JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : ALYAA’ ZAKIAH BINTI ABU ZARIM No. K/P : 030322-10-0678 Angka Giliran : 2021202340321 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : 2.02 Nama Pensyarah : DR ZAKIAH BT NOORDIN Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Zakiah Tarikh : 19 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Zakiah Tarikh: 19 MAC 2024
JKA/Ogos2022 ISI KANDUNGAN Pengenalan 1.0 Analisis Jenis Pentaksiran 2.0 Analisis pentaksiran lisan dan pemerhatian 3.0 Analisis pentaksiran tulisan 4.0 Analisis pentaksiran tulisan 5.0 Justifikasi dalam menyelesaikan masalah luar jangka Kesimpulan
JKA/Ogos2022 PENGHARGAAN Alhamdulillah, dengan rendah diri, saya bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kekuatan kepada saya untuk menghabiskan penulisan kerja kursus ini walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan dhaif. Sesungguhnya segala ilmu pengetahuan dan kebaikan yang terdapat dalam penulisan ini, bukanlah datang dari fikiran saya melainkan semuanya datang daripada Allah SWT jua. Oleh itu, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan (EDUP 3153), DR\r. Zakiah Binti Noordin kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria dan tempoh yang telah ditetapkan. Tidak dilupakan juga kepada pihak IPG Kampus Pendidikan Islam yang telah membantu saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.Sekalung penghargaan juga saya titipkan buat ibu bapa ,ahli keluarga dan rakan-rakan saya yang telah banyak membantu memberikan sokongan moral dan tidak pernah jemu menyumbang idea kepada saya sepanjang usaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih juga saya dahulukan kepada sesiapa sahaja yang membantu, memberikan kritikan membina, serta buah fikiran yang bernas. Tiadalah lain melainkan doa dari saya agar kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa mengiringi kalian semua. Moga-moga sedikit jihad yang saya lakukan ini akan mendapat ganjaran dan keredaan daripada Allah SWT.
JKA/Ogos2022 PENGENALAN Terdapat pelbagai jenis pentaksiran digunakan untuk menilai tahap pencapaian akademik murid. Pelaksanaan pedagogi abad ke-21 yang berunsur futuristik fleksibel dan dinamik telah implikasi terhadap jenis, kaedah dan kualiti dalam pentaksiran. Pentaksiran autentik yang menjurus kepada kecerdasan pelbagai (multiple intelligences), teknologi, kepelbagaian literasi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah mempengaruhi corak pentaksiran murid secara tradisional. Secara umumnya, pentaksiran terbahagi kepada dua jenis iaitu pentasiran formatif dan pentaksiran sumatif. Sehubungan dengan itu, selari dengan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) ini, pentaksiran formatif adalah bercorak diagnostik yang mana memberi maklum balas yang berterusan ke atas guru dan murid mengenai prestasi pembelajaran di bilik darjah. Maklum balas ini sememangnya banyak membantu guru membuat keputusan ke atas penggunaan kaedah pengajaran yang lebih sesuai, pengagihan tugasan sama ada secara individu mahupun kumpulan, ataupun dari sudut pengajaran tambahan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditambah baik dari semasa ke semasa. Perkara ini adalah selaras dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yates dan Johnston (2018) bahawa pendekatan peperiksaan adalah kurang sesuai untuk diamalkan untuk murid-murid pada zaman ini memandangkan setiap murid mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza.
