The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanierashidi2, 2022-07-03 14:09:36

Soalan pengajaran dan perwatakan Hikayat Pelanduk Jenaka STPM Sem 1

Soalan pengajaran dan perwatakan

Bahagian B – soalan Pecahan ~ terus / soalan tunggal ~ kata kunci

a) Jelaskan tiga pengajaran yang digambarkan dalam petikan di atas

Pengajaran pertama yan terdapat dala petikan di atas ialah kita hendaklah sentisa bermuafakat
apabila berhadapan dengan masalah. Amalan bermuafakat apabila hendaklah melakukan
sesuatu kerja atau apabila berhadapan dengan sesuatu masalah amatlah digalakkan, khususnya
dalam kalangan anggota masyarakat. Sikap bermuafakat membolehkan sesuatu kerja atau
masalah dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan sempurna. Malah, amalan ini akan
mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat. Selain dari itu, sikap
bermuafakat juga akan melahirkan sikap toleransi antara satu sama lain. Pada suatu hari Tuan
Syeikh Alam di Rimba berpesanan kepada segala isi rimba supaya bermuafakat antara satu sama
lain.

Kedua ialah janganlah aniaya menganiaya satu sama lain. Kita tidak sepatutnya melakukan
sesuatu perkara yang kaan menyusahkan atau menganiyai orang lain kerana perbuatan tersebut
bertentangan dengan nilai hidup bermasyarakat. Sikap tersebut merupakan suatu sifat keji yang
harus dikutuk jika ianya berlaku dalam kalangan masyarakat. Sikap ini boleh menyebabkan
kesusahan atau kemusnahan hidup orang lain. ….janganlah aniaya menganiaya antara sesuatu
dengan lain… Tuan Syeikh Alam di Rimba menasihati sekalian isi rimba supaya jangan aniaya
menganiayai antara satu sama lain.

Ketiga ialah janganlah menipu atau elat. Amalan suka menipu akan memberikan kesan buruk
pada diri sendiri dan juga orang lain. Sikap ini juga menyebabkan maruah kita tercemar dan
akan mendapat malu jika pembohongan kita diketahui oleh ornag lain. Sikap ini seharusnya
dijauhi supaya keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikekalkan. …dan janganlah elat….

Contohnya, Tuan Syeikh Alam di Rimba menasihati segala isi rimba yang datang berjumpa
dengannya supaya menjauhi sifat elat boleh mendatangkan bala.

b) Huraikan perwatakan Tuan Syeikh Alam di Rimba dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka
(Syeikh Alam Berlawan dgn Raksasa)” yg termuat dalam Permata Sastera Melayu.

Perwatakan yang terdapat pada Tuan Syeikh Alam di Rimba ialah bijaksana. Kebijaksanaan
amata penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah supaya apa yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Kebijaksanaan juga penting bagi seseorang pemimpin. Pemimpin
yang bijaksana mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang yang dipimpinya dan
berupaya mmbawa perubahan yang lebih bermakna kepada kelompok atau masyarakat yang
dipimpinya. Pemimpin yang bijkasana, tentunya akan dihormati dan disanjung tinggi oleh
orang bawahannya. Contohnya, Tuan Syeikh Alam di Rimba merupakan pemimpin yang
bijaksana. Kebijaksanaan Tuan Syeikh Alam di Rimba dapat dilihat apabila beliau berjaya
membunuh raksasa yang menggangu hidup penghuni rimba yang mencari ikan di Sungai
Tinam. Tuan Syeikh Alam di Rimba menyuruh isi rimba mencari rotan untuk dibuat simpai.
Simpai berkenaan kononnya sebagai ubat bagi merawat tubuh yang sakit. Akhirnya dengan
tipu hleha muslihat Tuan Syeikh Alam di Rimba, raksasa berkenaan berjaya dibunuh dengan
menggunakan simpai tersebut.

