HIKAYAT
AWANG
KAMARUDDIN
BSS3173 PROSA MELAYU (A)
KUMPULAN 12
MOHAMAD HANAPI BIN MD MOHD IDZHAR ROHAIDI BIN NOR SYAMIMI BINTI MOHD EVA MELINDA JEAN ASMAWATI BINTI KADIR
DAUD D20191087842 JAINOL D20191087793 D20191087806
RAIMDI D20202096565 NOOR D20191087822
PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NORAZIMAH BT ZAKARIA
PENGENALAN
Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang
menggunakan bahasa Melayu lama dengan laras bahasa dan struktur
yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan, hasil
daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya.
Hikayat ialah karya sastera lama berbentuk prosa daripada bahasa
Melayu yang mengandungi cerita, hukum, dan salah silah rekaan,
keagamaan, sejarah, biografi, atau gabungan ciri-ciri ini. Hikayat berguna
sebagai penglipur lara, penjana semangat juang, atau sekadar untuk
memeriahkan majlis.
BAB 1: KABAR KEELOKAN
Sinopsis
Bab 1 mengisahkan Lamang Labai yang merebut Dang Kasuma yang sudah bertunang dengan
Anggayan Damit. Lamang Labai merupakan seorang pemuda yang berilmu, gagah, berani dan
pernah berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Lamang
Labai melarikan Dang Kasuma ke istananya yang terletak di Bukit Sinarubai. Walaupun sudah
dipujuk oleh orang-orang tua, Lamang Labai tetap dengan keinginannya untuk memperisterikan
Dang Kasuma. Anggayan Damit telah mencabar Lamang Labai untuk beradu kekuatan, yang
menang akan memiliki Dang Kasuma. Akhirnya Lamang Labai berjaya mengalahkan Anggayan
Damit. Lamang Labai memperisterikan Dang Kasuma. Mereka mempunyai dua orang anak. Anak
lelaki bernama Awang Kamaruddin dan perempuan bernama Dang Kumala.
BAB 2: MELIHAT DALAM KESAKTIAN
Sinopsis
Bab 2 mengisahkan Awang Kamaruddin yang ingin merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa,
tunang Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di negeri Jawa. Ibunya Dang Kasuma
berusaha melarang kemahuan Awang Kamaruddin kerana Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah
bertunang. Namun Awang Kamaruddin beralasan bahawa dia sengaja merebut Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa supaya dapat berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang
terbilang handal, bertapa di Bukit Si Guntang-Guntang dan diasuh oleh Tuan Puteri Si Raksasa
sejak kecil. Dang Kasuma terpaksa merestui keinginan Awang Kamaruddin dan memberikan
persalinan yang diwasiatkan oleh ayahnya, Lamang Labai.
BAB 3: BERAJUNG KE NEGERI JAWA
Sinopsis
Bab 3 mengisahkan bermulanya tindakan Awang Kamaruddin merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa. Dia pergi ke Jawa menggunakan perahunya yang bernama Si Lancang Kuning Naga Sakti,
ditemani oleh sepupunya iaitu Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu. Tiba di Jawa, mereka
disambut oleh Raja Muda Indera Bongsu. Penghuni Istana tidak mengetahui maksud kedatangan
Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin berjaya memujuk Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
dengan ilmu guna-guna sehingga Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menyukainya. Perbuatan
Awang Kamaruddin telah disedari oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang sedang
bertapa di Bukit Si Guntang-Guntang. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti memohon
kebenaran dari Tuan Puteri Si Raksasa untuk ke negeri Jawa menentang Awang Kamarudin.
