The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrizaldiyana, 2025-03-07 09:53:06

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 51

BUKU PROGRAM MAT 51

• ATUR CARA MAJLIS 2 • JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG 3 - 4 • MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 50 5 - 14 • LAPORAN KEWANGAN PIBG 15 ISI KANDUNGAN


ATURCARA MAJLIS 8.15 pagi Pendaftaran ibu bapa 8.30 pagi Ucapan aluan pengerusi majlis 8.35 pagi Bacaan doa 8.45 pagi Ucapan aluan Penasihat PIBG 9.00 pagi Ucapan aluan Pengerusi Sementara 9.10 pagi Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 50 9.30 pagi Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 9.45 pagi PemilihanAJK PIBG Sesi 2025 – 2027 10.15 pagi UcapanYang Dipertua PIBG Sesi 2025 – 2027 10.30 pagi Lain-Lain Hal 11.00 pagi Bersurai


JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 50 PENASIHAT : EN. WARDALIMATA BIN ABDULLAH (GURU BESAR) PENGERUSI 1 : PN. MARIAM BINTI JANIS (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 1 : TN HJ MOHD YUSOFF BIN HJ ZAKARIA (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 2 : EN. ZULKIFLI BIN IBRAHIM (GPK KO-KURIKULUM) PENYELARAS : EN. MOHD ASHROF BIN LUKMAN SETIAUSAHA : PN. NUR DIYANA BINTI MHD RAFIE BENDAHAR : PN. KU SHUHAIMI BT KU BUDIN


BACAAN DOA EN. MOHD ASHROF BIN LUKMAN PERSIAPAN TEMPAT EN. MUHAMMAD HAZIM BIN SHAHRIR PN. LIZA BINTI SALLEH PN. SITI NOORULHUDA BT SAPIAI PN. SITI SHAMILA BT MOHD SHARIFF PEKERJA BACKDROP EN. MUHAMMAD NAQIUDDIN B. YUNOS SIARAYA EN. ROSLI B. AHMAD EN. PEIARELAL A/L SUNKARDHAN PENGIRAAN UNDI EN. ABD HAFIZ BIN AB AZIZ CIK MARGERET A/P SOOSAIMANICKAM PN MAIZIYANA BT AZIZAN PENDAFTARAN PN. NIK SALMY BT NIK MUSTAFA PN. NORASMAH BT MAHAT PN. AMUTHA A/P STEVEN SAGAINATHAN PENCATAT PN. MAISURAYA BT MD ISA PN. NOREIZUWANI BT ABD AZIZ PN. JULIE AMIRA BT JUSOH DATIN SERI HANISAH BT NGAH BUKU PROGRAM PN. NUR DIYANA BT MHD RAFIE PN. KU SHUHAIMI BT KU BUDIN PENGACARA MAJLIS EN. MUHAMMAD ZULFADHLI B. ROSMAN JURUGAMBAR PN. ROSDIANA BT ISA PN. WAN HABSAH BT DAUD CIK NURULAIN MARDHIAH BT AZIZAN CIK UMI FATIHAH BT MOHD ZUBIR


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 50 SK TENGKERA DUA, JALAN TENGKERA, MELAKA Minit Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa & Guru ( PIBG ) Kali Ke-50 SK Tengkera Dua Tarikh : 28 Jun 2024 Hari : Jumaat Masa : 3.00 petang Tempat : Dewan SK Tengkera Dua Kehadiran : 1. Bersemuka : 66 orang 2. Atas talian : 56 orang 1.0 Ucapan Pengerusi YDP PIBG ( En. Asrul Nizam bin Deni ) 1.1 YDP merakamkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua yang hadir pada MAT PIBG pada hari ini. 1.2 Beliau juga berharap agar ibu bapa terus memberi sokongan dalam PIBG serta sekolah bagi merialisasikan kemajuan dan kecemerlangan serta kemenjadian anak- anak kita.


