The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PUISI MELAYU TRADISONAL SEBAGAI WAHANA KESATUAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hakimismail0903, 2023-02-12 09:22:54

BMMB1104 TUGASAN 1

PUISI MELAYU TRADISONAL SEBAGAI WAHANA KESATUAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : MUHAMMAD LUQMANUL HAKIM BIN ISMAIL No. K/P : 030909-02-0933 Angka Giliran : 2022242310068 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y3 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak


3 “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki; i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik


4 darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan: 13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.


5 Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan


6 PENGHARGAAN Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sebaik mungkin dan dapat dihantar pada masa yang telah ditetapkan. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ros Anita Kartini binti Mohamed atas kesudian beliau dalam membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Banyak nasihat dan teguran telah saya terima yang bertujuan untuk membaiki tugasan ini sehingga ianya dapat dihantar. Seterusnya, kepada rakan-rakan seperjuangan yang juga tidak lokek memberikan tunjuk ajar dan maklumat berkaitan kerja kursus ini dengan harapan kita semua dapat mencapai kejayaan bersama. Terima kasih diucapkan kepada mereka. Tidak lupa juga, kepada ibu dan bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan suntikan semangat yang tidak putus-putus kepada saya supaya terus konsisten dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat dalam tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak kerana kehadiran anda sangat membantu saya untuk terus bersemangat dalam menyempurnakan tugasan ini. Semoga diberikan ganjaran yang tinggi daripada Allah S.W.T.


7 ISI KANDUNGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH............................................................... 2 TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN........................................................................ 2 PENGHARGAAN .......................................................................................................................... 6 1.0 Pengenalan................................................................................................................................ 8 2.0 Konsep Puisi Melayu Tradisional .............................................................................................. 8 3.0 Fungsi Puisi Melayu Tradisional ............................................................................................... 9 4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional: Pantun ................ 10 4.1 Konsep Pantun ................................................................................................................ 10 4.2 Ciri-Ciri Pantun. .............................................................................................................. 11 4.3 Jenis-Jenis Pantun............................................................................................................ 11 4.4 Peranan Dan Fungsi Pantun ............................................................................................. 11 4.5 Analisis Akal Budi Pantun Dari Sudut Pemikiran Dan Pertuturan .................................... 12 4.6 Analisis Akal Budi Pantun Dari Sudut Perlakuan Dan Gaya Hidup .................................. 13 5.0 Implikasi Puisi Melayu Tradisional Sebagai Wahana Kesantunan Bahasa ................................ 13 6.0 Rumusan ................................................................................................................................. 14 Rujukan ........................................................................................................................................ 15


8 1.0 Pengenalan Umum mengetahui bahawa puisi merupakan genre sastera yang paling awal wujud bagi semua bangsa di dunia (Azman et al., 2022). Menerusi hal ini, masyarakat Alam Melayu pada ketika itu juga tidak ketinggalan dalam perkara ini, bahkan ia menjadi satu adat yang berjaya membawa seni keindahan bahasa Melayu ini ke persada dunia. Antaranya ialah penghasilan puisi tradisonal seperti pantun, seloka, dan syair. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pengamal bahasa Melayu, perlu menghayati khazanah yang berharga ini supaya ia kekal menjadi wahana kesantunan bahasa dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. 2.0 Konsep Puisi Melayu Tradisional Menurut pakar kesusasteraan Melayu Dr. Harun Mat Piah, beliau menjelaskan bahawa puisi Melayu tradisional ialah satu puisi yang bersifat lisan dan ia diwarisi melalui tradisi lisan (Definisi Puisi Melayu Tradisional, 2015). Selain itu, ia juga mendapat tempat yang tinggi bagi mempamerkan hasil kreatif masyarakat Melayu ketika itu (Mohd Rosli, 2013). Secara ringkasnya, ia merupakan satu bentuk sastera lisan dan wujud sebelum adanya media cetak. Oleh hal yang demikian, puisi Melayu tradisional ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu puisi tradisional warisan Melayu dan puisi Melayu tradisional warisan Islam (Harun Jaafar, 2008, pp. 39–44). Perkara yang terkandung di puisi tradisional warisan Melayu ialah pantun, seloka dan gurindam manakala puisi Melayu tradisional warisan Islam ialah syair.


