01 Tidak semua dilahirkan dalam keluarga 02 Setiap apa yang diimpikan akan
yang sempurna dari segala aspek. Namun dapat dia peroleh. Minta sahaja,
tidak bagi Nisa. Nisa dibesarkan dalam kemahuannya sudah pasti akan
hidup yang serba mewah. Ibunya Puan dituruti ibu bapanya. Puan Sofea dan
Sofea seorang suri rumah manakala Encik Reza membesarkannya bagai
bapanya Encik Reza seorang usahawan menatang minyak yang penuh.
yang memiliki perniagaan sendiri. Tambahan pula, Nisa merupakan
anak tunggal dalam keluarganya.
03
Berbeza pula daripada sahabatnya Fina. Fina merupakan seorang pelajar yang hidup dalam serba
kekurangan. Kehidupan Nisa dan Fina ibarat langit dengan bumi. Ibu Fina bernama Puan Salamah
yang bekerja sebagai seorang tukang sapu di sebuah sekolah manakala bapanya Encik Fadzil
telah menghembuskan nafas sejak dia kecil lagi. Fina merupakan anak sulung daripada empat
orang adik beradik. Fina juga seorang kakak yang bertanggungjawab. Dia sering kali mengajar
adik – adiknya yang masih kecil dengan pelbagai aktiviti menulis. Sebagai contohnya, Fina
mengajar adiknya menulis dengan menggunakan plastisin. Bagi Fina, adik – adiknya lebih mudah
untuk belajar menulis apabila menggunakan pelbagai bahan bantuan mengajar.
Sebagai ibu tunggal, Puan Bukannya tidak mahu memberikan
Salamah terpaksa bermandi pendidikan awal kepada anak – anaknya
peluh setiap hari untuk yang lain, namun kesempitan wang yang
mebesarkan anak – anaknya. dialami keluarganya membantutkan niatnya
Mujurlah anak sulungnya Fina itu. Pada masa yang sama, sekiranya ada
sanggup mengajar adik – adiknya sedikit lebihan wang, Puan Salamah pasti
yang baru menginjak ke alam akan membeli beberapa buah buku
persekolahan dengan pelbagai bergambar untuk memudahkan aktiviti
aktiviti menulis dan membaca. anak – anaknya belajar membaca. Puan
Jadi , berkuranglah sedikit Salamah juga banyak membeli buku – buku
tanggungannya bagi bergaris bagi memudahkan anak – anaknya
menghantar anak – anak menulis.
kecilnya itu ke prasekolah.
Perbezaan kehidupan antara Nisa dan Fina tidak menghalang mereka untuk terus
bersahabat baik dari kecil hingga dewasa. Kedua – dua mereka mempunyai
perwatakan yang sangat berbeza. Nisa seorang yang pemalas dan susah untuk
dibawa berbincang. Setiap apa yang disuruh oleh ibunya hanya masuk telinga
kanan keluar telinga kiri sahaja. Nasihat kedua ibu bapanya juga seperti hujan jatuh
ke pasir sahaja dibuatnya. Kerja rumah hanya dibuat apabila didesak sekian lama
oleh ibu bapanya. Sifatnya yang malas situ sudah seperti pahat dan penukul yang
hanya membuat kerja apabila disuruh. Sifatnya itu sedikit sebanyak
membimbangkan Puan Sofea dan Encik Reza. Mereka takut Nisa tidak mampu
berdiri di atas kaki sendiri apabila dewasa kelak.
Fina pula seorang anak yang . Perkara itu sedikitpun tidak
sangat rajin. Setiap pagi mematahkan semangat Fina
sebelum ke sekolah Fina untuk terus berusaha keras
akan bangun seawal jam
5.00 pagi bagi membantu bagi mengubah nasib
keluarganya. Bagi Fina
ibunya untuk membungkus semua orang layak untuk
nasi lemak dan kuih – muih berjaya dan bahagia asalkan
ada kemahuan sudah pasti
untuk dijual di sekolah
tempat ibunya bekerja. ada jalannya.
Keluarga Fina ibarat kais pagi
makan pagi kais petang
makan petang sahaja.
Pada waktu lapang pula, Fina seringkali membawa “Anak –anak , belajarlah sungguh
adiknya ke pantai untuk bersiar – siar sementara – sungguh sehingga berjaya.
ibunya bekerja. Kesempatan itu diambil untuk Tidak apa yang mampu
mengajar adiknya menulis di pasir. Baginya , mengubah nasib kita melainkan
membentuk suatu corak huruf di pasir merupakan dengan ilmu sahaja. Jadi tuntutlah
ilmu wahai anakku”, kata Puan
satu langkah yang cukup baik untuk mengajar kanak Salamah kepada anak – anaknya.
