The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ATILA BINTI KHAZALI Moe, 2021-01-10 09:33:17

[T4] TAJUK 5 SENI REKA BENTUK LANDSKAP

[T4] TAJUK 5 SENI REKA BENTUK LANDSKAP

Keywords: REKA BENTUK LANDSKAP

Tajuk 5

REKA
BENTUK

5LANDSKAP
Reka bentuk landskap ialah bidang yang berkaitan dengan sains
dan seni. Bidang ini merupakan satu profesion yang mengambil
kira alam binaan dan alam semula jadi. Landskap ialah hasil
interaksi antara faktor abiotik, biotik dan budaya. Secara
umum, reka bentuk landskap ialah gabungan sistem semula jadi,
dinamik dan sosial dalam kehidupan harian. Bidang ini berfungsi
sebagai reka bentuk ruang luaran yang mengandungi komponen
praktikal, estetik, hortikultur dan kelestarian persekitaran.
Sesebuah projek reka bentuk landskap sering melibatkan
peranan dua kumpulan profesional, iaitu pereka bentuk landskap
dan arkitek landskap.

100

Kata Kunci A-Z

• Abiotik
• Artistik
• Biotik
• Hortikultur

KStandard

Kandungan

5.1 Pemahaman terhadap
prospek kerjaya Pereka
Bentuk Landskap.

5.2 Eksplorasi dan aplikasi
pengetahuan dalam
penghasilan konsep
kontemporari.

5.3 Penzahiran idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber
dan teknologi dalam
penjanaan tugasan.

5.4 Penghayatan terhadap
hasil karya Reka
Bentuk Landskap
dengan menggunakan
Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.

101

PERSEPSI SENI Video Standard
Pembelajaran
Pereka bentuk landskap ialah salah satu kerjaya yang
dikategorikan dalam bidang profesional. Kerjaya ini tertumpu Murid boleh:
kepada pengindahan persekitaran luaran yang merangkumi reka 5.1.1 Menerangkan prospek
bentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan kerja-kerja berkaitan.
Pereka bentuk landskap bertanggungjawab dalam mengubah dan hala tuju pereka
suai kawasan persekitaran dengan cara mengatur dan mengambil bentuk landskap.
kira unsur-unsur semula jadi dan buatan manusia.
Akses QR
Prospek dan Hala Tuju Pereka Bentuk Landskap
Info reka
Prospek pereka bentuk landskap semakin penting di negara kita bentuk
dan hala tuju mereka semakin jelas. Bidang kerjaya ini mempunyai landskap
pilihan daripada pelbagai aspek yang menggabungkan unsur seni
dan sains dalam mereka bentuk dan menghasilkan persekitaran (Dicapai pada 28 Mei 2019)
yang lebih baik. https://bit.ly/2GVSUeT

Keperluan pereka bentuk landskap semakin meningkat Kelestarian
seiring dengan kepesatan pembangunan. Projek-projek seperti Alam Sekitar
perumahan, perniagaan dan taman rekreasi memerlukan
kepakaran daripada aspek pembinaan atau penyelenggaraan Reka bentuk landskap yang
bagi mengekalkan keindahan dan kehijauan semula jadi. Oleh baik dapat menyeimbangkan
itu, seorang pereka bentuk landskap perlu bijak menggunakan suhu persekitaran,
gabungan kepakaran artistik, saintifik dan kemahiran teknikal membekalkan oksigen
untuk menghasilkan landskap yang kreatif, inovatif dan efektif. melalui proses fotosintesis,
meningkatkan nilai hartanah
dan menceriakan kawasan.

Gambar foto 5.1
Contoh landskap hasil kreativiti
pereka bentuk landskap

102

Skop bidang reka bentuk landskap kini semakin berkembang, Gerbang i
merangkumi reka bentuk bantuan komputer (CAD), perancangan Seni
ekologi, kajian persekitaran dan tempat-tempat yang mempunyai
nilai sejarah. Oleh yang demikian, permintaan terhadap kerjaya Ciri-ciri pereka
berkaitan dengan reka bentuk landskap juga semakin meningkat. bentuk landskap:
Khidmat mereka diperlukan oleh pelbagai sektor awam dan swasta.
• Kefahaman dalam bidang
• Jabatan Landskap Negara ­vȌ­vȜ§Ɯ Ãvœ®ÃƜ ï眧Ɯ
• Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sejarah dan kesenian.
• Jabatan Alam Sekitar
• Jabatan Perhutanan • Kemampuan dalam
• Jabatan Saliran dan Pengairan pengurusan dan pengaturan.
• Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Institusi Pengajian Tinggi • Kebolehan menyelesaikan
• Firma Perunding Seni Bina Landskap masalah.
• Kontraktor Landskap dan Seni Taman
• Firma Arkitek dan Perancangan Bandar • Kreatif dan imaginatif.
• Boleh menganalisis

