Jom Kenal Tanaman Herba
Nama Botani : Tradescantia
Spathacea Dwarf (ADAM
HAWA / NANAS KERANG)
Pokok hiasan yg cantik. Sesuai untuk dibuat lanskap. Dalam
perubatan China ia diketahui sebagai tumbuhan yang ada rasa manis dan
sejuk. Ia baik untuk mengubati radang, memelihara peparu, bertindak sebagai
antibatuk, dapat mencairkan kahak, anti diarrhea dan membersihkan
darah. Khasiat tumbuhan ini terdapt pada daun dan bunga samada digunakan
segar atau setelah dikeringkan. Untuk radang peparu, batuk berkahak, flu dan
cirit birit ambil 20-30 kuntum bunga, rabus dan minum airnya.
Bagi mengubat muntah darah dan radang peparu jenis akut, ambil
10 helai daun dan 30 kuntum bunga segar, rabus dengan gula batu dan minum
airnya. Untuk penyakit berak darah ambil 15 helai daun dan 50 kuntum bunga
yang telah dikeringkan dan campurkan dengan gula melaka. Minum air
rebusan yang telah ditapis dan disejukkan. Namun begitu wanita hamil
dilarang menggunakan herba ini kerana ditakuti akan menjejaskan bayi dalam
kandungan
1