ELEMEN MEMBERI DAN MENERIMA DARI TAMADUN LAIN DALAM TAMADUN ISLAM BUKU DIGITAL IIX1004
NUR IRDINA U2100329 DISEDIAKAN OLEH : DISEDIAKAN OLEH : NURUL IMAN FATIN NAJWA NURUL SYAZLIANA UMMI FARISYA FARAH ASYIKIN U2100293 U2102403 U2100190 U2102398 U2100336
PENGENALAN KEPADA TAMADUN ISLAM Menurut Kamus Dewan Bahasa, tamadun bererti kemajuan, kebudayaan dan peradaban. Tamadun dari segi bahasa bererti kemajuan atau civilization. Dalam bahasa Inggeris, ia bererti civilized iaitu memperbaiki tingkah laku yang kasar dan kurang sopan . Jika diperhatikan dari sudut bahasa Arab pula, konteks tamadun sering dirujuk dan dikaitkan dengan istilah seperti madaniah, hadharah dan tamadun itu sendiri yang diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan Bahasa Melayu. Tamadun Islam yang dijelaskan oleh Ahmad Tarmizi Talib (1997) adalah merangkumi peradaban, kemajuan, kebudayaan dan sopan santun . Untuk mencapai satu etika tamadun, tamadun tersebut perlulah terdiri daripada masyarakat yang bermoral. ASAS PEMBANGUNAN KEROHANIAN UMAT ISLAM ASAS AKHLAK ASAS KEIMANAN ASAS SYARIAH ASAS 'UBUDIYYAH
2) As-Sunnah - juga disebut sebagai al-Hadith. Dari segi bahasa : ia bermaksud perjalanan baik atau buruk. Menurut istilah ahli Sunnah wal Jamaah : segala perkara yang disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui percakapan, perbuatan, akhlak dan peribadi Baginda. Sunnah terbahagi kepada 3 : 1) al-Ijtihad - Para cendekiawan Islam menggunakan kepakaran mereka untuk menyumbang segala ilmu, idea serta perbincangan penentuan strategi, penyelesaian masalah serta penentuan hukumhakam dalam isu semasa yang dihadapi. 1) Al-Quran - kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia secara mutawatir selama 23 tahun. Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan hidup dan akan berkekalan selamanya. SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM SUMBER WAHYU SUMBER SEKUNDER QAULIYYAH FI'LIYYAH TAQRIRIYYAH 2) Tamadun lain - Kemajuan Islam juga mengambil kira akan sumbangan-sumbangan dari tamadun lain. Islam menerima secara terbuka setiap asas dan prinsip selagi tidak menyalahi dan bertentangan dengan syiar Islam itu sendiri. Hasil kajian mendapati bahawa tamadun ini adalah tamadun terbaik kerana mampu mencipta karya-karya, peralatan dan prinsip-prinsip yang lebih baik dari tamadun sebelumnya.
Seperti yang kita tahu, Syariah merupakan ketetapan dan aturan dari Allah SWT yang mempunyai keistimewaannya tersendiri bagi mengatur kehidupan manusia atas prinsip Amar Ma’ruf Nahi Munkar bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia mahupun di akhirat. Tidak dinafikan juga bahawa Syariah adalah kunci peningkatan perkembangan pesat serta kemajuan Tamadun Islam ke seluruh pelosok dunia selari dengan peredaran zaman. Dengan adanya manifestasi Syariah atau Maqasid Syariah ,maka maslahah negara akan terjamin sekaligus mencegah mafsadah ke atas manusia dan sekalian alam. MANIFESTASI SYARIAH DALAM TAMADUN ISLAM Dasar utama Tamadun Islam adalah penting demi memperbaiki serta memelihara hak asasi setiap manusia. Dasar utama ini juga adalah untuk mendorong manusia supaya dapat menjalani kehidupan sosial dengan lebih harmoni, adil dan sejahtera serta memelihara masyarakat daripada berpecah-belah dan persengketaan . Dasar-dasar utama yang juga dipanggil sebagai Maqasid Syariah ada lima iaitu Pemeliharaan Agama, Pemeliharaan Nyawa, Pemeliharaan Akal, Pemeliharaan Keturunan atau Kehormatan, dan Pemeliharaan Harta.
