The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MATERIALSME
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
DKA2B SESI I 2022/2023
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ., 2022-11-23 20:51:22

MATERIALISME

MATERIALSME
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
DKA2B SESI I 2022/2023
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

Keywords: MATERIALISME,E-BOOK

MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

MPU23042

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
Pada masa kini materialisme semakin terserap dalam
sanubari masyarakat dunia yang terkejar-kejar untuk

mencari kesenangan hidup.

KREDIT

AHLI KUMPULAN

Anisa Anak Kassim (20DKA21F2024)
Aliciana Lenta Anak Ninting (20DKA21F2043)

Erra Ling (20DKA21F2003)
PENSYARAH

Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar

02

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan ......................................................................................... 04

Objektif ........................................................................................ 05

Pengenalan ........................................................................................ 06

Faktor Materialisme Wujud ................................................................ 07

Kesan Daripada Adanya Materialisme .................................................... 13

Cara Mengatasi Materialsme Di Negara ........................................... 19

Artikel Berkaitan Isu Materialsme Di Malaysia ....................................... 25

Kesimpulan ....................................................................................... 31

Latihan Pengukuhan ........................................................................... 32

Rujukan ....................................................................................... 33

Lampiran ....................................................................................... 34

03

Prakata /

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dikalungkan kepada semua ahli kumpulan

yang telah bertungkus-lumus menyiapkan semua draf yang diberi sekaligus
menjayakan penghasilan e-book melalui aplikasi flipbook. Tidak dilupakan juga,
setiap ahli berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari maklumat yang berbentuk
infografik mengenai isi dan intipati tajuk yang berkaitan dengan materialisme iaitu
“Pada masa kini materialisme semakin terserap dalam sanubari masyarakat dunia
yang terkejar-kejar untuk mencari kesenangan hidup”. Walaupun banyak tempoh
sukar dalam proses penghasilan e-book ini, tetapi kami tetap bersyukur kerana
akhirnya e-book yang berkaitan dengan info materialisme berjaya disiapkan dengan
jayanya.

Pertama sekali, kami yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Aliciana Lenta
Anak Ninting, Anisa Anak Kassim dan juga saya, Erra Ling ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar yang merupakan
penyarah kursus kami. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada kami dalam menghasilkan serta menyiapkan tugasan ini. Dalam pada itu,
beliau juga giat memberikan sokongan moral kepada kami semasa pembuatan e-
book ini dilaksanakan. Sedikit sebanyak, kata-kata beliau telah merangsang minda
kami secara mental dan fizikal supaya terus berjuang untuk menjayakan e-book ini.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada ibu bapa dan juga rakan-rakan yang
telah terlibat secara tidak langsung semasa proses penyiapan tugasan ini. Dorongan
dan peringatan yang seringkali meniti di bibir kalian telah memberi kesedaran
kepada kami sekumpulan untuk tidak alpa dan juga lalai semasa membuat e-book
ini. Terima kasih sekali lagi di atas segala pertolongan kalian semasa kami ditimpa
permasalahan di sepanjang proses pembuatan. Terima kasih! Terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua yang telah membantu kami. Jasamu akan sentiasa
dikenang sampai bila-bila pun. Bak kata pepatah Melayu, orang memberi, kita
merasa, orang berbudi, kita berbahasa.

04

Objektif

Kepercayaan materialisme, merupakan sebahagian

penyelewengan yang berlaku semenjak tamadun awal manusia yang mempercayai
kewujudan hanyalah melalui unsur nyata dan realiti.

Materialisme berasal daripada Yunani materia yang bermaksud sejenis
fahaman falsafah yang mendakwa bahawa satu-satunya perkara yang benar ialah
bahan berjirim, yakni segala fenomena yang berlaku adalah bersifat jirim
atau ialah kesan daripada perkara berjirim dan nyata. Materialisme ialah satu
fahaman yang menganggap kewujudan hanyalah berunsurkan material lalu
pemikiran, jasad, pengetahuan, alam dansebagainya semuanya berkembang dan
berasakan material. Fahaman ini menolak kewujudan spiritual, metafizik dan
unsur ghaib. Maka, dengan ini Materialism dengan mudahnya menolak kewujudan
Allah S.W.T. Manusia juga bersesuaian dengan gelaran khalifah untuk mentadbir
muka bumi ini. Setiap tindakan khalifah haruslah mengikuti syarak dan tidak
melebihi batas.