BAB 4: MANDI BERLANGIR
Sinopsis
Bab 4 mengisahkan pada esok paginya, pengantin bersiap-siap untuk disandingkan. Tuan Puteri
Permaisuri Intan Mas Surai menyuruh Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu
memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Semasa memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa, Awang Kamaruddin telah mengambil kesempatan untuk menggunakan ilmu guna-guna ke
atas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Awg Kamaruddin tidak menggunakan langir yang telah
disediakan tetapi menggunakan langgir pertapaan ayahnya. Raja Muda Indera Bongsu menyedari
perbuatan Awang Kamaruddin untuk memikat hati Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
BAB 5: DI PANGGAU PENGANGGUNAN
Sinopsis
Bab 5 mengisahkan majlis perkahwinan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa. Raja Muda Indera Bongsu mempersilakan Awang Kamaruddin untuk
menjalankan upacara menapakkan. Awang Kamaruddin berpura-pura menapakkan tapak tangan
pengantin lelaki ke ubun-ubun pengantin perempuan. Semasa menapakkan itu, Awang Kamaruddin
telah melapis tapak tangan pengantin lelaki dengan jari manisnya, maka yang menyentuh ubun-
ubun pengantin perempuan bukan kulit pengantin lelaki tetapi kulit Awang Kamaruddin. Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menyedari Awang Kamaruddin ingin merebut Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa, lalu berlakulah perperangan antara Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti serta pengikut masing-masing.
BAB 6: GERAK PANGGILAN
Sinopsis
Bab 6 mengisahkan adik Awang Kamaruddin, Dang Kumala mengumpulkan sanak-saudara untuk
membantu abangnya berperang di Jawa. Mereka dengan kuasa sakti bertukar menjadi berjenis-jenis
burung dan terus terbang menuju ke negeri Jawa. Setiba di Jawa mereka terus berperang dengan
pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Kemudian, Dang Kumala bersama Dang
Bongsu pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang, tempat pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti dan Tuan Puteri Si Raksasa, untuk mengambil Anak Batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda
Indera Sakti. Dengan batu inilah mereka kemudian membantu Awang Kamaruddin mengalahkan Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Batu itu digunakan untuk mengasah mata keris Awang
Kamaruddin dan akhirnya Awang Kamaruddin berjaya membunuh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti, namun dihidupkannya semula. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti mengaku kalah dan
membenarkan Awang Kamaruddin memperisterikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
BAB 7: MULIH KE NEGERI TIMUR
Sinopsis
Bab 7 mengisahkan setelah selesai berperang, Awang Kamaruddin kembali ke istana negeri Jawa. Dia
disambut oleh Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai, kemudian Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai
bertanyakan khabar Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin menjelaskan Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti selamat, dihidupkannya semula dan sudah pulang ke negerinya.
Hiduplah Awang Kamaruddin bersama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan bahagia. Tidak berapa
lama kemudian, Awang Kamaruddin membawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pulang ke negeri Timur.
Raja Muda Indera Bongsu ikut pulang untuk meminang Dang Kumala.
BAB 8: MEMINANG KE BUKIT SURAU
Sinopsis
Bab 8 mengisahkan Awang Kamaruddin berhasrat untuk memenuhi keinginan ibunya sejak Awang
Kamaruddin kecil lagi, iaitu untuk menjodohkan Dang Siti Noralam yang tinggal di Istana di Bukit Surau
dengan Awang Kamaruddin. Dang Siti Noralam telah merajuk dan melarikan diri ke hulu negeri Jawa.
Awang Kamaruddin meminta Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu untuk menemaninya ke sana.
Tuan Puteri Si Raksasa memberitahu bahawa ia tidak tahu di mana Dang Siti Noralam.Awang
Kamaruddin menyedari Tuan Puteri Si Raksasa menipunya, lalu membunuhnya. Dang Siti Noralam
dijumpai di dalam bangsi, Awang Kamaruddin menghidupkannya semula. Dang Siti Noralam masih marah
kepada Awang Kamaruddin sehinggalah Awang Kamaruddin menggunakan ilmu penunduknya untuk
melembutkan hati Dang Siti Noralam. Akhirnya mereka pulang ke Bukit Sinarubai.
BAB 9: MENGAMBIL BUAH PINANG
Sinopsis
Bab 9 mengisahkan Awang Kamaruddin ingin mencari adik-beradiknya yang lain. Menurut Dang Kasuma,
Awang Kamaruddin mempunyai dua orang adik lagi, adik lelaki bernama Sultan Bongsu dan adik
perempuannya bernama Tuan Puteri Kumala Bongsu. Kedua-dua adiknya berada di dalam sebiji buah
pinang bernama Pinang Si Gangga Wari yang tumbuh di tepi laut. Mereka dipertapakan oleh Lamang
Labai, ayah mereka. Pertapaan itu kebetulan selesai hari itu juga. Awang Kamaruddin meminta keizinan
dari Dang Kasuma untuk membuka pertapaan ayahnya dan membawa kedua-dua adiknya pulang ke
Bukit sinarubai.
