The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CONTOH TUGASAN 2 PBS 2
Semoga bermanfaat.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by baimmxzr, 2024-07-01 10:38:04

KAJIAN LAPANGAN PBS 2

CONTOH TUGASAN 2 PBS 2
Semoga bermanfaat.

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Nama Pelajar MUHAMMAD IBRAHIM ADHAM BIN AZAHAR Angka Giliran 2021162340076 No Kad Pengenalan 030530060623 Kumpulan/Unit 5 PISMP RBT2 Kod & Nama Kursus PRKA3171 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2 Jenis & Tajuk Tugasan TUGASAN 2 KAJIAN LAPANGAN Nama Pensyarah Ts Mohd Harath Ali Bajunid bin Omar @ Azmi Tarikh Hantar 26 JUN 2024 Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 26 JUN 2024


PENGHARGAAN Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II). Tugasan in adalah sebahagian objektif kerja kursus yang saya perlu laksanakan. Rentetan daripada itu, saya telah melaksanakan PBS ini di Sekolah Kebangsaan Pelindung, Pahang selama dua minggu yang bermula 10 Jun 2024 sehingga 21 Jun 2024. Saya berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan semua warga sekolah. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ts Mohd Harath Ali Bajunid bin Omar @ Azmi iaitu pensyarah pembimbing saya yang telah berkorban dari segi masa dan tenaga bagi membantu memberikan pertolongan ketika saya menghadapi masalah. Bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini dengan berkongsi maklumat dan pengetahuan yang bermanfaat dapat saya hadam dalam ingatan saya. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya menyempurnakan tugasan ini. Sokongan dari segi mental memberikan kekuatan kepada saya dalam mengharungi cabaran semasa menjalankan PBS ini walaupun cabaran dari segi masa dan kekangan kerja banyak. . Ucapan terima kasih saya juga kepada guru besar SK Pelindung, En. Mohd Azhar bin Yahya kerana telah banyak memberikan dukungan serta kerjasama yang hebat sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Begitu juga dengan warga sekolah yang telah banyak memberikan ruang kepada saya untuk menemu bual dan mengumpul maklumat mengenai sekolah ini sehingga saya berjaya melengkapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih saya juga kepada ibu bapa, pensyarah serta guru-guru yang banyak memberikan motivasi serta kata-kata semangat untuk saya menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perkongsian menyalurkan maklumat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan kurniaan sebaik-baiknya. Sekian terima kasih.


ISI KANDUNGAN 1.0 KAJIAN YANG DIFOKUSKAN 3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3 3.0 KAEDAH KAJIAN 4 3.1 PEMERHATIAN 4 3.2 TEMU BUAL 4 3.3 RUJUKAN 4 4.0 KAWASAN KAJIAN 4 4.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN 4 5.0 DAPATAN KAJIAN 5 5.1 ISU PENILAIAN PBD TIDAK SELARI DENGAN KEPUTUSAN UASA 5 5.2 ISU TIADA PERUNTUKAN UNTUK AKTIVITI KOKURIKULUM 7 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 8 7.0 RUMUSAN 10 RUJUKAN 11 LAMPIRAN 12 JADUAL KERJA 25 2


LAPORAN KAJIAN LAPANGAN Pelaksanaan Pentaksiran dan Penilaian serta Cabaran dalam Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Pelindung 1.0 KAJIAN YANG DIFOKUSKAN 1.1 Kurikulum Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai tahun 2016. PBD merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2019). Maklumat yang diperoleh dari PBD bukan sekadar meningkatkan keberkesanan proses PdP, malah dapat membantu ibu bapa dan pihak sekolah merancang tindakan susulan bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, bukan semata-mata gred peperiksaan. Walau bagaimanapun, isu dan cabaran dalam pelaksanaan PBD tetap ada. Pengetahuan berkaitan pentaksiran yang lemah mengakibatkan guru gagal memantau kemajuan pembelajaran murid, perancangan pengajaran yang lemah seterusnya tidak dapat menghasilkan keputusan yang adil dan tepat. 1.2 Kokurikulum Dalam kepadatan masa guru melaksanakan PBD sepanjang tempoh pengajaran, fokus kepada aktiviti kokurikulum juga memberi kesan kepada guru yang mengendalikan aktiviti-aktiviti luar seperti pertandingan robotik dan sukan. Perkara ini menyedarkan saya bahawa tugas guru bukan mengendalikan kelas semata-mata malah terpaksa meninggalkan kelas atau menundakan kelas untuk memberi ruang kepada aktiviti luar. Implikasinya, PBD tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah untuk: i. Mengenal pasti tahap pelaksanaan PBD. ii. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan PBD. iii. Memahami kaedah guru mengendalikan aktiviti kokurikulum sepanjang tempoh persekolahan. 3


