The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorsalsadila09, 2022-01-13 13:29:49

HSM3023(C) (D20192090875)-converted

HSM3023(C) (D20192090875)-converted

HSM 3023
MALAYSIA ABAD KE-19
SEMESTER 1 2021/2022

TAJUK TUGASAN: PERKEMBANGAN EKONOMI DI SABAH PADA
ABAD KE-19

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
NO. MATRIK NOOR SALSADILA BINTI MAT HUSSAIN

D20192090875

KUMPULAN KULIAH KUMPULAN C

HARI DAN MASA KULIAH JUMAAT, 3.00 PM

NAMA PENSYARAH DR. WAN NOORLIZAWATI BINTI WAN MAT ALI

SEMESTER 1 (SESI 2021/2022)
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
JABATAN PENDIDIKAN SEJARAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1

ISI KANDUNGAN HALAMAN
1
BIL. PERKARA
2
1.0 PENGENALAN 5
2.0 KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI SABAH 6

2.1 Aktiviti Penanaman Padi Huma
2.2 Aktiviti Perikanan
2.3 Perdagangan

3.0 PENGLIBATAN SBUB DALAM SEKTOR EKONOMI 7
SABAH 8
3.1 Sektor Pertanian Ladang 12

3.2 Sektor Penanaman Getah

3.3 Sektor Perikanan

4.0 KESIMPULAN 15
LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI

2

1.0 PENGENALAN

Peta 1: Peta Malaysia

Sumber : Atlas Moden (2007). Malaysia dan Dunia Edisi Baharu. Shah Alam: Oxford Fajar.

Sabah merupakan sebuah negeri yang terletak di Kepulauan Borneo di bawah kerajaan
Malaysia yang juga merupakan sebuah pulau ketiga terbesar di dunia. Kedudukan Sabah adalah
berhampiran dengan pantai barat Laut China Selatan, di bahagian timur laut Laut Sulu dan di
sebelah selatan Laut Sulawesi.1 Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang
memiliki lebih 50 bahasa serta 80 jenis dialek etnik. Antara etnik yang terdapat di negeri Sabah
adalah Kadazan, Kadazandusun, Bajau, Murut, dan banyak lagi. Secara ringkasnya, Sabah
mempunyai banyak pulau yang menjadi daya tarikan dunia dan dianggarkan mempunyai 60
peratus hutan hujan tropika dan selebihnya merangkumi sumber hasil tanah untuk pertanian.
(7, ms3 assgmt curi)

Kepelbagaian etnik menjadikan masyarakat sabah mempunyai pelbagai latar belakang
yang berbeza. Oleh itu, ianya secara langsung membawa kepada kelbagaian aktiviti ekonomi
yang dijalankan dalam kalangan mereka. Sebagai contoh, etnik Bajau Laut dikatakan lebih

1 Jacqueline Pugh and Kitingan. Cultural and Religious Diversity in Sabah and Relationship with Surrounding
Areas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 226.

1

cenderung untuk menjalankan kegiatan ekonomi mereka di kawasan perairan.(8, ms 3) Selain
itu, etnik Kadazandusun pula lebih tertumpu terhadap kegiatan ekonomi di permukaan darat
seperti penanaman dan penternakan. Kegiatan ekonomi di sini berkait rapat dengan satu aktiviti
yang dijalankan bertujuan untuk memperoleh keuntungan sama ada kepada diri sendiri, ahli
keluarga, masyarakat atau kepada negara. Etnik-etnik Sabah dikatakan menjalankan aktiviti
ekonomi sebagai sumber kelangsungan hidup.

Pada tahun 1881, sebelum pentadbiran Sabah sepenuhnya diambil alih oleh Syarikat
Borneo Utara British (SBUB), sistem ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat Sabah lebih
tertumpu kepada kegiatan ekonomi sara diri, berskala kecil dan kegiatan ekonomi komersil
masih belum diusahakan lagi. Walaupun pada masa itu, hubungan perdagangan telah terjalin
antara Cina dengan orang Melayu hanya beberapa kelompok sahaja yang terlibat. Antara faktor
utama menghalang perkembangan ekonomi pada masa itu adalah perkembangan teknologi
yang terhad. Namun begitu, setelah kedatangan SBUB berlaku perubahan terhadap negeri
Sabah apabila mereka cuba mengeksploitasi sumber hasil bumi yang menjadi punca utama
pendapatan negeri demi keuntungan pihak mereka. Hasil-hasil kemudian akan dieksport ke
luar negara.

