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan
yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak
mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di
waktu itu.
Contoh pakaian tradisional Sabah
Aksesori
Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit biya, mutiara, butang putih atau cakera yang
dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini,
kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas
dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang
yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan
logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun atau seluar. Kalung
dibuat daripada pelbagai bahan dijadikan hiasan leher. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan
tangan serta kaki.
Cincin batu akik merah Rantai manik pinakol Tali pinggang himpogot
Hiasan kepala
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai
pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan
berwarna-warni. Pakar juru ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan
mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah
sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam pelbagai bentuk
mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada
waktu dan kegiatan yang dilakukan.
Terendak
Sigah
Kraftangan
Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk berteduh atau berlindung, menutup
tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik. Mereka menghasilkan pelbagai barang yang banyak dengan
menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan
meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara
keagamaan. Penghasilan kraftangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.
Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat pelbagai jenis kraftangan. Di pedalaman Sabah, sebilangan besar kaum
wanita membuat terendak, anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul kecil, nyiru dan benda-benda kecil
untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih besar, parang, alat-alat membajak dan
memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan senjata. Dalam kalangan masyarakat nelayan tepi pantai pula
kaum lelaki membuat perahu, ukiran kayu dan alat penangkap ikan sementara wanitanya menenun dan menyulam
kain, mengayam tikar dan lain-lain.
Parang
Nyiru Anyaman Tikar
Komersial
Benda-benda yang dibuat pada masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah sahaja dan corak asas benda-benda
tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Hasil yang lebih kadang kala dijual di tamu untuk dagangan lain. Dengan
cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti tempayan, manik, tembaga dan kraftangan yang dihasilkan
oleh penduduk pesisiran pantai dibawa masuk ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Dengan perhubungan dengan
dunia luar yang semakin meningkat, bahan-bahan yang jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang
diimport dan lebih murah dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional. Dengan itu, manik-manik kaca yang
jarang ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam penghasilan manik dan hiasan pakaian.
Benang kapas import yang murah kini diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam yang
diimport telah digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam penghasilan
pakaian.
Kain baldu hitam Tempayan Kain kapas putih
Alat Muzik
Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak bertulis.
Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh
dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk
pemuzik lelaki atau wanita sahaja.
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali,
suling (atau seruling), sompoton, gabang dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus,
kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut
dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.
Tongkungon Gabang Turali Sompoton
o Barang kesenian yang dihasilkan oleh masyarakat di Sarawak
Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Sarawak misalnya
menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang suku kaum. Terdapat beberapa
kraftangan tradisional dari Sarawak.
Beg manik Sarawak
Ini adalah beg untuk mengangkat bayi,biasanya dihasilkan oleh kaum kenyah/kayan yang merupakan pakar
dalam seni berasaskan manik dan rotan,seni sebegini memerlukan ketelitian yang tinggi.
Beg manik Sarawak
Beg tradisional Sarawak
Beg ni dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai masyarakat yangi Sarawak sahaja. Bag ini
merupakan kraftangan daripada orang ulu sarawak yang digunakan untuk membawa barang pribadi
semasa ke ladang,hutan mahupun ke pecan.
Terendak
Terendak merupakan salah satu alat yang digunakan sebagai pelindung seperti topi di Sarawak. Setiap
suku kaum di Sarawak mempunyai kemahiran seni tersendiri termasuklah seni membuat terendak
dalam kalangan masyarakat Melanau. Terendak dihasilkan dalam pelbagai corak dan warna. Pada
masa kini, terendak bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai hiasan dinding.
Beg tradisional Sarawak Terendak
o Sejarah pembinaan seni bina rumah di Sabah
Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi pembinaan rumah mereka
banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku
Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi
suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah Bajau di Kota Belud dan
Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan
Tuaran.
Rumah Bajau Rumah Buluh Rumah Lotud
Sejarah pembinaan seni bina rumah di Sarawak
Selain rumah tradisi Melayu, Sarawak amat terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Iban,
Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina berhampiran sungai yang merupakan laluan utama
bagi masyarakat tersebut. Rumah panjang berkenaan mempunyai bilik-bilik untuk keluarga yang berjumlah
antara 20 sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang.
Rumah panjang
o Melambangkan identiti sesebuah masyarakat
Tinggalan kesenian kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keunikan pakaian
tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
o Menarik minat pelancong luar
Salah satu tarikan pelancongan ialah keunikan kesenian kita, misalnya persembahan teater tradisional
seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong
mengunjungi kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita.
o Mengekalkan kesinambungan tamadun
Melalui tinggalan kesenian, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.
Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar.
o Generasi akan datang dapat merasai
Jika tidak diwarisi, kesenian ini akan pupus. Lalu, generasi akan datang tidak dapat merasai pengalaman
membuat anyaman tikar, bermain alat muzik tradisional, memakai pakaian tradisional dan lain-lain.
o Kesenian ini akan pupus
Dengan meninggalkan tinggalan kesenian, ianya mungkin tidak akan pupus dan akan terpelihara. Jika
tinggalan kesenian ini pupus, generasi akan dating tidak akan mengetahui bahawa wujudnya sesuatu
kesenian itu.
Konklusinya, terdapat banyak kesenian di Sabah dan Sarawak. Kita perlulah
menjaga dan memelihara kesenian-kesenian ini demi menyerlahkan lagi
masyarakat kita kepada orang luar. Contohnya, menyediakan tempat
seperti muzium untuk meletakkan barangan-barangan kesenian ini lalu
boleh dipamerkan kepada pelancong. Selain itu, kita mestilah bersatu padu
walaupun mengalami sedikit perbezaan. Walaupun negeri Sabah dan
Sarawak mempunyai banyak perbezaan, tetapi mereka tetap bersatu hati
menjaga tinggalan kesenian ini agar generasi akan datang dapat
memelihara kesenian-kesenian ini juga dan tidak melupakannya seperti
kacang melupakan kulit.
RUJUKAN
o
o
o
o
o
o