Unsur atau ciri-ciri sudah mulai pupuk dalam kalangan masyarakat pada
zaman sekarang. Apabila sesetiap individu itu mempunyai harta benda,pangkat,
pengetahuan atau pengaruh, individu itu akan dipandang tinggi serta disanjung oleh
masyarakat manakala individu yang tidak mempunyai harta, pangkat, pengetahuan
atau pengaruh mungkin akan disisih dan dipandang hina oleh masyarakat.
Suasana,warisan, kaedah fizik, kehidupan berpolitik, kemasyarakatan, ekonomi
secara khusus dan sebagainya merupakan faktor yang dianggap memberi kesan
dalam kehidupan manusia.Tiada sebarang ruang untuk memilih dan bebas daripada
kesan-kesan secara fizikal itu.Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya
Syariah Islam: Ciri-Ciri dan Keunggulan menyebut: Antara keagungan syariat
Islam ialah sifatnya yangtidak memisahkan antara tuntutan material dengan
kerohanian dan antara dunia dengan akhirat.

05

Pendahuluan/

Pengenalan

Kebelakangan ini, masyarakat kini semakin bersikap materialistik di

mana setiap orang akan dinilai melalui kemewahan masing-masing. Budaya
bermewah-mewah tidak dapat dinafikan amat digemari oleh anak muda seperti
berbelanja di tempat-tempat eksklusif dan memakai jenama-jenama yang terkenal.
Perkara ini semestinya salah dari sudut agama Islam sekiranya kemewahan
seseorang itu diukur dari aspek kebendaan. Budaya materialistik ini
jugamemberi impak negatif dari aspek negara apabila terdapat ramai
rakyat yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kehidupan yang
diinginkan.

Ideologi bermaksud fahaman atau ajaran yang dipakai atau yang dicita-citakan
untuk dasar pemerintahan manakala materialisme bermaksud fahaman yang
mempercayai bahawa hanya jasad sahaja yang wujud di alamini. Dalam Pada itu,
Materialisme juga dikenali dalam erti kata lain iaitu mementingkan kebendaan atau
pun perkara yang mempunyai jirim. Sebagai contohnya, seseorang itu lebih
mementingkan kekayaan semata-mata dalam kehidupannya. Kekayaan yang di
maksudkan di contoh tersebut ialah wang dan harta yang mewah-mewah merupakan
kebanggaan seseorang untuk meneruskan hidup. Menurut teori, materialisme ini
dikenali sebagai ontologimonistik iaitu jika dikatakan bahwa kenyataan itu tunggal
dan beraneka ragam serta perubahan yang dianggap semu belaka. Dalam hal ini juga,
ontologimonistik ini juga mewujudkan beberapa pemikiran seperti idealisme,
monism dan materialisme.

Dasawarsa ini, masyarakat itu sendiri melihat seseorang individu melalui
kekayaan mereka atau pun harta yang mereka miliki pada waktu itudan bukannya
melihat pada dalaman seseorang . Bukan itu sahaja, sifat materialisme ini wujud
dalam diri manusia secara semula jadinya bahkan tidak mengira usia muda atau tua,
kaya atau miskin dan perempuan atau lelaki.

06

Faktor-faktor
materialisme

wujud

07

∎~01~∎

Sikap rakyat yang ingin hidup
mewah di luar kemampuan
mereka

Sistem pentadbiran yang lemah menyebabkan kegiatan rasuah semakin

berleluasa di Malaysia dan tidak lagi dapat dibendung oleh pemimpin-pemimpin
negara. Malah, gejala rasuah sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi dalam
masyarakat. Dengan ini, materialisme mengakibatkan adanya jurang antara
golongan atasan dan golongan bawahan. Misalnya, ia dapat dilihat dalam
muzikal teater yang dipersembahkan dalam drama hatta azad khan. Beliau telah
menerapkan dalam drama di mana golongan atasan yang lebih berkuasa telah
mengarahkan golongan-golongan bawahan yang lemah ini untuk melakukan
perkara-perkara yang negatif dan mereka terpaksa akur kerana ingin
mendapatkan ganjaran mata wang. Pengajaran dari perkara tersebut, kita
dapat lihat bahawa realiti kehidupan manusia sudah dipengaruhi oleh kegiatan
rasuah di mana-mana sahaja.

