i TAHAP KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DI DAERAH TAWAU NURADILAH BINTI RAJIB PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Dr. Ismail Bin Husin INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024
i KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN i-ii iii vi v BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Persoalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1-2 2-3 3-4 3 3 3 4 4 5 5-6
ii BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 7 7-8 8-9 10 11 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 12-13 13-14 14 14 15 15 15 16 17-18 18 RUJUKAN LAMPIRAN 18 19-27
iii SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 1 2 Ringkasan Konstruk dalam borang soal selidik Purata nilai Alpha Cronbach’s bagi setiap soalan 13 16
iv SENARAI RAJAH Rajah Nama Rajah Muka Surat 1 2 Kerangka Konseptual Pengkaji Penentuan saiz sampel Krecjie & Morgan 10 27
v SENARAI SINGKATAN SPSS= Statistical Package for Social Science PPPM= Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 PBM= Pengajaran Berpusatkan Murid GPI= Guru Pendidikan Islam
i
1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Pendidikan Islam merupakan subjek yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Matlamat Pendidikan Islam itu sendiri untuk melahirkan modal insan yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak mulia (Norma, 2020). Sehubungan dengan itu, konsep ad-din perlu diterapkan dalam pengajaran pendidikan Islam itu sendiri. Penerapan konsep ini bukan sahaja penekanan terhadap pembelajarannya secara teori semata-mata, bahkan nilai penghayatan adalah aspek utama dalam pembentukan insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Penekana nilai pengahayatan ini bukan sahaja terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pendidikan (DSKP) malah ianya juga merupakan tuntutan kepada umat islam untuk menghayati ajaran agama islam dengan sepenuh hati. Oleh itu, guru berperanan dalam menerapkan konsep ad-din dalam pengajaran pendidikan islam. Pendidikan islam pada hakikatnya bukanlah satu mata pelajaran yang hanya memenuhi keperluan kandungan pembelajaran sahaja, malah merupakan satu panduan cara hidup dan pembentukan prinsip kehidupan umat islam secara meluas bersumberkan al-Quran dan asSunnah. Namun realitinya di dalam bilik darjah, pendidikan islam itu hanya memberi penekanan terhadap keupayaan murid dalam mengingat dan mengetahui ilmu yang dipelajari. Amalan memahami, menghayati dan mengaplikasi ilmu tersebut dilihat kurang berkesan dalam pengajaran di bilik darjah kerana, murid . Oleh itu, jika dilihat dari konteks pengajaran, guru berperanan dalam membentuk satu suasana pengajaran yang mampu meningkatkan kefahaman murid dalam topik tersebut. Dengan itu, pengajaran yang berkualiti dan bermakna akan terhasil apabila guru itu berkemahiran dalam pelbagai pendekatan yang bersesuaian. Menurut Abdul Munir, 2018 menyatakan bahawa, penyampaian dan pengajaran perlu diselaraskan mengikut sebenar ilmu islam dengan mempelbagaikan pendekatan yang bersesuaian, mempelbagaikan bahan bantu mengajar, penilaian dilakukan secara menyeluruh dari segi amalan, pengetahuan aplikasi dan penghayatan berdasarkan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, strategi berpusatkan murid murid merupakan salah satu pendekatan yang sesuai dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Ini selaras dengantuntutan kerajaan yang telah dikemukanan dalam cadangan pembelajaran abad ke-21, di mana ia
1 menjelaskan bahawa strategi pengajaran yang melibatkan pelajar hendaklah diberi penekanan dalam setiap pengajaran berbanding yang lebih berfokus kepada peranan guru, (Abdul Munir, 2018). Strategi berpusatkan murid ini dilihat dapat meningakatkan lagi kreativiti guru dalam merancang pengajaran yang melibatkan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Murid bukan sahaja dapat belajar dengan seronok malah mereka juga diberi peluang untuk menentukan topik, dan gaya pembelajaran yang diingini. Maka, murid akan lebih fokus dalam sesi Pdp sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dalam topik tersebut. Kesannya dalam konteks pengajaran pendidikan islam pula, guru boleh menggunakan pelbagai jenis kaedah yang bersesuaian dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Sistem pendidikan pada hari ini dituntut untuk melaksanakan