The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hykal Tjdin, 2023-03-18 00:33:29

tugasan 1 sastera

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Keywords: sastera

1


2 PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 1 NAMA INSTITUT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM PROGRAM : PPISMP NAMA KURSUS : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU KOD KURSUS : BMMB1104 NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HAIKAL BIN AHMAD TAJUDIN SEMESTER / TAHUN: : SEMESTER 2 / TAHUN 1 ANGKA GILIRAN : 2022252310031 NO. KAD PENGENALAN : 040928-02-0575 KUMPULAN : F2B(BAHASA MELAYU) NAMA PENSYARAH : : DR. ARFAH BINTI AHAMAD TARIKH HANTAR : 18 MAC 2023


3 Isi kandungan Bil. Tajuk Halaman 1. 1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 1 2. 2.0 Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu 2.1 Prosa Tradisional 2.1.1 Cerita Mitos 2.1.2 Cerita Lagenda 2.1.3 Cerita Rakyat 2.1.4 Cerita Lipur Lara 2.2 Prosa moden 2.2.1 Cerpen 2.2.2 Novel 2.2.3 Drama 2.3 Puisi Tradisional 2.3.1 Pantun 2.3.2 Gurindam 2.3.3 Syair 2.3.4 Seloka 2.4 Puisi Moden 2.4.1 Balada 2.4.2 Roman 1-2 3. 3.0 Fungsi Kesusasteraan 2-3 4. 4.0 Manifestasi Akal Budi dalam Pantun 3 5. 5.0 Manifestasi Akal Budi dalam Gurindam 3-4 6. 6.0 Manifestasi Akal Budi dalam Syair 4-6 7. 7.0 Manifestasi Akal Budi dalam Seloka 6 8. 8.0 kesimpulan 7 9. 9.0 Rujukan 8


4 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan merupakan salah satu rekaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan yang dihasilkan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Kesusasteraan diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘Su’ yang membawa maksud indah, elok, dan cantik, manakala ‘sas’ bermaksud ajarkan atau memberikan panduan serta ‘tera’ yang bermaksud media. Secara umumnya, sastera ditakrifkan sebagai ungkapan perasaan manusia yang berbentuk pengalaman, perasaan, pemikiran, idea dan semangat yang membentuk suatu gambaran agar dapat membangkitkan emosi melalui pengantara bahasa. 2.0 Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu 2.1 Prosa tradisional 2.1.1 Cerita Mitos Mitos merupakan satu cerita yang dianggap telah terjadi pada suatu ketika dan dianggap suci serta berlaku diluar jangkauan akal manusia. 2.1.2 Cerita Lagenda Lagenda merupakan satu cerita yang dianggap telah berlaku namun tidak dianggap suci. 2.1.3 Cerita Rakyat Lagenda merupakan satu cerita yang dianggap telah berlaku namun tidak dianggap suci. 2.1.4 Cerita Lipur Lara Lipur lara merupakan cerita yang dipertuturkan oleh para penglipur lara sebagai hiburan dan pendidikan yang menggambarkan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. 2.2 Prosa moden 2.2.1 Cerpen Cerpen ialah gabungan dari dua perkataan iaitu cerita pendek yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan, dan fikiran pengarang Melayu serta memberikan pandangan tentang sesuatu zaman berhubung masalah sosial, politik dan ekonomi. 2.2.2 Novel Novel berasal daripada perkataan novella yang diambil daripada bahasa Itali yang bermaksud satu benda kecil baharu. Kandungan novel menggambarkan perjuangan dalam kehidupan, konflik antara manusia dan sebagainya.


