SADN1033
KEWARGANEGARAAN MALAYSIA
MAKANAN
TRADISIONAL
MASYARAKAT
MALAYSIA DAN
KEPENTINGANNYA
TERHADAP
KELESTARIAN
KEBUDAYAAN
NEGARA
1.Nurul Auni Nadhira 7. Fatin Afiqah Binti Nurul Akram
Binti Zakaria (293601) (293961)
8.Lee Zhen You (294054)
2.Noraidah Ezwani Binti 9.Cheah Choi Hong (294121)
Muhammad Amin 10. Aida Nabila Binti Azman
(293625) (294162)
11.Vadie Raffeiin Bin Saharudin
3.Teoh Yi Hui (293745) (296161)
4.Khoo Hui Tian (293847)
5.Philicia Lew Ni Wei
(293925)
6.Leong Jun Kit (293955)
Isi 3
Kandungan 5
7
1. Pengenalan
2. Pengertian 14
3. Huraian Pemakanan
14
Tradisional Malaysia 23
4. Pengelasan makanan 27
31
mengikut kaum
33
4.1 Kaum Melayu 35
4.2 Kaum Cina
4.3 Kaum India
5. Kepentingan Makanan
Tradisional
6. Rumusan Dan Kesimpulan
7. Rujukan
Pengenalan
MAKSUD MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA
TERHADAP KAUM MALAYSIA
3
Pengenalan Makanan tradisional sangat terkenal di Malaysia yang mempunyai
keistimewaan kerana kaya dengan pelbagai kaum, adat dan budaya di
kalangan masyarakat. Budaya yang berbeza boleh mempengaruhi
seseoarng untuk menghasilkan budaya Malaysia yang istimewa. Malaysia
mempunyai tiga jumlah kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Dengan ini, makanan tradisional dalam setiap kaum mempunyai
makanan sendiri yang unik dari segi masakan, rasa dan sejarah masakan
yang diketahui.
Setiap kaum mempunyai makanan tradisional sendiri. Contohnya,
makanan tradisional Melayu mempunyai nasi lemak, lemang dan
sebagainya. Melalui sejarah makanan tradisional kaum melayu terdatang
dari Sumatera, Jawa dan Thailand dan mempunyai keistimewaan tempat
tersebut. Dengan melalui pengaruh-pengaruh negara tersebut, makanan
tradisional telah menunjukkan sedikit persamaan dengan negara
tertentu. Nasi lemak meupakan hidangan kebangsaan, warisan
kebangsaan Malaysia. Nasi lemak biasanya dihidangkan pada sarapan
atau tengah hari. Bukan itu sahaja, hidangan nasi lemak sering
dicampurkan dengan lauk seperti telur, timur, sambal dan ikan bilis
goreng.
Pengaruh negara China merupakan satu negara yang bermula untuk
menyebarkan makanan tradisional kaum Cina kerana lawatan
Laksamana China Yin Ching Cheng Ho. Bahan makanan untuk memasak
makanan Cina adalah bahan soya, cendawan bersama dengan rempah
lada hitam, kayu manis dan sebagainya. Contoh-contoh makanan
tradisional Cina adalah kuih bulan, dim sum dan char koay teow. Dim
Sum adalah satu makanan yang biasanya dihidangkan pada sarapan dan
tengah hari. Kuih bulan adalah makanan yang dimakan semasa perayaan
pertengahan musim luruh serta biasanya dikongsi dengan rakan dan
keluarga untuk meraikan perayaan meraih tersebut.
Makanan tradisional kaum India sering dimasuk dengan pelbagai rempah
ratus, sayur-sayuran dan herba. Dengan ini, makanan tradisional kaum
India yang enak boleh merangsang dan membuka selera pelanggang.
Makanan tradisional India mempunyai roti canai, thosai dan murukku.
Makanan tradisional tentang roti canai sangat digemari oleh semua
kaum. Bukan itu sahaja, roti canai biasanya dihidangkan dengan kari
atau dal dan makan untuk memenuhi perut.
Kesimpulannya, makanan tradisional juga merupakan warisan tradisi
makanan dari nenek moyang kita. Makanan tradisional bukan sahaja
mengandungi zat dari segi positif tetapi juga boleh mengukuhkan
hubungan antara sesuatu kaum. Dengan ini, makanan tradisional juga
boleh memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu,
makanan tradisional dapat diwariskan kepada generasi muda lagi.
4
Pengertian
5
Pengertian
Makanan tradisional merupakan citarasa khas masyarakat tertentu terhadap makanan
dan minuman. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelagai warisan
kebudayaan termasuklah makanan. Menurut laman web rasmi Jabatan Warisan Negara
(2022), Malaysia ialah masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai asal usul budaya
yang mempunyai tradisi lama membekalkan pelbagai masakan dan juadah yang lazat.
Masyarakat yang berhidup secara mesra bersama alam telah memberi peluang kepada
masyarakat untuk menerokai alam untuk mendapatkan idea dan sumber untuk
menghasilkan makanan, penyajian dan pembungkusan. Pewarisan pelbagai bentuk
penyajian dan masakan makanan juga merupakan satu ciri kebudayaan yang unik dan
besifat tradisi.
