The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini adalah satu cetusan inovasi yang digarap secara santai untuk memahirkan perbendaharaan kata seni bina (architecture vocabulary) bagi para pelajar Politeknik yang mengikuti kursus Diploma Seni Bina.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roshelmyramli, 2021-10-28 23:43:53

KAMUS VISUAL ANATOMI SENIBINA UNTUK PELAJAR POLITEKNIK

Buku ini adalah satu cetusan inovasi yang digarap secara santai untuk memahirkan perbendaharaan kata seni bina (architecture vocabulary) bagi para pelajar Politeknik yang mengikuti kursus Diploma Seni Bina.

Keywords: ARCHITECTURE

Kamus
Visual

Anatomi

Seni Bina

Untuk Para Pelajar Politeknik

AHMAD SID HIJAZ MD SAAID
ROSHELMY RAMLI

KAMUS VISUAL ANATOMI SENIBINA
UNTUK PARA PELAJAR POLITEKNIK

AHMAD SID HIJAZ MD SAAID, ROSHELMY RAMLI

COPYRIGHT



POLITEKNIK
SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
BANDAR DARULAMAN , 06000 JITRA , KEDAH



TEL : 04 914 6100
FAX : 04 917 4232
HTTP://WWW.POLIMAS.EDU.MY/




























COPYRIGHT ©
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

2021



ALL RIGHTS RESERVED. NO PART OF THIS BOOK MAY BE REPRODUCED OR USED
IN ANY MANNER WITHOUT WRITTEN PERMISSION OF THE COPYRIGHT OWNER
EXCEPT FOR THE USE OF QUOTATIONS IN A BOOK REVIEW.


e ISBN 978-967-0830-81-0 (EBOOK)

PENGENALAN

Buku ini adalah satu cetusan inovasi yang digarap secara
santai untuk memahirkan perbendaharaan kata seni bina
(architecture vocabulary) bagi para pelajar Politeknik yang
mengikuti kursus Diploma Seni Bina.

Berdasarkan kaedah visual dictionary architecture; buku ini
menyediakan lakaran-lakaran reka bentuk bangunan bersama
anotasi ringkas atau istilah teknikal. Istilah-istilah khusus ini
dikekalkan penggunaannya di dalam Bahasa Inggeris (atau
istilah asal yang lebih dominan). Bukan menidakkan
penggunaan penuh Bahasa Melayu, tetapi kaedah ini diyakini
penting untuk memberikan kefahaman teknikal buat para
pelajar serta memupuk minat menguasai Bahasa Inggeris
dalam kalangan para pelajar seni bina di Politeknik yang
biasanya lebih gemar membaca lukisan berbanding penulisan
berbentuk huraian.

i

GLOSARI INDEKS

NO. JENIS BUMBUNG ROOF TYPE HALAMAN

1.0 Limas Hip Roof 1-4
2.0 Tebar Layar Gable Roof 5-6
3.0 Rata Flat Roof 7-9
4.0 Belanda Dutch Gable Roof 10-11
5.0 Rama-rama Butterfly Roof 12-13
6.0 Julur Cantilever Roof 14-15
7.0 Kotak Garam Saltbox Roof 16-19
8.0 Layar Kembar Double Shed Roof 20-23
9.0 Pisang Sesikat Lean-to Roof 24-25
10.0 Kanopi Canopy Roof 26-27
11.0 Piramid & Bonet Pyramid&Bonnet Roof 28-29
12.0 Lipat Kajang Gullwing Roof 30-33
13.0 Gerbang & Kon Conical &Arched Roof 34-36
14.0 Heksagon Hexagon Roof 37-38
15.0 Gambrel Gambrel Roof 38-41
16.0 Mansard Mansard Roof 42-43
17.0 Dormer Dormer Roof 44-45
18.0 Separuh Limas Half Hip Roof 46-47
19.0 Separuh Tebar Half Gable Roof 48-49

Layar

ii

Tema edisi ini:-

ANATOMI

Bumbung Ringkas

iii

Jenis bumbung:
1.0

LIMAS
HIP ROOF


serta beberapa bentuk

kombinasi bumbung mudah

1

Bumbung asas yang terkenal dalam kalangan para pelajar seni bina
ialah bumbung limas, ia juga dikenali sebagai bumbung perabung
lima (1 ridge dan 4 hip) atau ringkasnya hip roof. Apabila membina
lukisan bumbung ini, setiap garisan limas (hip) perlu memiliki
sudut 45⁰.
.

