Jom Kenal Tanaman Herba
Nama Botani : Cyrostachys
renda (PINANG MERAH)
Ia sejenis palma yang berumpun di
mana dari rupa luarannya sahaja
memudahkan anda
mengenalinya. Pinang Merah atau
nama saintifiknya Cyrtostachys
renda juga dikenali dengan dengan
nama Sealing wax palm. Batang pokok
ini dibaluti upih pelepah daun
berwarna merah yang mempunyai
silara yang daun yang menghala ke
atas. Oleh kerana upih daunnya yang
berwarna merah, ia juga dikenali
dengan nama Lipstick Palm di
sesetengah negara.
Kebiasaanya pembiakan pokok ini
menggunakan biji benih dan
mengambil masa sehingga 2 bulan
atau lebih untuk bercambah. Selain
itu, ia juga boleh dibiakkan
menggunakan sulur
(suckers). Pertumbuhannya juga
dikatakan lambat dan mampu
mencapai ketinggiannya sehingga 10
meter tinggi. Daripada rujukan,
terdapat institusi yang menjalankan
kajian pembiakan menggunakan tisu
kultur. Walau bagaimanapun, saya
tidak pasti bagaimana
perkembangannya
1