3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu: 3.1 PEMERHATIAN Pemerhatian secara langsung guru melaksanakan PBD di bilik darjah. Meneliti cara, gaya, dan kaedah guru menyelesaikan masalah yang dihadapi secara realiti di dalam bilik darjah. Meneliti guru menilai murid secara formatif dengan mengambil kira pelbagai faktor. Meneliti cara pelaksanaan kokurikulum. 3.2 TEMU BUAL Menemu bual enam orang warga sekolah iaitu empat orang guru dan dua orang murid tahap dua. Pandangan dari perspektif guru dan murid diambil kira bagi menentukan ketepatan maklumat. 3.3 RUJUKAN Rujukan dari bahan bukti pelaksanaan PBD sekolah diambil, diteliti, dan direkodkan ke dalam laporan kajian ini. 4.0 KAWASAN KAJIAN Kajian dilaksanakan di sebuah sekolah rendah (Sekolah Kerajaan) aliran perdana berstatus luar bandar. 4.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN SK Pelindung (SKeP) merupakan sekolah yang terletak di daerah Kuantan, Pahang yang dibuka pada 1 Mac 2010 dengan kos RM17 juta. Pembukaan sekolah ini bertujuan menampung kepadatan murid di SK Beserah, Kuantan dengan ambilan pertama seramai 232 orang murid. Kini, murid di SKeP mencecah 1055 orang dan hanya mempunyai satu sesi persekolahan. Sekolah ini juga mempunyai kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah kawasan perumahan Kg Pelindung yang memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak. 4


5.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian dibahagiakan kepada dua bahagian iaitu: 5.1 ISU PENILAIAN PBD TIDAK SELARI DENGAN KEPUTUSAN UASA a. Pelaksanaan PBD Pelaksanaan PBD di sekolah adalah tertakluk kepada tarikh yang dikeluarkan oleh JPN setiap negeri. Tarikh tersebut akan muncul di laman sesawang sistem IDme setiap guru untuk di-key in setiap markah murid dalam bentuk TP (Tahap Penguasaan). PBD dijalankan oleh guru sepanjang sesi persekolahan dan guru perlu menilai murid-muridnya berdasarkan setiap tema pembelajaran yang diajar. Penilaian guru perlu dicatatkan ke dalam Borang Transit PBD atau kini dikenali sebagai Rekod Perkembangan Murid. RAJAH 1 Borang Transit yang Digunakan Guru Untuk Menilai Murid Mengikut Tema Pembelajaran. 5