Sebagai bentuk asas, rumah limas boleh

dibuat penambahan dengan

menggabungkan bentuk-bentuk lain.

Kombinasi ini perlu disesuaikan

dengan gaya reka bentuk

dan anatomi seni bina

yang sesuai.

2

Berikut, ditunjukkan berberapa contoh bumbung kombinasi ringkas
yang diolah berdasarkan struktur bangunan asal berbumbung limas:-

Bentuk rumah kombinasi ringkas ini, dikenali sebagai rumah
berbumbung limas atau perabung lima atau hip roof house.

Dalam kombinasi ini, bumbung limas atau hip roof ditukar menjadi
bumbung tebar layar atau gable roof.

3

Seterusnya, bumbung ringkas boleh ditukar menjadi Dutch roof
atau bumbung Belanda.

Sekiranya rumah itu hanya mempunyai tambahan ruang kecil,
ia boleh menggunakan dormer roof.

4

Jenis bumbung:
2.0

TEBAR LAYAR
GABLE ROOF




5

Bumbung tebar layar ialah sejenis binaan bumbung mudah
yang diguna pakai di seluruh dunia. Di Switzerland, bumbung
jenis ini dipanggil Käsbissendach atau bumbung potongan keju.
Dalam Bahasa Melayu ia disebut tebar atau tebeng layar,
berdasarkan bentuk kain layar berbentuk segitiga yang diguna
pada kapal-kapal untuk belayar (merujuk pada tradisi pelayaran
di peairan alam Melayu zaman dahulu).

6

Jenis bumbung:
3.0

RATA
FLAT ROOF




7

Bumbung rata atau flat roof ialah sejenis lantai konkrit yang dibina
sebagai bumbung. Bumbung rata ditambah dengan asphalt atau
lapisan kalis air kerana ia terdedah kepada panas dan hujan.

Kebiasaannya bumbung rata dipasang bersama dinding parapet
(parapet wall) yang berfungsi sebagai dinding pelindung atau
pelengkap kepada bumbung rata.

Bumbung rata juga berfungsi dengan
sebagai corong air hujan (gutter) dan
lantai utiliti yang diguna sebagai ruang
peletakan tangki air, antena atau
(kondensor dan kompresor) unit luar
sistem pendingin hawa.

8

Di Malaysia, sebuah bangunan ringkas yang terkenal dengan reka
bentuk bumbung rata ialah bangunan pencawang tenaga elektrik milik
TNB. Sistem pencawang pada bangunan ini berfungsi menurunkan
arus bekalan kuasa elektrik yang diterima pada voltan tinggi ke tahap
rendah untuk diguna dengan selamat oleh para pengguna di kawasan
tersebut.

9

Jenis bumbung:
4.0

BELANDA
DUTCH-GABLE ROOF




10

Ini ialah bumbung Belanda, ia juga dikenali sebagai rumah limas
bumbung Perak atau Dutch-gable roof. Pelan bumbung ini,
hampir sama dengan bumbung limas (hip roof), cuma perabung
utamanya (ridge) dipanjangkan untuk pemasangan tebar layar
(gable end) yang menjadi identiti kepada bumbung jenis ini.

11

Jenis bumbung:
5.0

RAMA-RAMA
BUTTERFLY ROOF




12

Bangunan dengan bumbung berbentuk huruf -V ini dikenali sebagai
bumbung rama-rama atau 'butterfly roof'. Kebanyakan pelajar yang
menggunakan bumbung jenis ini kurang melakukan kajian terperinci
tentang kaedah pembinaan bumbung. Para pelajar harus lebih bijak
menggabungkan elemen reka bentuk yang lengkap dan sesuai agar
bangunan berbumbung rama-rama ini tidak nampak janggal atau
membosankan.