2.0 KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI SABAH

Sebelum Abad ke-19, sebahagian Sabah berada di bawah naungan kesultanan Brunei dan
memperlihatkan pelbagai kegitan ekonomi yang dijalankan bersama etnik masing-masing.
Struktur muka bumi Sabah yang berbukit dan berlereng dimanfaatkan oleh sesetengah etnik
seperti etnik kadazandusun untuk diusahakan bertujuan menghasilkan makanan seperti beras
manakala etnik-etnik yang lain memanfaatkan laut sebagai sumber ekonomi. Konsep kegiatan
ekonomi di Sabah boleh dirujuk kepada sektor pertanian, perikanan dan penternakan. Ketiga-
tiga sektor ini menjadi kegiatan yang utama bagi masyarakat pribumi Sabah sebelum
kedatangan kuasa luar, iaitu British.2

Kegiatan ekonomi tradisional di Sabah lebih memfokuskan kepada kegiatan ekonomi
belum dikomersialkan sebelum kedatangan SBUB. Ekonomi pertanian pada zaman tradisional
ini lebih tertumpu kepada penanaman padi untuk menghasilkan beras serta tanaman-tanaman
lain yang boleh dijadikan makanan sampingan seperti jagung, ubi kaya dan kekacang. Antara

2 Mohammad Radhuan dan Shahril Talib. Penulisan dan Realiti Sejarah Asia Tenggara: Satu Persoalan.
Universiti Malaya: Jurnal Jati, BIl. 1, 1995, hlm. 139.

2

padi yang terkenal dalam kalangan etnik Dusun pada waktu itu ialah padi huma. Penanaman
padi huma memerlukan struktur tanah yang berlereng.3 Oleh itu, lereng bukit yang telah
ditereskan menjadi tumpuan utama yang menjadi suatu keunikan terhadap metod konsep
aktiviti ekonomi berkenaan. Bagi pengetahuan umum, etnik Dusun merupakan etnik peribumi
Sabah yang memiliki bilangan yang paling ramai terdiri daripada Dusun Papar, Dusar Putatan,
Dasar Penampang dan lain-lain4. Di Ranau, penanaman padi menjadi sumber ekonomi utama
bagi etnik Dusun kerana memiliki bentuk muka bumi yang berbukit. Keadaan bukit itu
dilereskan secara berperingkat untuk melakukan proses penanaman padi dengan cara
membajak dan menanam. Apabila padi tersebut masak dan dituai, hasil yang diperoleh akan
disimpan dan dijadikan bekalan makanan pada penduduk setempat.

Gambar 1: Padi Huma

Sumber: Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB)

3 Ab Halim, et. Al. Pengetahuan Tradisional Etnik Kadazandusun dalam Bidang Pertanian dan Perubatan di
Ranau Sabah. Jurnal Pertanian, Bil.2, 2015, hlm. 104-117.
4 Ibid, hlm. 117.

3

Penanaman Padi Huma atau dikenali juga padi bukit memerlukan kepakaran daripada para
petani untuk menjalankan pertanian jenis ini. Hal ini kerana pertanian padi Huma terletak di
kawasan kaki bukit yang mempunyai suhu dan kelembapan yang lebih tinggi berbanding
kaedah penanaman padi sawah di kawasan biasa. Sistem penanaman padi Huma ini bergantung
sepenuhnya kepada sumber air hujan disebabkan penanaman ini ditanam di kawasan kering
dan tiada sistem pengairan. Tanaman padi jenis ini juga boleh ditanam dengan jenis tanaman
lain seperti jagung, ubi kayu, kacang tanah dan banyak lagi.5 Pertanian padi Huma ini
memerlukan kerjasama daripada masyarakat setempat kerana tiada lagi penggunaan teknologi
canggih seperti mesin dan jentera yang boleh memudahkan proses penanaman padi Huma dan
aktiviti pertanian lain. Sebaliknya, masyarakat setempat saling bekerjasama dalam
menjalankan aktiviti pertanian penanaman padi Huma.

Padi yang dituai secara tradisional pula akan diproses untuk dijadikan beras. Seperti
yang dijelaskan, untuk menghasilkan beras ianya perlu dimulai daripada proses awal seperti
penanaman benih sehingga proses penuaian. Pada abad ke-19 semua proses dan kaedah yang
dijalankan dalam pertanian adalah secara tradisional tanpa bantuan alatan yang canggih sebagai
sokongan dalam proses pertanian. Penanaman ini sepenuhnya menggunakan tenaga manusia.
Dalam menghasilkan beras, terdapat lima peringkat yang telah digunakan terdiri daripada
mongogis, mongogoui, monutu, mangatap, dan moniri. Proses pertama ialah mongogis iaitu
proses untuk mengasingkan sekam padi. Proses ini dijalankan menggunakan alatan leper
seperti cengkerang, penutup botol, senduk atau benda tajam yang lain bagi memisahkan biji
padi daripada sekam setelah dituai. Proses kedua ialah mongogoui iaitu proses untuk
menghilangkan getah yang terdapat dalam padi. Dalam proses ini, padi yang dituai prelu
dikeringkan terlebih dahulu dan dimatangkan supaya getahnya menjadi kering melaui dua
kaedah iaitu menjemur di bawah matahari atau memasak padi itu sehingga matang. Selepas itu,
proses monutu, iaitu proses menumbuk padi dijalankan menggunakan alatan tradisional
gohulu. Alatan ini diperbuat daripada kayu dan latan berat yang memerlukan penggunaan
tenaga manusia yang banyak. Oleh itu, proses ini kebanyakannya dijalankan oleh kaum lelaki
kerana memerlukan tenaga dan kudarta manusia yang banyak. Setelah kulit padi tertanggal,
proses selanjutnya adalah mengatap, iaitu proses untuk mengasingkan kulit padi daripada buah
padi dengan menghayung nyiru secara ke atas dan ke bawah. Proses terakhir ialah moniri, iaitu