Jika pembelajaran tersebut mempunyai tiga tema, maka guru akan mempunyai tiga borang transit yang menempatkan tiga keputusan terakhir TP bagi setiap orang murid. Keputusan ketiga-tiga TP tersebut akan di’finalise’ menjadi satu TP tunggal (purata) sebelum di-key in ke dalam sistem IDme. Menurut guru RBT SK Pelindung, Wan Maysarah bt Wan Hussin, Penilaian PBD dilakukan berdasarkan projek yang dilaksanakan. Contohnya, dalam Unit 1 RBT Tahun 5, murid akan membuat artikel jahitan, kata beliau, jika murid berjaya menghasilkan artikel jahitan yang cantik dan kemas, murid tersebut wajar diberikan TP 6. Hasil artikel jahitan murid akan disimpan sebagai rekod dan bukti pelaksanaan PBD. Akan tetapi masalah timbul apabila murid tidak dapat menjawab ujian sumatif dengan baik yang membawa kepada keputusan yang tidak selari dengan keputusan PBD yang pada asalnya murid mendapat TP 6. Hasil temubual bersama guru penyelaras PBD SK Pelindung, Juniana bt Abd Karim, ia menimbulkan masalah kepada guru untuk menetapkan TP yang sesuai memandangkan murid boleh mendapat keputusan yang teruk pada ujian sumatif. Contohnya, pada hari pelaporan, ibu bapa akan mempersoal mengapa keputusan PBD anak mereka mendapat TP 5 dan untuk ujian sumatif mendapat TP 4. Ibu bapa akan mempersoal kredibiliti guru dalam memberikan penilaian yang tidak selari dan mungkin berlakunya berat sebelah. Kata beliau, guru tidak dapat menentukan keputusan ujian sumatif sendiri berikutan penggunaan sistem IDme yang telah menentukan keputusan akhir TP apabila guru memasukkan jumlah markah murid. b. Cabaran Guru melaksanakan PBD Dalam keadaan sekolah yang padat dengan aktiviti dan program, tumpuan guru kepada pelaksanaan penilaian berterusan kadangkalanya tergendala kerana terpaksa menunda kelas. Akibatnya, pembelajaran murid akan ketinggalan dan terpaksa dicepatkan sesi PdP supaya dapat mengejar tarikh key-in markah PBD. Guru SK Pelindung juga banyak mengadu bahawa penggunaan sistem IDme pada masa kemuncak menyukarkan guru untuk mengakses sistem tersebut. Hal ini kerana tiba tarikh guru untuk memasukkan markah murid, guru-guru se-Malaysia yang menggunakan sistem tersebut berpusu-pusu mengakses sistem tersebut. Implikasinya, pelayan sistem tersebut menjadi perlahan dan guru tidak dapat memasukkan markah murid sebaliknya perlu menunggu masa yang lama untuk memuat sistem tersebut. 6


5.2 ISU TIADA PERUNTUKAN UNTUK AKTIVITI KOKURIKULUM a. Pelaksanaan Ko-kurikulum Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Saiful Nizam bin Mohd Tahir, Aktiviti kokurikulum SK Pelindung bergantung sepenuhnya kepada sumber yang ada di sekolah, selebihnya bergantung kepada inisiatif guru mengeluarkan modal untuk menggerakkan aktiviti kokurikulum. Semasa saya melakukan pemerhatian terhadap aktiviti kelab STEM yang diadakan di bilik RBT, guru yang mengendalikan aktiviti tersebut menggunakan bahan projek lama yang kebanyakannya sudah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. GAMBAR 1 Aktiviti Membina Kereta Kawalan Jauh Semasa Hari Kokurikulum Kelab STEM SK Pelindung. Guru juga menghadapi masalah kekurangan bahan projek untuk mengadakan aktiviti kepada murid. Oleh itu, murid terpaksa berkongsi bahan dan ada murid yang tidak dapat merasai pengalaman membina projek tersebut. Kesannya, keberkesanan aktiviti ko-kurikulum ini tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Guru terpaksa mencari jalan untuk mengisi ruang yang ada dengan meminimumkan penggunaan bahan yang berkos tinggi. 7