08

∎~02~∎

Perkembangan modenisasi

Perkembangan modenisasi menyebabkan rakyat lebih tertumpu kepada

satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak langsung mempengaruhi minda dan
fikiran masyarakat dari aspek budaya, dan cara hidup. Malah, dengan adanya
Internet dan media sosial membuktikan betapa mudahnya untuk menyebarkan info
dari satu negara ke negara lain. Hal ini mengakibatkan budaya materialisme tersebar
di negara-negara lain yang mendorong masyarakat Malaysia untuk meniru gaya
hidup yang bersikap tamak dan ingin hidup mewah untuk menunjuk-nunjuk kepada
orang lain. Lebih-lebih lagi, kurangnya didikan agama seseorang mendorong
seseorang untuk bersikap demikian kerana pendirian mereka tidak lagi
berunsurkan keagamaan dan hanya kebendaan semata-mata. Sebagai contoh,
fikiran rakyat hanya berunsurkan kebendaan atas sebab ia memberikan
kehidupan yangbahagia.

Walhal, budaya materialisme ini sudah terjadi sejak azali lagi seperti peristiwa
firaun yang mendoktrinkan pengikutnya agar mengukur benar dan salah
berdasarkan ukuran material di mana jika kaya dan mendatangkan keuntungan,
maka ia adalah benar sebaliknya jika miskin dan tidak mendatangkan keuntungan
maka ia adalah salah. Dalam surah Al-Zukhruf ayat 53: “jika musa benar mengapa
tidak dipakaikan padanya gelang dari emas?”yang menunjukkan betapa
sombongnya firaun terhadap kekayaannya dari aspek materialistik.

09

∎~03~∎

Masyarakat Malaysia kini
menjadi terlalu obses dengan
kebendaan atau materialistik

Hal in kerana masyarakat Malaysia kini menjadi terlalu obses dengan

kebendaan atau materialistik. Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita
terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti
jenis kereta apa yang dipakainya, rumah bagaimana yang didiaminya serta di mana,
selain jenama pakaian apa yang dipakainya. Bak kata orang, 'yang kaya disanjung
dan yang miskin dihina'. Ramai anak muda sekarang yang menjalani gaya hidup
mewah seperti berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamerkan kad
kredit di sana sini. Kemudian, post di laman media sosial untuk mendapatkan pujian
dan like yang banyak. Secara tidak langsung, ramai yang mula bersikap sombong
dengan mempamerkan kemewahan mereka kepada orang ramai. Apa yang jelas
sekarang adalah kejayaan seseorang itu banyak diukur dari aspek kebendaan.
Seseorang itu akan disanjung tinggi dan dihormati hanya kerana kemewahannya.
Tidak kisah bagaimana dan dengan apa cara dia mendapatkan kekayaannya. Apa
yang menjadi keutamaannya adalah mempunyai kehidupan yang selesa agar dapat
ditunjukkan kepada orang sekeliling.

10

∎~04~∎

Materialistik Timbulnya
Rasuah Berlaku

Pembangunan di Malaysia juga berpandukan aspek materialistik di

mana apabila seseorang itu berani untuk memberikan rasuah kepada pihak-pihak
yang dirasakan berpengaruh hanya untuk mendapat jawatan dan pangkat yang lebih
tinggi dan dipandang tinggi oleh orang ramai. Individu yang tidak
mempunyai iman yang kukuh terutamanya akan terjebak dalam gejala
rasuah kerana mereka tiada rasa bersalah atas perbuatannya malah ia seperti
perkara biasa dalam menjalankan tugas.

11

∎~05~∎

Gaya hidup yang materialistik
pada anggota keluarga dan
teman sebaya

Gaya hidup yang materialistik pada anggota keluarga dan teman

sebaya, juga yang ditampilkan oleh media, menimbulkan materialisme pada individu
dan pengiklanan dan penyebaran kapitalisme. Hal ini menyebabkan mereka
terpengaruh dengan kegidupan anggota mahupun teman sebaya yang hidup mewah.
Dengan itu, pemikiran mereka terpengaruhi dengan sifat materialistik, di mana
mereka akan mengejar-ngejar dunia materialsme dan dapat menjejaskan masa depan
kerana mereka akan menjadi seorang yang boros serta angkuh terhadap dunia dan
masyarakat sekeliling.