perubahan kea rah yang lebih baik seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi yang kian pesat. Dengan itu, kerajaan telah berusaha dalam memperkukuh dan memperkasakan lagi sistem pendidikan kebangsaan di mana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka satu pelan pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Tujuan utama pelan ini ialah, untuk memperkasakan strategi pengajaran dan inisiatif untuk meningkatkan lagi kualiti sistem pendidikan. Antara tuntutan yang digariskan dalam PPPM ialah pelaksanaan pendekatan berpusatkan murid. Oleh itu, pendekatan ini menjadi wahana dalam mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia ke arah yang lebih baik. Dalam konteks pendidikan islam, agama islam sendiri menggalakkan umatnya untuk berfikir dan mencari jawapan atau hujah yang rasional di setiap persoalan. Seperti mana firman Allah dalam surah al-Araf ayat 7 ada menyebut: َف ِب ِب َّص َف ٓا َف َف ُق ِهۡي ِب ِب ِب ِهۡي َف ُق َّص َّص َف َف َف َف Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umatumatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka). Namun, menurut kajian Norma, 2021 mendapati bahawa Guru Pendidikan Islam (GPI) kurang kreatif dalam penyampaian pengajaran, tidak variasi dalam pengajaran, dan kurang mengaitkan
2 pengajaran dalam kehidupan seharian (Fatahiyah, e.t.al.,2022). Terdapat dari segelintir mereka yang menggunakan bahan bantu mengajar yang terhad dan tiada BBM dalam pengajaran mereka, (Abdul Munir, 2018). Strategi berpusatkan guru menjadi pilihan guru pendidikan islam sehingga kini, (Norma, 2020 ). Dalam pengajaran berpusatkan guru, murid hanya cenderung bersifat pasif dan hanya bergantung kepada maklumat yang disampaikan oleh guru (Abdul Said & Lena, 2022)Hal ini akan menyebabkan murid hilang fokus dan mudah bosan semasa pengajaran. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir GPI yang mengendalikan pengajaran berpusatkan murid namun, isunya ialah, guru tersebut kurang menguasai bidang mereka dalam penyampaian kandungan pengajaran (Norma, 2021). Hal ini menyebabkan murid sukar untuk memahami kandungan pengajaran. Justeru itu, pengajaran yang berpusatkan murid tidak dinafikan mampu memberi impak positif kepada murid namun penyampaian kandungan pembelajaran juga mempengaruhi tahap keberkesanan pengajaran. Kegagalan dalam menyampaikan isi kandungan dengan baik akan menyebabkan objektif tidak tercapai. Perubahan pengajaran tradisional kepada pengajaran berpusatkan murid di lihat dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Walaubagaimanapun, kaedah tradisional seperti syarahan dan kuliah masih tetap relevan, namun memvariasikan kaedah pengajaran adalah lebih baik agar dapat menarik minat murid (Norma, 2020). Hal ini kerana, guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan kognitif murid. Seperti yang dijelaskan dalam kajian Nurhanis, 2012, bahawa kaedah tradisional kurang sesuai bagi murid yang masih di tahap lemah dalam pembacaan al-Quran. Maka murid ini akan mudah bosan dengan pengajaran yang boleh menyebabkan ketidakfahaman murid terhadap pengajaran. Akibatnya hal ini akan menjejaskan prestasi murid dalam akademik kerana guru tidak mempunyai kemahiran dalam merancang aktiviti berpusatkan murid. Oleh sebab itu, pemilihan strategi pengajaran ini penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
3 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru terhadap pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan guru dalam kalangan guru pendidikan islam sekolah rendah di daerah tawau. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengkaji tahap kemahiran guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi berpusatkan murid. 2. Mengkaji tahap pengetahuan guru pendidikan islam terhadap pelaksanaan strategi berpusatkan murid. 3. Mengenal pasti perbezaan sikap guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. 1.3.2 PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap kemahiran guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. 2. Apakah tahap pengetahuan guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. 3. Adakah terdapat perbezaan sikap guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina. Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang dignifikan antara sikap guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan lokasi sekolah.
