The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. RENIE A/P ROSLI (E20212029201)
2. NUR AIN NABIHAH BINTI MOHD ASRI (E20212029234)
3. NUR AFIQAH UMAIRAH BINTI NOR AZMAN (E20212029264)
4. NUR EMMA EZATIEY BINTI IBRAHIM (E20212029321)
5. NUR AUNI IRSALINA BINTI KAMARULZAMAN (E20212029324)
6. NUR LIYANA ZULAIKHA BINTI MOHD ADNAN (E20212029326)
7. SHAFIZA BINTI IBRAHIM (E20212029327)
8. BARATHI A/P MUNIYANDI (E20212029344)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Liyana Zulaikha Bt Mohd Adnan, 2023-06-23 04:59:14

KISAH TIGA PUTERI

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. RENIE A/P ROSLI (E20212029201)
2. NUR AIN NABIHAH BINTI MOHD ASRI (E20212029234)
3. NUR AFIQAH UMAIRAH BINTI NOR AZMAN (E20212029264)
4. NUR EMMA EZATIEY BINTI IBRAHIM (E20212029321)
5. NUR AUNI IRSALINA BINTI KAMARULZAMAN (E20212029324)
6. NUR LIYANA ZULAIKHA BINTI MOHD ADNAN (E20212029326)
7. SHAFIZA BINTI IBRAHIM (E20212029327)
8. BARATHI A/P MUNIYANDI (E20212029344)

Keywords: CERITA KANAK-KANAK

PUTERI KISAH TIGA


Pada zaman dahulu, terdapat seorang raja yang bernama Raja Bumi. Baginda memerintah sebuah istana iaitu Negara Anuendal. Baginda mempunyai tiga orang puteri yang sangat jelita. Puteri pertama bernama Puteri Bulan, puteri kedua bernama Puteri Bintang dan puteri ketiga bernama Puteri Matahari. 1


Raja Bumi yang ketika itu tidak mampu lagi menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan ingin menyerahkan tempatnya kepada salah satu puterinya. Pada suatu hari, Raja Bumi telah menyediakan dan menitahkan puterinya untuk memilih satu daripada tiga dulang anugerah yang berbeza. Lalu, berebutlah ketiga-tiga puteri baginda itu. 2


Puteri Bulan memilih sekotak yang berisi emas. Puteri Bintang pula memilih segulung warkah usang. Puteri Matahari memilih sekotak yang berisi berlian. Puteri Bulan dan Puteri Matahari mentertawakan dan mengejek Puteri Bintang yang hanya mendapat segulung warkah usang. 3


Kedua-dua puteri berasa bangga kerana mendapat anugerah bernilai. Puteri Bintang hanya senyum kerana mendapat segulung warkah usang. Raja Bumi memandang puteri-puterinya dengan gembira dan terus mengumumkan Puteri kedua sebagai penggantinya. Alangkah terkejutnya puteri-puteri baginda yang lain. 4


Puteri Bulan dan Puteri Matahari sangat marah dengan keputusan ayahandanya itu yang memilih Puteri Bintang sebagai penggantinya. Raja Bumi tiada pilihan lain selain memilih Puteri Bintang kerana sikap anakandanya yang begitu sayang akan Negara Anuendal berbanding perkara lain. Raja Bumi juga turut menghadiahkan seekor rakun yang diberi nama Zuhal untuk menjaga Puteri Bintang. 5


Sejak hari itu, Puteri Bintang selalu menghabiskan masanya bersama-sama Zuhal di tepi kolam sambil mendengar kicauan burung yang berterbangan. Puteri Bulan dan Puteri Matahari yang masih menyimpan perasaan benci kepada Puteri bintang, bersepakat untuk menghapuskan Puteri Bintang dengan cara membeli dan meletakkan racun ke dalam kek kesukaan Puteri Bintang. 6


Zuhal yang curiga dengan kelakuan kedua-dua puteri tersebut dan mengekori mereka untuk mengetahui perkara sebenar. Setelah menyaksikan kelakuan Puteri Bulan dan Puteri Matahari yang meletakan racun di dalam kek tersebut, tanpa membuang masa Zuhal terus berlari laju untuk bertemu Raja Bumi bagi menceritakan kisah sebenar, namun Raja Bumi tidak mempercayainya. 7


Setelah Puteri Bulan dan Puteri Matahari tiba di istana, mereka bergegas berjumpa Puteri Bintang untuk memberikan kek beracun tersebut kepadanya. Tanpa berfikir panjang, Puteri Bintang terus makan kek kesukaannya itu dan mula berasa mengantuk lalu, tertidur di atas katil. Pada keesokan harinya, gemparlah istana setelah menerima khabar bahawa wajah cantik Puteri Bintang telah bertukar menjadi buruk. Melihat keadaan Raja Bumi yang sedih, Zuhal membawa cermin ajaib untuk menceritakan kejadian sebenar kepada Raja Bumi. 8


Baginda sangat murka dan menghukum kedua-dua puterinya. Kemudian, Raja Bumi mengambil tongkat saktinya dan memulihkan semula Puteri Bintang kembali, terus berterima kasih kepada ayahandanya dan Zuhal yang membantunya. Raja Bumi gembira kerana puteri kesayangannya telah pulih semula. 9


Akhirnya, Puteri Bintang diumumkan menjadi Raja Negara Anuendal di hadapan rakyat-rakyat negara tersebut. Puteri Bintang mempunyai hati yang baik, memerintahkan kepada pengawalnya untuk membebaskan kakak-kakaknya daripada hukuman. Puteri Bulan dan Puteri Matahari menyesal dengan perbuatan mereka dan meminta maaf kepada Puteri Bintang dan ayahandanya. Sejak hari itu, Zuhal, Puteri Bulan, Puteri Bintang, Puteri Matahari dan Raja Bumi hidup bahagia dengan aman sejahtera. 10


Antara pengajaran yang kita dapat dalam cerita ini adalah kita seharusnya menanam sifat bersyukur dalam diri kita agar dapat menghindari diri daripada hasutan hasad dengki serta mengurangkan kerisauan didalam hati oleh kerana terlalu taksub dengan kekayaan. Hal ini dapat dilihat apabila Puteri Matahari dan Puteri Bulan sanggup memikirkan rancangan untuk menghapuskan Puteri Bintang dengan memberi kek beracun kerana berasa iri hati. Bak kata pepatah, memang rambut kita sama hitam, tapi hati lain-lain. Akhir sekali, perbuatan jahat seseorang akan terbongkar juga satu hari nanti dalam cara yang mungkin kita tidak pernah terfikir walau secermat mana pun langkah keselamatan diambil oleh si pelaku. PENGAJARAN


Click to View FlipBook Version