12

Kesan-kesan materialisme Menghasilkan
permintaan yang
tinggi terhadap

produk dan
perkhidmatan

negara
Mendorong
perkembangan
perdagangan
yang pesat

Menimbulkan
perasaan

cemburu dan
dengki di

antara rakyat

Maruah negara
tercemar

Keabaikan
Tentang Agama
Akibat Terlalu

Materialistik

13

☺~01~☺

Menghasilkan permintaan
yang tinggi terhadap produk

dan perkhidmatan negara

Budaya materialisme yang menjadi pegangan masyarakat

mengundang kepada pelbagai implikasi.Antaranya, kemajuan negara akan tergugat
dari sudut ekonomi. Sebagai contoh, rakyat yang ingin cepat kaya akan sewenang-
wenangnya membuat pinjaman untuk dibelanjakan kepada kebendaan demi
menunjuk-nunjuk kepada orang kekayaan diri. Malah ada juga yang sanggup
mengambil jalan pintas dengan meminjam dari along tanpa memikirkan akibatnya
kelak atas sebab terdesak untuk hidup mewah. Tambahan pula, apabila
hutang-hutang yang tidak dilunaskan itu menggugat ekonomi negara dimana
negara terpaksa menanggung RM3 bilion pada tahun 2019 disebabkan
peminjam-peminjam yang tidak pernah membayar balik pinjaman. Walhal,
jumlah sebesar itu dapat digunakan untuk pembangunan negara.

14

☺~02~☺

Mendorong perkembangan
perdagangan yang pesat
danmenjadikan wang dan

kredit sebagai unsur
terpenting

Wujudnya sistem riba hampir dalam setiap perdagangan barang

dan jual beli antara rakyat. Riba ternyata adalah satu perkara yang diharamkan dalam
Islam. Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 130, “janganlah
kamu memakan riba dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” Riba
telah menyebabkan kos kenaikan barang yang pesat malah tidak lagi selari dengan
upah pekerja. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa banyak rakyat yang
menghadapi masalah kemiskinan kerana kos sara hidup yang tinggi.

15

☺~03~☺

Menimbulkan perasaan
cemburu dan dengki yang
boleh membawa kepada
ketidakharmonian di antara

rakyat

Dengan ini, bermula berlakunya jenayah-jenayah yang boleh

menjejaskan keamanan negara. Hal ini berlaku berpunca daripada sifat
individu yang sangat tamak dan terdesak untuk hidup dalam kemewahan
sehingga tergamak mengambil jalan pintas seperti merompak, mencuri,
mengambil rasuah dan banyak lagi. Malah masalah ini juga telah menjejaskan
keharmonian dala kehidupan masyarakat.

16

☺~04~☺

Maruah negara tercemar

Ini kerana, masalah-masalah yang timbul seperti kemerosotan

ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan penyalahgunaan kuasa
oleh golongan atasan. Dengan ini, sikap materialisme akan menjejaskan
imej negara apabila berlakunya amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam
sesebuah urusan dan banyak pihak yang teraniaya dan ditindas. Allah SWT
berfirman dalamsurah Al-An’aam ayat 123, menyatakan setiap negeri mempunyai
golongan atasan yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya, tetapi sebenarnya
tanpa kesedaran mereka, mereka diperdaya oleh diri sendiri kerana yang akan
menerima akibat buruk daripada Allah SWT adalah mereka. Seperti yang boleh kita
lihat, Malaysia pernah menjadi buah mulut bukan sahaja di kalangan rakyat
Malaysia bahkan di negara lain juga telah tersebar tentang berita sikap pemerintah
yang menyalahgunakan kedudukannya pada tahun 2020. Hal ini dapat
dibuktikan apabila saluran berita antarabangsa iaitu BBC World News
daripada UnitedKingdom [ CITATION BBC20 \l 1033 ] dan juga The
Japan Times daripada Jepun[ CITATION The20 \l 1033 ] ada menyatakan tentang
perkara ini. Oleh itu, jelaslah bahawa sikap materialisme dalam negara
menyebabkan maruah negara tercemar dan sekaligus menjejaskan imej negara.

17

☺~05~☺

Keabaikan Tentang Agama
Akibat Terlalu Materialistik

Di samping itu, memandangkan kebendaan kini menjadi kayu ukur

kejayaan, maka Ketakwaan dan ketaatan kepada Allah seolah-olah dipandang sepi.
Akibatnya, yang kaya menjadi angkuh, takbur dan sombong kerana mereka
dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebaliknya, mereka yang serba kekurangan dan
miskin dipandang hina, dicemuh dan dipinggirkan sehinggakan ada yang tidak
menjemput mereka kerana 'takut' mencacatkan majlis. Sedangkan dalam kehidupan
Nabi Muhammad SAW, baginda selalu dekat dengan golongan miskin. Walaupun
Rasulullah SAW seorang pemimpin negara, tetapi baginda dan anak-anaknya tidak
kaya dan tidak berharta.