13

Jenis bumbung:
6.0

JULUR
CANTILEVER ROOF




14

Bumbung julur lebih dikenali sebagai 'cantilever roof'. Tidak seperti
bumbung jenis lain yang banyak mempunyai reka bentuk tipikal, tiada
reka bentuk am untuk bumbung julur. Kebanyakan bumbung ini direka
secara khusus oleh para arkitek dan disahkan kekuatan struktur
julurnya oleh jurutera awam & struktur.

Bumbung julur yang terdapat pada lakaran A ialah contoh binaan
struktur julur ringan yang sesuai untuk struktur mudah seperti garaj
kereta. Manakala pada lakaran B ialah struktur julur peredup seperti di
sebuah stesen keretapi moden atau astaka tempat duduk penonton.
(Terdapat juga sebahagian bumbung julur pada bangunan, seperti
pada lakaran bangunan bumbung kotak garam)

15

Jenis bumbung:
7.0

KOTAK GARAM
SALTBOX ROOF




16

Bentuk rumah ini dikenali sebagai 'saltbox' bersempena rumah
menyimpan garam yang terkenal di New England, Amerika
Syarikat sekitar kurun ke-17. Ia merupakan bangunan 2-tingkat
dengan satu bahagian bumbungnya mencuram menutupi
ruang bangunan di tingkat bawah.

17

Bangunan yang baik perlu mempunyai tapak yang dikenali sebagai
plinth dan tali pinggang (belt-course). Bentuk kotak garam ini dapat
dikemaskan dengan soffit yang menutupi bahagian hujung cucur atap
(roof eaves). Tiang-tiang berbentuk V pada hadapan bangunan dapat
memberikan keseimbangan kepada bentuk salt box yang tidak simetri.

Sekiranya kecerunan

bumbung adalah simetri serta

seimbang di antara kedua-

dua sisi bangunan. Ia hanya

akan membentuk sebuah

bumbung bangunan ringkas

yang dikenali tebar layar

atau gable roof.

18

Pelbagai explorasi reka bentuk boleh dilakukan terhadap bangunan
berasaskan 'saltbox'. Anatomi seni bina yang ditunjukkan pada lakaran-
lakaran ini dapat mewujudkan penegasan terhadap reka bentuk agar
bangunan menjadi lebih unik dan menarik.

19

Jenis bumbung:8.0

LAYANG & LAYANG
BERKEMBAR

SHED & DOUBLE SHED ROOF

20

Rumah berbumbung tebar layar yang dipisahkan pada garis
tengah akan membentuk bumbung layang atau shed roof.
Bangunan ringkas dengan shed roof yang berbentuk segitiga
perlu dikemaskan dengan baik agar ia kelihatan menarik.

21

Dalam contoh ekplorasi rumah layang pada lakaran di atas, penulis
menerapkan beberapa elemen seni bina seperti fascia, belly band, flat
roof serta beberapa tiang yang dipanggil sebagai colonnade.

Kombinasi ini dapat memberikan lebih penegasan, namun masih
mengekalkan reka bentuk asal rumah yang ringkas.

Apabila bangunan layang dibina secara berlawanan dan dicantumkan
bersama bumbung rata, ia mewujudkan rumah layang berkembar
dengan ruang tengah pelbagai fungsi.

22

(Sumber: SPNB Mesra Sdn Bhd)

Kajian kes; bangunan ini merupakan contoh tipikal sebuah
perumahan luar bandar yang dikenali Rumah Mesra Rakyat
1 Malaysia (RMR1M). Seni bina bangunan ini kelihatan
begitu ringkas. Terdapat dua bumbung layang berbeza
aras; bahagian bumbung layang rendah memberikan
perlindungan dari panas dan hujan kepada ruang pintu
masuk utama. Rumah ini hanya dicat dengan tiga warna
berbeza, terdapat sedikit dekorasi pada dua tiang konkrit
di hadapan rumah, namun tiada elemen hiasan pada fasad
luaran rumah.