Terdapat dua jenis makanan warisan: makanan mentah dan makanan yang telah
dimasak. Selain itu, pelbagai teknik penyediaan makanan yang dimasak telah diamalkan
seperti membakar, mengoreng, mengukus, merebus, dan sebagainya. Seterusnya teknik
penyediaan makanan yang tidak perlu dimasak yang telah diamalkan ialah memperap,
menjeruk dan sebahagiannya untuk memastikan makanan tersebut tidak merosak.
Negara Malaysia dikenali sebagai syurga makanan. Hal ini kerana Malaysia terdiri
daripada masyarkat berbilang kaum. Makanan tradisional seperti lemang, nasi lemak,
roti canai dan sebagainya memang terkenal di kalangan penduduk Malaysia. Oleh kerana
penggunaan sumber yang mudah didapati, murah dan kaya dengan nutrien, makanan
tradisional termasuk nutrien yang bermanfaat.
Satu kumpulan orang yang membuat makanan tradisional dari kawasan yang sama.
Makanan tradisional boleh terdiri daripada makanan berat, ringan dan minuman.
Pelbagai bahan adunan dan rempah ratus diggunakan untuk menghasilkan makanan
yang lazat dan seimbang. Orang ramai menggemari makanan tradisional bukan sahaja
dari segi rasa dan rasa tetapi juga dari segi baunya.
6
Huraian Pemakanan
Tradisional Malaysia
7
Huraian
Pemakanan
Tradisional
Malaysia
Negara kita Malaysia adalah sesuatu tempat yang
mengumpulkan budaya-budaya yang berbeza.
Gabungan antara beberapa jenis kaum mampu
mengintegrasikan banyak masakan kreatif yang
dapat menarik pengunjung global. Di Malaysia
penduduk pelbagai kaum sentiasa memasak
dengan kreativiti masing-masing untuk
bekerjasama bagi mencipta sesuatu hidangan
gabungan baharu daripada tradisi etnik mereka
yang berbeza. Maka terciptalah beberapa hidangan
seperti roti cannai, nasi kandar, maggi goreng
mamak dan lain-lain.
Orang Melayu mempunyai tradisi masakan yang sangat
banyak, jadi mari kita mulakan dengan itu. Jika nasi tidak
dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk, sebagai orang
melayu mereka tidak akan dapat mencapai kepuasan
mereka sepenuhnya. Nasi adalah salah satu daripada
semua makanan yang paling penting untuk rata-rata
rakyat Malaysia. Beras bukan sahaja makanan kelaparan
tetapi juga sebahagian yang sangat penting daripada
budaya dan cara hidup penduduk di negara Asia. Sebagai
contohnya Negeri Kedah dan Perlis merupakan negeri-
negeri di Malaysia yang dikenali sebagai "mangkuk nasi
Malaysia" kerana kedua-dua negeri ini adalah kawasan
penanaman padi yang paling produktif di negera kita. Di
Malaysia Nasi akan dimakan bersama lauk-pauk untuk
membuatkannya sempurna.
8
Huraian
Pemakanan
Tradisional
Malaysia
Masakan sebegini bukan sahaja menyumbang
kepada identiti masyarakat Melayu, dan juga
menyumbang kepada fenomena budaya yang
wujud dalam masyarakat Melayu. Kami sedar
bahawa sebahagian hidangan masyarakat melayu
hanya diutamakan dihasilkan pada hari perayaan
tertentu sahaja. Bunga telur yang misalnya
digunakan dalam upacara perkahwinan, manakala
lemang digunakan dalam perayaan Aidilfitri, Hal ini
kerana bunga telur dan lemang adalah sangat
penting untuk membuatkan upacara dan hari
perayaan itu sempurna.
Dalam semua jenis gulai dan masakan berlemak,
santan adalah elemen yang terpenting untuk
menghasilkan masakan. Rempah ratus juga sangat
penting dalam masakan masyarakat Masyarakat
Melayu dan dibahagi kepada dua jenis iaitu rempah
basah dan kering. Rempah basah seperti pelbagai
jenis bawang, cili dan halia rempah kering terdiri
daripada bunga cengkih, jintan manis, buah lawang
merupakan rempah yang sentiasa digunakan oleh
masyarakat Melayu. Rempah yang banyak ini
selalunya dimasak tanpa minyak sebelum ditumbuk
ataupun dikisar. Selain itu, masakan Melayu banyak
menggunakan unsur herba iaitu serai, daun
pandan, daun limau purut dan sebagainya.
9
Penduduk kampung Melayu masih TONGKAT ALI
menjalankan aktiviti sektor pertama dan
makanan mereka terutamanya terdiri
daripada hasil pertanian mereka. Di
kampung kita akan dapat melihat ayam
dan itik berkeliaran bebas begitu sahaja di
halaman rumah mereka. Ikan juga boleh
didapati daripada tangkapan nelayan,
sawah dan kolam. Sayur-sayuran
dihasilkan di halaman belakang rumah dan
ladang diri-sendiri. Di dusun, durian, petai,
daun kaduk dan makanan hijau lain
menjadi makanan orang Melayu. Daun
kaduk merupakan sejenis daun yang kaya
dengan vitamin dan mineral serta
mengandungi serat. Ia boleh mengubati
masalah seperti sembelit, sakit gigi,
demam malaria, batuk dan juga panau.