– kanak yang baru setahun jagung. Dengan cara itu,
adik – adik Fina boleh menunjukkan segala apa yang
ada di fikiran mereka. Baginya , aktiviti ini boleh
dilakukan oleh setiap kanak – kanak namun ibu
bapalah yang harus bijak mencuri masa untuk
meluangkan masa dengan anak – anak bak kata
pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih’.
Sambungan…
Itulah kata – kata yang sentiasa dipegang oleh Fina setiap hari. Nisa dan Fina
kedua – duanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.
Semasa di tingkatan 1 mereka berdua ditempatkan di kelas 1 Berjaya. Hal itu yang
menyebabkan mereka rapat sehingga kini.
. Namun selepas tahun kedua di sekolah itu, mereka terpaksa berpecah kelas
disebabkan keputusan masing – masing yang amat jauh bezanya. Fina ditempatkan
di kelas pertama disebabkan keputusan peperiksaan akhirnya yang sangat
cemerlang manakala Nisa pula ditempatkan di kelas kedua terakhir dengan
keputusan yang kurang memuaskan.
Sebenarnya, Nisa seorang yang cerdik pandai. Namun akibat rasa malas yang
melampau, sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya di sekolah.
Sejak daripada itu, kedua ibu bapa Nisa sering
membezakannya dengan Fina. Kata ibunya, Nisa
seharusnya mendapat keputusan yang lebih baik
daripada Fina. Hal ini kerana, Nisa disediakan dengan
pelbagai kemewahan dan alatan sekolah yang serba
lengkap jika dibandingkan dengan Fina. Kata – kata itu
hanya dibiar sepi bagai mencurah air ke daun keladi
sahaja. Hubungan Nisa dan Fina juga semakin hari
semakin renggang menanti pecah sahaja. Mereka
berdua hanya melakukan hal sendiri yang kadang
kalanya seperti orang asing sahaja. Sungguhpun begitu,
dalam kerenggangan hubungan mereka berdua, Fina
masih mengambil berat lagi mengenai Nisa.
Baginya,Nisa seorang kawan yang sangat baik. Cuma
sikapnya harus dibimbing dan ditegur selalu.
Suatu hari, ayah dan ibu Nisa didapati Sejak daripada itu, segala urusan
terlibat dalam kemalangan jalan raya. haruslah dilakukan oleh Nisa. Nisa tidak
Segala pekerjaan mengenai dapat hadir ke sekolah kerana sibuk
perniagaan bapanya terpaksa ditutup. menjaga ibu bapanya. Pelajaran juga
Perniagaan keluarga Nisa sudahpun semakin lama semakin ditinggalkan
gulung tikar sejak kedua ibu bapanya oleh Nisa. Jika di sekolah dahulu, Fina
kemalangan. Akibat daripada itu, yang kerap mengingatkannya untuk
keluarga mereka sudah hilang punca mengulangkaji pelajaran. Namun kini,
pendapatan sekaligus meragut sudah tidak ada lagi suara – suara yang
kesenangan yang dimiliki keluarga memberi pesanan dan
mereka selama ini. mengingatkannya.
1 2 3
Rakan – rakan Nisa Sudahlah keluarganya baru Sebenarnya kawan – kawan
yang lain juga mula ditimpa kemalangan, Nisa hanya rapat dengannya
menjauhkan diri perniagaan bapanya mula dengan tujuan untuk
daripadanya. mula terjejas kini kawan – menumpang senang sahaja
kawannya pula menjauh atas kekayaan keluarga Nisa.
Kesusahan yang
dialami Nisa ini darinya. Barulah dia menyedari
ibarat sudah jatuh bahawasanya yang mana
ditimpa tangga. satu kaca yang mana satu
permata dalam hidupnya.
Sejak mengetahui keluarga Nisa ditimpa kemalangan dan perniagaan
keluarganya semakin terjejas, kebanyakan rakannya mula menjauhkan diri.
Mereka ini ibarat kacang lupakan kulit yang hanya berkawan apabila senang
sahaja. Sejak dari itu, Nisa mula menyesali tindakan dan sifatnya yang dahulu
kepada Fina namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Tetapi pada masa
yang sama, Nisa teringatkan sahabat baiknya dulu iaitu Fina. Sepanjang
berkawan dengan Fina, Fina tidak pernah sekali pun mengambil kesempatan
terhadap kekayaan yang dimiliki oleh Nisa. Setiap kesalahan yang dilakukan
oleh Nisa sudah pasti akan ditegur secara baik oleh Fina. Walaupun
kadangkala Nisa ingin memberikan sesuatu yang mahal, sudah pasti akan
ditolak oleh Fina. Itulah salah satu sifat Fina yang amat dikagumi oleh Nisa. Dia
tidak akan sesekali mengambil kesempatan atas kelebihan yang dimiliki Nisa
jika dibandingkan dengan rakan – rakan yang lain.