secara logik.
• Daya pemerhatian

yang tajam.

Program pengajian di pelbagai peringkat ditawarkan dalam Laman webAkses QR
bidang reka bentuk landskap oleh institusi pengajian tinggi awam dan
swasta. Contohnya Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Laman web Program
Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Kolej Universiti Agrosains pengajian
Malaysia dan Politeknik Ungku Omar. Contoh institusi pengajian
tinggi swasta pula ialah Taylor's University dan Limkokwing (Dicapai pada 28 Mei 2019)
University of Creative Technology. https://bit.ly/2PK6t03

Sepanjang tempoh pengajian ini, mereka akan diberi Program
pengetahuan dan pendedahan secara teori dan amali hal-hal pengajian
berkaitan dengan seni reka landskap. Hal ini bagi memastikan di UPM
mereka mampu memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan terlatih
dalam bidang ini setelah tamat pengajian. (Dicapai pada 28 Mei 2019)
https://bit.ly/2X9AjPT

Cabar
Minda

Bagaimanakah reka bentuk
landskap mampu memberi
ketenangan kepada manusia?

Gambar foto 5.2
Contoh program pengajian yang ditawarkan

103

Bidang reka bentuk landskap ini menyediakan peluang kerjaya yang menarik dalam pelbagai
sektor. Berikut ialah contoh-contoh kerjaya yang ditawarkan dalam bidang reka bentuk landskap ini.

1 Arkitek • Wajib lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh
Landskap Institut Arkitek Landskap Malaysia (I.L.A.M).

• Terlibat di peringkat perancangan, reka bentuk,
pelaksanaan dan pengurusan setiap projek.

• Bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik
dan kejuruteraan struktur.

• Mengenal pasti berkaitan permasalahan setempat
dan menyelesaikannya melalui perancangan reka
bentuk yang inovatif.

• Terdapat empat bidang tugasan, iaitu Perancangan
Pelan Induk, Kajian Pelan Tempatan dan Struktur,
Kajian Keberkesanan Alam Sekitar (EIA) dan
Projek-projek Landskap Spesifik.

2Pereka 3Kontraktor
Bentuk Landskap
Landskap

• Mempunyai latar belakang dalam bidang • Perlu mengetahui prinsip-prinsip asas dalam
hortikultur hiasan dan landskap. mereka bentuk, membaca dan spesifikasi
pelan, keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik
• Mengenal pasti keperluan pelanggan seperti pembinaan dan pengurusan perniagaan.
bajet, konsep dan jangka masa yang diberikan.
• Berpengalaman dan mengetahui selok-belok
• Menyediakan pelan susun atur dan pelan pembinaan kawasan landskap.
hiasan, menentukan ciri-ciri binaan dan bahan.
• Menyediakan tenaga kerja mahir dan separa
• Menyelaraskan reka bentuk struktur, mekanik mahir dalam bidang perlandskapan seperti
dan elektrik serta mematuhi undang-undang arkitek landskap, pengurus tapak projek dan
Pihak Berkuasa Tempatan. pekerja biasa.

• Memastikan binaan yang dibuat mengikut
spesifikasi, bajet dan jadual yang dirancang.

104

4Usahawan • Nurseri ialah tempat anak benih Seni dan
Landskap/ pokok disemai sebelum ditanam di Saya
Nurseri tempat kekal atau dipasarkan.
'Edible Landscape' atau
• Nurseri runcit dan borong ialah 'Landskap Herba dan
tempat menghasil, menyemai dan Sayur-sayuran' boleh
memasarkan bahan tanaman hiasan. diusahakan di kawasan
perumahan. Landskap
• Nurseri landskap akan membeli ini dapat mengindahkan
bekalan benih dari nurseri runcit kawasan di samping
dan borong untuk dipasarkan. menjana pendapatan,
mengurangkan kos sara
• Turut menyediakan perkhidmatan hidup dan untuk kesihatan.
pelan landskap, melakukan
kerja-kerja perlandskapan dan
penyelenggaraan landskap.