4 Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan pengalaman mengajar. 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini mempunyai had dan batasan dari segi tempat kajian dan responden. Pelaksanaan kajian ini mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan dari segi masa, peruntukan kewangan dan kemudahan akses. Oleh itu, kajian ini hanya melibatkan Guru Pendidikan Islam di Daerah Tawau sahaja bagi memudahkan penyelidikan . Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru pendidikan islam terhadap amalan pengajaran berpusatkan murid dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pdp bagi subjek Pendidikan Islam sahaja. Kajian ini tidak boleh diaplikasikan dalam sampel kajian yang lain dan bilangan responden dalam kajian ini tidak menggambarkan secara keseluruhannya tahap pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru pendidikan islam. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini terbahagi kepada 3 aspek iaitu, kepentingan dari aspek pendidikan, dari aspek guru dan murid. Kepentingan kepada bidang pendidikan ialah, dapat mengetahui dan mengenal pasti golongan yang kurang pengetauan dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid mahupun yang kerap melaksanakan pengajaran berpusatkan guru. Dengan itu, pihak atasan dapat mengambil langkah yang sewajarnya seperti mengadakan bengkel atau kursus pemantapan strategi pengajaran berpusatkan murid atau melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap semua guru di sekolah. Selain itu, kepentingan kajian ini terhadap guru ialah, dapat meningkatkan lagi kesedaran guru terhadap kelebihan dan kepentingan penguasaan kemahiran dan pengetahuan strategi pengajaran berpusatkan murid dalam pembelajaran murid sekaligus dapat meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid dan mengikut kesesuaian tahap kognitif murid.
5 1.6 DEFINISI OPERASIONAL Pengkaji menyatakan beberapa definisi yang dirasakan sangat penting yang digunakan sebagai pemboleh ubah kajian. Bahagian ini penyelidik akan memberikan definisi secara operasional. 1.6.1 Pengajaran Berpusatkan murid Pengajaran berpusatkan murid (PBM) ialah, pendekatan pedagogi yang menekankan peranan aktif murid dalam pembelajaran. Dalam PBM murid bukan sahaja sebagai penerima maklumat, tetapi juga menghasilkan maklumat. Murid akan diberi peluang untuk menentukan kaedah, bahan dan aktiviti yang mereka sesuai dengan minat dan gaya pembelajaran yang mereka kehendaki. 1.6.2 Kefahaman Secara definisi operasional, kefahaman adalah sebuah huraian tentang ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dengan dijelaskan secara ilmiah dan terperinci. Pengetahuan tentang sesuatu perkara itu boleh dijelaskan secara terperinci apabila individu tersebut mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Definisi kefahaman dalam konteks kajian ini ialah, kefahaman guru tentang cara pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti kognitif murid, gaya pembelajaran dan latar belakang murid dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.. 1.7 RUMUSAN Dapatlah dirumuskan bahawa persoalan kajian yang dikemukakan telah dijawab dan dihuraikan dengan dapatan kajian yang diperoleh. Berdasarkan huraian kajian dalam bab ini, dapatlah disimpulkan bahawa, kualiti pengajaran pendidikan islam perlu dipertingkatkan dari segi semua aspek. Pendidikan islam bukan sahaja mata pelajaran yang hanya memerlukan penghafalan dan pengetahuan semata-mata, namun penerapan nilai adalah perkara penting dalam pengajaran pendidikan islam (Hanani, 2015). Oleh sebab itu,GPI antara pihak utama yang bertanggungjawab dalam memastikan pendidikan islam dimartabatkan dan diberi keutamaan. Maka, kajian ini diharap dapat menambahkan lagi input yang bermanfaat kepada amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia seterusnya dapat
6 meletakkan mata pelajaran Pendidikan Islam pada satu tahap yang selayaknya dalam sistem pendidikan Islam sesuai dengan keperluan ummah. Oleh kerana Pendidikan Islam merupakan agen kepada pembentukan insan yang mulia, pendidikan islam seharusnya menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan negara berdasarkan kepada keperluan, kepentingan dan kedudukannya sebagai dasar utama negara. Oleh itu, segala huraian, perbincangan dan kesimpulan hasil dapatan kajian ini telah dilakukan untuk menjelaskan lagi bentuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan PBM dalam Pendidikan Islam.