5 2.2.3 Drama Perkataan drama berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud tindakan. Drama juga merupakan satu bentuk sastera yang mempunyai bahagian yang dilakonkan iaitu mimesis. 2.3 Puisi tradisional 2.3.1 Pantun Pantun ialah karangan berangkap yang tidak terikat dari segi bentuk dan perkataan. Setiap rangkap pantun mempunyai pembayang dan maksud. Pantun terkenal dalam setiap golongan tidak mengira peringkat umur. 2.3.2 Gurindam Gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mempunyai bentuk tetap. Gurindam tidak berpasangan dan tidak berangkap serta hanya memfokuskan kepada pengajaran ataupun panduan hidup yang sempurna. 2.3.3 Syair Syair ialah puisi rakyat yang didendangkan apabila diperdengarkan kepada orang ramai. Syair mempunyai empat baris serangkap dan keseluruhan rangkap menggambarkan maksud dan idea yang berurutan. 2.3.4 Seloka Seloka ialah puisi yang bebas dari segi rangkap, baris dan rima. Seloka memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan keseluruhan idea. Seloka mengandungi maksud yang mengejek dan menyindir sama ada sebagai jenaka mahupun serius. 2.4 Puisi moden (sajak) Sajak merupakan sejenis puisi yang dihasilkan dengan ditulis agar dapat dilihat dan dihayati yang membawa gambaran mengikut kefahaman penulis, pembaca mahupun audien. 2.4.1 Balada Balada merupakan puisi atau sajak yang mengandungi cerita, kisah, dan hikayat yang mempunyai kaitan dengan emosi sedih atau kisah pengalaman yang pernah di alami oleh pengarangnya. 2.4.2 Roman Roman merupakan sajak berkaitan cinta kasih atau curahan isi hati kasih sayang yang digambarkan dalam bentuk sajak. 3.0 Fungsi Kesusasteraan Kesusasteraan berfungsi sebagai salah satu cara untuk mendidik dalam bidang pendidikan. Memang tidak dinafikan bahawa karya-karya sastera dipenuhi dengan unsur pendidikan dan


6 pengajaran. Para pengarang menghasilkan karya melalui pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui oleh mereka sehinggakan emosi pembaca atau pendengar boleh bangkit ketika menhayati karya-karya tersebut. Selain itu, sastera berfungsi untuk memberikan kepuasan estetik. Menurut Bernard Bosanquet, estetik membawa maksud falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek. Sebagai rumusan, kepuasan estetik merupakan satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada di dalam diri penulis ataupun pembaca. 4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Pantun Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berguna lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Berdasarkan baris kedua iaitu pembayang pantun di atas, pokok senduduk merupakan tumbuhan renek yang kecil dan bercabang-cabang. Pokok ini mempunyai banyak manfaat seperti digunakan di dalam perubatan tradisional iaitu daun dan pucuknya dimakan untuk melegakan sakit cirit-birit. Pokok senduduk juga digunakan untuk merawat kesan luka daripada parut. Akarnya boleh direbus untuk digunakan sebagai rawatan sakit gigi dan mengurangkan angin di dalam perut. Berdasarkan pernyataan tersebut, pokok senduduk sangat penting dalam kehidupan masyarakat pada waktu dahulu. Sebelum pokok langsat menghasilkan buah yang kuning, masyarakat seolah-olah berharap pada pokok senduduk. Apabila pokok langsat telah berbuah kuning, pokok senduduk sudah tidak berguna lagi kerana ianya akan dipijak untuk memetik buah langsat. Bagi baris terakhir, pantun tersebut mengatakan tanduk menjadi simbol kekayaan dan kemewahan. Namun apabila gading dicari asbab nilainya lebih tinggi berbanding tanduk menyebabkan tandung tidak dipandang dan dianggap mewah lagi. Masyarakat Melayu zaman dahulu menggunakan pantun sebagai pendidikan, alat hiburan dan alat untuk berkomunikasi sehinggakan memberikan nilai yang baik dalam kehidupan masyarakat. 5.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Gurindam barang siapa tiada memegang agama sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama barang siapa mengenal yang empat maka itulah orang yang makrifat barang siapa mengenal Allah suruh dan tegahnya tiada ia menyalah barang siapa mengenal diri maka telah mengenal akan tuhan yang bahri


7 barang siapa mengenal dunia tahulah ia barang yang terperdaya barang siapa mengenal akhirat tahulah ia dunia mudarat (Gurindam 12 Fasal 1). Rangkap pertama menjelaskan tentang akal budi gaya hidup iaitu kepercayaan kepada tuhan dan agama masyarakat zaman dahulu yang perlu memiliki agama untuk dijadikan panduan hidup dalam kehidupan dan masyarakat yang tidak mempunyai agama akan terpesong dari jalan yang benar sehingga sesat dalam menjalani kehidupan. Rangkap kedua menjelaskan akal budi perlakuan kewajiban masyarakat zaman dahulu terhadap agama iaitu solat, puasa, zakat dan haji. Pengarang menyelitkan kepada masayarakat zaman dahulu dalam mencapai kesempurnaan dalam menjalani kehidupan seharian perlulah mengetahui dan memahami empat zat utama iaitu syariat, hakikat, taarikat, dan makrifat. Rangkap ketiga menjelaskan tentang akal budi pemikiran iaitu masyarakat zaman dahulu yang mengenal dan mencintai Allah, sudah tentu akan mengikuti perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana takut akan azab yang akan diberikan. Rangkap kelima dan keenam menjelaskan tentang peringatan kepada masayarakat zaman dahulu agar tidak mudah tertipu dengan hal keduniaan dan sentiasa mengingati hari akhirat dimana segala amalan akan disoal. 6.0 Manifestasi Akal Budi dalam Syair Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan,