5 Ab Halim, et. Al. Pengetahuan Tradisional Etnik Kadazandusun dalam Bidang Pertanian dan Perubatan di
Ranau Sabah. Jurnal Pertanian, Bil.2, 2015, hlm. 104-117.

4

proses lanjutan daripada proses mengatap. Proses ini adalah untuk mengumpul beras di hujung
nyiur dan kulit padi diletakkan di pangkal nyiur. Akhirnya beras yang terhasil daripada proses
ini akan disimpan kemudian dimasak menjadi nasi.6

Gambar 2: Barang-barang yang digunakan dalam pemprosesan beras pada Abad ke-19

Sumber: Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB)
Berikut merupakan proses untuk menghasilkan beras yang bermula daripada proses menuai
seterusnya proses untuk menghasilkan beras melalui lima peringkat yang telah digunakan
terdiri daripada mongogis, mongogoui, monutu, mangatap, dan moniri.

Selain daripada aktiviti pertanian, masyarakat pribumi Sabah turut menjalankan aktiviti
ekonomi tradisional dalam sektor perikanan. Sejak berabad lalu, Sabah bukan sahaja dikenali
sebagia suatu tempat yang kaya dengan hasil sumber daratannya seperti hutan-hutan simpan
malah turut terkenal sebagai kawasan yang kaya dengan sumber maritim. Dengan memiliki
garisan pantai lebih kurang 14400 kilometer serta dikeliliingi oleh puluhan pulau yang lain.
Keadaan di lembah pantai telah mencuri tumpuan etnik Bajau Laut untuk menjalankan kegiatan

6 Ab Halim, et. Al. Pengetahuan Tradisional Etnik Kadazandusun dalam Bidang Pertanian dan Perubatan di
Ranau Sabah. Jurnal Pertanian, Bil.2, 2015, hlm. 104-117.

5

ekonomi dara diri.7 Penangkapan hasil laut seperti ikan, ketam dan udang bertujuan untuk
dijadikan makanan harian. Di samping itu, hasil tangkapan yang lebih akan dijual kepada
penduduk setempat kemudian diganti untuk membeli makanan ruji seperti beras, buah dan roti.
Etnik Suluk dan Bajau Darat turut terlibat dalam kegiatan ekonomi menangkap hasil laut
kerana tinggal di kawasan perairan.8 Hal ini menunjukkan penduduk Sabah pada sebelum
kedatang SBUB bergantung kepada kegiatan ekonomi tradisional untuk kelangsungan hidup.

Ekonomi tradisional di Sabah pada abad awal abad ke-19 tidak tertumpu kepada
ekonomi sara diri sahaja. Hal ini kerana aktiviti perdagangan dan jual beli juga turut dijalankan.
Namun demikian, segala hasil hutan yang diperdagangkan ke luar negeri seperti sarang burung,
rotan, dan kapur barus tidak didagangkan secara komersil kerana lebih tertumpu kepada
kegunaan diri sendiri dan kelauarga. Keadaan ini tidak diperkembangkan lagi seperti mana
selepas kedatangan pihak SBUB yang merancakkan lagi aktiviti perdagangan yang lebih
memfokuskan kepada aktiviti komersial. Sebagai contoh, etnik Bajau mengamalkan sistem
barter bagi mendapatkan barangan lain seperti menukarkan hasil tangkapan laut dengan
barang-barangan di pasar.9 Sistem barter diamalkan oleh penduduk Sabah dalam sistem
ekonomi tradisional pada masa itu.

Setelah kedatangan SBUB dan menetap di Sabah, terdapat perkembangan dalam
kegiatan ekonomi. Ekonomi tradisinal seperti akiviti pertanian yang melibatkan aktiviti lading
masih lagi diteruskan dengan campur tangan pihak British.

Gambar 3: Logo Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

7 Ismail, Ali. "Komuniti Orang Tanpa Negara (Stateless People) Di Sabah: Kajian Kes Komuniti Bajau Laut Di
Pulau Mabul, Semporna." Persatuan Sejarah Malaysia, 10 April 1995,
<https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3641/1/MDSS_2011_39_04.pdf >(20 Disember 2021)
8 Ibid, hlm. 3.
9 Ibid, hlm. 3.