2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-49 2.1 Puan Maiziyana binti Azizan selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke-49. 2.2 Pn. Rafeah binti Wahab mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Rohana binti Wahab. 3.0 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 3.1 Pn Noreizuwani binti Abdul Aziz selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023 seperti yang tertera pada buku program untuk diterima dan disahkan. 3.2 Pn Norezuwani membentangkan akaun Bank Islam bagi jumlah kutipan sumbangan sepanjang tahun 2023 dikumpulkan sebanyak RM3710 daripada 257 keluarga. Baki pada Bank Islam sehingga 31 Disember 2023 ialah RM 2245.06. Simpanan dalam Bank Islam adalah duit daripada sumbangan ibu bapa. 3.3 Seterusnya akaun Bank Muamalat iaitu akaun kedua adalah untuk simpan duit sumbangan dari agensi luar. Baki sehingga 31 Disember 2023 ialah sebanyak RM 2331.61. 3.4 Puan Suhana binti Othman mencadangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023 diterima dan disokong oleh Puan Nur Faezah binti Mohd Yusoh.


4.0 Membentang dan Membahaskan Usul 4.1 Usul 1 :Mid term Review atas prestasi anak ( PDBD) dan akademik ( Dato’ Hj Wan mohd Zain bin Wan Mohdzar). 4.1.1 Guru besar mohon ibu bapa rujuk data berakhir tahun lepas dan ia digunakan untuk menentukan KPI sekolah. Untuk Individu ibu bapa boleh berbincang dengan guru kelas masa perjumpaan waris yang akan diadakan sama ada penghujung bulan 9 atau awal bulan 10. 4.2 Usul 2 : Mengurangkan beban beg sekolah. ( M. Nazir bin M. Noor ) 4.2.1 Guru besar memaklumkan KPM telah mengeluarkan garis panduan berkaitan isu beg. Sekolah telah diminta membuat jadual anjal supaya hanya 4 subjek sahaja dalam satu hari. Sekolah juga telah menetapkan setiap mata pelajaran hanya menggunakan 2 buah buku tulis sahaja. Latihan harian juga perlu diselesaikan dalam bilik darjah kecuali latihan ulangkaji sewaktu cuti sekolah. 4.3 Usul 3 : Sekolah membuat semakan pagar batu di pintu masuk sekolah adalah selamat kerana telah kelihatan agak condong. (Hj Abd Aziz bin Hj Mustapa ) 4.3.1 Guru besar memaklumkan pihak sekolah telah merujuk ke unit HEM kerana ia melibatkan keselamatan. Bagi langkah jangka pendek pihak sekolah telah memasang tape merah sepanjang pagar agar murid tidak pergi ke kawasan tersebut. Untuk jangka panjang sekolah akan hantar aduan dengan mengisi sistem penarafan keselamatan bahawa kawasan tembok adalah tidak selamat dan juga akan menghantar laporan untuk peruntukan baik pulih.


4.4 Usul 4: Penambahan pekerja kantin dibahagian pembayaran serta penambahan barisan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan murid ketika rehat. (Muhammad Himash Aiman) 4.4.1 Guru besar memaklumkan akan membincangkan perkara ini bersama guru besar SKT1. Guru besar telah menyampaikan maklumat kepada guru besar SKT1. Guru besar memaklumkan semua yang melibatkan guna sama akan dibincangkan dengan Sekolah Kebangsaan Tengkera 1. 4.5 Usul 5 : Penambahan buku peraturan sekolah. (Mohd Zaki bin Mohd Khalid) 4.5.1 Guru besar memaklumkan pihak sekolah memohon maaf atas kelewatan buku tersebut kerana sekolah buat semakan dan buat edisi terkini kerana ada melibatkan perubahan waktu persekolah dan sedikit penambahan jenis-jenis kesalahan kerana dalam edisi yang lama tidak ada kategori kesalahan. Guru besar meminta unit HEM membuat tempahan yang baharu tetapi pihak pembekal minta tidak dapat sediakan dalam jumlah sedikit sekurang-kurang mesti 500 ke atas. Ini menyebabkan pihak sekolah terpaksa mencari pembekal yang lain. Guru besar telah jumpa pembekal yang sanggup untuk buat cetakan dalam jumlah yang dikehendaki dan akan diedarkan dalam masa terdekat. 4.5.2 Pembawa usul meminta agar saiz tulisan dalam buku peraturan dibesarkan.


