The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94004028, 2021-09-18 22:48:45

pdpr 19 september

pdpr 19 september

9.1 Sistem dan
Struktur Bumi

Sistem Bumi

 Sistem Bumi terdiri
daripada empat
komponen yang
utama, iaitu
atmosfera, biosfera,
hidrosfera dan
geosfera yang saling
berhubung kait.

Hidrosfera

 Zon air yang merangkumi
sungai, tasik, lautan dan
juga air yang terperangkap
sebagai ais, di bawah tanah
dan wap air dalam
atmosfera.

Atmosfera

Zon udara yang
menyeliputi permukaan
Bumi

Biosfera

 Zon hidupan
yang terdiri
daripada
beraneka
hidupan seperti
manusia,
haiwan,
tumbuh-
tumbuhan dan
hidupan seni.

Geosfera

 Zon batu dan tanah di
atas permukaan Bumi.

Stratifikasi Atmosfera

 Lapisan atmosfera terdiri
daripada lima lapisan yang
mempunyai peranannya
masing-masing

o Lapisan troposfera

o Lapisan stratosfera

o Lapisan mesosfera

o Lapisan termosfera

o Lapisan eksosfera

Stratifikasi
Atmosfera

Lapisan troposfera

 0 – 13 km
 Lapisan tempat benda hidup

bernafas, angin bertiup,
serta awan,hujan dan salji
terbentuk

Lapisan stratosfera

 13 – 50 km

 Lapisan ini adalah sesuai dan stabil
untuk penerbangan kapal terbang.

 Terdapat lapisan ozon yang
mengandungi gas ozon yang dapat
menyerap sinaran ultraungu matahari.

 Masalah penipisan ozon berlaku
apabila bahan klorofluorokarbon(CFC)
yang dihasilkan oleh racun serangga,
peti sejuk dan penyaman udara
menguraikan molekul-molekul ozon
dalam lapisan ozon ini.

Lapisan mesosfera

 50 – 80 km
 Pembakaran dan penghancuran

meteorit berlaku dilapisan ini.

 Juga dikenali sebagai ionosfera
kerana lapisan ini mempunyai ion-
ion yang dapat memantulkan
gelombang-gelombang radio.

 Aurora,iaitu jalur-jalur cahaya
yang berwarna-warni hasil
daripada tindakan zarah-zarah
bercas dengan medan magnet Bumi
dan gas-gas atmosfera berlaku
disini.

Lapisan termosfera

Lapisan eksosfera

 480 km ke atas

 Mengandungi gas-gas ringan seperti
helium dan hidrogen.

 Udara bertambah nipis menghala
keangkasa lepas.

 Satelit komunikasi yang mengorbit
Bumi dilapisan eksosfera
membolehkan panggilan telefon dan
siaran televisyen dapat diterima oleh
manusia.



Stratifikasi
dalam Lautan

 Lautan juga boleh
dibahagikan kepada
zon-zon yang berbeza,
daripada zon yang
boleh ditembusi cahaya
kepada zon yang
langsung tidak boleh
ditembusi oleh cahaya
atau zon gelap



Taburan Air di
Bumi

 Lautan mempunyai kandungan air
yang banyak.

 Air laut mengalami penyejatan oleh
sinaran matahari dan dibawa ke
daratan oleh awan sebelum turun
semula ke sungai sebagai hujan.

 Air sungai ini pula akan mengalir
ke lautan.

 Proses kitar air ini berterusan.
 Oleh itu, dikatakan bahawa jumlah

air yang terkandung dalam Bumi, di
permukaan Bumi dan di atmosfera
Bumi adalah sentiasa tetap.



Lapisan Bumi

 Bumi boleh dibahagikan
kepada tiga lapisan utama
berdasarkan sifat fizikalnya
iaitu kerak, mantel dan
teras.

 Lapisan mantel terdiri
daripada komponen
litosfera, astenosfera dan
mesosfera.

 Litosfera meliputi kerak dan
bahagian atas mantel.



Bumi ialah Satu-satunya
Rumah bagi Semua Hidupan

 Salah satu keistimewaan sifat Bumi
yang menyebabkan Bumi sesuai
untuk semua hidupan ialah suhu
Bumi tidak terlalu panas atau sejuk
berbanding dengan planet lain.