Seterusnya perwatakan yang terdapat pada Tuan Syeikh Alam di Rimba ialah prihatin. Sikap
prihatin merupakan sikap mengambil berat terhadap sesuatu perkara atau masalah yang
dihadapi oleh orang lain. Sekiranya seseorang atau pemimpin mempunyai sikap prihatin, maka
akan tumbuhlah rasa ingin mengambil berat, mengambil tahu dalam, dan ingin membantu,
khususnya kepada orang yang berhadapan dengan musibah atau kesusahan. Apabila seseorang
atau pemimpin mempunyai sikap prihatin, maka ia akan dapat menyelesaikan masalah atau
musibah ynag dihadapi. Sesungguhnya sikap ini merupakan suatu amalan yang baik dan terpuji.
Seseorang atau pemimpin yang mempunyai sifat prhatin tentunya akan dihormati dan
disanjung tinggi. Contohnya, Tuan Syeikh Alam di Rimba sangat prihatin akan kesusahan dan
musibah yang menimpa segala isi rimba. Kehidupan segala isi rimba yang selama ini aman
damai telah diganggu dengan kehadiran raksasa. Raksasa tersebut telah mengambil semua ikan
yang dikumpul oleh segala isi rimba di Sungai Tinam. Kesusahan dan musibah yang dihadapi
oleh segala isi rimaba ini mendapat perhatian dan simpati Tuan Syeikh Alam di Rimba. Atas
dasar simpati dan rasa tanggungjawab Tuan Syeikh Alam di Rimba telah berjanji dengan segala
isi rimba untuk membunuh raksasa tersebut. Akhirnya raksasa tersebut berjaya dibunuh, dan
kehidupan segala isi rimba yang mendiami di Sungai Tinam kembali aman. Segala isi rimba
dapat menjalani kehidupan harian seperti sediakala.

Selain itu, perwatakan Tuan Syeikh Alam di Rimba ialah bertanggungjawab. Sebagai seorang
pemimpin kita sewajarnya menunaikan tanggungjawab kita sabiknya. Seorang pemimpin yang
bertanggungjawab terhadap Amanah yang dipukulnya merupakan seorang yang memilki
akhlak yang mulia dan akan sentiasa dikenang serta disanjung tinggi oleh orang lain. jika
seseorang itu mengabaikan tanggungjawab yang dipikulnya, ia akan dibenci oleh orang lain. Ia
juga akan dianggap sebagai tidak beramanah dan khianat. Contohnya, sebagai pemimpin bagi
segala isi rimba, Tuan Syeikh Alam di Rimba telah menunaikan tanggungjawab dengan baik dan
sempurna. Tuan Syeikh Alam di Rimba menunaikan tanggungjawabnya mengembalikan
keamanan dan keharmonian hidup penduduk rimba apabila berjaya membunuh raksasa.
Kejayaan Tuan Syeikh Alam di Rimba membunuh raksasa menyebabkan Tuan Syeikh Alam di
Rimba dikagumi dan dihormati oleh segala isi rimba.

Akhir sekali ialah perwatakan berani. Berani merupakan sifat jati diri yang dapat melahirkan
pemimpin yang berwibawa, berakhlak mulia, dan akan disanjung tinggi. Sifat berani yang hadir
dalam diri sama ada berani mempertahankan yang hak dan yang batil, atau berani dalam
melakukan sesuatu perkara seperti berani mempertahankan maruah, berani mengambil risiko,
berani mempertahankan kepentingan orang yang dipimpin, dan sebagainya pasti akan
melahirkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan orang yang dipimpinya. Contohnya,
walaupun Tuan Syeikh Alam di Rimba merupakan binatang yang kecil dan lemah, ia dianggap
sebagai pemimpin yang berani oleh segala isi rimba kerana sanggup berhadapan dengan raksasa
yang badan dan kekuatan yang berlipat kali ganda berbanding dengan dirinya. Dengan
keberanian yang dimilii olehnya, Tuan Syeikh Alam di Rimba akhirnya berjaya membunuh
raksasa tersebut.


Click to View FlipBook Version