1) Menjaga Agama (Hifz ad-Din) iaitu memelihara kesucian agama Islam dan akidah seorang muslim daripada perbuatan seperti syirik, riddah,khurafat dan seumpamanya serta mengelakkan segala perkara yang boleh membuatkan seseorang tergelincir akidahnya secara tersembunyi (خفي (mahupun terbuka (جلي .(Seseorang muslim itu juga perlu meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas melebihi yang lain. 2) Menjaga Nyawa (Hifz al-Nafs) iaitu memelihara maruah dan nyawa diri daripada dicerobohi (seperti membunuh atau dicederakan atau mencederakan ) serta memastikan tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan diri dan orang lain. 3) Menjaga Akal (Hifz al-’Aqal) iaitu melindungi akal manusia daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya.Memelihara akal juga dilihat bagaimana cara manusia untuk sentiasa menghidupkan akal dengan cara membaca, berfikir dan sebagainya. 4) Menjaga Keturunan (Hifz alNas) iaitu menjauhi perbuatan yang boleh merosakkan keturunan manusia seperti zina, liwat, LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender) dan sebagainya.Islam telah mensyariatkan perkahwinan yang menjadi laluan utama dalam menjaga keturunan manusia yang sempurna dan sah taraf. 5) Menjaga Harta (Hifz al-Mal) iaitu melindungi harta benda daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya seperti judi, loteri dan lain-lain serta memanfaatkannya ke arah kebaikan atau di jalan Allah swt. 5 MAQASID SYARIAH DALAM TAMADUN ISLAM
10 a) Perundangan Dalam masa 15 tahun selepas kewafatan Rasulullah pada 10 Hijrah (631 M),Umat islam telah menguasai 3 buah benua. Iaitu merentas daripada sepanyol ke China melalui Afrika Utara. Manakala, pada tahun 21 Hijrah (732 M) kekuasaan orang islam telah menjangkau sampai ke Perancis di sebelah Barat dan Sungai Indus (Benua kecil India) serta Asia Tengah di sebelah Timur. 15 tahun kemudiannya, umat islam berpecah kepada beberapa kelompok besar yang memiliki sistem perundangan seperti syi’ah, sunni dan Khawarij. Kelompok ini terus berpecah dan tidak pernah bersatu sehingga kini. Pada zaman pemerintahan dinasti ‘Abbasiyyah Pertumbuhan Mazhab Fiqh Pada zaman pemerintahan dinasti Umayyah Zaman pertentangan antara aliran ahli hadis
ZamanPemerintahandinastiUmayyah Para Khalifah meminta para ulama memutuskan hukum terhadap pelbagai persoalan semasa. (40-129 H/661-750 M) Mengamalkan sistem beraja mutlak (absolute monarchy) yang bertentangan dengan prinsip undang-undang perlembagaan islam. Memulakan penyelidikan di bidang hukum dan undang2 dengan mencipta teori perundangan secara sistematik) (132-750H/641-1258 M) Abu Hanifah an- Nu’man b. Thabit (M150 H/767 M ) Abd al Rahman b. Amr Al awza’i (M 159 H/774 M), Sufyan b. Sa’id ath -Thawri (M161 H/778 M), Muhammad b. Al - Hasan asy Syaybani (M 189 H/805 M) dan Ahmad b. Hanbal (M 241 H/ 855 M) Al-imam Abu Ja’far Muhammad al-Baqir (M 114-120H/ 731-37) dan anaknya alimam Abdullah Ja’far as-Sadiq (M148 H/765 M) 1. 