6

Sumber: Portal Rasmi JKN Sabah

3.0 PENGLIBATAN SBUB DALAM SEKTOR EKONOMI DI SABAH

3.1 AKTIVITI PERTANIAN LADANG

Kedudukan SBUB dalam pentadbiran Sabah semakin stabil dan utuh. Oleh itu, SBUB
mengambil langkah bagi memantapkan kegiatan ekonomi dengan langsung melibatkan diri
dalan kegiatan pertanian ladang. Langkah diambil oleh SBUB kerana mereka yakin dan
percaya dapat memberi keuntungan yang lumayan kepada syarikat mereka dalam jangka masa
panjang. Setelah mendapat piagam untuk mentadbir Sabah, SBUB berusah untuk menarik
minta pemodal-pemodal asing untuk melabur dalam perancangan ekonomi mereka. Di
samping itu, pelabur-pelabur dari luar seperti Eropah mula meletakkan harapan yang begitu
tinggi terhadap SBUB agar mereka boleh mejalankan satu bentuk pentadbiran yang lincin
supaya keselamatan pelaburan mereka dijamin. Jelas bahawa setiap pelabur dan SBBU masing-
masing mempunyai matlamat tersendiri demi mengaut keuntungan.

Hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh SBUB pada awalnya lebih tertumpu kepada
suatu tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran modal yang tinggi. Antara tanaman yang
diberi tumpuan oleh SBUB ialah tebu, ubi kayu, sutera, ganja, kacang soya, nenas dan orkid.
Percubaan SBUB memperkenalkan tanaman-tanaman ini akhirnya tidak berjaya. Oleh itu,
SBUB mengambil insiatif memulakan penanaman kopi dan lada hitam untuk mnggantikan
penanaman sebelum ini yang tidak berjaya akan tetapi harga komoditi untuk kedua-dua ini
terlalu tinggi di pasaran menyebabkan sambutan terhadap kopi dan lada hitam tidak
menggalakkan terus digantikan dengan penanaman kelapa. Menurut SBUB, penanaman kelapa
adalah penting untuk mendapatkan hasil minyak di samping bertujuan untuk mengeksport hasil
minyak tersebut ke luar negara. Di Tawau, kebun kelapa telah ditanam oleh Kuhara Company
dengan tanaman manila hemp kemudian hasilnnya mula dieksport pada tahun. Namun ianya
juga menunjukkan berlaku ketidakberhasilan dalam memasarkan tanaman kelapa kemudian
beralih kepada penanaman padi.

Tanaman-tanaman seperti yang dinyatakan di atas diberi perhatian berdasarkan potensi
adakah ianya berbaloi untuk dikomersil ataupun tidak. Sebagai contoh, tanaman seperti sagu
dan kelapa pada sebelum ini telahpun diusahakan oleh penduduk Cina sebelum ianya skalanya

7

semakin diperluas.10 Pihak SBUB pada ketika itu mengusahakan sagu dan kelapa dalam skala
yang lebih luas kerana dapat menjamin nilai ekonomi yang sangat tinggi dan mempunyai
potensi untuk dimajukan.11 Jelas bahawa tanaman yang berpotensi membawa keuntungan
lumayan akan menjadi tumpuan pihak SBUB. Walaubagaimanapun, tanaman yang paling
diberi tumpuan adalah tembakau dan getah. Tembakau dikatakan telah mendominasi eksport
Sabah sejak awal pentadbiran SBUB apabila tanaman ini telah diusahakan secara besar-besaran
dan berjaya menembusi pasaran di London, Amsterdam dan Amerika Syarikat. Jumlah paling
tinggi hasil daripada eksport tembakau ialah sebanyak $2,018,182 pada tahun 1902. Namun
begitu, hasi eksport ini tidak berkekalan lama dan penanaman getah muncul kembali sebagai
tanaman yang paling penting sehingga perang kedua meletus.
3.2 AKTIVITI PENANAMAN GETAH

Gambar 4: Aktiviti menoreh getah setelah membuahkan hasil

Sumber: Md Saffie (2019). 100 Tahun Jepun dalam Pembangunan
Ekonomi di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Secara jelasnya, kemasukan benih getah ke Sabah tidak dapat dijelaskan kerana tiada rekod
dokumen rasmi yang menjelaskan bila dan bagaimana ianya dibawa masuk. Namun begitu
terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa getah Ceara Rubber dan India Rubber di
kebun eksperimen Silam. Kwak Fong menyatakan bahawa William Preyer pernah memberi
cadangan untuk menanam India Rubber pada tahun 1885 hingga tahun 1888. Sepanjang
tempoh tersebut sebanyak 10,000 pokok telah ditanam British Borneo Trading & Planting
Company. Dalam usahakan memperluas tanaman ini, mereka berhadapan dengan masalah

10 L.B. Von Donop, S/F 1423, Report on The Agricultural Prospects of British North Borneo. Hlm. 8.
11 BNBH, Mac 1886, hlm. 143.