23

Jenis bumbung:
9.0

PISANG SESIKAT
LEAN-TO ROOF




24

Bumbung pisang sesikat ialah sejenis bumbung tambahan
juga disebut 'lean-to roof' bermaksud bumbung yang
bersandar yang bahagian tertentu seperti dinding rumah
utama. Bentuk bumbung pisang sesikat hampir sama
seperti bumbung layang, tetapi bumbung layang
mempunyai cucur atap (eave) pada semua bahagian kerana
ia adalah bumbung yang tidak bersandar. Kecerunan
bumbung utama perlu diambil kira dan diulangi karakter
seni bina yang terdapat pada bangunan utama pada
bumbung pisang sesikat agar bahagian tersebut tidak
kelihatan seperti elemen tambahan.

25

Jenis bumbung:
10.0

KANOPI
CANOPY ROOF

26

Seterusnya ialah bumbung berbentuk khemah atau kanopi.
Kanopi ini amat terkenal di Malaysia untuk aktiviti keramaian
seperti majlis perkahwinan. Diperbuat daripada lapisan fabrik
PVC, kanopi ini biasanya berbentuk segiempat sama dengan
size 20' x 20'. Menurut sejarah, kanopi ini asalnya ialah rumah-
rumah tradisional masyarakat Arab Badwi yang hidup secara
nomad (berpindah-randah) di Timur Tengah.

Kanopi ialah binaan struktur peredup berdiri bebas (free standing
structure). Apabila peredup ini dipasang pada permukaaan luar
bangunan ia dipanggil sebagai 'awning'. Awning boleh dilaraskan
dan berfungsi melindungi bahagian-bahagian tertentu seperti
pintu, tingkap atau teres.

27

Jenis bumbung:

11.0

PIRAMID & BONET/

PYRAMID ROOF &
BONNET ROOF

28

Pelan lantai rumah yang berbentuk segiempat sama akan
menghasilkan bentuk bumbung piramid, sebaliknya jika pelan
lantainya berbentuk segiempat tepat, ia akan memperoleh bentuk
bumbung bonnet.
Pelbagai reka bentuk boleh diterapkan untuk cuaca di Malaysia,
namun, sesebuah rumah ringkas perlu menggunakan unjuran cucur
atap (eave overhang) bagi melindungi dan memberikan keselesaan
terhadap penghuni rumah tersebut.

29

Jenis bumbung:
12.0

LIPAT KAJANG
GULLWING ROOF


serta beberapa bentuk

kombinasi bumbung bertiang

30

Bentuk rumah ini menggunakan tetiang luaran, namun bahagian tebar
layarnya (gable) telah dipanjangkan sehingga menutupi keseluruhan
sisi bumbung. Bumbung jenis ini dikenali sebagai 'gullwing roof'.
Dalam dunia seni bina tradisional Melayu ia dikenali sebagai bumbung
Lipat Kajang.

Bumbung jenis ini sesuai untuk bangunan surau atau masjid kecil,
manakala bentuk terbuka dengan tetiang luaran sesuai sebagai ruang
seperti dewan makan atau restoran.

31

Bentuk bumbung pada lakaran ini, merupakan kombinasi bumbung
utama dengan bumbung limas (hip roof) pada bahagian bawahnya.
Unjuran bumbung seperti ini mampu mewujudkan ruang teduhan
yang lebih luas. Tiang pepenjuru dipasang untuk memberikan
sokongan kepada struktur bumbung tersebut.

Susunan tetiang pada jarak yang sama dikenali sebagai colonnade.
Dalam seni bina moden, aturan tiang-tiang kurus berbentuk bulat
seperti ini dikenali sebagai pilotis.

32

Rumah Lipat Kajang kelihatan hampir seiras seperti bentuk rumah
berbumbung piramid, bonet atau limas yang ditambah dengan dua
sayap sisi kiri dan kanan iaitu 'eaves overhang' untuk mewujudkan
ruang teduhan yang lebih besar. Lakaran-lakaran ini sekadar
memberikan gambaran kasar, reka bentuk yang sebenar perlu
disesuaikan dengan elemen seni bina yang berpadanan dengan
bangunan tersebut.