2. Perkembangan sains fiqh islam (132-750 H/ 641-1258 M) 3. Memperkenalkan kaedah Ilmu usul al-Fiqh (ilmu prinsip undang-undang) Zaman Penentangan antara aliran ahli hadis falsafah greek dan sanskrit telah mempengaruhi pemikiran perundangan persendirian. Lahir seorang ulama’ Abdulah Muhammad b. Idris asy-Syafi’ie pada 150 Hijrah (767 M) Berpegang pada format mazhab makkah-madinah-yaman. Selepas berada di Iraq, mula menerima rasional mazhab iraq. asas - asas perundangan mazhab syafi’ie telah dijelaskan di dalam karya-karyanya iaitu kitab al Umm dan ar-Risalah. Ar-risalah diterangkan mengenai prinsip pengambilan dan pembentukan hukum berdasarkan alquran ,al-hadith,alqiyas,al-ijma’. Zaman pemerintahan dinasti ‘Abbasiyyah
KEDUDUKAN YANG STRATEGIK AKTIVITI PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN Rasulullah dikenali sebagai seorang pedagang semenjak usianya kecil lagi, seawal usia 12 tahun baginda telah mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib ke Syria bagi urusan perdagangan. Dua kunci utama kepada pembangunan ekonomi negara adalah pengeluaran dan perdagangan. Allah mengurniakan negara-negara umat Islam dengan kekayaan hasil bumi. Sumber mineral seperti minyak, gas, emas dan uranium yang lumayan. Tanah yang subur untuk dibangunkan serta iklim yang baik. Kedudukan yang strategik iaitu terdapat dua laluan utama untuk pedagang Arab mengeksploitasi perdagangan di Asia iaitu melalui jalan laut iaitu Laut Merah manakala laluan kedua melalui Iraq dan Syria iaitu jalan yang menempuh daratan, sungai dan juga lautan di mana laluan ini akan terus keluar ke Teluk Parsi. Faktor Aktiviti Perdagangan
Pedagang dari Tanah Arab, China, dan India telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara. Sambil menyinggah di pelabuhan, pedagang Islam menjalankan dakwah Islamiah. Pedagang Islam juga menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang agama Islam. SIKAP PEDAGANG ISLAM PERANAN PEDAGANG Sumber dan kekayaan alam yang diterokai dan diperolehi haruslah dimanfaatkan. Pelbagai hasil bumi yang diperolehi oleh pedagangpedagang demi mencari sumber kekayaan dan hasil kepada diri dan negara mereka. Pedagang bertanggungjawab merantau dunia melalui jalanjalan perairan bagi memastikan sistem ekonomi negara akan terus maju serta memastikan agar kehidupan dapat diteruskan. TUJUAN Masyarakat tempatan tertarik dengan sikap dan tingkah laku pedagang Islam yang mulia dan murni. Pedagang-pedagang Islam juga menunjukkan sifat mahmudah, iaitu sifat terpuji seperti bersopan-santun, ikhlas, dan lemah-lembut ketika menjalankan aktiviti perdagangan.
PENEROKAAN DAN PENYEBARAN ILMU Aktiviti penerokaan dalam tamadun Islam merupakan satu faktor peningkatan ekonomi serta penyebaran ilmu yang meluas serta perkembangan intelektual masyarakat tamadun ini. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat menyebarkan ilmu dan agama Islam secara meluas ke merata tempat. Kedatangan agama Islam di Mesir menyebabkan banyak karya-karya Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab . Bidang perubatan, astronomi dan matematik tamadun Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi perkembangan Intelektual Islam.