7 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Sistem pendidikan masa kini menuntut guru-guru untuk merancang sebuah strategi pengajaran yang dapat melibatkan murid secara keseluruhan di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, seiring dengan perubahan sistem pendidikan masa kini, guru dituntut untuk merancang satu strategi pengajaran berpusatkan murid di mana guru perlu merancang pengajaran yang melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran dan guru hanya sebagai fasilitator. Guru perlu merancang aktiviti yang menarik seperti perbincangan, bermain, forum dan inkuiri penemuan. Penglibatan aktif murid dalam pembelajaran bermakna mampu untuk meransang perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak (Sharifah & Ali, 2011). Perancangan pengajaran perlulah bersesuaian dengan tahap kognitif murd. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai perkembangan dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Dengan itu, guru boleh merancang aktiviti yang boleh melibatkan semua murid dengan mengambil kira perbezaan kecerdasan setiap murid. Selain itu, guru juga perlu menerapkan unsur-unsur kreatif dalam pengajaran bagi meningkatkan kefahaman murid. Justeru penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran murid amat digalakkan demi meningkatkan kefahaman murid. Menurut Noriati, et.al, 2015, kelemahan dalam menggunakan bahan mengajar akan mengakibatkan murid mudah bosan dan tidak berminat untuk belajar. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar dalam strategi pengajaran berpusatkan murid ini mampu meningkatkan motivasi murid melibatkan diri secara aktif dalam Pdp. 2.2 TEORI KAJIAN Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan teori Pembelajaran Konstruktivisme yang diasaskan oleh Jean Piaget. Beliau merupakan seorang tokoh yang dikenali dengan teori perkembangan kognitifnya dan pembinaan pengetahuan manusia. Menurut Jean Piaget (1975) Proses membina pengetahuan yang baru berlaku secara berperingkat melalui pengetahuan yang sedia.
8 Teori Pembelajaran konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai penghasil maklumat, tidak sebagai penerima maklumat semata-mata. Murid akan menerima maklumat melalui pengetahuan atau pengalaman sedia ada dengan mengaitkannya dengan pengetahuan yang baharu (Suparlan, 2019a). Pengetahuan tersebut akan dikembangkan lagi dan tidak hanya menerimanya secara bulat-bulat. Melalui kaedah ini juga guru boleh memilih pelbagai kaedah melalui strategi pengajaran berpusatkan murid, seperti kaedah simulasi, pembentangan dan forum. Hal ini kerana, kesemua kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk mengkaji maklumat baharu tanpa bantuan guru. Teori Konstruktivisme ini merupakan satu pendekatan yang mendekatkan murid kepada nilai amalan inkuiri (Suparlan, 2019b) .Di mana akan timbul persoalan-persoalan daripada input yang baru diterima, persoalan tersebut dapat membangkitkan perasaan ingin tahu dan seterusnya membawa kepada proses mencari jawapan dan penyelesaian bagi persoalan yang timbul. Oleh itu, melalui pengamalan teori ini, murid berpeluang untuk belajar bagaimana untuk belajar (learn how to learn) dengan membina pengetahuan yang baharu dan mengaitkannya dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada (Noriati, e.t.al.,2015). Justeru itu, guru hendaklah menyediakan pengalaman belajar dengan mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Dalam kajian Golightly dan Osvaldo (2013) menyatakan bahawa antara faktor penting dalam keberkesanan sesuatu pengajaran ialah kemahiran merancang. Perancangan awal dan penetapan matlamat yang sejajar dengan konteks pengajaran akan meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian dalam pembelajaran. Selain itu, perancangan awal akan memudahkan guru untuk membuat persediaan awal denga lebih efisien dari segi, bahan bantu mengajar dan penyampaian yang lebih teratur dan jelas. Sekiranya guru gagal dalam membuat persediaan awal, ianya akan menjejaskan keberkesanan penyampaian pengajaran sekalipun menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid (Norhaya, 2015). Kajian oleh Aimi Hafizah, 2017 mendapati tiada perbezaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif dia antara guru berpengalaman dan guru kurang pengalaman, didapati juga pengalaman tidak mempengaruhi pelaksanaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
9 koperatif. Perbezaan di antara jantina juga tidak mempengaruhi tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Selain itu, kajian yang telah dijalankan oleh Zahirah, 2012 menunjukkan kemahiran merancang, merujuk dan mengikut sukatan semasa membuat rancangan pengajaran merupakan antara kemahiran yang perlu ada bagi semua guru, sebanyak 95% responden bersetuju dan memilih tindakan tersebut sebagai faktor kejayaan guru dalam amalan pedagogi terbaik. Guru perlu merujuk huraian sukatan pembelajaran dan memastikan ianya sejajar dengan objektif pembelajaran agar rancangan pengajaran dapat dirancang dan disusun dengan teratur. Hasil dapatan kajian kualitatif oleh Siti Mastura & Magaleswaran, 2011 mendapati bahawa kemahiran guru dalam menyesuaikan kaedah pengajaran khususnya kaedah yang bersesuaian dengan strategi PBM amat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam penggunaan kaedah Didik Hibur melalui nyanyian. Hasil dapatan kajian mendapati berlaku peningkatan sebanyak 50% murid dari kalangan pemulihan selepas melaksanakan ujian penguasaan sebutan vokal. Dengan itu, hasil dapatan ini jelas menunjukkan guru perlu bijak dalam pemilihan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid.