8

untuk mendapatkan biji benih dan tapak semaian atas beberapa faktor.12 Walaupun begitu,
aktiviti eksport getah jenis India Rubber menunjukkan sedikit peningkatan dengan mencatat
sebanyak $49,513 pada tahun 1897 kepada $79,600 pada tahun 1898.13

Pada tahun 1822, pelbagai jenis getah ditanam di Sabah antaranya seperti getah jenis
Hevea brasiliensis yang diimport dari Singapura. Ada juga sesetengah rekod menyatakan
bahawa getah ini berasal dari Ceylon pada tahun sebelumnya, iaitu pda 1987. Faktor
kemasukan getah jenis ini tidak diketahui umum.14 Hal ini kerana kemasukan getah jenis ini
tidak diambil peduli oleh pegawai-pegawai SBUB kerana kurang yakin bahawa tanaman jenis
ini boleh dikomersialkan. Pada tahun 1884, penanaman getah diperluaskan oleh kebun
eksperimen kerajaan Sila, Sabah iaitu di kawasan sepanjang jalan bertujuan untuk meredupkan
jalan masuk di kawasan tersebut. Pada Disember 1885, ketika mesyuarat pemegang-pemegang
saham SBUB, Wagstaff ada mengemukakan beberapa soalan berkenaan kesesuaian jenis dan
kaedah penanaman getah di Sabah. Cadangan dan idea dikemukakan diterima oleh pengerusi
pemegang saham SBBU, R. B. Martin.

Pada tahun 1892, getah jenis Para Rubber telah diuji melalui eksperimen oleh pelopor-
pelopor SBUB kerana berpendapat bahawa tanaman tersebut akan membuahkan hasil melalui
penanaman berskala besar.15 Pada tahun yang sama, R.M. Wade dan saudaranya menjadi
perintis kepada penanaman getah komersil bagi Mortgage Investments and Contact
Corporation Limited bertempat di Bongaya berhampiran Sungai Labuk.16 Kemudian pada
tahun 1899, mereka mula membersihkan kawasan seluas 200 hektar dengan menggunakan 75
hektar untuk menanam getah. Pada tahun 1901, estet itu dipromosikan untuk dijual kerana

12 Kuat Kwai Fong, Perkembangan Ekonomi Ladang Di Sabah 1881-1941, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1996, hlm. 167.
13 K. G. Tregonning, A History of Modern Sabah: North Borneo, 1881-1063, Singapore: University of Malaya
Press, 1965, hlm. 93-94.
14 Handbook of The State of North Borneo, London: The British North Borneo Chartered Company, 1934, hlm.
67.
15 S/F 1455C, (G. S. O. No. 00151) Memorandum Sulit Bertajuk “North Borneo Claim for Additional Rubber
Quota Recopitulated and Reconsider in the Light of The Decisions Taken on the 20th November by the
International Rubber Regulation Committee”, hlm. 1.
16 Kuat Kwai Fong, Perkembangan Ekonomi Ladang Di Sabah 1881-1941, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1996, hlm. 168.

9

segala usaha yang dilakukan oleh R.M. Wade dan saudaranya tidak mendapat sambutan.17 Di
samping itu, British North Bormeo Trading Company menanam sejumlah besar anak pokok
getah, iaitu sebanyak 40,000 pohon di Sekong dan menjelanh masuk tahun 1905, pokok yang
ditanam mula ditoreh untuk melihat hasil tanaman tersebut. Sebelum pada itu, di Pitas turut
dijadikan ladang getah seluas setengah ekar untuk menghasilkan jumlah getah yang banyak
untuk diusahakan.

Selain itu, bijih benih getah yang didapati dari Ceylon turut ditanam di Tenom dan
Pantau Barat. C.H. Keasberry, pegawai Daerah Tenom merupakan orang yang
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aktiviti penanaman getah di kebun eksperimen Tenom.
Beliau dikatakan menerima sebungkus bijih benih yang tidak dinyatakan ciri-cirinya lalu
memberi tanggapan bahawa ianya benih sejenis buah kemudian ditanam di tapak semaian
sebelum ianya dipindahkan ke kebun. Walaupun setelah sekian menanam bijih benih tersebut,
beliau tetap tidak mengenali jenis tanaman tersebut yang sebenarnya adalah getah sehinggalah
adanya zaman ‘zomm’ getah.18 Namun begitu, percubaan ini dianggap gagal kerana kumpulan
pokok tidak dititkberatkan dengan penjagaan rapi dengan membiarkan satu per empat
daripadanya telah tumbuh dua atau tiga cabang. Perkembangan industri getah di Sabah hampir
meyerupai perkembangan getah di Indonesia yang berpunca daripada kejatuhan harga
tembakau pada tahun 1891. Keadaan ini menyebabkan ramai para pekebun beralih kepada
aktiviti penanaman getah.