8 Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. (Syair Burung Nuri). Rangkap pertama syair di atas menjelaskan tentang sepucuk surat yang telah tulis oleh seseorang yang dipandang hina disebabkan kata-kata yang ditulisnya disalahtafsirkan oleh


9 buah fikiran yang kurang sempurna. Akal budi yang ditekankan oleh penyair kepada masyarakat zaman dahulu ialah perlakuan iaitu jangan terlalu mudah untuk menilai perbuatan seseorang itu berdasarkan cerita-cerita yang dibualkan oleh orang sekeliling. Rangkap kedua syair tersebut menekankan akal budi pertuturan berkaitan masyarakat zaman dahulu akan mengkritik seseorang disebabkan dia tidak berakal, bersikap korang sopan, kurang berakhlak dan hidup dalam serba kekurangan. Rangkap keenam syair menekankan aspek akal budi gaya hidup dimana penyair menceritakan tentang kehidupan masyarakat dahulu yang terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak terurus sehinggakan tidak makan dan minum. 7.0 Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. (Seloka Pak Pandir) Seloka Pak Pandir merupakan puisi tradisional yang menggambarkan kehidupan masyarakat zaman dahulu yang mempunyai sifat-sifat negatif lalu dijadikan sebagai senda gurau dan sindiran. Akal budi yang ditekankan di dalam seloka tersebut ialah perlakuan iaitu sikap mengutamakan orang lain yang dipetik dari baris pertama seloka. Pak Pandir tidak hanya mengabaikan anaknya sendiri malah menyakiti anak sendiri yang jelas menggambarkan perlakuan yang buruk dan tidak patut dicontohi oleh masyarakat. Terdapat juga akal budi berkaitan dengan gaya hidup iaitu Pak Pandir tidak bijak dalam mengurus harta kewangannya yang bermaksud dari baris ketiga seloka tersebut. Baris tersebut menjelaskan tentang kehidupan masyarakat dahulu yang suka boros berbelanja, mempunyai banyak hutang sehinggakan perlu menggadai harta. “Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan’ menjelaskan tentang akal budi pertuturan dimana seloka tersebut menggambarkan sikap masayakat dahulu yang mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain kerana terlalu mendengar perkara yang tidak sahih.


10 8.0 Kesimpulan Kesusasteraan Melayu digunakan secara meluas pada zaman dahulu kerana melibatkan beberapa perkara penting seperti aspek mendidik ditekankan di dalam karya-karya sastera. Kesusasteraan masih digunakan sehingga sekarang dengan menjadi medium sebagai pengajaran kepada masyarakat melayu masa kini. Kesusasteraan juga amat penting kepada masyarakat kerana boleh digunakan sebagai panduan hidup untuk memperbaiki diri dengan mendalami dan memahami karya-karya sastera. Dengan mempelajari kesusasteraan, masyarakat boleh mengenali dan mencintai bahasa ibunda negara kerana kebanyakkan karya sastera menggunakan kosa kata yang tinggi dan klasik. Karya-karya sastera yang dihasilkan telah memberi banyak pengajaran dan moral kepada masyarakat kerana karya tersebut mengkritik perbuatan masyarakat zaman dahulu yang tidak patut dicontohi.


11 9.0 Rujukan https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsi-kesusasteraanMelayu#:~:text=Konsep%20Kesusasteraan%20Melayu,berintegrasi%20dalam%20kehi dupan%20seharian%20mereka. https://www.slideshare.net/ArifahAzlanShah1/konsep-kesusasteraan-melayu240193262 https://dokumen.tips/documents/jenis-dan-bentuk-kesusasteraan-melayu.html https://issuu.com/manifestasi.my/docs/fungsi_serta_manifestasi_akal_budi_dalam_p uisi_tra#:~:text=MANIFESTASI%20AKAL%20BUDI%20DALAM%20SELOKA,diri%20da n%20juga%20ahli%20keluarga. https://anyflip.com/znonx/jktz/basic https://www.slideshare.net/BM2062204RohaiyuBint/manifestasi-akal-budi-dalam-puisitradisional https://www.slideshare.net/aswiza/2-fungsi-sastera-melayupptx


Click to View FlipBook Version