KOPI TONGKAT ALI Menurut (Abubakar et al., 2018) Tongkat Ali
adalah akar kayu yang mempunyai
beberapa kelebihan untuk meningkatkan
kecergasan seseorang. Tongkat Ali boleh
didapati dalam bentuk serbuk dan tablet.
Selain itu, kedai makanan dan juga gerai-
gerai akan menjual kopi Tongkat Ali kerana
ini adalah minuman yang agak sering
dipesan di kalangan pelanggan. Tongkat Ali
juga sering digunakan untuk merawat
pelbagai penyakit termasuk demam,
jangkitan bakteria dan lain-lain.
10
Nasi Tomato Tempoyah Sembilan
Nasi lemak merupakan sejenis hidangan kebangsaan yang disukai oleh semua
penduduk. Sebelum ini nasi lemak untuk sarapan pagi sahaja, tetapi nasi lemak
sekarang dihidangkan untuk makan tengahari dan makan malam pula. Ia juga
dihidangkan di rumah terbuka dan termasuk dalam menu hotel. Dengan telur goreng,
ayam goreng, ikan bilis, timun nasi lemak akan menjadi sangat enak walaupun santan
yang berada dalamnya akan meningkatkan risiko menghidapi jangkitan.
Apabila adanya perayaan seperti hari raya atau musim cuti, nasi tomato dan
juadahnya sentiasa menjadi tumpuan pengunjung. Nasi tomato diiringi ayam merah,
acar nenas dan timun bersunquick dan lain-lain. Masakan Melayu di kawasan Pantai
Timur merangkumi pelbagai jenis makanan, antaranya adalah nasi berlauk, nasi
dagang, ayam percik, nasi minyak, dan banyak lagi. Makanan ini dihidangkan di negeri
Kelantan dan Terengganu. Selain itu, rebusan ikan yang dikenali sebagai rendang tok
dan tempoyak sembilang. Penduduk Negeri Sembilan memperkenalkan hidangan
nasi lemak bersama ayam masak lemak cili api yang boleh dibuat dengan ayam, ikan,
atau daging lembu. Terdapat juga lauk pauk lain seperti laksa Pulau Pinang, laksa
Johor, selain daripada lauk-pauk yang telah disebutkan.
11
Kebanyakan individu dalam Dodol
masyarakat Melayu masih
mengekalkan budaya tradisional
dan popular termasuk buko pandan,
koktel buah naga, cendol mangga
harum manis, sagu tembikai susu
dan lain-lain. Kebanyakan pencuci
mulut masyarakat Melayu terdiri
daripada nasi, keladi dan juga pulut.
Manisan tradisional orang Melayu
termasuklah wajik, dodol, bahulu
dan sebagainya. Kuih-muih tradisi
kekal popular pada kalangan
masyarakat melayu dan masyarakat
lain juga sangat mengemari.
Wajik Manisan tradisional orang Melayu
termasuklah wajik, dodol, bahulu
dan sebagainya. Kuih-muih tradisi
kekal popular pada kalangan
masyarakat melayu dan masyarakat
lain juga sangat mengemari.
12
Pulau Pinang mesti diingati oleh setiap
rakyat Malaysia apabila nasi kandar
diperkatakan kerana nasi kandar berasal
dari Penang yang dibawa masuk oleh
pedagang India Muslim dari India. Di
Kelantan dan Terengganu, nasi kandar sama
identik dengan nasi dagang. Kini, masakan
nasi kandar telah meluas ke seluruh
Malaysia dan juga luar negara. Orang yang
tidak pernah merasai nasi kandar mungkin
bertanya apa yang membezakannya dengan
jenis-jenis nasi lain. Hidangan lauk pauk
yang mengiringi nasi kandar terdiri
daripada kira-kira 30 masakan yang
berbeza. Sebagai contohnya, telur, udang,
daging, ayam goreng dan juga sayur-
sayuran seperti bendi dan kobis.
Pada awalnya hanya bahagian utara semenanjung
dipengaruhi oleh cara masakan. Lama kelamaan,
masakan nasi kandar ini meluas ke seluruh
Malaysia. Mengikut cara penjual beras ini
menawarkannya, nasi kandar mengekalkan istilah
"kandar." Mengandar bermasuk beras itu dipikul
di atas bahu dalam dua bakul atau kain buruk
dengan sebatang kayu, dan ia dijual di sekeliling
masyarakat. Pada zaman ini, nasi kandar juga
boleh didapati di restoran dan hotel. Rakyat
Malaysia juga menggemari makanan yang
dihidangkan di atas daun pisang. Minuman yang
akan dipesan semasa makan nasi kandar ini
adalah teh tarik. Menurut ( Danapalam, S. S. et al,
2016 ) teh tarik merupakan sejenis minuman
berasaskan susu berbuih yang bernama teh tarik
iaitu sejenis minuman paling populariti di
kalangan penduduk Malaysia tanpa kira kaum.
