The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH BENAR BUKA MATA BUKA HATI

SUMBER : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/06/29/perbualan-guru-pakcik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by awien_nazwien, 2020-11-18 02:10:09

KISAH BENAR BUKA MATA BUKA HATI

KISAH BENAR BUKA MATA BUKA HATI

SUMBER : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/06/29/perbualan-guru-pakcik

BBukuakMaHaatati"

"MAK AYAH BUKAN
NERAKA, MEREKA KUNCI
SYURGA" - GURU KONGSI
KISAH BENAR LUAHAN

BAPA 'MAKAN HATI'
DENGAN ANAK-ANAK BUAT

RAMAI TERSENTAK!

#UBKSMKPELINDUNG
#ANDABUATANDADAPAT
#INSIPIRASIMURIDCEMERLANG

Sambil Mencari Bahan
Cikgu terjumpa artikel ni.
Bila baca banyak iktibar
yang kita boleh peroleh

JOM SAMA-SAMA KITA HAYATI

Sebagai seorang anak pasti ramai daripada
kita yang tidak pernah terlepas daripada
melakukan kesilapan terhadap ibu bapa,

sama ada secara sedar atau pun tidak
sengaja.Ini termasuklah menjaga adab ketika

berbicara dengan mereka sehingga ada
segelintir yang gemar bercakap kasar dan
mengguris perasaan serta hati kedua orang tua
yang disayangi.Perkongsian perbualan Wan
Adli Wan Muhammad dengan seorang warga
emas cukup menyentak hati sehingga ia tular

di Facebook.

Cerita Wan Adli, dia pada awalnya berbual
kosong dengan pakcik tersebut ketika

menemani isterinya mendapatkan pemeriksaan
di sebuah klinik apabila datang seorang

pemuda bercakap dengan nada kasar dengan
bapanya yang duduk berhampiran mereka.

Pemuda itu kurang senang kerana bapanya
tidak dengar namanya sudah beberapa kali

dipanggil untuk masuk ke bilik doktor

."Suara dia taklah kuat tapi kami boleh
dengar. Terkedu kami jadinya. Bangunlah
pakcik tu perlahan-lahan sambil jalan pun
terketar-ketar, ketika itu anak dia dah jalan

laju ke depan," katanya.

Namun kata Wan Adli, kejadian itu telah membuatkan
pakcik yang duduk disebelahnya membuka cerita

yang cukup menyentuh hati, namun pada masa sama
memberi pengajaran cukup besar.

"Inilah bala yang kita sedang hadapi, diberi tontonan
percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang

tua dan benda begini dah biasa, selalu sangat kita
tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang

tu"," kata pakcik itu cerita Wan Adli..

Buat Wan Adli lebih tersentuh apabila warga emas itu
bertanya jika masih ada ibu bapa yang berani menegur

sikap biadap anak-anak mereka walaupun telah
dewasa.

"Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur
anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai
boleh bagi tahu saja, suruh cakap baik-baik dengan
orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan

mereka," kata pakcik itu lagi.

Cerita pakcik itu lagi kata Wan Adli, dia sendiri
pernah mempunyai sejarah serupa apabila anak-
anaknya sendiri bercakap kasar dengan isterinya

kerana hal remeh temeh.

Kata pakcik itu, situasi itu lama-kelamaan menjadi
tabiat dan semua anak-anak bercakap kasar terhadap

isteri dan dirinya walaupun tidak selalu berlaku.

"Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati, duduk
rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke
isteri, isteri mengadu ke saya, habis begitu.

"Sehinggalah satu hari, anak nombor dua marah ke
maknya hanya kerana lauk dah siap masak tetapi

terlupa memetik suis periuk nasi.

"Masa itu pakcik okey lagi tapi bila yang lain mula
menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau

guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah
tegur. Baru mereka tahu," cerita pakcik itu lagi

kepada Wan Adli.

Tidak tahan dengan keadaan itu, Wan Adli berkata,
pakcik itu meminta semua anak-anaknya yang pulang

ke kampung untuk balik ke rumah masing-masing
dan jangan kembali sekiranya hanya mahu menyakiti

hati ibu bapa.

""Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak
rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak
kereta untuk datang ke sini. Cukuplah tengok gambar
kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati

dengan apa yang kau orang dah buat.

"Masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami,
mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya

banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa
nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak
diamkan sahaja.

"Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya.
Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-
anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat
kat aki dan wan ni, tengok dia orang terasa ke tak,"
ceritanya lagi

Bagaimanapun kata Wan Adli, hati seorang ibu tetap
ingin mempertahankan anak-anaknya dan tetap

meminta pakcik berkenaan bersabar kerana kejadian
itu hanya perkara kecil.

"Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak
semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia

nak makan dengan anak-anak.

"Dia simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa.
Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-

anak.

"Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah?
Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini?

Kalau ada, pergi balik sekarang!,"
kata pakcik itu lagi cerita Wan Adli.

Bagaimanapun kata Wan Adli, tindakan pakcik itu
memarahi anak-anaknya telah menyedarkan mereka

apabila semuanya memohon maaf selain hubungan
mereka lebih akrab.

"Alhamdulillah, semua okey. Tak ada dah yang
cakap kasarnya, semua cakap elok dah. Layan kami
pun cukup bagus dan paling tak disangka, boleh kata

tiap-tiap minggu ada yang balik ke kampung.
Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu, ada sahaja
periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama sendiri

buat jadual siapa kena balik," kata pakcik itu.

Cerita Wan Adli lagi, pakcik itu turut meninggalkan
pesan agar tidak bercakap kasar dengan orang tua
dan sentiasa menjaga hati dan perasaan mreka.

"Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang.
Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar,
langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah
semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda.

"Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur
macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau
ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang,
bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak

balik."

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan
neraka. Mereka tu kunci syurga," kata pakcik itu

mengakhiri perbualan.

sekian
perkongsian

kali ini!

Jumpa Lagi

FACEBOOK PAGE :
UBK SMK PELINDUNG

INSTAGRAM :
@UBKSMKPELINDUNG


Click to View FlipBook Version