JKA/Ogos2022 1.0 ANALISIS JENIS PENTAKSIRAN Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dipilih, terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu lisan, pemerhatian dan penulisan. Guru menentukan sama ada kaedah pemerhatian, lisan atau penulisan ini boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan. Penentuan kaedah pentaksiran hendaklah berdasarkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang hendak dicapai. Instrumen pentaksiran bergantung kepada aktiviti pembelajaran dan kaedah pentaksiran dan guru juga perlulah mengenal pasti jenis dan kaedah pentaksiran sejajar dengan kehendak DSKP. Oleh itu, ketiga-tiga pentaksiran ini akan dianalisis merangkumi kekuatan dan kelemahan serta cadangan penambahbaikan
JKA/Ogos2022 Rajah 1
JKA/Ogos2022 (Rajah 2 dan 3: langkah pengajaran) Rajah 4
JKA/Ogos2022 Rajah 5
JKA/Ogos2022 2.0 Analisis pentaksiran lisan dan pemerhatian Berdasarkan rajah 1, saya, telah mendapatkan Rancangan Pengajaran, Harian (RPH) Pendidikan Islam bidang Al-Quran Tahun 4 daripada seorang siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam. Tajuk RPH tersebut ialah Surah Al- Qariah ayat 8-11 di dalam bidang Hafazan. Standard kandungannya ialah, (1.4) menghafaz dan mengamalkan surah Al-Qariah dengan betul dan bertajwid dalam solat dan kehidupan harian secara beradab dan istiqamah. Terdapat, 2 standard pembelajaran laitu (1.4.1) menghafaz surah Al-Qariah dengan betul dan (1.4.2) menghafaz surah Al-Qariah dengan betul dan bertajwid. Melalui RPH ini, saya memilih untuk menganalisis satu jenis kaedah penilaian, PdP iaitu kaedah pentaksiran secara lisan yang dilaksanakan pada langkah 1 dan 2 pengajaran (Rujuk Lampiran A). Pemilik RPH ini juga telah melaksanakan, pentaksiran lisan pada langkah, 1 dan 2 dengan mengambil kira bacaan, bafazan murid pada surah Al-Qariah, ayat, 8 hingga 11. Setelah menganalisis RPH tersebut, kaedah pentaksiran yang dilaksanakan terhadap murid adalah bersesuaian dengan objektif pembelajaran, jaitu murid dapat menghafaz, surah Al-Qariah ayat, 8 bingga 11 dengan betul dan bertajwid. Pentaksiran lisan sewajarnya, berlaku dalam PdP secara talaqi dan musyafahah kerana proses menghafaz memerlukan murid untuk menyebut secara, lisan, dan berulang kali. Pemilik RPH telah melaksanakan kaedah bimbingan guru pada langkah 1 bagi membimbing
JKA/Ogos2022 sepenuhnya murid untuk menghafaz dan mengingat ayat 8 hingga 11 di dalam surah Al-Qariah. Manakala pada langkah 2, beliau turut menggunakan kaedah ulangan (tikrar) serta bacaan berpasangan ‘buddies help’, untuk menguji kembali tahap ingatan dan keupayaan kemahiran hafazan murid-murid. Menurut saya, aktiviti yang dijalankan bertepatan dengan standard pembelajaran dan secara tidak langsung dapat mencapai objektif pembelajaran. Kelebihan lain yang dapat dikenalpasti juga jalah, beliau turut menyediakan rubrik tahap penguasaan bagi aktiviti lisan yang dijalankan bersama murid. Penggunaan rubrik dapat memudahkan pertimbangan profesional, guru untuk menetapkan tahap penguasaan murid dengan telus, dan benar. Antara contoh perekodan adalah: i) Rekod Skala Kadar a. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. b. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. ii) Rekod Anekdot Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila clan di mana berlaku. Berdasarkan rajah 5 di atas, pada penilaian secara lisan, tahap penguasaan murid diambil kira mengikut ayat yang berjaya dihafal oleh murid dengan menggunakan kaedah rekod skala kadar. Pemilik boleh membuat, penambahbaikan, dengan mengkhususkan aras, pencapaian setiap tahap bermula dari tahap penguasaan 1 bingga 6 dengan mengambil kira aspek penilaian satu-persatu dari sudut tajwid, jumlah ayat yang dikuasai serta kelancaran hafazan. Hal ini kerana, rubrik yang telah disediakan di dalam lampiran belum cukup jelas untuk membantu guru dalam menetapkan tahap penguasaan murid dengan tepat kerana tidak mengandungi penetapan kriteria, dan aspek-aspek tertentu yang patut diambil perhatian. Kesannya, walaupun secara dasarnya murid telah menguasai kesuluruhan ayat hafazan surah al-Qariah, namun guru akan mengalami masalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid secara menyeluruh dan kelemahan mereka yang mesti diperbaiki pada masa akan datang. Hal ini kerana, merujuk kepada rajah 4, seseorang murid hanya dikatakan mencapai TP 3 apabila murid tersebut dapat menghafaz surah Al-Qariah dengan betul dan bertajwid. Sehubungan itu, pemilik RPH ini boleh mengambil inisiatif menambahbaik dengan menyediakan instrumen pentaksiran lisan di samping menekankan aspek-aspek yang perlu dikuasai dan dititikberatkan oleh murid