33

Jenis bumbung:

13.0
GERBANG & KON
ARCHED ROOF &
CONICAL ROOF

34

Kebiasaannya, amat jarang bangunan berbentuk melengkung dibina
pada skala yang kecil. Ini kerana struktur gerbang bumbung (arched
roof) biasanya diperbuat dari besi. Kerangka besi berupaya dipasang
pada alang (beam) yang berada pada satu jarak yang besar (long span
structure)

Bangunan begini biasanya sesuai
untuk kegunaan orang ramai
seperti dewan, masjid atau
gereja. Mengambil bentuk
lengkungan bumbung, ruang
tambahan perlu menggunakan
bentuk bersifat seirama seperti
bulatan gendang dan bumbung
kon.

35

Sekiranya bumbung kon atau conical roof dan struktur bangunan ini
dibina terus dari aras lantai; struktur dinding utama atau tiang-
tiangnya akan berbentuk seperti bulatan atau gelung. Kerangka
bumbung dipasang di atas alang gelung (ring beam) yang merupakan
bahagian paling atas bagi bulatan dinding (drum wall). Elemen-
elemen lain pada bangunan akan turut mengambil bentuk gelung
atau kon tersebut. Oleh kerana bangunan ini mempunyai kerangka
yang rumit, ia jarang dibina sebagai rumah atau binaan kecil.

36

Jenis bumbung:
14.0

HEKSAGON
HEXAGONAL ROOF




37

Terdapat bumbung berbentuk poligon enam sisi iaitu bumbung
heksagon. Ia merupakan struktur binaan bersaiz kecil. Dibina sebagai
gazebo atau astaka riadah di negara China dan Jepun. Astaka di
Jepun buatan kayu kelihatan lebih ringkas serta kurang ketahanan
berbanding astaka di China dengan bumbung melengkung dan
perincian yang rumit.

Terdapat sistem

tanggam kayu iaitu

dougong yang

berfungsi sebagai

kerangka bumbung.

Astaka China yang

dibina masa kini tiada

lagi perincian rumit

(tiada dougong) kerana

ia dibina dari konkrit.

38

Jenis bumbung:
15.0

GAMBREL
GAMBREL ROOF




39

Bumbung gambrel ialah sejenis bumbung simetri yang mempunyai
empat permukaan kecerunan. Dua permukaan bumbung ini
berkecerunan curam. Bumbung ini terkenal di benua Amerika Utara,
pada asalnya ia digunakan sebagai rumah ladang untuk menempatkan
haiwan ternakan. Struktur bumbung gambrel diperbuat dari kayu dan di
dalam struktur tersebut terdapat ruang loteng yang boleh didiami.

40

Inovasi bumbung gambrel adalah berasaskan bumbung Mansard yang
banyak terdapat pada bangunan-bangunan lama di serata Eropah. Para
arkitek yang lebih kreatif kemudiannya telah menggunakan bangunan
berbumbung gambrel sebagai bangunan agam, gereja dan lain-lain.
Bangunan gambrel ini di dalam lakaran ini, sesuai dijadikan bangunan
balai bomba komuniti (dengan dua jentera bomba serta ruang pejabat
dan dormitori anggota bomba ditempatkan di tingkat atas (pada ruang
tambahan shed dormer).

41

Jenis bumbung:
16.0

MANSARD
MANSARD ROOF




42

Dua jenis bangunan iaitu mansard dan gambrel biasanya mengandungi
tingkap dormer kerana bangunan jenis ini mempunyai ruang loteng
atau struktur bumbung yang tinggi. Bumbung mansard boleh dibiarkan
terbuka atau tertutup. Mansard terbuka bermaksud ia mempunyai
bumbung rata konkrit pada bahagian atas bumbung yang boleh
diakses sebagai lantai utiliti. Mansard tertutup pula ditutup
menggunakan bumbung limas kecerunan rendah seperti bumbung
piramid atau bonet.

43

Jenis bumbung:
17.0

DORMER
DORMER ROOF




44


Click to View FlipBook Version