9 3.0 Fungsi Puisi Melayu Tradisional Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu menggunakan garapan bahasa yang indah dan puitis bagi melahirkan sebuah fikiran atau ingin menzahirkan perasaan mereka. Penggunaan kata-kata yang berlapik ini adalah bertujuan untuk tidak mengguris mana-mana hati yang mendengarnya jika ia bertujuan untuk menyindir dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, puisi tradisi ini berperanan penting dalam melahirkan konsep kesantunan dan kebudayaan bangsa pada ketika itu. Antara fungsi puisi Melayu tradisional adalah sebagai unsur keindahan. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat Melayu bijak dalam teknik pengolahan kata dan gaya bahasa bagi menggambarkan citra dan makna (Abdul Halim, 2011). Perkara ini telah dijelaskan oleh Muhammad Haji Salleh bahawa ini merupakan satu strategi orang Melayu dalam mengungkap kata pada khalayak dengan cara yang halus supaya tidak meninggalkan kesan luka kepada yang mendengarnya. Maka jelaslah bahawa, kepandaian Melayu dalam bermain kata mencerminkan keindahan budi dan bahasa masyarakat dahulu melalui karya puisi Melayu tradisional ini. Selain itu, berdasarkan Mohd Rosli (2013) puisi juga bertindak sebagai elemen nasihat dan pengajaran. Hal ini tercetus apabila, orang-orang tua dahulu banyak menitipkan kata-kata nasihat kepada golongan muda. Seperti mana kita ketahui bahawa golongan muda berdarah panas maka mereka cenderung melakukan kekhilafan misalnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tutur kata dan perlakuan. Dengan ini, puisi lah berperanan untuk membawa mesej itu supaya ia dijadikan pedoman dan iktibar pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, puisi itu diwarisi secara lisan sejak berzaman sehingga ia kekal pada hari ini. Seterusnya, puisi Melayu tradisional ini turut berfungsi sebagai alat hiburan masyarakat dahulu. Senario ini berlaku apabila mereka mendeklamasikan puisi ini di dangau setelah seharian penat bersawah. Perkara ini hanyalah salingan bagi menghilangkan rasa penat dan kembali melakukan kerja. Misalnya, mereka berseloka, bercerita jenaka dan sebagainya. Sebagaimana hari ini kita diperdengarkan dengan lawak jenaka Si Luncai, Lebai Malang dan Malim Deman itulah prosa yang menjadi hiburan yang telah diwarisi ke generasi kini. Akhir sekali sebagai unsur dakwah. Melihat dari perspektif ini, prosa Melayu tradisional yang teribat ialah syair yang fungsinya mendukung berbagai-bagai tema khususnya dari sudut keagamaan. Hal ini dikatakan apabila ulama terdahulu menyelitkan ini pati agama dalam syair menurut pertimbangan puisi Arab. Contoh yang masyhur ialah Syair Perahu karya Syeikh Hamzah Fansuri yang sarat dengan pemilihan diksi agama dan meliputi syariat Islam. Jelaslah bahawa, puisi ini juga berperanan dalam mengangkat ajaran Islam ke seluruh pelusok Alam Melayu (Mohd Rosli, 2013).


10 4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional: Pantun Melihat pantun sebagai perspektif dalam kebudayaan Melayu dahulu. 4.1 Konsep Pantun Merujuk kamus dewan edisi keempat, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap ( dua baris pertama ialah pembayang dan 2 baris kedua ialah maksud ) . Menerusi hasil kesusasteraan ini, maka lahirlah beberapa jenis bentuk pantun berkat kebijaksanaan orang dahulu yang paling popular ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Bentuk pantun yang lain ialah enam, lapan dan dua belas kerat. Contohnya : Daun senduduk daun semalu, Marilah duduk jangan malu. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.


11 4.2 Ciri-Ciri Pantun. 1. Setiap baris pantun mempunyai emapat hingga lima patah perkataan 2. Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata. 3. Dua baris pertama pantun empat kerat ialah pembayang dan dua baris akhir ialah maksud. 4. Rima akhir bagi pantun empat kerat ialah a-b-a-b. 5. Setiap rangkap pantun melengkapkan satu idea yang hendak disampaikan. 6. Pantun berkait memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan idea. 4.3 Jenis-Jenis Pantun 1. Pantun kanak-kanak. 2. Pantun orang muda. 3. Pantun budi. 4. Pantun jenaka. 5. Pantun teka-teki. 6. Pantun kias-ibarat. 4.4 Peranan Dan Fungsi Pantun Pantun berperanan penting pada zaman dahulu kerana ia diguna pakai ketika upacara merisik, meminang, jual beli pantun dan sebagai penghias ucapan. Manakala fungsinya dapat dilihat sebagai mendidik, ungkapan nilai dan budaya tradisi, menghibur (humoris) dan menyampaikan buah fikiran berkaitan alam.