JKA/Ogos2022 agar dapat dijadikan amalan dan penghayatan sepanjang hayat dalam kehidupan murid. Hal ini bertepatan dengan usaha menerapkan budaya membaca al-Quran dengan bertajwid dan beradab. Selain penilaian lisan daripada guru pada langkah 1 dan 2, pemilik RPH turut menyatakan beliau melaksanakan penilaian rakan sebaya pada langkah 2 jaitu murid akan memperdengarkan bacaan kepada pasangan masing-masing dan mereka akan menanda di dalam kertas yang diberikan Penilaian rakan sebaya merupakan salah satu instrumen daripada kaedah pentaksiran lisan. (Rajah 6 dan 7: langkah pengajaran)
JKA/Ogos2022 Rajah 8 3.0 Analisis pentaksiran tulisan Seterusnya, dalam pentaksiran secara tulisan, standard kandungannya juga sama iaitu, (1.4) menghafaz dan mengamalkan surah Al-Qariah dengan betul dan bertajwid dalam solat dan kehidupan harian secara beradab dan istiqamah. Terdapat, 2 standard pembelajaran laitu (1.4.1) menghafaz surah Al-Qariah dengan betul dan (1.4.2) menghafaz surah Al-Qariah dengan betul dan bertajwid. Melalui RPH ini, saya turut memilih untuk menganalisis kaedah pentaksiran secara tulisan yang dilaksanakan pada langkah 3 pengajaran (Rujuk Lampiran A). Beliau ini telah melaksanakan pentaksiran pada langkah 3 dengan mengambil kira hafazan murid pada silibus surah Al-Qari’ah yang ditetapkan iaitu dari ayat 8 hingga 11. Setelah menganalisis dengan penuh teliti, kaedah pentaksiran yang dilaksanakan terhadap murid adalah bersesuaian dengan objektif pembelajaran, jaitu murid dapat menghafaz surah Al-Qari’ah ayat 8 bingga 11 dengan bertajwid seusai pelaksanaan aktiviti yang diberi nama ‘ulat al-Qariah’. Pentaksiran tulisan lazimnya dilaksanakan dalam PdP yang diselitkan di akhir-akhir pengajaran bergantung kepada baki masa dan keperluan PdP. Justeru, aktiviti pada langkah 3 ini adalah kesinambungan daripada langkah 1 dan 2 yang berperanan sebagai aktiviti pengukuhan di dalam PdP untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam ayat 8-11 surah al-Qari’ah. Aktiviti dalam langkah ini dimulakan dengan setiap kumpulan akan diberikan set ‘ulat al-Qari’ah’ yang mengandungi ayat 8-11. Setelah itu, murid dikehendaki untuk melabelkan turutan ayat
JKA/Ogos2022 dengan tepat pada setiap ulat. Selepas itu, murid sekali lagi diminta untuk bekerjasama menyusun ayat 8-11 surah al-Qari’ah bersama-sama dalam bentuk peta alir. Pada pendapat saya, selain bertepatan dengan standard pembelajaran dan dapat mencapai objektif pembelajaran, aktiviti yang dijalankan juga menerapkan salah satu amalan pedagogi masa kini iaitu pembelajaran koperatif. Pentaksiran rakan sebaya yang secara tidak langsung ini juga memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. Kekuatan lain yang dapat dikenalpasti juga jalah, beliau turut menyediakan rubrik tahap penguasaan bagi aktiviti penulisan yang dijalankan bersama murid. Penggunaan rubrik sememangnya dapat memudahkan pertimbangan profesional guru untuk menetapkan tahap penguasaan setiap murid sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Berdasarkan pada lampiran A, pada penilaian secara penulisan, tahap penguasaan murid diambil kira sekiranya murid dapat menulis kesemua nombor ayat dengan betul dan menyusun ayat mengikut turutan. Pelajar juga digalakkan menulis semula ayat-ayat al-Quran bertujuan menguatkan lagi ingatan terhadap ayat-ayat yang dihafaz. Pelajar boleh menulis di atas skrin komputer kemudian mengulang-ulang bacaannya dan memadamkannya semula (Abu al-Fida’2008). Pemilik RPH ada mengetengahkan penggunaan elemen KBAT iaitu peta i-think (peta alir) di dalam pentaksiran bertulis ini. Namun, berdasarkan hasil kerja murid di dalam rajah 8, konsep penggunaan peta alir tidak diterapkan dengan betul kerana saiz dan ruangan di dalam lembaran kertas yang agak terhad. Hal ini menyebabkan susunan ayat 8-11 surah al-Qari’ah ini hanya dilaksanakan sekadarnya. Oleh itu, pada pendapat saya, antara penambahbaikannya adalah, guru boleh menceraikan bahagian tubuh ulat kepada 4 bahagian bertepatan dengan 4 ayat yang perlu disusun oleh murid-murid. Secara tidak langsung, murid dapat menyempurnakan aktiviti ini dengan lebih berkeyakinan dan mudah mengesan kesalahan pada turutan sekiranya terdapat kecacatan pada sambungan tubuh-tubuh ulat tersebut. Namun sekiranya, guru ingin meneruskan dengan idea asal menggunakan peta alir, guru haruslah membekalkan ruangan yang mencukupi di dalam helaian kertas agar isi tidak terlalu padat dan mudah dirujuk kembali oleh murid semasa memerlukan.