Pada awal abad ke-20, penanaman getah di Sabah telah menunjukkan hasil yang
lumayan dan menguntungkan. Keadaan ini kemudian mendorong kepada perusahaan komersil.
Hal ini disebabkan oleh berlaku kepesatan dalam pekembangan industri getah yang berjaya
membuka peluang pelaburan yang membolehkan sumber-sumber lain turut berkembang.19
Walaubagaimanapun, para pelabur dan pengusaha ladang dikatakan tidak ramai yang turut
melibatkan diri dalam industri getah disebabkan geografi Sabah yang terletak jauh dari laluan
utama Laut China Selatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kedudukan Sabah yang terpencil
dan memiliki populasi penduduk yang sedikit menyebabkan negeri tersebut mengalami
masalah kekurangan bekalan tenaga. Selain itu, para pengusaha juga dikatakan sukar untuk
menyakinkan para pelabur kerana tumbesaran pokok getah memerlukan masa yang panjang,

17 Handbook of The State of North Borneo, London: The British North Borneo Chartered Company, 1934, hlm.
67.
18 Ibid, hlm. 67.
19 Ibid, hlm. 68.

10

iaitu lebih kurang enam tahun untuk mencapai tahap matang sebelum membuahkan hasil. Oleh
itu, para pelabur kebanyakannya memerlukan masa untuk bersetuju sebelum memulakan
pelaburan kerana ianya melibatkan modal yang besar.

Industri getah semakin hari semakin cerah untuk terus diperkembangkan apabila pihak
kerajaan telah mulai campur tangan dalam menggalakkan kemasukan modal pelaburan luar.
Langkah yang diambil ini juga dikatakan berkait rapat dengan sektor ekonomi luar seperti
industri motokar Amerika Syarikat pada waktu itu semakin berkembang pesat.20 Keadaan ini
mendorong kerajaa untuk memajukan lagi industri penanaman getah supaya dijadikan satu
perusahaan yang sangat menguntungkan. Selain itu, pihak SBUB juga merancang untuk
menjadikan Sabah sebagai pengeluar getah paling utama di Asia Tenggara.21 Bagi mencapai
matlamat ini, pihak SBUB dan para pemegang saham dalam jamuan makan malam tahunan
pada 12 Disember 1905 telah mengumumkan dua insentif sebagai langkah untuk mengatasi
kesukaran untuk mendapatkan modal daripada para pelabur. Setelah itu, keadaan ini juga
mendoring industri getah Malaysia turut berkembang.22

Insentif yang pertama ialah pihak kerajaan memberi satu jaminan bahawa sukai eksport
tidak dikenakan kepada syarikat yang mengeluarkan getah selama 50 tahun bermula tahun
1905. Intensif kedua ialah memberi dividen kepada syarikat pengusaha getah yang beroperasi
dengan masa yang non-produktif. Di bawah penawaran ini, pihak kerajaan telah menjual tanah
kepada syarikat-syarikat yang mengusahakan penanaman getah dengan harga $12.70 sen satu
hektar kemudian hasil jualan tersebut digunakan sebagai modal persediaan semasa non-
produktif. Dasar ini menunjukkan 12 buah syarikat telah dibentuk berasaskan terma dan syarat
tersebut. Kejayaan yang dicapai melalui perkembangan industri getah di Sabah dicapai pada
akhir abad ke 19 iaitu berlaku permintaan yang tinggi dan bertrusan dan akhirnya mencapai
zaman “boom” pada tahun 1910.

Peta 2: Taburan Kawasan Penanaman Getah di Sabah pada tahun 1919

20 J. H. Drabble, Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of The Industry,1976, hlm. 224.
21 Voon Phin Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia 1876-1921, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 1976, hlm. 108.
22 Kuat Kwai Fong, Perkembangan Ekonomi Ladang Di Sabah 1881-1941, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1996, hlm. 173.

11

Sumber: Dilakar oleh seorang penulis berdasarkan data diperolehi daripada Annual Report on
Agriculture for 1991, British North Borneo Administration Report 1919, Printed At the
Government Printing office: Sandakan, Supplement of the official Gazette.