• Jizyah -Cukai ini dikenakan kepada orang kafir yang tinggal di bawah pemerintahan Islam. -Mereka telah mengaku taat setia dan diberi perlindungan di bawah negara Islam. -Cukai ini dikutip bukan sebagai denda namun untuk menjamin hak orang kafir zimmi yang taat kepada pemerintahan Islam. -Antara hak yang dijamin adalah jaminan keselamatan,nyawa,diri dan ahli keluarga mereka. SISTEM KUTIPAN CUKAI • Zakat -Zakat termasuk dalam rukun Islam yang lima. -Tujuan zakat dikutip adalah untuk mewujudkan keadilan sosial dalam kalangan rakyat. -Setiap muslim wajib membayar zakat kecuali 8 golongan asnaf. -Zakat ini juga telah menjadi teras kepada sistem ekonomi Islam. • Kharaj ( Cukai Tanah) -Cukai ini pula dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah di bawah naungan kerajaan Islam. -Sebelum ini tanah-tanah yang telah diperolehi dalam peperangan telah dibahagi kepada tentera-tentera yang terlibat dalam peperangan. -Namun,pada zaman Umar alKhattab beliau telah mengubah agar dapat memberi keadilan kepada kesemua ummat.
SISTEM POLITIK • Masjid telah dibina di Madinah -Setelah Nabi Muhammad sampai ke Madinah dalam hijrahnya, Baginda memulakan langkah awal dalam merangka strategi politiknya dengan membina masjid. -Masjid yang pertama dibina oleh Baginda SAW adalah di Quba’. -Masjid yang telah dibina oleh Baginda berfungsi sebagai pusat ibadat,pusat dakwah,institusi pendidikan dan banyak lagi. -Masjid ini juga dapat menyatukan dan mengerakkan pembangunan masyarakat Islam dalam membina sistem politik yang kuat. • Golongan Muhajirin dan Ansar telah dipersaudarakan. -Umat Islam yang terdapat di Madinah mempunyai dua kelompok besar iaitu Muhajirin dan Ansar. -Kaum Muhajirin ini berhijrah daripada Makkah meninggalkan keluarga,rumah dan harta benda semata-semata demi mengikut kehendak agama dan akidah. -Rasullah SAW telah mengambil inisiatif ini untuk merapatkan kedua-kedua kaum ini dengan mempersaudarakan mereka. -Hasil daripada persaudaraan ini, kedua-kedua kaum dapat memupuk sifat kerjasama,tolong-menolong di samping dapat memperkuatkan ukhuwah Islamiyyah di negara itu. • Satu Ikatan Perjanjian telah dibentuk. -Ikatan perjanjian ini meliputi penduduk di Madinah pada ketika iaitu kaum Yahudi dari Bani Quraizah,Nadhir dan Qainuqa'. -Perjanjian ini telah dibentuk untuk memberi kefahaman tentang pentingnya adil walaupun dengan orang yang berlainan agama. -Maka, telah terbentuknya Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah dunia. • Pelaksanaan Syura -Islam menggalakkan pelaksanakan syura dalam melahirkan masyarakat yang membangun,maju,stabil dan adil. -Rasullah SAW juga telah diperintahkan oleh Allah agar melaksanakan syura dalam hal ehwal pentadbiran dan masyarakat Islam. Pelaksanaan ini amat penting supaya dapat memberi contoh kepada generasi akan datang dalam urusan kepimpinan ummah. -Oleh sebab itu,dalam pentadbiran negara di Madinah, Rasulullah telah membentuk satu majlis mesyuarat yang terdiri daripada 14 orang sahabat yang terpilih yang mempunyai sifat yang kuat,bijak,gigih menjalankan dakwah Islamiyyah.
