The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EFOLIO PINDAAN PERLEMBAGAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur sabrina, 2023-12-02 07:29:40

PINDAAN PERLEMBAGAAN

EFOLIO PINDAAN PERLEMBAGAAN

PINDAAN PERLEMBAGAAN MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


KANDUNGAN 1.0 SIDANG REDAKSI 2.0 PRAKATA 3.0 PENGENALAN 4.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1963 4.1 STRUKTUR MAHKAMAH ATASAN 4.2 PEMBENTUKAN MAHKAMAH TINGGI BORNEO 4.3 JAWATAN YANG DI-PERTUA NEGERI 5.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1965 5.1 SEBAB PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA 5.1.1 MASALAH POLITIK 5.1.2 ISU PERKAUMAN 5.1.3 KONSEP “MALAYSIAN MALAYSIA” 6.0 PENUTUP 7.0 RUJUKAN


1.0 SIDANG REDAKSI NURUL WAFA BINTI ADENI 06DSB23F1057 PUTERI ALEYA NUR KASEH BINTI SAHADAN 06DSB23F1043 NUR SABRINA SYAFIQAH BINTI HANAPI 06DSB23F1033 NURIN SYUHADA BINTI FAIZUL BAHRAIN 06DSB23F1044


2.0 PRAKATA Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya E-FOLIO ini dapat disiapkan dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada pensyarah kami ENCIK HISHAM BIN MD SAID juga rakan rakan kerana banyak membantu dari segi tenaga dan idea bagi menyempurnakan EFOLIO ini.


3.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN Pindaan perlembagaan ialah perubahan formal yang dibuat terhadap teks perlembagaan tertulis sesebuah negara. Di dalam beberapa bidang kuasa, teks perlembagaan itu sendiri diubah; di dalam yang lain, teks tidak diubah akan tetapi pindaan menukar kesan teks perlembagaan.


4.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1963 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 merupakan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Pindaan perlembagaan bertujuan untuk menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri sedia ada. Pindaan ini berlaku selepas pembentukan Malaysia. Terdapat tiga perkara utama yang dipinda iaitu, struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri.


• Mengikut model Mahkamah Tertinggi England - Terbahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan • Setelah pembentukan Malaysia - 3 Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah Atasan diwujudkan • Tugas Mahkamah Persekutuan - Mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri 4.1 STRUKTUR MAHKAMAH ATASAN


4.2 PEMBENTUKAN MAHKAMAH TINGGI BORNEO • Mahkamah Tinggi Malaya dikekalkan • Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan • Peranan : Menguruskan soal kehakiman Sarawak dan Sabah • Jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan pada tahun 1963 • Ketua Hakim Sarawak dan Sabah diubah pada tahun 1994


• Selepas pembentukan Malaysia . Yang Di Pertuan Agong melantik Yang di-Pertua Negeri untuk mengetuai Sarawak dan Sabah • Sarawak : Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi • Sabah : Yang di-Pertua Negeri perlu nengikut nasihat Kabinet Negeri 4.3 JAWATAN YANG DI-PERTUA NEGERI


5.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1965 • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan berkaitan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965 • Usul pindaan diluluskan oleh Parlimen untuk Singapura keluar daripada Malaysia • Segala perkara berkaitan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia ( pindaan 1965 ) seperti imigresen , kewangan , hubungan luar negara dan pertahanan


5.1 SEBAB PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA 5.1.1 MASALAH POLITIK PAP memungkiri janjinya dan bergiat aktif di Tanah Melayu lalu bertanding dalam Pilihan Raya 1964. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatannya yang terlalu awal akan menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu dan hubungan antara UMNO dengan MCA. PAP berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili kaum cina dalam kerajaan. • Pada November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan PAP hanya terbatas di Singapura dan tidak bercadang ambil bahagian dalam pilihanraya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun selepas penyatuan.


5.1.2 ISU PERKAUMAN Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang selepas dua tahun Singapura dalam Malaysia akibat peristiwa yang berlaku di Singapura dan banyak perselisihan faham telah berlaku. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu merasakan diri diabaikan dan Singapura tidak ambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka dan timbul rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang mewakilan orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk lapor hal itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.


5.1.3 KONSEP “MALAYSIAN MALAYSIA” Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep "Malaysian Malaysia" tidak disenangi pemimpin UMNO. Konsep ini menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Pada Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan "a democratic Malaysian Malaysia" sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu "persamaan hak bagi semua" melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.


6.0 PENUTUP Kesimpulannya , Kebanyakan perlembagaan menetapkan bahawa pindaan tidak boleh digubal melainkan pindaan telah melalui prosedur khas yang lebih ketat daripada keperluan buat gubalan undang-undang lain. Contoh-contoh prosedur khas ini termasuk supermajoriti di dalam dewan undangan, ataupun kelulusan langsung oleh para pengundi dalam satu referendum, ataupun kombinasi dua atau lebih prosedur khas yang berlainan.


7.0 RUJUKAN Dr. Mohamad bin Samsudin , 2020 , Sejarah Tingkatan 5 , Shah Alam , Dewan Bahasa dan Pustaka https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pindaan_perlembagaan#:~:text=Pind aan%20perlembagaan%20ialah%20perubahan%20formal,pindaan%20 menukar%20kesan%20teks%20perlembagaan https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-5/sejarah-t5- bab-2/sejarah-t5-bab-2-4 1. 2. 3.


Click to View FlipBook Version