13
Pengelasan Makanan
Mengikut Kaum
TERDAPAT MAKANAN TRADISIONAL BAGI KAUM
MELAYU, CINA DAN INDIA
14
Makanan
Kaum
Melayu
Pada zaman kini, berbagai juadah dan sajian yang wujud untuk menepati cita rasa
manusia zaman kini. Sebahagian juadah diinspirasikan dari juadah negara-negara
lain, ada juga juadah yang diolah daripada makanan tradisional dan diberikan nafas
baru sesuai peredaran zaman. Hal ini menunjukkan, biarpun zaman bertukar zaman,
makanan tradisional akan tetap menjadi juadah yang sentiasa menjadi kegemaran
terutama rakyat Malaysia sendiri bak kata peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas, sesuatu yang akan tetap utuh biarpun zaman bertukar zaman.
Makanan tradisional kaum Melayu yang sentiasa menjadi makanan kegemaran bukan
sahaja orang Melayu, bahkan kaum-kaum lain seperti Cina, India serta etnik-etnik
lain ialah nasi lemak. Nasi lemak pada masa kini sudah menjadi makanan harian bagi
rakyat Malaysia. Nasi lemak biasanya akan dicari seawal pagi untuk dijadikan sajian
sarapan. Nasi lemak mempunyai cara penyediaan yang berbeza dengan nasi-nasi
yang lain iaitu beras akan ditanak bersama santan kelapa dan daun pandan bagi
menghadirkan rasa lemak dan manis manakala daun pandan berfungsi untuk
menambahkan aroma yang wangi dan menyelerakan. Nasi lemak biasanya akan
dihidangkan dengan sambal ikan bilis, timun dan telur rebus. Namun, ada juga nasi
lemak yang telah diubahsuai dengan menambah lauk-lauk lain seperti ayam, sotong
dan udang. Kombinasi ini membuatkan nasi lemak sentiasa mendapat tempat di hati
rakyat Malaysia bahkan menjadi menu popular dalam kalangan pelancong asing yang
datang ke Malaysia.
15
MMTreaalkadayinsuiaonnal
01
Nasi Lemak
Makanan yang menjadi kegemaran
pelbagai etnik di Malaysia
02 Nasi Dagang
Makanan yang dienalkan di negeri-
negeri Pantai Timur seperti Kelantan,
Terengganu dan Pahang.
03 Nasi Kerabu
Mmepunyai keunikan dimana nasinya
berwarna biru yang menarik minat
orang untuk mencubanya.
04 Nasi Kandar
Makanan yang sangat terkenal di
negeri-negeri utara seperti Penang,
Kedah dan Perlis.
16
05
Dodol
Makanan manisan yang sangat
terkenal di Malaysia.
06 Kuih Koci
Manisan berbentuk segi tiga atau
segi empat yang dibalit dengan daun
pisang.
07 Kuih Limas
Makanan pencuci mulut dan
makanan yang santai dimakan pada
waktu petang dan malam
17
01 NASI LEMAK
Makanan tradisional kaum Melayu yang sentiasa menjadi
makanan kegemaran bukan sahaja orang Melayu, bahkan
kaum-kaum lain seperti Cina, India serta etnik-etnik lain
ialah nasi lemak. Nasi lemak pada masa kini sudah menjadi
makanan harian bagi rakyat Malaysia. Nasi lemak biasanya
akan dicari seawal pagi untuk dijadikan sajian sarapan. Nasi
lemak mempunyai cara penyediaan yang berbeza dengan
nasi-nasi yang lain iaitu beras akan ditanak bersama santan
kelapa dan daun pandan bagi menghadirkan rasa lemak
dan manis manakala daun pandan berfungsi untuk
menambahkan aroma yang wangi dan menyelerakan. Nasi
lemak biasanya akan dihidangkan dengan sambal ikan bilis,
timun dan telur rebus. Namun, ada juga nasi lemak yang
telah diubahsuai dengan menambah lauk-lauk lain seperti
ayam, sotong dan udang. Kombinasi ini membuatkan nasi
lemak sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia
bahkan menjadi menu popular dalam kalangan pelancong
asing yang datang ke Malaysia.
2 NASI DAGANG
Nasi dagang dikatakan ‘special’ adalah kerana berasnya
yang berwarna perang dan cara masakannya adalah
berasa perang akan dikukus bukannya ditanak seperti
hidangan nasi yang lain selama 20 hingga 30 minit
sehingga separuh masak lalu santan cair akan disiram dan
dikacau bersama sebelum dikukus kembali sehingga
masak bersama dengan daun pandan. Selain itu, nasi
dagang juga turut dihidangkan bersama dengan kari ikan
tongkol kari yang dihidangkan bersama juga berbeza
sedikit dari segi tekstur dan rasanya berbanding kari ikan
yang lain. Ikan tongkol akan direbus terlebih dahulu
bersama asam keping, cili kisar dan rempah gulai akan
ditumis sehingga garing dan pecah minyak sebelum santan
dituang dan air rebusan ikan tongkol juga digaul bersama.