12 4.5 Analisis Akal Budi Pantun Dari Sudut Pemikiran Dan Pertuturan Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. Tema pantun di atas ialah nasihat. Pantun di atas menyelitkan nilai kemanusiaan dalam bentuk nasihat dengan menggalakan orang ramai supaya melakukan perkara yang baik serta berbudi kepada orang lain semasa hidup. Hal ini kerana, budi yang baik akan sentiasa diingati walaupun sudah meninggal dunia. Berdasarkan pantun di atas kita dapat melihat aspek pemikiran pantun itu dalam menyelitkan unsur alam sebagai pembayang. Pemilihan ayat “Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga” sebagai pembayang sangat tepat. Hal ini kerana, jika kita menelusuri ilmu geografi, gunung tersebut sememangnya wujud dan ia terletak di Pulau Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. Malah perkara yang lebih menarik lagi bahawa gurung tersebut memang bercabang tiga dan kini hanya tinggal dua. Maka secara tidak langsung, perkara ini telah membuktikan orang Melayu bijak dalam menafsir dan meneliti alam yang mungkin disebabkan kemahiran orang Melayu yang handal dalam ilmu perairan. Manakala bahagian maksud rangkap pantun menjelaskan bahawa jika sesorang itu telah meninggal dunia tapi sepanjang hayatnya banyak menabur budi dan bakti kepada orang sekeliling maka sumbangannya akan terus diingati sehinggan ke akhir usia. Pemilihan diksi yang puitis bagi mencerminkan aspek pertuturan Melayu dalam memberikan simbol kepada kematian. Ayat yang berlapis supaya pendengar berfikir sejenak maksud ayat itu. Kesimpulannya, kaitan antara Pulau Pandan dan Budi adalah tentang nilai jasa dan penghargaan. Dahulu Gunung Daik yang berada di Pulau Pandan ini menjadi petunjuk kepada mereka yang belayar ke Pulau Lingga kalau tidak mereka akan sesat di lautan.


13 4.6 Analisis Akal Budi Pantun Dari Sudut Perlakuan Dan Gaya Hidup Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina, Semakin ku pandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena. Tema pantun di atas ialah kasih sayang. Melihat daripada pantun di atas, jelas menunjukkan perkaitan antara pembayang dan maksud. Hal ini dikatakan kerana, pengarang mula berkenan dengan seorang anak dara yang memakai kain batik dan dibaluti tudung sutera di kepala. Perkara ini menunjukkan perlakuan bahawa kaum lalaki Melayu dahulu mudah bertaut apabila berjumpa dengan gadis ayu yang sopan pakaiannya. Manakala maksud pantun menerangkan gaya hidup lelaki apabila perasaan cinta mula berputik kerana mereka mula berasa angau bercinta sehingga kan apabilamakan tidak merasa kenyang dan tidur tidak nyenyak. Oleh hal yang demikian, begitulah garapan bahasa yang indah bagi masyarakat Melayu dahulu apabila ingin mengungkapkan perasaan dengan menggunakan seni bahasa. Perkara ini juga menzahirkan bahawa orang Melayu dahulu mempunyai adab dan tidak terburu-buru dalam mengungkap rasa cinta. 5.0 Implikasi Puisi Melayu Tradisional Sebagai Wahana Kesantunan Bahasa Kesan yang paling ketara penggunaan puisi Melayu tradisonal ini adalah dapat mengekalkan identiti masyarakat Melayu di Malaysia. Hal ini dikatakan kerana, bangsa Melayu sememangnya kaya dengan adat dan seni bahasa. Maka puisilah yang menjadi medium perantara untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Contohnya, dengan menggunakan bahasa yang indah, berlapis dalam menimbulkan citra bahasa yang unggul. Dengan ini, yakinlah bahawa puisi Melayu tradisi ini sebagai pemangkin utama dalam kesantunan bahasa dan budaya Melayu di Malaysia.


14 6.0 Rumusan Dapat saya menyimpulkan bahawa, kehebatan bangsa Melayu dahulu tunjangnya ialah seni berbahasa. Kemahiran mereka dalam menjana idea untuk berpuisi dengan menggunakan kata-kata yang indah serta menarik membuatkan imej kesantunan Melayu itu menyerlah. Hasilnya puisi ini telah mendapat perhatian ramai hingga ke seantero dunia. (1395 Patah Perkataan)


15 Rujukan Abdul Halim. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. PENDETA, 2, 99–117. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794 Azman, Mohd Nazri, Shamsudin, Abdul Rani, & Hasnah. (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan Melayu (Mohd Faez, Ed.; Pertama). Pustaka Al-Ehsan. Cho Min Sung, & Mat Zaid. (2020). Fungsi pantun Melayu tradisional dilihat dari perspektif budaya dan pemikiran masyarakat Melayu. Jurnal Puitika, 16(1). Definisi puisi Melayu tradisional. (2015, December 20). Sistem Guru Online. https://www.sistemguruonline.my/2015/12/definisi-puisi-melayu-tradisiona.html Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat (4th ed.). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Harun Jaafar. (2008). Kesusasteraan Melayu (Kedua, pp. 39–44). Meteor Doc. Sdn. Bhd. Mohd Rosli. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212 Nik Fazli. (2015). Puisi Melayu dalam drama-drama Noordin Hassan [Ijazah Master Sastera]. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57441/1/FBMK%202015%2023RR.pdf


Click to View FlipBook Version