6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 6.1 Kurikulum Langkah yang wajar diperkenalkan bagi menambah baik pengurusan PBD di sekolah termasuklah melaksanakan pemantapan skor PBD untuk satu-satu mata pelajaran terutamanya RBT. Penyelarasan dan keseragaman pemberian skor/tahap penguasaan kepada murid bertujuan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor yang diterima murid apabila dibentangkan pada hari pelaporan kelak. Guru perlu menilai murid dengan menggunakan pendekatan ujian bertulis pada penghujung pengajaran bagi menguji kefahaman dan ingatan murid sebelum ditukarkan kepada nilai TP. Oleh hal yang demikian, pemberian skor kepada murid mempunyai kesahan dan terdapat bukti pelaksanaan. Guru tidak lagi membuta tuli memberi skor kepada murid dengan melihat kepada pelaksanaan projek semata-mata. Dengan cara ini, murid dapat menguasai setiap topik yang membantu mereka menjawab ujian sumatif dengan baik. Bagi memastikan pemarkahan PBD dan ujian sumatif UASA selari, guru perlu sentiasa menyiapkan murid dengan pengajaran yang berkualiti menerusi setiap topik yang diajar. Kebanyakan murid hanya berminat untuk melaksanakan projek akan tetapi lemah ketika menjawab ujian bertulis. Inisiatif yang boleh diambil oleh guru adalah dengan melaksanakan ujian bertulis setiap kali tamat sesi PdP. Strateginya disini adalah untuk membiasakan murid dengan ujian bertulis agar mereka bersiap siaga dengan ujian sumatif UASA yang akan dilaksanakan pada akhir sesi persekolahan. Setiap ujian yang guru laksanakan boleh merangkumi topik-topik peperiksaan agar mereka memahami dan mengingati akan apa-apa yang mereka telah belajar. Oleh hal yang demikian, murid akan menjawab ujian sumatif dengan baik dan pemarkahan untuk UASA tidak akan berbeza berbanding pemarkahan PBD. 6.2 Kokurikulum Meneliti keadaan sekolah yang bergantung kepada sumber sedia ada sahaja, guru boleh mempelbagai aktiviti kokurikulum tidak hanya menggunakan bahan projek sahaja, bahkan boleh mencipta aktiviti yang menggunakan bahan berkos rendah seperti mencipta reka bentuk kereta menggunakan kadbod terpakai, membina jambatan menggunakan batang aiskrim atau kertas, membuat origami dan melukis. Aktiviti ini juga bergantung kepada jenis kelab atau persatuan yang mengendalikan aktiviti mengikut takwim ko-kurikulum sekolah. Dengan cara ini, semua murid yang 8


menyertai aktiviti kokurikulum ini dapat memanfaatkan sepenuhnya usaha yang dibawa guru. Guru juga boleh menyelitkan matlamat yang ingin dikecapi ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Oleh hal yang demikian, aktiviti kokurikulum akan lebih terarah dan bermakna untuk murid-murid. Menurut Othman (2016), pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum jika tiada kemudahan disediakan dan kualiti infrastruktur yang rendah dan tidak lengkap. Guru wajar menyediakan peralatan dan kelengkapan yang mencukupi bagi setiap aktiviti kokurikulum yang dianjurkan terutamanya dari segi sukan dan permainan. Kelengkapan yang mencukupi dapat menarik minat dan motivasi murid untuk terus melibatkan diri tanpa mensia-siakan masa kokurikulum. Sebagai contoh, kelab badminton boleh menyediakan alat sukan seperti raket dan bulu tangkis serta menyediakan gelanggang badminton secara kecil-kecilan dengan bajet yang rendah. Implikasinya, murid dapat bermain sambil mempelajari teknik dan peraturan badminton dengan panduan yang betul oleh guru. Usaha ini amat berkesan bagi sekolah yang tidak mempunyai gelanggan dan hanya bergantung kepada padang sekolah semata-mata. 9


7.0 RUMUSAN Kajian ini menunjukkan keperluan untuk terus meningkatkan amalan pengurusan penilaian murid dan merancang aktiviti kokurikulum yang bermakna untuk memastikan pembangunan holistik murid. Dalam konteks pengurusan pentaksiran murid, penggunaan instrumen pentaksiran yang sesuai dengan tahap murid perlu dititikberatkan disamping memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor yang diberikan kepada murid tepat dan sesuai. Manakala dalam bidang kokurikulum, pelaksanaan aktiviti secara optimum menggunakan sumber sedia ada menunjukkan tahap kreativiti guru yang tinggi. Guru yang bijak mengolah sumber bagi kegunaan aktiviti dapat membantu memberi impak dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Bagi memastikan keberkesanan proses ini, pihak sekolah wajar memainkan peranan dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam membincangkan cadangan dan penambahbaikan ini agar dapat mendorong guru untuk lebih bersemangat dan berdaya kreatif dalam mendidik murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan yang berterusan dan penambahbaikan berterusan dalam aspek pengurusan pentaksiran dan aktiviti kokurikulum adalah penting untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang berkesan bagi murid. 10