 Hal ini disebabkan oleh kedudukan
Bumi yang berada tidak terlalu
dekat dan tidak terlalu jauh dari
Matahari.

 Selain itu, kewujudan air dan
oksigen di Bumi juga menyebabkan
Bumi sesuai untuk semua hidupan.

 Oleh itu, manusia perlu mencintai
Bumi dengan menjaga alam sekitar
dengan baik!

9.2 Bahan
Bumi

Bahan Bumi

 Kerak Bumi terbentuk daripada
pelbagai jenis batuan yang
berbeza dari segi warna,
struktur, bentuk, tekstur dan
cara pembentukannya

 Secara amnya, batuan boleh
dikategorikan kepada tiga
kumpulan, iaitu batuan igneus,
sedimen dan metamorfik.

 Setiap jenis batuan terbentuk
dengan cara yang berlainan dan
mengambil masa beribu-ribu
tahun.

 Semua batuan mengandungi
bahan yang dikenali sebagai
mineral.

Jenis Batuan dan  Igneus
Ciri-cirinya  Sedimen
 Metamorfik

Igneus

 Terbentuk daripada proses
penyejukan dan pembekuan magma
atau lava yang mengalir keluar dari
lapisan mantel.

 Mengandungi pelbagai bahan
mineral.

Sedimen

 Terbentuk daripada
mampatan bahan-bahan
enapan yang dibawa oleh
sungai, glasier dan angin.

 Terdiri daripada lapisan yang
banyak yang kadangkala
berongga dan mengandungi
fosil.

Metamorfik

 Terbentuk apabila
batuan igneus atau
batuan sedimen
terdedah kepada
tekanan dan suhu
yang sangat tinggi

 Biasanya lebih keras
daripada batuan asal
yang membentuknya.

9.3 Proses
Utama Bumi

Proses Utama Bumi

permukaan Bumi terbentuk melalui dua proses, iaitu proses
eksogen dan proses endogen.

Proses Eksogen

 Proses yang berlaku
dipermukaan Bumi.

 Contoh:Luluhawa,
hakisan,susutan
jisim,susutan darat,
angkutan dan
pengenapan.

Luluhawa

 Merupakan satu proses
pemecahan dan penguraian
atau pereputan batuan
akibat perubahan suhu, air
hujan, tindakan fros dan
mikroorganisma.

Hakisan

 Merupakan proses
penghausan yang
dialami oleh
permukaan Bumi
akibat tindakan agen-
agen yang bergerak
seperti air, angin dan
ombak.

Susutan jisim
dan susutan
darat

 Melibatkan
pergerakan tanah
dari atas cerun ke
bahagian bawah
akibat daya tarikan
graviti.

 Misalnya, tanah
runtuh.

Angkutan dan
pengenapan

 Bahan-bahan yang telah
diluluhawa atau terhakis
akan dibawa oleh agen-
agen seperti aliran air,
angin, ombak dan glasier.

 Bahan-bahan tersebut
akan dienapkan apabila
halaju agen menjadi
perlahan.

Proses Endogen

 Proses yang berpunca
daripada bahagian dalam
Bumi

 Membentuk dan mengubah
permukaan Bumi.

 Contoh:Proses olakan
mantel,aktiviti magma dan
proses pergerakan kerak
Bumi (plat tektonik).

Proses olakan
mantel

 Suhu yang tinggi dalam
bahagian mantel dan
teras Bumi menghasilkan
arus-arus perolakan di
lapisan astenosfera.

 Arus-arus ini berupaya
menggerakkan kerak
Bumi.

Proses pergerakan
kerak Bumi (Plat
Tektonik)

 Menurut Teori Plat
Tektonik, kerak Bumi
dibahagikan kepada
beberapa keping plat.

 Plat-plat ini sentiasa
bergerak menyebabkan
proses pertembungan dan
pencapahan yang
menghasilkan pelbagai
bentuk Bumi serta
hanyutan benua.

Aktiviti magma

 Gunung berapi ialah satu
lohong dari dalam kerak Bumi
yang membolehkan magma
yang cair dan panas keluar
melaluinya dalam bentuk
letusan yang kuat.

 Bahan-bahan letusan tersebut
akan tertimbun di sekeliling
cerun lohong dan membentuk
kon gunung berapi.


Click to View FlipBook Version