Ada juga orang-orang tua yang berpengalaman memberi
‘tips’, jika ingin kari ikan tongkol itu lebih enak jika dibuat
lebih awal. Misalnya, jika nasi dagang ingin dimakan untuk
menu sarapan maka kari ikan tongkol boleh dibuat pada
waktu malam kerana kari itu akan terasa lebih wangi dan
naik minyak. 18
3 NASI KERABU
Nasi kerabu pula ialah hidangan nasi yang dimakan dengan
ikan kering atau ayam percik, daging bakar, telur masin,
keropok, solok lada dan sebagainya. Hidangan ini popular
adalah kerana nasinya yang berwarna biru menyebabkan
visual hidangan ini menarik minat ramai orang. Nasi ini
ditanak bersama dengan kelopak bunga telang berwarna biru
menyebabkan warna yang terhasil daripada bunga tersebut
itu menukarkan warna nasi. Nasi kerabu ini popular bukan
kerana warna nasinya yang unik sahaja tetapi kerana lauk
yang hadir bersama menyebabkan hidangan ini seperti pakej
lengkap untuk mengisi perut yang sudah berbunyi pelbagai
rentak. Antara lauk yang terdapat di dalam nasi kerabu ialah
kuah sambal tumis yang pekat iaitu cili kisar, bawang dan
halia akan ditumis bersama dengan santan, solok lada iaitu
cili hijau besar yang disumbat dengan kelapa dan isi ikan dan
setelah itu akan dimasak bersama santan sehingga kering.
Namun seperti nasi lemak, nasi kerabu juga mempunyai
pelbagai variasi yang telah diubahsuai kerana kelopak bunga
telang semakin sukar untuk didapati. Oleh itu, kebanyakan
peniaga menukar warna nasi itu kepada warna lain. Misalnya,
nasi kerabu putih, nasi kerabu hitam dan nasi kerabu ungu.
4 NASI KANDAR
Pulau Pinang mesti diingati oleh setiap rakyat Malaysia
apabila nasi kandar diperkatakan kerana nasi kandar berasal
dari Penang yang dibawa masuk oleh pedagang India Muslim
dari India. Di Kelantan dan Terengganu, nasi kandar sama
identik dengan nasi dagang. Kini, masakan nasi kandar telah
meluas ke seluruh Malaysia dan juga luar negara. Orang yang
tidak pernah merasai nasi kandar mungkin bertanya apa
yang membezakannya dengan jenis-jenis nasi lain. Hidangan
lauk pauk yang mengiringi nasi kandar terdiri daripada kira-
kira 30 masakan yang berbeza. Sebagai contohnya, telur,
udang, daging, ayam goreng dan juga sayur-sayuran seperti
bendi dan kobis.
19
5. Dodol
Dodol terkenal di negeri Johor dan Melaka. Dodol antara manisan
yang turut diubah suai mengikut selera masyarakat masa kini. Hal ini
kerana terdapat berbagai-bagai jenis dodol seperti dodol durian,
dodol kacang hijau dan sebagainya. Manisan ini sangat popular
kerana rasa manis dan tekstur kenyal ketika digigit memberikan
rasa unik. Dahulu, dodol hanya dimasak ketika hari perayaan atau
ketika orang-orang kampung membuat rewang atau aktiviti gotong-
royong memasak bersama-sama. hal ini kerana proses membuat
dodol itu sukar dan mengambil masa yang lama serta tenaga kerja
yang ramai. Dodol diperbuat daripada santan kelapa, tepung beras
pulut, dan gula Melaka. Proses membuat dodol boleh memakan
masa sehingga 3 hingga 4 jam dengan suhu yang tinggi sehingga
adunan menjadi kenyal dan liat menggunakan teknik kacauan yang
berterusan. Proses pembuatan dodol yang lama ini mampu
mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung serta memberi
kepuasan kepada pemasak apabila melihat adunan dodol masak
sepenuhnya.
6. Kuih Koci
Kuih koci ialah sejenis manisan berbentuk tiga segi
yang dibaluti dengan daun pisang. Manisan ini
diperbuat daripada tepung pulut yang berintikan isi
kelapa dan gula Melaka. Rasa manis dan kenyal
menyebabkan kuih koci ini menjadi pilihan terutama
ketika hari perayaan. Kuih koci juga dipanggil
makanan untuk orang-orang tua yang sudah tidak
mempunyai gigi kerana kuih koci ini senang untuk
dimakan. Seperti dodol, kuih koci juga mempunyai
variasi sama ada dari segi perbezaan inti mahupun
rasa keseluruhan. Terdapat kuih koci durian, kuih
koci kacang merah dan sebagainya. Cara memasak
kuih koci ini adalah dengan didihkan adunan koci ke
dalam air panas sehingga timbul seperti memasak
kuih onde-onde, setelah itu oleskan sedikit minyak
sebelum dibungkus ke dalam daun pisang.
Kemudian barulah kuih koci itu dikukus selama 5
hingga 10 minit.
20
7. Kuih Limas
Manisan yang terakhir merupakan
makanan tradisi dari negeri Perak iaitu
kuih limas. Visual kuih limas hampir
sama dengan kuih sampan dan kuih
tepung pelita tetapi rasanya berbeza.
Kuih limas diperbuat daripada tepung
gandum berbanding kuih tepung pelita
yang diperbuat daripada tepung beras.