4.6 Usul 6 : Bengkel menjawab soalan untuk PKSK bagi murid tahun 6 ( Abu Hashim b. Abu Seman ) 4.6.1 Guru besar menyatakan makna PKSK adalah penilaian kemasukan ke sekolah khusus untuk murid yang berpotensi untuk mohon ke SBP. Sekolah tidak ada pendedahan berkaitan instrumen penilaian. Sekolah akan cuba dapatkan contoh soalan dan sekolah akan bekerjasama dengan PIBG untuk mengadakan bengkel dan menjemput pegawai yang mempunyai info berkaitan ujian ini. 4.7 Usul 7: Menaikkan yuran PIBG kepada RM50 jika seorang anak dan lebih dari seorang RM 30 bagi setiap orang. ( En Abd Hafiz bin Abd Aziz) 4.7.1 GPK Kokurikulum menerangkan berkenaan usul dan meminta undian dijalankan. Jika bersetuju akan diminitkan dan akan mula tahun hadapan. 4.7.2 En. Hj Wan mohd Zain bin Wan Mohdzar mencadangkan yuran RM50 seorang dan jika lebih akan tambah RM10 setiap orang. 4.7.3 Pn Yusrina binti Salamoon mencadangkan RM30 dikekalkan jika lebih baru ditambah. 4.7.4 Puan Norazianti bersetuju dengan usul yang dibawa tetapi memohon pihak sekolah memberi masa kepada ibu bapa untuk buat bayaran. 4.7.5 Guru besar memaklumkan sumbangan PIBG untuk sepanjang tahun dan ibu bapa boleh buat bayaran secara berperingkat. Guru kelas akan mencatat setiap pembayaran yang telah dilakukan.


4.7.6 Puan Maiziyana binti Azizan memohon persetujuan ahli mesyuarat bagi membenarkan jawatankuasa PIBG mengeluarkan peringatan dalam tempoh 2 bulan sekali untuk ibu bapa membuat bayaran sumbangan. 4.7.7 Ahli mesyuarat bersetuju dengan dengan cadangan Puan Maiziyana. 4.7.8 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan sumbangan PIBG RM50 seorang dan lebih dari seorang RM30 setiap orang. Keputusan mesyuarat memutuskan sumbangan PIBG bagi tahun 2025 adalah RM50 untuk seorang anak. Jika lebih dari seorang anak, setiap orang akan membayar RM30 seorang. 4.8 Cadangan dan pandangan lain yang telah disimpulkan oleh guru besar daripada usul yang telah dikemukan. 4.8.1 Guru besar meminta ibu bapa agar terus berhubung dengannya jika ada perkara yang hendak dibincangkan berkaitan pembelajaran anak. 4.8.2 Beliau juga memaklumkan berkaitan guru yang keluar kerana urusan sekolah seperti membawa murid ke pertandingan STEM, sekolah menggunakan garis panduan yang terkandung dalam surat pekeliling berkaitan MMI. Minta ibu bapa tidak bimbang kerana murid tidak akan tercicir pelajaran disebabkan aktiviti guru kerana sekolah akan merancang pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti panitia dan guru tetap akan jalankan pentaksiran.