Kadang kala Nisa berasa bahawa “Ujian Fina lebih besar dan
dia tidak mampu untuk berat daripada aku ini. Jadi
aku tidak boleh mengeluh. Aku
menanggung segala bebannya harus kuat seperti Fina. Jika
sekarang ini. Namun apabila Fina boleh mengapa tidak
difikirkan kembali ujian dan aku?”, kata Nisa seorang diri.
dugaan hidup Fina lebih berat
berbanding apa yang dialami
Nisa pada waktu ini.
1 234
Selepas kejadian Berat mata memandang
kemalangan itu, Nisa berat lagi bahu yang
sudah jarang hadir ke memikul. Itulah kata –
sekolah. Dia banyak kata yang amat tepat
menghabiskan masa disimpulkan bagi
untuk menjaga kedua keluarga Fina.
orang tuanya.
Perkara mengenai kemalangan “Ibu, saya baru mengetahui bahawa ibu
Puan Sofea dan Encik Reza juga bapa Nisa terlibat dalam kemalangan.
sudah sampai ke pengetahuan Jadi bolehkah ibu temankan saya untuk
melawat keluarganya pada esok hari?”
Fina. Apabila mengetahui hal kata Fina.
yang sebenar, Fina lantas
“Boleh sahaja anakku, tapi sebelum
mengajak ibunya menziarahi menziarahi orang sakit kita digalakkan
Nisa. Walaupun Nisa dan Fina untuk membawa buah tangan. Barulah
sudah lama tidak bertegur sapa
namun atas dasar kemanusiaan, orang sakit akan lebih gembira lagi”,
Fina terus melawat kedua ibu pesan ibu Fina.
bapa Nisa.
Nisa amat terkejut apabila 1
keluarganya diziarahi oleh Fina.
Dia beranggapan bahawa Fina “Maafkan saya Fina atas
sudah pun lupa kepadanya namun kelancangan mulut saya
sangkaannya meleset sama sekali dahulu. Terima kasih
apabila Fina masih bertegur sapa sangat kerana sudi
melawat ibu bapa saya dan
dengan baik seperti tiada apa masih mengambil berat
yang berlaku.
3 mengenai saya”, ujar Nisa
“Usahlah kamu malu kepada saya dengan lirihnya.
Nisa, kita ini hanya manusia biasa
2
yang sudah pastinya tidak lari
daripada melakukan kesilapan.
Jadi buang yang keruh ambil yang
jernih”, ucap Fina dengan
senyuman manisnya.
Sejak peristiwa itu, hubungan Nisa dan Fina kembali rapat seperti dahulu.
Hubungan mereka kini sangat erat bagai hempedu lekat di hati sahaja.
Perangai dan sifat Nisa juga sudah mula berubah sedikit demi sedikit dengan
bantuan daripada Fina. Setiap pesanan kedua orang tuanya sentiasa
tersemat di fikiran. Kedua bu bapa Nisa juga sihat seperti sediakala.
Keluarga Fina juga sudah senang hasil kesungguhan mereka setiap hari.
Sedikit – sedikit lama – lama jadi bukit. Itulah yang menunjukkan bahawa
hasil tabungan menjual Fina dan ibunya setiap hari. Pepatah pernah
diujarkan, usaha tangga kejayaan. Jadi sesiapa yang berusaha gigih tanpa
mengeluh sudah pasti ada terselit jua kejayaan. Azam dan tekad haruslah
tersemat dalam diri setiap orang jika ingin berjaya dalam hidupnya.
Pengakhiran…
Kini, Nisa dan Fina telah berjaya menginjak ke menara gading.
Mereka berjaya melanjutkan pelajaran di universiti terbaik
Malaysia. Berkat kesungguhan dan kerajinan Nisa dalam
mempelajari kembali pelajaran – pelajaran yang lama
ditinggalkan dan juga bantuan daripada Fina, Nisa telah berjaya
menggenggam segulung ijazah. Begitu juga dengan Fina.
Terbuktilah bahawa belakang parang kalau diasah lagikan
tajam. Orang tua – tua pernah berkata, tuntutlah imu kerana
dengan ilmu itulah yang akan meninggikan darjat seseorang.
Pantun
Buah pisang di dalam perahu,
Masak sebiji dimakan sekerat,
Barang siapa menuntut ilmu,
Kelak nanti darjatnya diangkat.
Kesimpulan
Oleh itu, setiap insan haruslah menuntut ilmu sebanyak mungkin
dalam kehidupan ini. Ilmu itu harus dicari bukannya ia datang dengan
sendirinya . Bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek yang
pipih tidak datang melayang. Satu maksud hadis yang berbunyi
“menuntut ilmu difardukan ke atas setiap individu Muslim ”. Hadis
tersebut jelas menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai tugas
untuk menuntut ilmu dalam kehidupan mereka. Pada masa yang
sama kita juga haruslah memastikan hubungan kita dengan setiap
orang terjalin dengan baik kerana memutuskan hubungan silaturahim
itu merupakan satu perkara yang amat dimurkai oleh Allah SWT.
TERIMA
KASIH