Kuih limas mempunyai rasa berlemak
dan sangat manis sesuai dijadikan
hidangan pencuci mulut atau dijadikan
hidangan santai setiap petang. Kuih ini
dihidangkan dengan daun pisang yang
berbentuk bekas segi empat tepat. Cara
masakan untuk kuih limas adalah dengan
mencampurkan tepung gandum, santan
cair dan air pandan, setelah itu adunan
dikacau sebati dan ditapiskan. Kemudian
adunan itu akan diletakkan ke dalam
daun pisang yang telah dibentuk menjadi
bekas kemudian dilapisi dengan lapisan
santan di atasnya sebelum dikukus
selama 20 hingga 30 minit.
21
Makanan
Tradisional
Cina
22
Makanan Kaum Cina
Masyarakat yang berkaum Cina di Malaysia terdiri daripada etnik yang berbeza
seperti masyarakat Cina Teochew, Hainan dan Hokkien dengan tradisi yang
berbeza. Kita mewarisi tradisi mengikuti nenek moyang kita dan dapat dikekalkan
sehingga hari ini. Oleh disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai berbilang kaum,kita dapat menyambut perayaan tradisi dan
mengamalkan adat tradisi tersebut dengan saling menghormati adat tradisi kaum
lain. Walaupun masyarakat kaum cina datang dari etnik yang berbeza, kaum Cina
dapat berkongsi makan tradisi yang sama dengan cara masakan yang berbeza
berdasarkan etnik mereka. Juga terdapat makanan tradisi yang melambang etnik
masing-masing seperti nasi ayam Hainan dan Hokkien Mi. Terdapat beberapa jenis
makan tradisi yang amat digemari oleh rakyat Malaysia yang dapat dikongsi dengan
kaum yang lain serta senang didapati di pasar raya terutamannya pada musim
perayaan iaitu kuih bakul, kuih bulan, “Jiao Zi“,Tang Yuan” dan “Yee Sang”.
23
1
Kuih Bakul
Yee San 2
Tan Yuan 3
4
Mee Panjang Umur
24
Makanan Tradisional cina
Kuih Bakul Yee San
Kuih bakul adalah salah satu jenis kuih muih Yee Sang” ialah satu jenis makanan yang tidak dapat
tradisional kaum cina yang dikenali sebagai “Nian dikecuali semasa perayaan Tahun baru Cina
Gao”. Perkataan “Nian” membawa maksud “tahun” terutamanya dalam jamuan makan.Ia merupakan
dan perkataan “Gao” membawa maksud kuih tetapi hidangan pembuka selera yang memberi makna
sebutannya sama dengan “Gao” yang bermaksud bersatu padu dan lambang memperoleh kemurahan
tinggi dalam Bahasa Cina.Maka, perkataan “Nian rezeki dalam sepanjang tahun yang baru ini. Hidangan
Gao” dierti sebagai “Kemajuan akan dicapai lebih “Yee Sang” disediakan dengan bahan-bahan seperti
cemerlang setiap tahun berikut” secara ringkasnya campuran hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah
kuih ini membawa maksud tuah kepada kaum Cina dan lobak putih, haliah,buah abung(pomelo), kekacang
selepas dihidangi.Kuih ini senang didapati di pasar yang ditumbuk, bijian, serbuk lima rempah, keropok
pagi atau pasar raya pada bila-bila masa, tetapi Ia rangup,jus limau, sos plum dan bahan paling penting
paling laris dimakan semasa sambutan perayaan ialah kepingan ikan mentah (salmon). Bahan-bahan
dengan cara menggaul dengan kelapa parut atau tersebut akan disusun dengan rapi di atas pinggan
cara goreng. Biasanya, kuih bakul ini juga digunakan berbentuk bulat. Selain itu, bahan-bahan yang diguna
dalam upacara sembahyang kaum Cina. Cara adalah berwarna-warni yang menlambangkan
tradisional yang menghasil kuih bakul ialah kemakmuran, kekayaan, kemewahan dan
membancuh tepung yang diproses daripada beras kebahagiaan.Kaum Cina di Malaysia akan
pulut dengan air dan gula putih dan kemudian mempraktikkan jeritan “Lou Hei” semasa melambung
menuang ke dalam acuan yang mengalas daun serta mengaul isi-isi “Yee Sang” tersebut. Jeritan ini
pisang dan mengukusnya dengan alat pengukus mengerti kata-kata yang baik atau harapan yang ingin
yang menggunakan api kayu. Kuih bakul yang dicapai pada tahun baharu ini. Contohnya, “semoga
berkilat yang berwarna kemerahan dapat dihasilkan. anak-anak yang sedang belajar berjaya dalam melanjut
Terdapat banyak pantang larang perlu diamalkan pelajaran”, “semoga orang ramai memiliki tumbuh
semasa menghasil yang diwarisi sejak zaman nenek badan yang sihat”, “semoga alih keluarga yang bekerja
moyang supaya mengelakkan kuih yang tidak masak dapat tambah rezeki” dan “ semoga orang tua dalam
atau keras. kalangan keluarga panjang umur”. Maka, Kaum Cina
percaya dapat bakal menikmati lebih banyak
kemakmuran dalam sepanjang tahun apabila “Yee
Sang” diangkat dan digaul setinggi-tingginya.