BAB 10: MENGAMBIL BUAH PINANG
Sinopsis
Bab 10 mengisahkan Awang Kamaruddin yang berusaha membuka pertapaan adik-adiknya. Awang
Kamaruddin berjaya menggunakan kepandaiannya untuk menyingkirkan kesaktian yang melindungi buah
Pinang Si Gangga Wari, lalu dibawa pulang ke Bukit Sinarubai. Dengan menggunakan minyak Si Lompat
Pagar, Awang Kamaruddin berjaya mengeluarkan kedua-dua adiknya. Mereka pun dimandikan dan
diberikan persalinan lalu menghadap bonda mereka.
BAB 11: NAIK PENGANTIN
Sinopsis
Bab 11 merupakan bab terakhir yang mengisahkan perkahwinan Awang Kamaruddin dengan Dang Siti
Noralam. Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran, segala hamba rakyat dijemput ke istana.
Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam disandingkan di Panggau Penganggunan dan ditapakkan oleh
Raja Muda Indera Bongsu. Hidup bahagialah Awang Kamaruddin dengan kedua-dua isterinya. Masing-
masing isterinya tinggal di panggau yang berlainan. Bersama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang
Kamaruddin mendapat anak lelaki bernama Awang Amir Shamsu. Raja Muda Indera Bongsu dan Dang
Kumala juga mendapat anak perempuan bernama Dang Dara Daun Irik. Setelah berusia tua, Awang
Kamaruddin bertapa di hulu Banjarmasin, Dang Kumala di kuala Sungai Baram.
PENUTUP
Hikayat Awang Kamaruddin didapati terdapat 3 pengaruh yang ketara iaitu pengaruh
tempatan, pengaruh hindu dan pengaruh Islam.
Pengaruh Tempatan
Unsur tempatan boleh didefinisikan sebagai unsur setempat bagi ciri kemelayuan Brunei yang ditunjukkan
melalui nama-nama watak dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Sebagai contoh, penggunaan nama
'awang' dan 'dang (dayang)' dihadapan nama watak. Misalnya Awang Kamaruddin, Awang Sukaim, Awang
Si Mutaram, Awang Abdul Mumin, Dang Kumala, Dang Siti Noralam dan sebagainya. Kenapa dikatakan
awang dan dang berunsur tempatan? Hal ini kerana nama awang dan dang ada banyakkan digunakan di
Brunei khususnya penduduk di Kampung Ayer.
PENUTUP
Hikayat Awang Kamaruddin didapati terdapat 3 pengaruh yang ketara iaitu pengaruh
tempatan, pengaruh hindu dan pengaruh Islam.
Pengaruh Hindu
Hindu merupakan agama yang berasal dari India. Kepercayaan kepada dewa atau dewata merupakan
salah satu pengaruh Hindu. Contohnya Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti memohon kepada dewa dengan membaca mantera agar mereka bertukar kepada lalat kuning. Adat
istiadat perkahwinan di dalam Hikayat Awang Kamaruddin juga merupakan unsur Hindu. Contohnya adat
mandi langir yang dilakukan Raja Muda Indera Bongsu dan Awang Kamaruddin ke atas Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa sebelum majlis perkahwinan.
PENUTUP
Hikayat Awang Kamaruddin didapati terdapat 3 pengaruh yang ketara iaitu pengaruh
tempatan, pengaruh hindu dan pengaruh Islam.
Pengaruh Islam
Islam ialah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Pengaruh Islam dalam Hikayat Awang
Kamaruddin iaitu pentingnya menuntut ilmu. Agama Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut imu.
Contoh dalam Hikayat Awang Kamaruddin di mana Lamang Labai berwasiat kepada Dang Kasuma agar
menghantar kedua dua anaknya untuk menuntut ilmu kepada Raja Jin Tujuh Seperadian.
SEKIAN,
TERIMA KASIH