JKA/Ogos2022 Rajah 9
JKA/Ogos2022 Rajah 10 Rajah 11
JKA/Ogos2022 4.0 Analisis pentaksiran tulisan Berdasarkan rajah 9, saya telah mendapatkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam bidang Al-Quran Tahun 5 daripada seorang siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam. Tajuk RPH tersebut ialah Surah At-Tin ayat 1-8 di dalam bidang Hafazan. Standard kandungannya ialah, (1.4) menghafaz dan mengamalkan surah At-Tin dengan betul dan bertajwid dalam solat dan kehidupan harian secara beradab dan istiqamah. Terdapat 2 standard pembelajaran laitu (1.4.1) menghafaz surah At-Tin dengan betul dan bertajwid (1.4.2) membaca a-Quran dalam kehidupan harian secara beradab dan istiqamah. Melalui RPH ini, saya memilih untuk menganalisis satu jenis kaedah penilaian, PdP iaitu kaedah pentaksiran secara tulisan yang dilaksanakan pada langkah 3 pengajaran (Rujuk Lampiran B). Pemilik RPH ini juga telah melaksanakan, pentaksiran lisan pada langkah, 1 dan 2 dengan mengambil kira bacaan, bafazan murid pada surah Al-Qariah, ayat, 8 hingga 11. Setelah menganalisis RPH tersebut, kaedah pentaksiran yang dilaksanakan terhadap murid adalah bersesuaian dengan objektif pembelajaran, jaitu murid dapat menghafaz, surah Al-Qariah ayat, 8 bingga 11 dengan betul dan bertajwid. Pentaksiran lisan sewajarnya, berlaku dalam PdP secara talaqi dan musyafahah kerana proses menghafaz memerlukan murid untuk menyebut secara, lisan, dan berulang kali. Pemilik RPH telah melaksanakan kaedah bimbingan guru pada langkah 1 bagi membimbing sepenuhnya murid untuk menghafaz dan mengingat ayat 8 hingga 11 di dalam surah Al-Qariah. Manakala pada langkah 2, beliau turut menggunakan kaedah ulangan (tikrar) serta bacaan berpasangan ‘buddies help’, untuk menguji kembali tahap ingatan dan keupayaan kemahiran hafazan murid-murid. Menurut saya, aktiviti yang dijalankan
JKA/Ogos2022 bertepatan dengan standard pembelajaran dan secara tidak langsung dapat mencapai objektif pembelajaran. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti jalah, beliau tidak menyediakan rubrik tahap penguasaan bagi aktiviti lembaran kerja yang dijalankan bersama murid. Umum sedia mengetahui bahawa penggunaan rubrik dapat memudahkan pertimbangan profesional, guru untuk menetapkan tahap penguasaan murid dengan telus, dan benar. Hal ini bukan sahaja akan mengundang ketidakjelasan dalam penilaian guru ke atas murid malah murid mungkin akan mengalami ketidakpastian tentang apa yang diharapkan dalam tugasan mereka tanpa rubrik yang jelas. Ini boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk fokus pada matlamat utama pembelajaran dan menghadapi kesukaran dalam memberi maklum balas yang spesifik meningkatkan prestasi murid dari semasa ke semasa. Berdasarkan rajah 9 di atas, pada penilaian secara penulisan, siswa bakal guru boleh membuat, penambahbaikan, dengan mengkhususkan aras, pencapaian setiap tahap bermula dari tahap penguasaan 1 bingga 6 dengan mengambil kira aspek penilaian satu-persatu dari sudut ejaan ayat, jumlah ayat yang dikuasai serta kekemasan tulisan. Sehubungan itu, pemilik RPH ini boleh mengambil inisiatif menambahbaik dengan menyediakan instrumen pentaksiran penulisan di samping menekankan aspek-aspek yang perlu dikuasai dan dititikberatkan oleh murid.
