SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PENCHALA
JALAN DAMANSARA
60000 KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
” APRESIASI SENI DAN KEBUDAYAAN”
PERTANDINGAN CIPTAAN ALAT MUZIK & IDOLAKU
ANJURAN KELAB MUZIK, SENI DAN KEBUDAYAAN
TAHUN 2021
KELOLAAN
KELAB MUZIK, SENI DAN KEBUDAYAAN
SK SUNGAI PENCHALA
KERTAS KERJA
PROGRAM APRESIASI SENI DAN KEBUDAYAAN
SK SG. PENCHALA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari SK Sg. Penchala bagi melaksanakan Program Apresiasi
Seni dan Kebudayaan di bawah Kelab Seni, Muzik dan Kebudayaan.
2.0 PENGENALAN
Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk
sahsiah dan jati diri pelajar. Kepalbagaian budaya dapat mencorakkan seni kebudayaan
kepada setiap murid. Murid-murid dapat memahami dengan lebih mendalam tentang
kepelbagaian seni dan kebudayaan seterusnya dapat memupuk sikap cintakan budaya dan
kesenian yang tinggi kepada para murid. Antara fungsi penubuhan kelab muzik, seni dan
kebudayaan ini adalah medan manifestasi seni bagi setiap murid menonjolkan bakat
disamping membantu mengembangkan seni budaya dan warisan, merakyatkan seni budaya
dan warisan serta membantu melahirkan warga sekolah yang berkebolehan, berdaya saing
dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan mutu seni budaya warisan serta
memupuk semangat bertanggungjawab terhadap kesihatan minda melalui aktiviti yang sihat.
Dengan harapan, program ”Apresiasi Seni dan Kebudayaan” ini dapat berjalan dengan lancar
dan sempurna dengan bantuan dan kerjasama oleh seluruh warga SK Sungai Penchala.
PENGELOLA:
Kelab Muzik, Seni dan Kebudayaan
TARIKH:
26-30 Julai 2021
TEMPAT:
Di kediaman masing-masing
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk
memastikan kelancaran program ini dengan :
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
supaya dapat membentuk murid yang aktif dan bermotivasi tinggi dalam
keseniaan.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-
pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.3 Menjaga nama sekolah sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan
program.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah :
4.1 Membantu murid menghayati, mendalami serta menghargai warisan
kebudayaan negara.
4.2 Menekankan kepentingan penghayatan terhadap alat muzik pelbagai kaum di
Malaysia.
4.3 Mengenal pasti bakat murid daripada pelbagai bentuk keseniaan.
4.4 Menerapkan semangat cintakan keseniaan serta menghargai insan-insan yang
telah berbakti dalam bidang seni.
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan empat (4) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum, jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :
5.1 Memberi pendedahan serta pengalaman kepada murid dalam menyertai
pertandingan yang dianjurkan
5.2 Meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri murid.
5.3 Memastikan murid mencapai pencapaian minima sempena musim pandemik ini.
5.4 Mencungkil bakat murid-murid dalam kemahiran mencipta alat muzik.
6.0 TEMA
”APRESIASI SENI DAN KEBUDAYAAN”
7.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 26 - 30 Julai 2021
Hari : Isnin – Jumaat
Pelancaran dan Penutupan Program
Tarikh : 2 Ogos 2021
Hari : Isnin
8.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan di kediaman masing-masing.
Pelancaran program akan diadakan menerusi Google Meet dan bakal dirasmikan
oleh Guru besar SK. Sg Penchala.
9.0 SASARAN PESERTA
• Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SK Sg. Penchala
10.0 STRUKTUR ORGANISASI : Puan Norlaily bt Md Yusoff
Guru Besar
Pengerusi SK Sungai Penchala, Kuala Lumpur
Naib Pengerusi : Puan Siti Khalijah bt Ismail
Timbalan Naib Pengerusi GPK Tadbir dan Kurikulum
SK Sungai Penchala, Kuala Lumpur
: Cik Junaidah bt Abu Bakar
GPK Ko-Kurikulum
SK Sungai Penchala, Kuala Lumpur
Ketua Kelab : YM Puan Raja Nadiah binti Raja
Zaharuddin Shah
Penyelaras Program Ketua Kelab Muzik, Seni dan Kebudayaan,
Ketua Juri SK Sungai Penchala, Kuala Lumpur
Juri-juri lain
: Puan Aisyah Faranaz binti Awalluddin
Gimik Pelancaran
Bunting, Poster & Jurugambar : YM Puan Raja Nadiah binti Raja
Zaharuddin Shah
: En. Zulhakimi bin Mohd Isa
En. Abdul Muhaimin bin Mat Nor
Cik Mas Athirah binti Johan John
: Puan Aisyah Faranaz binti Awalluddin
: En. Mohd Irfan Afifi bin Jafri
11.0 BELANJAWAN
Kos keseluruhan Program ”Apresiasi Seni dan Kebudayaan” ialah RM 260.00 (Ringgit
Malaysia: Dua ratus enam puluh sahaja)
KEPERLUAN PERALATAN: KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH KOS
RM 200.00
KEPERLUAN DAN 20 unit RM 10.00 RM 40.00
BIL 4 unit RM 10.00 RM 20.00
1 unit RM 20.00
ALATAN RM 260.00
1 Trofi Peserta
2 Trofi Juri
3 Bunting
4
JUMLAH
12.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
12.1 Peserta perlu menghasilkan karya alat muzik yang tidak diciplak daripada
mana-mana sumber.
12.2 Setiap penghasilan alat muzik perlu disertakan dengan video di dalam
menghasilkan alat muzik.
12.3 Peserta perlu menyiapkan alat muzik dalam tempoh yang ditetapkan
12.4 Satu peserta boleh mewakili 2 penyertaan iaitu mecipta alat muzik dan idolaku.
12.5 Peserta boleh meniru gaya idola masing-masing dan perlu kreatif di dalam
menonjolkan karakter idola yang digemari.
12.6 Peserta boleh memilih hanya satu idola sahaja yang terdiri daripada insan-
insan seni seperti penyanyi, pelakon, pemain muzik, pencipta muzik, dan
sebagainya yang berkaitan dengan seni.
13.0 PENUTUP
Pertandingan mencipta alat muzik dan idolaku ini diharap dapat menyemarakkan lagi
minat dan kecenderungan murid-murid sekolah rendah terhadap bidang muzik, seni
dan kebudayaan. Semua pihak diharapkan dapat memainkan peranan bagi
memastikan Pertandingan mencipta Alat Muzik dan Idolaku ini memenuhi objektif yang
telah ditetapkan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
__________________________________ ________________________
(AISYAH FARANAZ BINTI AWALLUDDIN) (YM RAJA NADIAH BINTI RAJA
ZAHARUDDIN SHAH)
Penyelaras Ketua Penitia Pendidikan Muzik
Program Apresiasi Seni dan Kebudayaan SK Sungai Penchala
SK Sungai Penchala
Tarikh : Tarikh :
Ulasan :-
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_____________________________________________
*Diluluskan / Tidak Diluluskan
________________________
(NORLAILY BT MD YUSOFF)
Guru Besar
SK Sungai Penchala
Tarikh : 19 Julai 2021