KETERBUKAAN KEPADA TAMADUN LAIN Penterjemahan karya Yunani kepada Bahasa Arab. -Pada abad kesembilan dan kesepuluh masihi, aktiviti penterjemahan telah mencapai kemuncaknya. -Kota Baghdad telah menjadi pusat penterjemahan yang terkenal dan telah menjadi pusat ilmu dunia di bawah pemerintahan Abbasiah. -“Bait al-Hikmah” telah ditubuhkan oleh khalifah Al-Makmun kerana tertarik dengan tulisantulisan Yunani. -Beliau telah melantik penterjemah untuk menterjemah tulisan-tulisan Yunani kepada Bahasa Arab.Mereka adalah Hunanyn Ibn Ishaq dan Thabit Ibn Qurrah -Kesemua buku Yunani telah diterjemahkan kepada dalam Bahasa Arab khususnya dalam bidang perubatan,falsafah,perubatan,ketenteraan dan banyak lagi PENTERJEMAHAN DI MESIR PADA ABAD KE-19 -Penterjemahan ini tidak lagi menggunakan Bahasa Yunani namun menggunakan Bahasa Perancis,Inggeris dan sebagainya. -Muhammad Ali telah menjadi penterjemah terkenal pada zaman ini. Terdapat juga penterjemah yang lain seperti Al-Tahtawi dan banyak lagi.
SUMBER TAMADUN: Tamadun Islam: Tamadun Lain: Sumber Utama - Al-Quran dan Assunnah. Sumber Lain - Ijtihad, Ijma ’ dan tamadun-tamadun lain. Logik akal dan cenderung kepada kepercayaan samawi serta kebendaan yang boleh dilihat oleh pancaindera . KEDUDUKAN AGAMA: Tamadun Islam: Tamadun Lain: Menjaga agama Islam sebagai agama yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Melihat agama seperti budaya serta kebudayaan mereka sentiasa berlaku perubahan. PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN
SISTEM TULISAN: Tamadun Islam: Tamadun Lain: Sistem tulisan dapat mempercepatkan proses penyebaran Islam sekaligus memberi impak kepada perubahan dalam semua aspek kehidupan manusia. Tujuan sistem tulisan dicipta adalah untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia. AGAMA & KEPERCAYAAN: Tamadun Islam: Tamadun Lain: Aqidah yang kuat dan benar dengan mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Politeisme yang mempercayai banyak tuhan serta unsur alam disembah bagi mengelak bencana. ORGANISASI SOSIAL Tamadun Islam: Tamadun Lain: Islam mengajar umatnya agar sentiasa berlaku adil dalam setiap perkara serta saling membantu dalam bermasyarakat kerana Islam sangat menitikberatkan persamaan taraf sesama manusia. Organisasi sosial wujud adalah hanya untuk memenuhi keperluan hidup. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain untuk meningkatkan kedudukan budaya semata-mata. Hidup mereka tidak mementingkan aspek kerohanian.
KESIMPULAN Setiap tamadun mempunyai peranan, tujuan, ciri-ciri serta keistimewaan tersendiri dalam mengembangkan tamadun. Sikap memberi dan menerima dari Tamadun Islam dengan Tamadun lain dapat mendatangkan pengaruh yang baik dan positif untuk menggerakkan dunia ke tahap yang lebih tinggi serta dapat memberi kefahaman yang lebih lagi tentang ketamadunan. Akhir Kalam, kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun pasti mempunyai alasan tersendiri. Sebagai generasi masa kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil pengajaran dan teladan daripada pengalaman silam demi menjaga tamadun negara dan agama.
rujukan Faezi, K., Ermy, M., Rozali, A., Mahzir, K., & Rozali, E. (2020). [ANALYSIS OF ECONOMIC RESOURCES IN THE ERA OF THE REIGN OF RASULULLAH SAW IN MEDINA] ANALISIS SUMBER EKONOMI PADA ERA PEMERINTAHAN RASULULLAH SAW DI MADINAH. Muhamat Kawangit, Razaleigh. (2014). PELAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM ZAMAN RASULULLAH. Perdagangan, A, Arab-Parsi, P, Tanah, S, Berdasarkan, M, Asing, S, Arkeologi, D, Ramli, Z, Nik, amp;, Shuhaimi, H., & Rahman Abstrak, N. (2009). International Journal of the Malay World and Civilisation, 27(2), 147–165. (Prof. Madya Dr. Abdullah Alwi Haji Hasan, “Pengajian Undang - Undang Dalam Sejarah Pembinaan Ilmu-Ilmu Islam ”)
Terima Kasih