10 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Kerangka konsep yang dihasilkan oleh penyelidik adalah bertujuan untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, penyelidik telah merangka satu kajian yang bersesuaian untuk memfokuskan kepada tiga aspek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian Kerangka konseptual yang dibina adalah sebagai panduan dan petunjuk dalam kajian tahap kemahiran dan pengetahuan guru terhadap pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru pendidikan islam di daerah Tawau. Dalam kerangka konseptual ini dapat dilihat bahawa pemboleh ubah tidak bersandar adalah pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid manakala pemboleh ubah bersandar adalah tahap kemahiran dan pengetahuan guru mengenai strategi pengajaran berpusatkan murid. Guru Pendidikan Islam Pelaksanaan Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid Kemahiran dan Pengetahuan Guru Mengenai Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid
11 2.5 RUMUSAN Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa penguasaan kemahiran pengajaran berpusatkan murid amat penting dalam kalangan guru pendidikan islam bagi mempertingkatkan kualiti pedagogi sekaligus meningkatkan keberkesanan pendekatan ini. Maka, penguasaan kemahiran PBM ini akan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran murid sekaligus dapat meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran pendidikan islam.
12 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Metodologi kajian merupakan satu perancangan untuk menjawab segala permasalahan yang timbul semasa kajian dijalankan (Chua, 2011).tgk di buku merah Bab ini menerangkan tentang reka bentuk kajian yang digunakan, jenis persampelan terhadap responden, instrument kajian, kajian rintis, dan prosedur pengumpulan data. Metodologi kajian adalah satu bab di mana ianya meliputi aspek cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kajian ini secara bersistematik dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam sebuah kajian. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji secara numerikal dan sistematik berkaitan dengan tahap kemahiran dan pengetahuan guru terhadap strategi pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru pendidikan islam sekolah rendah di daerah Tawau. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui metod soal selidik di mana pengkaji meninjau pendapat dan mengumpul data-data bagi mendapatkan maklumat daripada responden yang dipilih untuk menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. 3.3 PERSAMPELAN Persampelan merupakan merupakan satu langkah yang penting dalam memulakan sesuatu penyelidikan kerana penentuan persampelan dan populasi merupakan konsep yang perlu dirangka dengan baik dalam pungutan data. Kajian ini menggunakan prosedur persampelan bertujuan (purposive sampling). Persampelan ini dipilih kerana, hanya kerana responden tertentu sahaja yang mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang diingini penyelidik (Ghazali Sufean &, 2018).buku merah Dalam kajian ini seramai 32 orang guru Pendidikan Islam sahaja dari seluruh sekolah rendah di daerah Tawau yang dipilih untuk menjadi responden. Pemilihan responden ini diwajibkan hanya untuk guru pendidikan islam yang mengajar subjek pendidikan islam sebagai subjek major di sekolah rendah sama ada tahap satu atau tahap dua.
13 Sekolah yang dipilih adalah secara rawak, di mana penyelidik meminta pertolongan daripada rakan-rakan yang sudah pernah berpraktikum di sekolah-sekolah di daerah Tawau untuk dijadikan populasi kajian dengan mengedarkan instrumen soal selidik menggunakan aplikasi Google Form yang disebarkan melalui via whatsapp. Pemilihan sampel kajian ini dibuat berdasarkan Jadual 1 Krejcie Morgan (1970) . Menurut jadual tersebut, jika jumlah responden seramai 32 orang , maka sampel yang hanya diperoleh pengkaji hanyalah 28 orang di mana kekurangan 4 sampel jika mengikur jadual Krejcie Morgan (1970). Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan sesebuah instrumen dalam penyelidikan sesebuah kajian. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrument soal selidik sebagai instrument utama kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah seperti Lampiran A. Ianya melibatkan 28 orang guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah rendah di sekitar Tawau. Kaedah soal selidik sangat popular dalam kalangan penyelidik kerana proses pengumpulan data dapat dibuat dengan lebih cepat (Chua,2011). Pembinaan instrument kajian dibuat dan diilhamkan daripada konsep dan pandangan yang dikemukakan oleh penyelidik terdahulu iaitu (Norma, 2020) dalam kajiannya dan dilakukan sedikit pengubah suaian bagi penyesuaian tajuk kajian dan objektif kajian ini. Set soalan boring soal selidik ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian b, Bahagian C, Bahagian D dan Bahagian E. Bagi bahagian B, C, D, dan E, pengkaji menggunakan pilihan lima skala Likert bagi membolehkan responden memilih. Antara lima skala Likert itu adalah : 1=Tidak setuju (TS), 2=Kurang setuju (KS), 3=Tidak pasti (TP), 4=Setuju (S) dan 5=Sangat setuju (SS).