25
Makanan Tradisional Cina
Tan Yuan Mie Panjang Umur
Pada Solstis Musim Sejuk, hidangan yang wajib ada Terdapat juga sajian berat tradisional Kaum Cina
di meja makan ialah “Tang Yuan”.Perkataan “Tang” seperti mi dan nasi. Kecuali perayaan tradisional yang
merujuk kepada sup manis dan perkataan “Yuan” telah dinyatakan diatas, Kaum Cina juga amat
bermakna bulat dan juga bersama dengan makna mementingkan hari lahir mereka terutamanya
berkumpul bersama atau bersatu dalam Bahasa berdasarkan Kalender Cina Lunar. Menurut kepada
Cina.Oleh itu, perkataan “Tang Yuan” merujuk tradisional yang turun menurun, Kaum Cina wajib
kepada satu jenis pencuci muka yang dibuat makan Mi Panjang Umur pada hari tersebut atau
daripada tepung pulut dan rupanya berbola. Ia dikenali sebagai “Chang Shou Mian”. Perkataan “Chang
merupakan makanan yang paling senang dihasilkan Shou” memberi maksud panjang umur yang
dengan menadun tepung pulut dengan sedikit air merupakan makna tuah kepada Kaum Cina. Mi ini
kemudian menjadikan bentuk berbola yang kecil dan merupakan sejenis mi yang berpenduk panjang selain
memasak dalam air yang mendidih atau sup manis. daripada mi lain dan kaum cina melihatnya sebagai
Kini, “Tang Yuan” yang telah diproses juga senang umur seseorang. Biasanya, Kaum Cina tidak
didapati di pasar raya dengan pelbagai jenis seperti menggalakkan memutus mi tersebut semasa makan.
mempunyai inti kacang, inti bijan hitam atau tidak “Chang Shou Mian” dimasak sama dengan mi sup yang
berinti. Oleh kerana “Tang Yuan” membawa makna lain tetapi Kaum Cina akan menghidangnya dengan
kesatuan, Kaum Cina juga makan pada “Yuan Xiao telur merah semasa hari jadi. Mi ini juga akan dihidang
Jie” iaitu hari kelima belas pada Kalender Cina pada hari ketujuh pada Tahun Baru Cina iaitu hari jadi
Lunar, Pesta Tanglung dan jamuan yang dapat orang ramai yang dipercayai semua orang akan
mengumpulkan semua ahli keluarga bersama- meningkat usia setahun dan berdoa hidup panjang
sama.Terdapat tradisi hendak diamalkan yang umur.
diwarisi dari zaman nenek moyang iaitu kanak-kanak
mestilah makan berbilang bola “Tang Yuan” mengikut
umurnya supaya dapat meningkat satu tahun usia
iaitu “Tian Sui” yang membawa makna semoga
membesarkan kanak-kanak dengan tumbuh badan
yang sihat.
26
MAKANAN
TRADISIONAL INDIA
27
Makanan 2
Tradisional
India
1
MARUKU PUTU MAYAM
3 4
TOSAI NASI DAUN
PISANG
20 78
01.
Maruku
Muruku merupakan makanan ringan yang dapat mengambil hati semua
masyarakat beribilang kaum. Kaum India akan memberikan murukku
kepada kawan-kawan mereka umtuk perkongsian semasa perayaan Hari
Deepavali dan lain-lain. Bahan pembuatan murukku adalah daripada tepung
kacang tosai dan tepung beras, perasanya seperti yang asli atau yang
pedas, bergantung pada mereka. Muruku berbentuk bulatan atau halus.
Kaedah pembuatan murukku ialah menggunakan acuan khas dengan
menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.
02.
Putu
Mayam
putu mayam juga makanan tradisional India yang digemari oleh semua
masyarakat dan tidak mengira umur. Putu mayam juga digemari dalam
kalangan luar negara seperti di Singapura, Sri Langka dan lain-lain. Putu
mayam merupakan sarapan pagi dan dinikmati oleh semua bangsa. Bahan
perbuatan putu mayam adalah daripada adunan tepung beras bersama air
ataupun santan dan juga dihidang bersama kelapa parut dan gula melaka.
Kaedah pembuatan putu mayam ialah menjadi doh sebelum dimasukkan ke
dalam acuan yang ditekan untuk menghasilkan bentuk halus.
29
03.
Tosai
Tosai merupakan makanan tradisional terkenal. Tosai boleh dihidang
sebagai sarapan pagi atau makan malam dan boleh dibeli di kedai mamak
atau di restoran India. Tosai mempunyai nama lain, iaitu dosa, dosay, dose,
dosai, dhosha, thosai atau chakuli. Pelbagai jenis tosai yang boleh dipilih,
iaitu tosai telur, tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai ghee dan
sebagainya. Bahan-bahan lain seperti sambal dari buah-buahan, kari
kambing ataupun kari ayam, acar India dan lain-lain juga dihidang untuk
memakan dengan lebih sedap.
04.
Nasi
Daun
Pisang
Nasi daun pisang ialah hidangan nasi yang dimakan dengan pelbagai jenis
sayuran, kari ikan ataupun daging, jeruk dan papadam. Kaum India
menggunakan daun pisang sebagai alas makanan pengganti pinggan.
Untuk makanan vegetarian bagi masyarakat India, hidangan nasi daun
pisang hanya kuah kari sahaja. Cara pemakanan nasi daun pisang adalah
dengan menggunakan tangan bagi menikmati nasi ini dan juga
mengekalkan tradisi masyarakat.