18

Kerajaan Mewujudkan majlis-
memberikan majlis atau kempen
penekanan yang keagamaan untuk
secukupnya
kepada anak memberikan
muda tentang kesedaran dan
budaya negatif ini.
nasihat.

Cara Pengawasan
mengatasi pergerakan
kewangan di
budaya dalam negara
materialis

me

Menyedarkan diri Mengubah budaya
kita sendiri dan pemikiran
bahawa duit rakyat dan

datang dan pergi mengambil tindakan
awal untuk

memerangi budaya
ini dari terus
berleluasa

19

~01~

Kerajaan memberikan
penekanan yang secukupnya
kepada anak muda tentang

budaya negatif ini

Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh

memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri anak muda dengan menerapkan nilai
murni di sekolah dalam subjek-subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tidak dapat dinafikan
ilmu pengetahuan adalah satu aset yang tiada nilainya dan akan membentuk
jati diri seseorang yang lebih baik. Dengan ini, sikap mementingkan
material, tamak dalam mengumpulkan harta dan hidup mewah dan suka
bermegah dapat sikit demi sedikit dibendung apabila seseorang itu mempunyai
akhlak dan ilmu pengetahuan yang tinggi.

20

~02~

Mewujudkan majlis-majlis
atau kempen keagamaan untuk

memberikan kesedaran dan
nasihat

Organisasi-organisasi dalam negara juga boleh mewujudkan

majlis-majlis atau kempen keagamaan untuk memberikan kesedaran dan nasihat
kepada rakyat dengan harapan sikap sombong, angkuh dan egoistik dalam mengaut
kekayaan dapat dineutralkan bersama kehidupan di akhirat dan bukan kebendaan
semata-mata.

21

~03~

Pengawasan pergerakan
kewangan di dalam negara

Kementerian kewangan hendaklah mengawal aliran duit dalam

negara manakala sistem perbankan negara perlulah hanya tidak tertumpu
kepada penjanaan keuntungan berasaskan produk menerusi hutang dan
sistem riba. Profesor DrMohd Nazari Ismail yang merupakan seorang pensyarah
telah mengatakan bahawa sistem yang hanya menumpukan terhadap keuntungan
melalui kaedah berhutang akan menyebabkan kemelesetan ekonomi dan juga kesan
negatif terhadap kos sara hidup masyarakat. Dengan ini,sewajarnya perkara ini
dilaksanakan untuk mengelakkan krisis kewangan yang teruk berlaku seperti di
Amerika Syarikat dan Jepun dan sekali gus dapat membebaskan negara dari budaya
materialisme .

22

.

~04~

Mengubah budaya dan
pemikiran rakyat dan
mengambil tindakan awal
untuk memerangi budaya ini
dari terus berleluasa

Antaranya, Pelan Integriti Nasional yang dilaksanakan adalah satu

rancangan kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk membentuk masyarakat
yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dalam kalangan
semua lapisan masyarakat Malaysia. Selain itu, penguatkuasaan undang-
undang dan hukuman yang lebih berat perlulah dilaksanakan ke atas gejala rasuah
dan riba yang wujud dari budaya materialisme ini. Dengan ini, masyarakat lebih
sedar betapa bahaya dan serius masalah dan dapat membendung perkara ini dari
terus menular dalam negara.

23

~05~

Menyedarkan diri kita sendiri
bahawa duit datang dan pergi

'Dimana ada kemahuan di situ ada jalan' begitu juga dengan

masalah ini, setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya. Cara mengatasi masalah
materialisme ini adalah menyedarkan diri kita sendiri bahawa duit datang dan pergi.
Pada zaman sekarang ini ramai orang berjuang dengan materialisme dalam semua
hal. Contohnya ingin memiliki barang yang terbaru dan terbaik.Tetapi kita mesti
kurangkan sikap itu, dengan cara kita harus dapat mempertimbangkan berapa
banyak kita dapat menjimatkan wang ,kita juga haruslah tahu tidak perlulah kita
membeli hal-hal atau barang-barang yang baru. Dengan cara itu kita boleh
memutuskan diri dengan lebih berjimat ceramat akan lebih mengutungkan
kehidupan kita dan manfaat yang lebih besar daripada perhiasan,pakaian dan barang
yang terbaru.