14 Jadual 3.1 Ringkasan konstruk dalam borang soal selidik. Bil Bahagian Bilangan Soalan 1. Bahagian A: Demografi Responden 4 2. Bahagian B: Merancang Pengajaran Berpusatkan Murid 9 3. Bahagian C: Pelaksanaan Proses Pengajaran Berpusatkan Murid 10 4. Bahagian D: Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berpusatkan Murid 11 5. Bahagian E: Refleksi 3 3.4.1 Kesahan Pengesahan item ini dibuat bagi meningkatkan kesahan dari segi kesahan kandungan dan kesahan konstruk .Skala likert yang digunakan mempunyai lima skor yang perlu dijawab oleh responden bagi setiap item iaitu, 1=Tidak setuju (TS), 2=Kurang setuju (KS), 3=Tidak pasti (TP), 4=Setuju (S) dan 5=Sangat setuju (SS). Borang responden yang sudah diisi akan dianalisis secara numerikal menggunakan kaedah kekerapan atau min untuk mengira kekerapan setiap soalan melalui aplikasi Statistical Package for the Social Science 27 (SPSS) versi 27 untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan pembinaan sebuah instrumen. 3.4.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan ketekalan sesuatu alat pengukuran yang bermaksud instrument soal selidik dalam setiap item yang diperoleh mempunyai nilai pengukuran yang konsisten apabila digunakan beberapa kali terhadap populasi atau sampel atau responden yang berbeza (Zuriani & Muhammad Izzat, 2021). Menurut Othman, 2015, menyatakan bahawa analisis kebolehpercayaan yang digunakan amat penting untuk memastikan alat kajian yang digunakan stabil, boleh diramal dan menghasilkan dapatan yang tepat dan tidak diragui. Oleh itu, bagi mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan satu kajian rintis bagi mengukur nilai Alpha Cronbach’s bagi setiap instrumen kajian.
15 3.5 KAJIAN RINTIS Kajian rintis merupakan kajian yang dilaksanakan ke atas responden yang mempunyai ciri yang serupa dengan populasi kajian sebenar (Chua, 2011). Kajian ini juga dilaksanakan bertujuan utnuk mengesahkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam mana-mana kajian (Zuriani & Muhammad Izzat, 2021). Bagi kajian ini, penyelidik melaksanakan kajian rintis ke atas 32 orang guru yang mengajar Pendidikan Islam untuk menguji keberkesanan dan kebolehgunaan instrumen yang telah dibina. Menurut kepada pekali Alpha Cronbach’s, purata nilai adalah 0.94 di mana mempunyai interpretasi yang sangat tinggi. Ini bermaksud item yang dibina ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh ditadbir dalam kajian. 3.6 PROSEDUR KAJIAN Proses pengumpulan data yang dijalankan adalah melalui aplikasi Google Form. Bagi mendapatkan maklumat daripada responden, penyelidik telah menghubungi responden secara peribadi dan meminta responden untuk menjawab soal selidik di aplikasi google form melalui via whatsapp. Selain itu, penyelidik juga meminta bantuan daripada rakan-rakan yang pernah berpraktikum untuk meminta bantuan daripada guru Pendidikan Islam di sekolah praktikum masing-masing untuk menjawab soalan melalui google form yang disediakan. Jadi melalui cara inilah penyelidik dapat mengumpul data soal selidik. 3.7. PROSEDUR PENGANALISIAN DATA Kajian ini menggunakan aplikasi SPSS versi 27 bagi menganalisis data yang telah terkumpul. Pengkaji menggunakan aplikasi SPSS versi ini adalah untuk memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat penganalisian data dengan lebih jitu dan menjimatkan masa. Oleh itu, pengkaji boleh mengetahui sama ada hasil analisis data daripada aplikasi ini memungkinkan untuk sebuah ujian soal selidik itu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Maka soalan yang ditadbir itu boleh diguna pakai dalam sebuah kajian.