JKA/Ogos2022 5.0 JUSTIFIKASI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH LUAR JANGKA (i)Masalah ketidakcukupan masa Masa adalah salah satu elemen yang perlu diambil kira dalam setiap langkah pengajaran. Sehubungan dengan itu, guru perlulah memikirkan apa jua jenis bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap penguasaan muridnya. Walaupun adakalanya kita telah menetapkan lima minit untuk diluangkan semasa melaksanakan set induksi, tetapi tanpa sedar kita mungkin akan memperuntukkan lebih masa. Hal ini menyebabkan langkah pengajaran 1,2 dan 3 perlu dikurangkan. Malah sebagai seorang guru juga, persiapan awal yang mencukupi perlulah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara luar jangka berlaku. Berdasarkan hasil rujukan, kami disarankan untuk memperbanyakkan penggunaan visual dalam pengajaran supaya dapat meransang ingatan murid-murid dalam sesuatu topik pembelajaran lebih-lebih lagi kepada murid tahap satu. (ii) Masalah kos, kekurangan bahan dan murid kurang bersemangat Sebagai contoh, pembelajaran berasaskan projek semestinya akan memakan sejumlah kos sama ada besar mahupun kecil. Hal ini kerana, untuk menghasilkan sesebuah projek guru harus mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk menjayakan projek. Guru harus menyediakan bahan-bahan seperti perhiasan, marker, gam, gunting, kertas warna, ‘hot glue gun’ dan banyak lagi. Hakikatnya, melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh kerana peranan guru adalah amat penting dalam menjayakan sesuatu projek. Bahan dan peralatan yang tidak mencukupi akan menyebabkan murid berasa kurang motivasi dan bersemangat untuk menghasilkan projek. Kesannya, projek yang dilaksanakan tidak mampu mencapai objektif pembelajaran dan menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan instrumen pentaksiran secara lisan, pemerhatian dan penulisan dengan sempurna. (iii) Masalah kekurangan kemahiran Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari dari awal bermulanya perancangan projek ini banyak mendewasakan saya. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana
JKA/Ogos2022 sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak aspek yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang mana kami gunakan bagi tujuan membuat pakej pembelajaran. Oleh itu, sebagai jalan inisiatif, saya seringkali ringan mulut untuk bertanyakan pendapat kepada rakan sekerja dan guru yang berkemahiran mengenai fungsi-fungsi microsoft power point dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada, saya telah mempelajari banyak lagi kemahiran-kemahiran baharu seterusnya membolehkan perancangan projek ini disempurnakan dalam masa yang lebih singkat.
JKA/Ogos2022 KESIMPULAN Pendek kata, perbezaan ini memerlukan satu pendekatan yang holistik dan memerlukan satu jangka masa yang agak panjang untuk mengenal pasti kebolehan dan potensi yang ada pada murid tesebut. Murid juga mempunyai minat dan keseronokkan belajar apabila mereka tidak mempunyai bebanan peperiksaan yang keterlaluan memandangkan mereka mempunyai ruang masa yang lebih banyak untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembentangan, perbincangan kumpulan, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran bersifat penerokaan (Tong, 2016). Melihat kepada keadaan ini, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka dan memperkenalkan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik serta mampu untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid secara menyeluruh. PBD juga dikatakan mampu memberi ruang pembelajaran yang sama rata kepada semua murid memandangkan proses pentaksiran akan dijalankan sepanjang masa dan murid mempunyai peluang yang luas untuk memperbaiki kelemahan mereka (Sidhu, Kaur & Chi, 2018).
JKA/Ogos2022