The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adzmin Amarun, 2023-08-06 21:28:18

BUKU SKRAP DIGITAL - VAPE: MENGENAL DAN MEMAHAMI FENOMENA ASAP BERPERISA

Dimuatnaik untuk tujuan pertandingan buku skrap digital.

Keywords: buku skrap digital,vape

MUHAMMAD HAFIS PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL EDISI 2023 MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA LEBIH BAIK CEGAH: KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM SANDAKAN ADZMIN BIN AMARUN


03 Penutup 07 Senarai Kandungan Biodata Penghargaan Jenis-Jenis Vape 01 02 04 Bagaimanakah Kita Menghindari Vape? 06 Pengenalan: Apa Itu Vape? Kesan-Kesan Penggunaan Vape 05


Nama: Muhammad Hafis Umur: 19 Tahun Kelas: Kemanusiaan 9 Semester 2 Emel: [email protected] Tempat Pengajian : Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan Tarikh Lahir: 1 September 2004 Hobi: Menyanyi dan bersyair Cita-cita: Komposer muzik Nama: Adzmin bin Amarun Umur: 19 Tahun Kelas: Kemanusiaan 9 Semester 2 Emel: [email protected] Tempat Pengajian : Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan Tarikh Lahir: 15 Januari 2004 Hobi: Mengumpul setem dan menangkap gambar Cita-cita: Petani Moden Hidroponik Biodata 01


PENGHARGAAN Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, khasnya Pengarah Tuan Haji Noor Hamizan Shah Md Nordin dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Anitha Vincent kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada kami untuk menghasilkan buku skrap ini. Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin memberikan setinggitinggi penghargaan kepada Puan Siti Siti Saleha binti Samsuddin selaku guru unit bimbingan dan kaunseling. Beliau telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyempurnakan buku skrap ini. Seterusnya, kami juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat, galakan dan semangat kepada kami sepanjang penghasilan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan penjaga kami, jutaan terima kasih dirakamkan kerana tidak pernah lelah dalam memberikan sokongan moral, kewangan dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada kami untuk menyiapkan buku skrap ini. 02


PENGENALAN: APA ITU VAPE? Vape, atau juga dikenali sebagai rokok elektronik, merupakan satu alternatif moden kepada rokok tradisional yang telah mendapat populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Vape merupakan peranti elektronik yang direka untuk menghasilkan wap yang boleh dihirup oleh pengguna. Ia berfungsi dengan menggunakan bateri untuk memanaskan cecair vape. Terdapat vape yang mengandungi nikotin dan pelbagai bahan lain yang bertujuan sebagai perisa. Apabila cecair ini dipanaskan, ia menghasilkan wap yang pengguna hisap dan hirup melalui mulut. Menjadi sebuah masalah apabila penggunaan vape semakin berleluasa lebihlebih lagi dalam kalangan pelajar yang masih bersekolah. Kajian telah menunjukkan bahawa vape merupakan satu “Gateway” untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok. (Brian A et al, 2015). 03


Jenis-Jenis Vape vape mod vape pen mod box Pod mod adalah jenis vape yang semakin popular. Ia terdiri daripada bateri dan pod cecair yang boleh ditukar. Pod mod boleh diisi semula dengan cecair berperisa. Mod boks adalah jenis vape yang lebih berkuasa dan boleh diubahsuai. Pengguna boleh menukar komponen seperti bateri, atomizer, dan suhu. Mod boks selalunya digunakan oleh golongan dewasa yang lebih mahir. Vape pen adalah jenis vape yang ringkas dan mudah digunakan. Ia terdiri daripada bateri yang bersaiz kecil dan tangki cecair yang boleh ditukar. Terdapat juga vape pen pakai buang. Vape pen lebih popular kerana harganya yang lebih murah dan ia tidak kompleks berbanding vape-vape yang lain. 04


Propylene Glycol (PG) Gliserin Bahan Perisa KESAN-KESAN PENGGUNAAN VAPE Kebanyakan vape mengandungi 3 bahan utama iaitu ; PG boleh memberikan kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan. Kesan jangka panjang PG boleh menyebabkan penyakit asma. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayursayuran (Vegetable Glicerin). Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman. Pelbagai bahan perisa digunakan di pasaran. Kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan tidak memudaratkan. Kajian in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. 05


Persekitaran Agama Hindari rakan-rakan yang mengambil vape. Pengaruh daripada rakan sebaya boleh mendorong pelajar untuk terjebak dalam pengambilan vape. Tingkatkan penghayatan agama. Agama menegah kita daripada melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri lebih-lebih dari aspek kesihatan. Kesedaran Sebagai seorang pelajar, kita haruslah menyedari akan kesan negatif yang dibawakan oleh pengambilan vape. Dengan mengetahui risiko daripada perbuatan ini, sudah tentu kita tidak akan terjebak dengan pengambilan vape Mengamalkan gaya hidup sihat Bagaimanakah Kita Menghindari Vape? Dalam Kalangan Pelajar Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam dan beriadah. Ia juga boleh menjadi langkah positif untuk mengatasi stres berbanding mengambil vape yang hanya membawa kepada kemudaratan kesihatan. 06


Penutup Dalam perjalanan kita menerokai fenomena vape ini, kita telah meneliti risiko yang tersembunyi di balik asap berperisa ini. Buku skrap ini bertujuan untuk membuka mata kita kepada bahaya vape dan kesan negatif yang mungkin berlaku kepada tubuh, minda, dan masyarakat kita. Sementara vape mungkin kelihatan seperti alternatif kepada rokok, ia tidak boleh diambil ringan. Risiko yang dibawakan oleh vape ini tetap setanding dengan risiko yang dibawakan oleh rokok. Oleh itu, kita, khususnya sebagai golongan belia perlu membuat keputusan yang bijak dengan menghindari vape demi menjaga kesihatan diri kita dan orang-orang yang kita sayangi. Ingatlah, masa depan kita di tangan kita sendiri. Dengan pengetahuan dan kesedaran yang tepat, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk menjaga diri kita daripada bahaya vape dan menggenggam masa depan yang cerah. Bersama Kita Melawan Bahaya Vape! Lebih Baik Cegah: Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara. 07


Click to View FlipBook Version