16 3.8 RUMUSAN Bab tiga ini membincangkan secara terperinci berkaitan dengan metodologi dan prosedur kajian yang telah digariskan dalam kaedah penyelidikan kajian tinjauan. Ini adalah bagi memastikan kajian yang dilakukan mencapai maklumat serta objektif yang telah dirancang. Dalam kajian ini, penggunaan reka bentuk kajian yang tepat dan bersesuaian adalah sangat penting bagi mendapatkan hasil yang tidak mampu dipertikaikan lagi. Selain itu, responden dan tempat kajian yang sesuai telah dipilih bagi memudahkan pelaksanaan kajian ini selaras dengan apa yang ingin dicapai.
17 RUJUKAN Al-Quran Al-Karim Abdul Said Ambatong & Lena Anuar. (2022). Pengaruh Pengetahuan Pedagogi, pengetahuan Kandungan dan Komitmen Guru Terhadap kualiti Pengajaran. Jurnal Pemikir Pendidikan. 11(1), 50-60. Abdul Munir Ismail. (2018). Strategi Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Daerah Besut, Terengganu. Jurnal Perspektif. 10(2), 11-21. Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Malaysia. Mac Graw Hill Education. Fatahiyah Elias, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2022). Elemen-elemen Pembelajaran Berpusatkan Murid dalam Pengajaran Akidah dan Impaknya. Jurnal Pendidikan Malaysia. 47(1), 31-41. Ghazali Darussalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Norma binti Jusof. (2020). Tahap Kemahiran guru Terhadap pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru pendidikan islam di sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Teknorat. 84-106. Norma binti Jusof. (2021). Sikap Guru Terhadap Pengajaran Berpusatkan Murid di Kalangan Guru Pendidikan Islam dalam Mata Pelajaran Al-Quran di Sekolah Kebangsaan: Satu Tinjauan. Proceedings of the 7 International Conference on Quran as Foundation of Civilization. 539-554. Norhaya Isa. (2015). Pengetahuan, kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. Tesis sarjana, Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia. Noriati Abdul Rasyid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakhriahn Syed Ahmad. (2015). Murid dan Alam Belajar: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar.Sdn.Bhd. Nur Hanani Hussin. (2015). Pengajaran Ibadat dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam.Universiti Kebangsaan Malaysia.
18 Nurul Asiah Fasehah Muhamad. ( 2015). Pengaruh Tahap Kepercayaan Epistemologi Islam danTahap Konsep Kendiri Terhadap Tahap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Othman Talib, 2015. SPPS Analisis data Kuantitatif untuk Penyelidik Muda. Bandar Baru Bangi: MPWS Rich Publication Sdn Bhd. Piaget, J. (1975). The development of thought: Equilibration of Cognitive Structures . United Kingdom: Basil Blackwell. Siti Mastura Yunus& Annamalai Mangaleswaran, (2012). Meningkatkan Penguasaan Sebutan Huruf Vokal Murid Pemulihan tahun 2 takwa SK Losong Melalui Kaedah Nyanyian. Seminar Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Suparlan. (2019). Teori Konstruktivisme dalam Pembelajaran. Jurnal Keislaman dan Ilmu Pendidikan. 1(2). 79-88. Zuriani Hanim Zaini & Muhammad Izzat Mailis. (2021). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik Kepimpinan Transformasional Guru Besar di Sekolah. Jurnal Ilmi.11(1). 70-80.
19 LAMPIRAN Jadual 2: Interprestasi bagi nilai Alpha Cronbach’s Case Processing Summary N % Cases Valid 32 100.0 Excludeda 0 .0 Total 32 100.0 a. Listwise deletion based on all variables in the procedure. Reliability Statistics Cronbach's Alpha N of Items .940 33
20 Jadual 3: Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie Morgan (1970) (Sumber: Krejcie Morgan, 1970)
21 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK TAHAP KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN GURU TERHADAP STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI DAERAH TAWAU. Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan pengetahuan guru terhadap strategi pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam di daerah Tawau. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 1. Apakah tahap kemahiran guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. 2. Apakah tahap pengetahuan guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. 3. Adakah terdapat perbezaan sikap guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid.