3.3 SEKTOR PERIKANAN

Sektor perikanan di Sabah merupakan kegiatan ekonomi yang sudah lama diusahakan oleh
penduduk setempat. Struktur geografi negeri Sabah yang dikeklilingi laut serta pulau
mendorong kepada perkembangan sektor perikanan di samping kepadatan penduduk yang
mendiami kawasan pesisiran pantai. Sektor perikanan boleh dikatakan sebagai salah satu faktor
yang menjadi punca pendapatan serta sumber pencarian utama penduduk di Sabah. Keadaan
ini dibuktikan melalui peredaran zaman, di mana sektor perikanan telah berkembang sejak
Kesultanan Sulu hingga ke hari ini. Selain itu, sektor perikanan ini menjadi sumber makanan
yang utama bagi penduduk Sabah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Antara kawasan yang menjalankan aktiviti perikanan sebagai kegiatan utama sejak Zaman
Kesultanan Sulu ialah daerah Sandakan, Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran,
Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Pitas, Papar, Kota Kinabalu, Beaufort, Kuala Penyu
dan terakhir adalah Sipitang.23 Antara kawasan-kawasan ini, Sandakan merupakan sebuah
daerah yang paling popular dengan kegiatan menangkap ikan kerana kaya dengan sumber laut.

23 Ismail Ali, Perkembangan dan Perubahan Teknologi Menangkap Ikan di Sandakan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 1999. Hlm 10

12

Hal ini dapat dibuktikan melalui sebuah penulisan Ismail Ali “Perkembangan dan Perubahan
Teknologi Menangkap Ikan di Sandakan” ada menulis:

“di Sandakan terdapa banyak sungai-sungai yang mengalir ke Laut Sulu yang memiliki
banyak sumber perikanan”24

Maka, inilah faktor mendorong Sandakan sebagai sebuah daerah yang berkembang pesat dalam
aktiviti perikanan sejak tahun 1750 sehingga kemasukan Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) ke Sabah pada tahun 1881. Hal ini demikian kerana, setelah SBUB bertapak di Sabah,
pihak SBUB lebih mengutamakan sektor ekonomi berasaskan daratan berbanding ekonomi
yang berasaskan laut. Semasa zaman Kesultanan Sulu, pelabuhan Sandakan menjadi tumpuan
ramai sebagai pusat pengumpulan hasil laut sebelum bergerak ke Jolo bagi meluaskan pasaran
ke China. Antara barang yang dikumpulkan ialah mutiara, kulit penyu, sirip jerung, tripang
(gamat), sarang burung dan sebagainya. Barangan ini mempunyai nilai yang tinggi di pasaran
China.

Pada tahun 1750 hingga 1881, iaitu zaman sebelum Kesultanan Sulu memerintah
Sabah, aktiviti perikanan yang dijalankan di Sabah adalah secara kecil-kecilan sahaja. Aktiviti
ini hanya dijalankan oleh para penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai sahaja.
Namun apabila berlaku kemasukan datu-datu dari Filipina, aktiviti perikanan menjadi lebih
maju dan moden. Kedatangan mereka ke Sabah lebih tertumpu kepada daerah Sandakan untuk
menjadikan ekonomi laut sebagai teras pembangunan ekonomi negara mereka. Pada tahun
1851, Filipina berjaya ditumpaskan oleh Sepanyol lalu mereka membawa masuk pedagang-
pedagang Cina ke Pulau Timbang, iaitu pulau yang terletak di Sandakan untuk memonopoli
hasil laut di kawasan tersebut. Ismail Ali dalam penulisannya turut menyatakan bahawa:

“Pedagang-pedagang Cina bertindak untuk memberi pinjaman kredit dan
membekalkan perkakas menangkap ikan kepada para nelayan tempatan”

Keadaan ini menjelaskan bahawa para pedagang dari Cina pada ketika itu membuka kedai-
kedai untuk memberi pinjaman kredit kepada para nelayan tempatan. Namun pinjaman
yang dibuat haruslah dibayar dengan hasil laut yang mempunyai nilai setara seperti di
pasaran Cina.

24 Ismail Ali, Perkembangan dan Perubahan Teknologi Menangkap Ikan di Sandakan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 1999. Hlm 11.

13

Pada zaman Kesultanan Sulu menduduki Sabah, aktiviti perikanan yang giat
dijalankan oleh penduduk Sabah bertujuan untuk keperluan kendiri sahaja. Namun, hasil
laut yang mempunyai nilai dan permintaan dari pihak luar akan dieksport bagi tujuan
perdagangan. Sebagai contoh, barangan yang ingin dieksport ke Cina perlu dihantar
melalui Jolo terlebih dahulu. Jelas di sini menunjukkan bahawa aktiviti perikanan di Sabah
dijalankan oleh para penduduk adalah untuk keperluan kendiri dan aktiviti perdagangan.
Setelah kemasukan SBUB ke Sabah pada tahu 1818, aktiviti perikanan yang berskala kecil
ini ini tidak diberi perhatian khusus dan mula ditinggalkan. Hal ini kerana, pihak SBUB
menggantikan aktiviti perikanan tradisional kepada perikanan moden untuk mendapatkan
hasil yang lumayan. Hasil laut yang diperoleh akan dieksport ke luar negara iaitu yang
melibatkan Singapura, Hong Kong dan Eropah. Walaupun pada awal ianya melibatkan
modal yang tinggi namun hasil yang diperolehi lebih tinggi dan memberi keuntungan yang
tinggi. Tindakan SBUB ini menyebabkan berlaku perkembangan terhadap sektor
perikanan di Sabah pada abad ke-19.25