30
Kepentingan Makanan
Tradisional
31
Sebagai contoh, makanan tradisional masih
Kepentingan sering dimasak dan dihidangkan sewaktu
Makanan
Tradisional perayaan dimana akan adanya rumah terbuka
Malaysia, atau lebih dikenali sebagai salah dan tuan rumah menjemput rakan dan
satu syurga makanan di Nusantara tidak
pernah gagal untuk menawarkan pelbagai kenalan mereka dari pelbagai kaum untuk ke
jenis makanan yang bukan sahaja berjaya
mempersonakan para pelancong tetapi juga rumah untuk turut serta merayakan dan
penduduk di negara ini sendiri. Variasi
merupakan antara perkataan yang sesuai menjamu makanan tradisional tanpa rasa
diguna bagi menggambarkan tawaran dan
jenis makanan di Malaysia. Negara yang segan dan silu. Rasa sayang serta
kaya dengan tradisi dan budaya ini tidak
pernah mengecewakan dari segi makanan penghayatan peninggalan yang indah Ini
tradisional dimana antara tawaran makanan
yang disediakan berasal dari gabungan bukan sahaja membentuk jati diri dari
antara dua budaya di Malaysia. Sebagai
contoh, gabungan makanan dari kaum generasi ke generasi setiap bangsa malah
Melayu, kaum India dan kaum Cina antara
yang paling mendapat perhatian dan turut menguatkan lagi perpaduan walaupun
sambutan ramai. epentingan utama
makanan tradisional di Malaysia adalah berasal dari latar belakang yang berbeza.
sebagai lambang masyarakat majmuk di
negara ini. Hal ini dikatakan sedemikian Bak kata pepatah, 'biar mati anak jangan mati
kerana, makanan tradisional setiap bangsa
di Malaysia merupakan antara tinggalan adat'. Kami percaya antara kepentingan lain
atau warisan yang paling dijaga
makanan tradisional di Malaysia ialah dapat
membantu dari segi industri perlancongan di
negara ini. Hal ini dapat dihuraikan dari segi
kepelbagaian yang sentiasa menjadi tarikan
para pelancong yang dahagakan ilmu, variasi,
keaslian dan keunikan. Para pelacong akan
lebih berminat untuk datang ke negara ini
bagi merasai sendiri keindahan tersebut,
dimana mereka boleh mendapatkan pelbagai
pendedahan tentang kaum, budaya ,agama
serta tarikan utama iaitu makanan tradisional
yang melambangkan kepakaran tersendiri
serta mempunyai ciri-ciri unik dari setiap
kaum di Malaysia. Ini membuktikan bahawa
pentingnya makanan tradisional di Malaysia
dalam menjadi tarikan pelancong yang
membantu membangunkan industri
pelancongan di negara ini.
Oleh itu, kami simpulkan bahawa makanan
tradisional adalah sangat penting untuk
dijaga serta dipelihara kerana ia merupakan
salah satu harta paling berharga untuk
negara tercinta kita, Malaysia.
32
Rumusan Dan
Kesimpulan
33
Rumusan Dan
Kesimpulan
Secara keseluruhannya boleh dirumuskan
bahawa makanan tradisional kaum di
Malaysia ini dapat membentuk perpaduan
malah dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan masyarakat
negara kita . Masyarakat negara kita
dapat mengenali dengan lebih mendalam
makanan yang terdiri daripada tiga
bangsa yang ada dalam negara kita iaitu
Melayu , Cina , India dan pelbagai kaum
etnik yang lain telah hidup bersama sejak
generasi lalu . Makanan tradisional ini
mewakili bangsa masing-masing iaitu
nasi lemak untuk bangsa melayu , roti
canai untuk bangsa india dan kuih bulan
untuk bangsa cina .Dengan adanya
pelbagai jenis kaum ia dapat
manghasilkan sebuah makanan yang
kreatif kerana mempunyai bahan rempas
ratus dan sebagainya . Jelaslah bahawa ,
makanan tradisional ini perlu
dimartabatkan supaya tidak dilupakan
oleh generasi akan datang . Makanan
tradisional ini sudah menjadi lambang
kepada negara dan rakyat kerana ia
memerlukan antara satu sama lain .
34
Rujukan
Abubakar, B. M, Salleh Omar, M. S., & Wagiran A.
(2018). Tongkat ALI. Assessing product
adulteration of Eurycoma longifolia ( Tongkat Ali)
herbal medicinal product using DNA barcoding
and HPLC analysis. Pharmaceutical biology, 56 ( 1
), 368-377.
Danapalam, S. S., & Yun, C. T. (2016). Factors
Affecting Satisfaction with Condensed Milk
Amongst Teh-tarik Restaurateurs in West
Malaysia. In Regional Conference on Science,
Technology and Social Sciences (RCSTSS 2014),
269-275.
Negara, J. W. (13, December 2022). Jabatan Warisan
Ngara . Retrieved from Portal Rasmi Jabatan
Warisan Negara: https://heritage.gov.my/adat-
budaya/makanan-warisan.html
35
SADN1033 KEWARGANEGARAAN
Makanan Tradisional
Malaysia
MELAYU CINA INDIA