The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aziana, 2020-05-09 10:02:53

Buletin Ramadhan Smkal Edisi 15 Ramadhan 1441H

SMKA LATI

Buletin Ramadhan Smkal

Edisi 15 Ramadhan 1441H

AKTIVITI Tadarus al-Quran
e-IHYA’ Qiamullail
RAMADHAN Kuiz Ramadhan
SMKAL Poster Ramadhan
1 Hari 1 Hadis

Bakul Kasih Ramadhan
Buletin Ramadhan

TARIKH MASA(siaran) TEMPAT

1-30 RAMADHAN 1441H 11.30 -12.0 WHATSAPP GROUP KELAS
(24 APRIL-23 MEI 2020) 1.30-3.30PM FACEBOOK SEKOLAH
9.00-10.00PM TELEGRAM GROUP

Kandungan Halaman
4
Bil Isu 5
1 Puasa Bulan Ramadhan 6
2 Mutiara Ramadhan Al-Mubarak 7-8
3 Fadhilat Puasa 9
4 Puasa dan Kesihatan 10
5 Irsyad Fatwa dan hukum
6 1 Hari 1 Hadis 11-12
7 Peristiwa Nuzul Quran 13
8 Tazkirah Sentap 14
9 Borang Semak Amalan Harian
10 Hari Ini Dalam Sejarah 15-16
11 Sirah Ramadhan 17-18
12 Pesan Murabbi
13 Bakul Kasih Ramadhan 19
14 Ramadhan Bersama Palestin 20
15 Info Covid 19 21
22

Puasa Bulan Ramadhan

Mutiara Ramadhan Al-Mubarak

Manfaatkan

dengan Sebaik-baiknya

❖ Ramadhan adalah kesempatan
untuk belajar dan kesempatan
Pendidikan

❖ Ramadhan adalah bulan untuk
mendidik jiwa untuk taat dan
menjauhkan diri daripada pelbagai
macam kemungkaran

❖ Ramadhan adalah kesempatan
paling besar bagi penyeru-penyeru
kebaikan untuk membimbing
manusia mengajarkan mereka Islam

Fadhilat Puasa

Puasa & Kesihatan

Puasa & Kesihatan

Buletin Ramadhan Smkal

1 Hari 1 Hadis

Sumber: Indahnya Islam

Irsyad Al-fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-142:
Al-Quran Turun Sekaligus Atau Berperingkat

SOALAN
Saya ingin bertanya kepada Mufti, saya tidak faham kenapa ada yang mengatakan al-Quran turun secara
sekaligus atau berperingkat?

JAWAPAN
Dalam menjawab persoalan ini berkaitan dengan nuzul al-Quran, perlu untuk kita fahami kisah nuzul quran
yang telah kami sebutkan di dalam artikel sebelum ini. Kami telah nyatakan bahawa:

Pengertian Nuzul Al-Quran
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata
perbuatannya ‘nazala’ ( )‫نزل‬membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan
istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk
menunjukkan ketinggian al-Quran. Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi
Allah yang terakhir. Antara dalil yang menyatakan tentang penurunan al-Quran adalah:

‫َو ِبا ْل َح ِِّق أَن َز ْلنَاهُ َو ِبا ْل َح ِِّق نَ َز َل ۗ َو َما أَ ْر َس ْلنَا َك إَِ اّل ُمبَ ِّش ًرا َونَ ِذي ًرا‬
Maksudnya: Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala

kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita
gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) Surah al-Isra’ (105)

Kenyataan bahawa al-Quran turun secara berperingkat-peringkat atau sekaligus sebenarnya bukanlah bertentangan di
antara satu sama lain. Tetapi kedua-duanya telah berlaku secara serentak dan secara berperingkat. Hal ini dapat difahami
dengan kita meneliti perbahasan tentang hal ini. Syeikh Abdul Azim al-Zarqani menyatakan bahawa penurunan al-Quran
itu terbahagi kepada tiga peringkat. Lihat Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran (1/39)

Peringkat yang pertama, diturunkan al-Quran secara sekaligus pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Hal ini jelas

berdasarkan firman Allah SWT: ‫﴾ فِي لَ ْوحٍ ام ْحفُو ٍظ‬٢١﴿ ‫بَ ْل ُه َو قُ ْرآ ٌن ام ِجي ٌد‬

Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran

yang tertinggi kemuliaannya; (21) (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.(22)

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi dan al-Tabari menyatakan bahawa Luh Mahfuz di sisi Allah dan dipelihara

daripada syaitan untuk sampai kepadanya. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (10/196), Jami’ al-Bayan fi Takwil al-

Quran (12/531).

