The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a.mukriz04, 2021-06-20 23:26:45

Document (10)

BUKU SKRAP DIGITAL






























































Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar


Disediakan oleh:
Muhammad Shameer Ezany bin Shaukany

(SMK Senai)

MAKLUMAT PESERTA









Nama : Muhammad Shameer Ezany bin Shaukany




Kelas : 5 UTM




Alamat E- mel : [email protected]




Nama Sekolah :


Sekolah Menengah Kebangsaan Senai




Alamat Sekolah :

No. 156 , Jalan Damai 7 ,Taman Damai, 81400


Senai, Johor.

ISI KANDUNGAN




1. Pendahuluan


2. Biodata Dato’ Onn Jaafar



3. Pendidikan Dato’ Onn Jaafar




4. Kerjaya Dato’ Onn Jaafar



5. Sumbangan Dato’ Onn Jaafar




6. Anugerah yang Diterima



7. Penutup




8. Rujukan

Pendahuluan



Segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpah

kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

pembimbing,iaitu Buku Skrap Digital ini.




Saya dengan merendah diri mengucapkan jutaan terima kasih atas bimbingan
dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Cikgu Nur Liyana binti Hassan sepanjang

proses penghasilan buku skrap digital ini.




Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, Nurfitriyana

binti Rashid dan Shaukany bin Bahrom atas sokongan dan galakan yang
diberikan sepanjang penghasilan buku skrap digital ini.




Tidak lupa juga,setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan SLB SMK Senai

kerana sudi bertukar pandangan dan buah fikiran dalam usaha menghasilkan

Buku Skrap Digital yang berkualiti.




Saya memilih Dato’ Onn Jaafar sebagai tokoh pilihan kerana beliau merupakan
salah seorang inspirasi saya dalam bidang kepimpinan. Beliau juga telah

menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan dan dijadikan teladan oleh ramai

pemimpin di negara kita.

Biodata Dato’ Onn Jaafar
















































• Nama : Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar

• Tarikh lahir : 12 Februari 1895

• Tempat lahir : Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru
• Kewarganegaraan : Malaysia

• Kerakyatan : Melayu

• Parti politik : UMNO (1946-1951) , Independence of Malayan Party (1951-
1953), Parti Negara (1954-1962)

• Pasangan : Datin Halimah Hussein

• Ibu : Rogayah Hanim
• Bapa : Jaafar Muhammad

• Pekerjaan : Menteri, Ahli politik

Pendidikan Dato’ Onn Jaafar






• Dato’ Onn Jaafar memulakan pendidikan di Sekolah Melayu Johor Bahru
sebelum dihantar ke England.


• Di England, beliau diasuh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail,

Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad ketika berusia sembilan tahun.




• Sekolah beliau ketika itu ialah Aldeburg Lodge School, England.


• Beliau bersekolah di sana selama 9 tahun.




• Selepas tamat pengajian,beliau pulang ke tanah kelahiran,iaitu Johor Bahru
pada 2t Mac 1910.


• Setibanya di tanah air, Dato’ Onn Jaafar melanjutkan lagi pelajaran di

Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Kerjaya Dato’ Onn Jaafar





Peringkat Awal


• Memulakan kerjaya sebagai kerani pelatih di pejabat Setiausaha Kerajaan
Johor pada 1 September 1911 ketika berusia 16 tahun.

• Pada Mei 1912, bertugas sebagai pembantu Kerani Besar Pejabat

Perubatan.

• Berkhidmat sebagai Kadet dalam Tentera Johor pada Julai 1917 atas
perintah Sultan Ibrahim dan berakhir dengan pangkat Leftenan.





Kerjaya Politik



• Dilantik sebagai Ahli Majlit Mesyuarat Kerajaan Johor pada 1936, dengan
syarat beliau bebas menyuarakan pendapat.

• Bermula 1 Jun 1938, beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Tunku

Mahkota Johor. Beliau melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh
Sultan Ibrahim sama ada peribadi,kerja istana atau kerajaan.

• Menjadi Yang Dipertua UMNO ketika Kongres Melayu (Mei 1946)

• Dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 oleh Sultan
Ibrahim.

• Melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada Majlis Mesyuarat
Agong UMNO pada 1951. Hal ini disebabkan tentangan dari pihak terntu.

Beliau dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu kerana duduk di
kabinet Kerajaan Penjajah.


Mengasaskan parti Independence of Malayan Party (IMP) pada 1951. Namun, tidak

mendapat sokongan orang Melayu.

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR






• Dato’ Onn Jaafar menjadi pendorong penubuhan UMNO


yang sehingga kini menekankan aspek ekonomi orang

Melayu.


• Dato’ Onn Jaafar sentiasa membela nasib masyarakat

yang mundur semasa menjadi presiden UMNO dengan


menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan

Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis

Amanah Rakyat (MARA).


• Menubuhkan parti UMNO yang menekankan

kepentingan bersatu pada 11 Mei 1946. Beliau juga


lantang menentang pembentukan Malayan Union di

Tanah Melayu dan menjadikan beliau sebagai presiden


pertama UMNO.

• Menjadi Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 dan


meletakkan tiga tahun kemudian kerana ingin

memberikan tumpuan penuh kepada pucuk pimpinan


UMNO.

• Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 19 Januari


1962 di Johor Bahru.

ANUGERAH YANG DITERIMA






Rentetan kecemerlangan Dato’ Onn Jaafar dalam

kepimpinan, beliau telah dikurniakan beberapa anugerah


berprestij sama ada di dalam atau di luar negara.






Anugerah Dalam Negara






• Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua (DPMJ) yang
membawa gelaran Dato’ pada 1940 oleh Sultan Johor.

• Darjah Seria Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran

Dato’ Seri pada tahun 2015 oleh Sultan Perak.




Anugerah Antarabangsa





• Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire (KPE) yang
membawa gelaran Sir pada tahun 1953 oleh Raja British.

PENUTUP





Akhir kalam, saya berasa bersyukur kerana dapat
menyiapkan Buku Skrap Digital ini. Melalui penghasilan buku
skrap ini, saya dapat mengenali dengan lebih lanjut

mengenai seorang pemimpin yang hebat pada masanya, iaitu

Dato’ Sir Onn bin Dato Jaafar.



Melalui penghasilan Buku Skrap Digital ini juga, saya berasa

berbangga kerana Malaysia mempunyai seorang pemimpin
yang tidak ternilai sumbangannya kepada negara kita. Dato’

Onn Jaafar selayaknya digelar lagenda bangsa Melayu
kerana sumbangannya yang tidak terhingga dari aspek

politik, ekonomi dan sosial. Tanpa beliau, kenikmatan yang
kita kecapi pada hari ini tidak mungkin wujud.




Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

yang terlibat sepanjang penghasilan Buku Skrap Digital ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Harapan

saya semoga Malaysia terus maju di arus perdana masa.

Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

RUJUKAN






• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar




• https://en.m.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar


• https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/


Click to View FlipBook Version