RUJUKAN Arumugham, K. S. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid: Pengukuran Tahap Perkembangan Pembelajaran Murid dalam. . . ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/341001150_Pentaksiran_Bilik_Darjah_dan_ Kemenjadian_Murid_Pengukuran_Tahap_Perkembangan_Pembelajaran_Murid_dala m_Mata_Pelajaran_Bahasa_Melayu Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (2nd ed.). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Othman, R., & Jasni, N. F. A. (2016). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 91–100. Retrieved from https://app.mypolycc.edu.my/journal/index.php/PMJSSH/article/view/123 Shafiee, M. S. (2023). Satu kajian literatur sistematik tentang pentaksiran bilik darjah dan cabarannya. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/374368630_Satu_Kajian_Literatur_Sistema tik_Tentang_Pentaksiran_Bilik_Darjah_Dan_Cabarannya Yuh, T. J., & Kenayathulla, H. B. (2020). Pentaksiran bilik darjah dan prestasi murid sekolah jenis kebangsaan cina di Hulu Langat, Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 70-90. 11


LAMPIRAN LAMPIRAN A - TEMUBUAL 12


LAMPIRAN A1 - TEMUBUAL 13


LAMPIRAN A2 - TEMUBUAL 14


LAMPIRAN A3 - TEMUBUAL 15


LAMPIRAN A4 - TEMUBUAL 16


LAMPIRAN A5 - TEMUBUAL 17


LAMPIRAN A6 - TEMUBUAL 18


LAMPIRAN B - PEMERHATIAN Meneliti guru melaksanakan pentaksiran menggunakan Quizziz di bilik komputer. Meneliti guru menyemak tugasan murid semasa PdP. Mengikuti guru RBT dalam sesi PdP. Membantu guru melaksanakan pentaksiran SEGAK. Melihat pelaksanaan aktiviti kokurikulum Kelab Pendidikan Muzium. Melihat pelaksanaan aktiviti kokurikulum Kelab STEM. Melihat pelaksanaan aktiviti kokurikulum kelab Rukun Negara. Mengikuti guru dalam sesi PdP. Melihat pelaksanaan aktiviti kokurikulum sukan badminton. 19


LAMPIRAN B - RUJUKAN 20


LAMPIRAN B1 - RUJUKAN 21


LAMPIRAN B2 - RUJUKAN 22


LAMPIRAN C - LAIN-LAIN Menemu bual Ust Mohd Norhisyam Ali Zinal Menemu bual Cikgu Wan Maysarah bt Wan Hussin. Menemu bual Cikgu Ileas bin Ibrahim. Menemu bual Cikgu Saiful Nizam bin Mohd Tahir. 23


24 Menemu bual adik Muhammad Fateh, murid Tahun 4. Menemu bual adik Adam Mikail, murid Tahun 6. Menemubual Cikgu Juniana bt Abd Karim. Bergambar pada hari terakhir Program Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (PBS 2) untuk PISMP ambilan Jun 21/26.


JADUAL KERJA Carta Gantt PeraBil Aktiviti MINGGU 1 10/6 11/6 12/6 13/6 14/61 Membuat draf kajian dan menentukan objektif kajian 2 Melawat kawasan kajian dan mengenali latar belakang kawasan. 3 Menentukan kaedah kajian yang sesuai 4 Meneroka permasalahan 5 Menemu bual responden 6 Mencari bahan rujukan tambahan


ancangan Kajian MINGGU 2 6 15/6 16/6 17/6 18/6 19/6 20/6 21/6 22/6 23/6 25


7 Membuat pemerhatian sesi PdP 8 Mengumpul dan membuat semakan data 9 Mengenalpasti penambahbaikkan yang dapat dilaksanakan 10 Menganalisis data dan dapatan 11 Merekod dapatan kajian ke dalam laporan 12 Membuat rumusan kajian


26


Click to View FlipBook Version