UNIT 1 PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Hasil Pembelajaran Unit
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Mendefinisikan konsep asas psikologi dan psikologi
pendidikan.
2. Menjelaskan tujuan psikologi pendidikan.
3. Menghuraikan implikasi psikologi pendidikan kepada guru.
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep
psikologi pendidikan, tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi
pendidikan kepada guru. Modul ini membincangakan kepentingan psikologi
dan psikologi pendidikan terutama sekali yang berkaitan dengan profesion
perguruan. Pengetahuan ini membolehkan mereka yang berkecimpung dalam
bidang pendidikan memahami dengan lebih baik profesion ini, seterusnya
dapat menghasilkan keputusan yang lebih lebih berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Psikologi dan
Psikologi
Pendidikan
Konsep Asas Konsep Psikologi Tujuan Psikologi Implikasi Psikologi
Psikologi Pendidikan Pendidikan Pendidikan
Kepada Guru
1
Pengenalan
Tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga bermatlamat membangunkan
anak-anak secara menyeluruh, merangkumidimensi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejajar
dengan kehendak Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid
secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang baharu (2013-2025).
Konsep Asas Psikologi
Istilah psikologi berasas gabungan dua perkataan Greek iaitu psyche dan logos.
Perkataan ‘psyche’ bermaksud „jiwa‟ manakala perkataan ‘logos’ bermaksud
„kajian mengenai sesuatu‟. Jadi perkataan psikologi boleh diertikan sebagai suatu
kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk
kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, psikologi didefinisikan sebagai,
"Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan
perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau
sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”
Merujuk kepada Cambridge International Dictionary of English pula, psikologi
didefinisikan sebagai,
"Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkaji pemikiran manusia
bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkahlaku atau
mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku.”
Maka, secara keseluruhan, psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji
secara saintifik prinsip-prinsip asas mengenai pembelajaran dan tingkah laku
manusia dan haiwan khususnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,
kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan
persekitaran sosial. Oleh itu, dengan mempelajari psikologi seseorang itu akan
menjadi manusia yang lebih baik dan juga dapat memahami manusia lain dengan
lebih tepat. Psikologi merupakan proses perkembangan potensi dan kemahiran
2
individu dalam bidang-bidang tertentu, berkaitan pembentukan dan perkembangan
ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut beberapa tokoh,
psikologi adalah:
Hamka • proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik,
Plato sikap berani serta budi pekerti mulia.
John Dewey
• suatu proses membentuk individu yang berakhlak
mulia
• proses perkembangan individu supaya hidup lebih
berguna dan selamat.
Socrate • latihan moral kewargenegaraan yang baik
s
Mohammad Syed Qutb • proses membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang, mengembangkan potensi ke tahap
Al-Ghazali kesempurnaan (JERIS).
• proses pendidikan merangkumi aspek intelek, latihan
jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani
danhormat-menghormati.
Konsep Psikologi Pendidikan
Psikologi pendidikan merujuk pada pelaksanaan ilmu psikologi dalam dunia
pendidikan. Menurut Penguin Dictionary of Psychology (2001), psikologi
pendidikan merupakan sub disiplin psikologi berkenaan teori dan masalah dalam
pendidikan. Dalam konteks pendidikan sekolah, psikologi pendidikan boleh
ditafsirkan sebagai kajian tentang aspek psikologi merangkumi pembangunan
potensi individu, personaliti, prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, termasuk pengurusan kelas, keperluan dan motivasi, penilaian,
bimbingan dan kaunseling, penyelidikan pendidikan dan perkara-perkara
pendidikan lain (Mok Soon Sang, 2006).
3
Tujuan Psikologi Pendidikan Kepada Guru
Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami (memerihal dan
menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal
tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian
masalah pelajar seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku
yang negative boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara
menggalakkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru
Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan
psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka
guru-guru akan menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan
pelajar-pelajar mereka. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah banyak
memberi kepentingan kepada seseorang guru. Antara implikasi atau
kepentingannya ialah:
Guru mempunyai pengetahuan asas tentang konsep, ciri, matlamat, fungsi,
metodologi dan kandungan psikologi pendidikan
Guru dapat menentukan objektif pengajaran yang berkesan
Guru mampu mengikuti garis panduan dalam menentukan strategi yang
sesuai untuk merancang set induksi
Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar dengan betul semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi pengajaran yang
digunakan
Guru dapat memahami kepentingan perbezaan individu dan hubungannya
dengan pengajaran individu dan kumpulan, serta aktiviti pengayaan dan
pemulihan
4
Guru dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif serta pengurusan kelas
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
Guru dapat mengaplikasikan teori pengajaran dan kaedah pengajaran untuk
mencapai objektif pengajaran
Guru dapat memilih dan menggunakan teknik penilaian yang sesuai dan
berkesan untuk mencapai objektif pengajaran, set induksi, serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan bilik darjah yang sebenar.
Guru mampu menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani masalah
pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar
Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini telah memperkenalkan bidang psikologi dan
psikologi pendidikan. Sejarah perkembangan bidang ini turut dibincangkan dari
zaman Greek Purba sehingga kini. Beberapa pendekatan penting dalam psikologi
seterusnya diperkenalkan. Akhir sekali, kepentingan bidang kepada pendidik turut
dibincangkan.
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media
Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih
lanjut sejarah psikologi
https://en.wikipedia.org/wiki/Educational_psychology
5
Tujuan Psikologi Pengalaman
PendidikanAktiviti
Lengkapkan rajah di bawah tentang tujuan psikologi pendidikan kepada guru.
Refleksi:
Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang
guru, bincangkan bersama rakan-rakan anda darjah
implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah.
6
7