24



Keratan akhbar serta
Artikel yang berkaitan
dengan Materialisme

25

Artikel Ganjaran Kebendaan

Lahir Generasi Materialistik

26

Blog tentang materialisme

27

Keratan Akhbar Tentang

Generasi Alpha Terpelajar,
Utamakan Materialistik

28

Keratan Akhbar Tentang

Materialistik, Pergaulan Bebas
Punca Curang

29

Artikel Tentang Dunia

MAterialistik

30



Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Materialisme adalah pandangan hidup

yangmencari asas semua benda yang dimiliki oleh kehidupan manusia di
alammaterial semata-mata dengan mengesampingkan segala yang mengatasi
alamimanakala Idealisme adalah ideologi yang lebih mengutamakan idea. Sejak
awal,ahli-ahli falsafah Materialisme dan Idealisme yang menyatakan hujah-
hujahmereka dalam teori Materialisme dan Idealisme masing-masing percaya
bahawahujah-hujah tersebut adalah benar. Mereka juga berkemukan beberapa
buktiuntuk menyokong penyataan mereka. Contohnya, Pierre Gassendi,
seorangpemikir yang paling berpengaruh pada masa itu. Beliau mengembangkan
teorimaterial psikologi dan deria. Beliau menyatakan Tuhan merupakan minda
bukanmaterial. Bapa idealisme Barat, Parmenides berpendapat bahawa semua
perkaraadalah satu perpaduan yang mendasari penampilan dan gerakan dan
perubahanitu tidak benar.

31



Aktiviti pengukuhan

1. Apakah Maksud MATERIALSME?
2. Berikan 2 CARA mengatsi materialsme dan hurain cara tersebut?
3. Pada pendapat anda, sekiranya anda ditawarkan sejumlah wang yang
banyak, adakah anda akan rambang mata dengan sejumlah wang tersebut
demi kepentingan diri sendiri. Berikan, ulasan yang bersesuaian.

OR SCAN ME 

32



Rujukan

I. https://www.studocu.com/my/n/15092527?sid=01667878628
II. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.klik.com.my%2Fitem%2Fstory

%2F5651726%2Fganjaran-kebendaan-lahir-generasi-
materialistik&psig=AOvVaw1dM2Q3UbFAvg0K6BFlH1DR&ust=1668060464213000&source=
images&cd=vfe&ved=0CA0QjRxqFwoTCMDyocu3oPsCFQAAAAAdAAAAABAg
III. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fafnifauziah%2
Fmaterialisme-
63935990&psig=AOvVaw2Iahmmoe3tUXqP1N8hQoz2&ust=1668060721432000&source=imag
es&cd=vfe&ved=0CA0QjRxqFwoTCOic3sW4oPsCFQAAAAAdAAAAABAJ
IV. https://iluminasi.com/bm/bahayanya-budaya-materialisme-yang-semakin-menjadi-jadi-dalam-
kalangan-masyarakat-kita.html
V. http://konsultasiskripsi.com/2020/10/28/faktor-penyebab-materialisme-skripsi-dan-tesis-3/
VI. http://library.binus.ac.id/eColls/eThesisdoc/Bab2/2014-1-00702-PS%20Bab2001.pdf

33

LAMPIRAN

34

.

MATERIALISME

MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

E-book ini menjelaskan tentang faktor, kesan dan
cara yang mengakibatkan sifat materialisme wujud
dalam masyarakat di Malaysia. Selain itu, e-book ini

juga menceritakan contoh-contoh wujudnya
materialisme yang dapat dielakkan oleh masyarakat

agar keharmonian sejagat terjamin dan juga dapat
menjanjikan masa depan yang cerah di kalangan
mayarakat Malaysia. Untuk itu, e-book ini juga telah
diselitkan dengan beberapa keratan akhbar dan artikel

mengenai materialisme yang ada di Malaysia.
Harapan kami dalam penciptaan e-book ini ialah
semoga lebih ramai pihak yang sedar mengenai
materialsme dalam masyarakat serta dapat menjamin
masa depan yang cerah kepada generasi akan datang
dan seterusnya. Sekian terima kasih daripada kami.

35


Click to View FlipBook Version