25 Jinel Noin, Perkembangan Penanaman Getah di Sabah 1892-1941, Jurnal Sejarah, Bil. 4, 2019, hlm. 48-77.

14

4.0 KESIMPULAN
Sabah merupakan sebuah negeri yang unik dan kedudukannya yang strategic menjadi faktor
utama kedatangan pedagang-pedagang luar untuk menjalankan aktiviti ekoomi. Keadaan ini
merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Sabah sehinggalah berlaku pelbagai perkembangan
ekonomi pada Abad ke-19. Secara keseluruhannya, kegiatan eonomi di Sabah pada awalnya
tertumpu kepada ekonomi tradisional sahaja seperti aktiviti menanam padi huma, memungut
hasil hutan dan aktiviti perikanan. Aktivti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memenuhi
keperluan harian. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Sabah menunjukkan keunikan tersendiri
pada corak kehidupan mereka.

Pertapakan SBUB di Sabah pada Abad ke-19 mengubah semua struktur pentadbiran,
sosial dan ekonomi di Sabah. Kedatangan SBUB telah memperluas sistem ekonomi dengan
mengeksploitasi hasil bumi Sabah walaupun ianya hanyalah kepentingan untuk mereka sendiri
tetapi ianya memberi kesan positif terhadap penduduk Sabah pada waktu itu. Kebanyakan
penduduk dapat menjual hasil tanaman, hasil tangkapan serta hasil hutan yang diperolehi
kepada syarikat yang lebih besar. Kesannya, penduduk Sabah memperoleh pendapatan yang
tinggi hasil daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan. Sabah menjadi lebih maju dan
moden.kerana penggunaan alatan yang canggih dalam kegiatan ekonomi turut diperkenalkan.
SBUB membantu meningkatkan perusahaan penanaman getah menjadi lebih rancak. Terdapat
banyak jenis bijih benih getah yang diimport dari negara luar ditanam di Sabah bertujuan untuk
memajukan lagi industri getah di Sabah lebih-lebih lagi di kawasan tanah terbiar. Kesannya,
penanaman getah di Sabah telah mencapai tahap maksimum dari pertengahan abad ke-19
sehingga awal abad ke-20 menjadikan Sabah antara negeri yang utama membekalkan getah.
Akhrinya, Sabah berjaya mencapai kemajuan ekonomi pada abad ke-19.

15

BIBLIOGRAFI

Ab Halim, et. Al (2015). Pengetahuan Tradisional Etnik Kadazandusun dalam Bidang
Pertanian dan Perubatan di Ranau Sabah. No.2 104-117.

BNBH, Mac 1886, hlm. 143.
Handbook of The State of North Borneo (1934), London: The British North Borneo Chartered

Company
Ismail Ali. "Komuniti Orang Tanpa Negara (Stateless People) Di Sabah: Kajian Kes Komuniti

Bajau Laut Di Pulau Mabul, Semporna." Persatuan Sejarah Malaysia. Diperoleh pada
Disember 20, 2021 daripada
https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3641/1/MDSS_20119_04.pdf
Ismail Ali (1999), Perkembangan dan Perubahan Teknologi Menangkap Ikan di Sandakan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Jacqueline Pugh and Kitingan. Cultural and Religious Diversity in Sabah and Relationship
with Surrounding Areas, Kuala Lumpur: (Cari tahun dan terbitan)
J. H. Drabble (1976), Rubber in Malaya 1876-1922. Kuala Lumpur: The Genesis of The
Industry.
Jinel Noin (2019), Perkembangan Penanaman Getah di Sabah 1892-1941, Jurnal Sejarah. 4(5).
48-77.
K. G. Tregonning (1965), A History of Modern Sabah: North Borneo, 1881-1063, Singapore:
University of Malaya Press.
Kuat Kwai Fong (1996), Perkembangan Ekonomi Ladang Di Sabah 1881-1941, Kuala
Lumpur:Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, hlm. 167.
L.B. Von Donop, S/F (1423), Report on The Agricultural Prospects of British North Borneo.
Hlm. 8.
S/F 1455C, (G. S. O. No. 00151) Memorandum Sulit Bertajuk “North Borneo Claim for
Additional Rubber Quota Recopitulated and Reconsider in the Light of The Decisions
Taken on the 20th November by the International Rubber Regulation Committee”, hlm
30.
Voon Phin Keong (1976), Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia 1876-1921,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 108.

16


Click to View FlipBook Version