Peringkat yang kedua adalah penurunan daripada Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah atau langit dunia. Hal ini dijelaskan melalui

firman Allah SWT: ‫َش ْه ُر َر َم َضا َن الا ِذي أُن ِز َل فِي ِه ا ْلقُ ْرآ ُن‬

Maksudnya: Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran (Surah al-Baqarah: 185)

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini telah disepakati oleh para ulama’ dan tiada khilaf bahawa penurunan yang
dimaksudkan adalah daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam lailatul qadar secara sekaligus. Lihat al-Jami’ li Ahkam
al-Quran (2/297).
Peringkat ketiga adalah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat daripada langit dunia kepada Nabi SAW melalui
perantaraan malaikat Jibril AS. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:

‫﴾بِ ِل َسا ٍن َع َربِ ِّيٍ ُّم ِبي ٍن‬١٩٤﴿ ‫﴾ َعلَ ٰى قَ ْلبِ َك ِلتَ ُكو َن ِم َن ا ْل ُمن ِذ ِري َن‬١٩٣﴿ ‫نَ َز َل بِ ِه ال ُّرو ُح ا ْْلَ ِمي ُن‬

Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad)
menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) (Ia diturunkan) dengan bahasa
Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah al-Syu’ara’: 193-195)

Kesimpulan
Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami menyatakan bahawa al-Quran telah diturunkan secara sekaligus pada dua peringkat
iaitu peringkat penurunan ke Luh Mahfuz dan peringkat kedua penurunan ke Bait al-Izzah atau langit dunia. Inilah yang
dimaknakan oleh firman-firman Allah SWT yang menyebut bahawa al-Quran diturunkan secara sekaligus. Adapun penurunan
secara berperingkat, adalah daripada langit dunia kepada Rasulullah SAW bermula daripada detik awal Nabi menerima
wahyu hinggalah yang terakhir. Semoga kita mendapat hidayah untuk memahami dan mempraktikkan segala yang
diturunkan di dalam al-Quran. Amin

Tazkirah Sentap

BERPUASA TAPI MASUK NERAKA

1. Dalam keadaan berpuasa ini, elakkan diri kita dari menyakiti orang lain. Tidak kira samada
menyakiti mereka di dalam media sosial, secara verbal atau bertulis. Ini kerana perbuatan
tersebut akan mengganggu kualiti puasa seorang muslim.

2. Dalam sebuah hadis, seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah ‫ﷺ‬tentang seorang
perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:

‫ ِه َي ِفي الناا ِر‬، ‫ ََّل َخ ْي َر فِي َها‬: ‫ قَا َل‬، ٌ‫ َوفِي ِل َسانِ َها َش ٌّر تُ ْؤ ِذي ِجي َرانَ َها َس ِلي ََة‬، ‫ َوتَ ُصو ُم النا َها َر‬، ‫إِ ان فُ ََلنَةَ تُ َص ِلِّي اللا ْي َل‬

“(Wahai Rasulullah), Terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada
siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: “Tiada
kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.” (Musnad al-Bazzar)

3. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullah :‫ﷺ‬

‫ فليس لله حاجة أن ي َدع َعامه وشرابه‬،‫َمن لم يَ َدع قو َل الزور والعم َل به والجهل‬

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya serta
(tidak meninggalkan) kejahilan, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan
makan dan minum mereka itu.” (Sahih al-Bukhari)
4. Hadith ini mengajar kita bahawa, dalam berpuasa, kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan
minum, tetapi mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.
Semoga Allah membimbing kita.



Sumber: Indahnya

Hari Ini Dalam Sejarah Islam

Hari Ini Dalam Sejarah Sumber:Indahnya
Islam

Sirah Ramadhan

Sumber: IKRAM Malaysia



Pesan Murabbi

TABUNG INFAQ Rasulullah s.a.w bersabda
IHYA’ RAMADHAN yang maksudnya:

SMKA LATI “sedekah yang paling utama

1441H/2020M adalah sedekah pada bulan
Ramadhan “
SMKA Lati dengan kerjasama PIBG
melancarkan Tabung Infaq Ihya’ Ramadhan Riwayat At-Tirmidzi
bagi membantu pelajar dalam menghadapi
“Bersama
bulan Ramadan Al- Mubarak. ringankan

Salurkan Sumbangan anda ke Akaun PIBG beban”
sekolah :

03027010021597

Penyumbang hendaklah snap resit /
slip bank dan WhatsApp kepada
Ustaz Azman : 0199392597

Ramadhan Bersama Palestin

PKP Fasa 4 & 5 (PKPB): Covid 19

Salam Ramadhan Al-Mubarak
daripada :

UNIT BULETIN
RAMADHAN

SMKA LATI, PASIR MAS, KELANTAN


Click to View FlipBook Version