22 PERSOALAN KAJIAN Persoalan Kajian ialah: 1. Apakah tahap kemahiran guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. 2. Apakah tahap pengetahuan guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. 3. Adakah terdapat perbezaan sikap guru pendidikan islam dalam pelaksanaan strategi pengajaran berpusatkan murid. A: DEMOGRAFI RESPONDEN Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan. A1. Jantina a. Lelaki b. Perempuan
23 A2. Lokasi a. (1) b. (2) A3. Pengalaman a. Kurang dari 10 tahun b. 10 Tahun hingga 20 Tahun c. Lebih dari 20 Tahun Skala untuk menilai tahap kemahiran dan pengetahuan guru terhadap strategi pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru Pendidikan Islam di daerah Tawau. 1 Tidak setuju (TS) 2 Kurang setuju (KS) 3 Tidak pasti (TP) 4 Setuju (S) 5 Sangat setuju (SS)
24 No. BAHAGIAN B: MERANCANG PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID SKALA TS KS TP S SS 1 Saya merujuk kepada sukatan pelajaran untuk menyediakan perancangan pengajaran berpusatkan murid. 1 2 3 4 5 2 Saya menyediakan rancangan mengajar untuk pembelajaran berpusatkan murid. 1 2 3 4 5 3 Saya menentukan hasil pembelajaran mengikut kehendak sukatan pelajaran. 1 2 3 4 5 4 Saya menyesuaikan isi kandungan dengan kebolehan murid. 1 2 3 4 5 5 Saya memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran berpusatkan murid. 1 2 3 4 5 6 Saya membina bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran berpusatkan murid. 1 2 3 4 5 7 Saya merancang strategi pengajaran yang bertepatan dengan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. 1 2 3 4 5 8 Saya memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. 1 2 3 4 5 9 Saya merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 No. BAHAGIANC:PELAKSANAAN PROSES PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID SKALA TS KS TP S SS 10 Memulakan pengajaran dengan menggunakan set induksi. 1 2 3 4 5
25 11 Memastikan setiap langkah pengajaran dilaksanakan dengan teratur dan baik. 1 2 3 4 5 12 Melaksanakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran 1 2 3 4 5 13 Melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan pengajaran berpusatkan murid. 1 2 3 4 5 14 Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran berpusatkan murid. 1 2 3 4 5 15 Memberi ruang kepada murid untuk mengemukakan idea mereka. 1 2 3 4 5 16 Memberi ruang yang luas kepada murid mengemukakan dapatan yang diperoleh. 1 2 3 4 5 17 Mampu memberi bantuan kepada murid yang memerlukan bantuan interpersonal. 1 2 3 4 5 18 Merangsang minat pelajar mencari maklumat yang dikehendaki. 1 2 3 4 5 19 Memberikan maklumat tentang sumber-sumber rujukan dari buku atau internet yang boleh diakses oleh murid. 1 2 3 4 5 No. BAHAGIAN D: PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID SKALA TS KS TP S SS 20 Latih tubi 1 2 3 4 5 21 Pembentangan 1 2 3 4 5 22 Forum 1 2 3 4 5
26 23 Simulasi 1 2 3 4 5 24 Tasmik 1 2 3 4 5 25 Peta Minda 1 2 3 4 5 26 Koperatif 1 2 3 4 5 27 Penyelesaian masalah 1 2 3 4 5 28 Main Sambil Belajar 1 2 3 4 5 29 Sumbang saran 30 Lawatan No. BAHAGIAN E: REFLEKSI SKALA TS KS TP S SS 31 Memberikan refleksi kepada murid selepas pengajaran berpusatkan murid 1 2 3 4 5 32 Memberi penilaian terhadap hasil perbincangan yang dibentangkan murid. 1 2 3 4 5 33 Saya boleh melaksanakan prinsip-prinsip penyoalan menerusi pendekatan berpusatkan murid. 1 2 3 4 5 INTERPRESTASI SKOR MIN Nilai Interprestasi 1.00 – 2.00 TinggiRendah 2.00 – 3.00 Sederhana
27 3.00 – 4.00 Tinggi 4.00 – 5.00 Sangat Tinggi Sumber: Analisis skor min oleh Jamil Ahmad (1993) INTERPRESTASI PEKALI KORELASI Pearson r Nilai Interprestasi 0.50 – 1.00 Tinggi 0.30 – 0.49 Sederhana 0.10 – 0.29 Rendah Sumber: Analisis pekali korelasi oleh Cohen (1998) INTERPRESTASI KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY) Nilai Interprestasi 0.80 – 1.00 Sangat Tinggi 0.60 – 0.79 Tinggi 0.40 – 0.59 Sederhana 0.20 – 0.39 Rendah 0.00 – 0.19 Tidak ada hubungan Sumber: Analisis pekali Cronbach Alpha
28
29