4.8.3 Cadangan perubahan tempat duduk murid, hanya guru yang mengajar sahaja yang mengenal murid di dalam kelas. 4.8.4 Guru besar sentiasa mengingatkan diri dan guru-guru sekolah agar menjaga kelakuan dan percakapan. Guru besar mengharapkan ibu bapa dapat menjadi Role Model kepada anak-anak dalam menghormati guru. Guru besar meminta kerjasama ibu bapa jika ada perkara yang ingin ditegur agar dapat maklumkan kepada guru besar. 4.8.5 Encik Zairil Mazlan meminta agar pihak pentadbir dapat letak papan tanda larangan di luar dan dalam tembok condong. 4.8.6 Encik Hassan bin Ramli bertanya berkenaan status penggunaan padang sekolah pada waktu PJ. 4.8.9 GPK Kokurikulum menjelaskan ada guru yang membawa murid ke padang tetapi tidak sekerap SK Tengkera 1. Ini disebabkan SK Tengkera 1 tidak mempunyai ruang berbanding SK Tengkera Dua yang mempunyai gelanggang bola tampar. Status padang adalah guna bersama dan hak milik SK Tengkera 1. 5.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Dan Pelantikan Pengerusi Sementara 5.1 En Asrul Nizam bin Deni membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan melantik GPK Kokurikulum, Encik Zulkifli bin Ibrahim sebagai pengerusi sementara bagi meneruskan agenda pelantikan jawatankuasa baharu.


6.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2024/2025 6.1 Keputusan pelantikan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025. YANG DIPERTUA PIBG : DR MOHD HAFIIDZ B. BAHARUDIN NAIB YANG DIPERTUA PIBG : EN. HARRIS HIDAYAT N. ZAFRI SETIAUSAHA : PN. NUR DIYANA BINTI MHD RAFIE BENDAHARI : PN. KU SHUHAIMI BT KU BUDIN AJK GURU : PN MARIAM BT JANIS TN HJ MOHD YUSOF BIN HJ ZAKARIA EN. ZULKIFLI B. IBRAHIM PN. ZAMZURA BT AZIS PN. NORHAFIZAH BT KAMALUDIN DATIN SERI HANISAH BT NGAH PN. WAN HABSAH BT WAN DAUD EN. MUHAMMAD ZULFADHLI B. ROSMAN AJK IBU BAPA : DATO’ HJ WAN MOHD ZAIN B. WAN MOHDZAR TN HJ ABD AZIZ B. MUSTAPA EN. MOHD ZAKI B. MOHD KALID EN. RASHIDEE B. ABDUL MANAF EN. ZAINAL HARIS BIN MAZLAN EN. AHMAD FUAD B. BABA PN. AZURAH BT OMAR PN. YUSRINA BT SALAMOON PN MARETTA KORPRIANA DEWI PEMERIKSA KIRA-KIRA : EN SAIFUL ASRI APPARAU BIN ABDULLAH


7.0 Ucapan Penangguhan 7.1 Dr Mohd Hafiidz bin Baharudin selaku YDP PIBG sesi 2024/2025 yang baharu memperkenalkan dirinya serta meminta agar AJK yang dilantik dapat memberikan kerjasama dalam membangunkan sekolah. 7.2 En Hj Wan Mohd Zain bin Wan Mohdzar mengharapkan agar AJK yang baharu dilantik dapat hadir mesyuarat dan bersama-sama memberikan komitmen dan idea untuk kecemerlangan sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.30 petang. 6.2 Penukaran tandatangan penama akaun PIBG iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat akan dilakukan selepas Mesyuarat Agung. Penama bagi akaun PIBG adalah Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. 6.3 Dr Mohd Hafiidz turut memaklumkan mandat operasi pengendalian bagi kedua- dua akaun bank masih dikekalkan iaitu 2/3 daripada penama yang diamanahkan untuk menguruskan akaun PIBG.


Disediakan oleh, MAIZIYANA BT AZIZAN, Setiausaha PIBG Sesi 2022 - 2024, SK Tengkera Dua Disemak oleh, NURSHAKINA BINTI AHMAD HALIDIN, Guru Besar Merangkap Penasihat PIBG, SK Tengkera Dua. Disahkan oleh, ASRUL NIZAM BIN DENI, Yang Dipertua PIBG 2022 - 2024 SK Tengkera Dua


LAPORAN KEWANGAN PIBG


Click to View FlipBook Version