Cabar
Minda

Bagaimanakah konsep
landskap dalam taman
mampu mengurangkan
pemanasan global?

5Pensyarah Gerbang i
Seni
• Memberikan kuliah atau tutorial kepada pelajar di kolej dan
institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Kajian Keberkesanan
Alam Sekitar (EIA) ialah
• Melakukan penyelidikan ilmiah dan pengumpulan data untuk kajian nilai landskap dan
mendapatkan idea yang inovatif sejajar dengan keperluan semasa. kawasan persekitaran,
sama ada dipelihara atau
• Menerbitkan bahan-bahan ilmiah dalam pelbagai bentuk seperti digantikan dengan landskap
jurnal, artikel dan buku hasil penyelidikan untuk dikongsi. baharu berdasarkan
keperluan pembangunan.
Kajian tersebut perlu bagi
mengurangkan kesan
negatif alam sekitar akibat
pembangunan sesuatu projek.

105

Gambar foto 5.3

Contoh inovasi dalam
reka bentuk landskap

Gambar foto 5.4
Pameran reka bentuk landskap

Inovasi dalam Reka Bentuk Landskap VideoKreativiti
dan Inovasi
Pelancaran Dasar Landskap Negara (DLN) pada tahun 2011
menjadi bukti keprihatinan kerajaan untuk memartabatkan reka Pembinaan reka bentuk
bentuk landskap negara. Dasar Landskap Negara turut digubal landskap dengan menggunakan
untuk melindungi sumber landskap sebagai aset warisan di samping bahan-bahan terpakai bukan
mengekalkan keindahan negara untuk generasi kini dan akan datang. sahaja menjimatkan kos,
mengurangkan isu pencemaran
Aspirasi untuk merealisasikan Malaysia Negara Taman Terindah malah boleh menonjolkan daya
menyebabkan bidang perekaan landskap semakin penting. Jabatan kreativiti dan inovatif.
Landskap Negara yang ditubuhkan pada tahun 1996 diberikan
kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab menghijaukan Akses QR
negara dan memastikan landskap negara berada dalam keadaan terbaik.
Dasar
Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh kementerian, jabatan Landskap
dan kerajaan tempatan untuk menyedarkan masyarakat tentang Negara
kepentingan landskap dalam kehidupan. Aktiviti Hari Landskap
Negara, pertandingan landskap tercantik, kempen dan pameran (Dicapai pada 28 Mei 2019)
landskap seperti Royal Floria Putrajaya secara tidak langsung https://bit.ly/2Gw7RDQ
mendidik masyarakat menyayangi alam sekitar.

106

KUMPULAN

Tujuan: Mengenal pasti prospek dan hala tuju pereka bentuk landskap dalam bidang Reka Bentuk.

Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Guru akan mengemukakan satu kerjaya berkaitan reka bentuk landskap kepada setiap kumpulan

untuk dibincangkan.
3. Setiap ahli kumpulan perlu mencari maklumat tentang kerjaya tersebut melalui pelbagai sumber

berkaitan dengan:
(a) Skop dan bidang kerja.
(b) Kelulusan yang diperlukan.
(c) Permintaan dan masa depan kerjaya dengan memberikan alasan yang sesuai.
4. Secara bergilir-gilir, gunakan kertas yang sama untuk mencatat maklumat yang diperoleh.
5. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil dapatan sama ada menggunakan peta pemikiran
atau multimedia.
6. Kumpulkan semua dapatan setiap kumpulan dan tampalkan pada Papan Kenyataan Kelas
sebagai rujukan murid.

Soalan: Mengapakah kerjaya sebagai pereka bentuk landskap kini semakin penting? Berikan
alasan anda.

Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Seorang pereka bentuk landskap bertanggungjawab dalam persekitaran dan

mengambil kira unsur-unsur serta .

2. Kerjaya pereka bentuk landskap semakin penting selari dengan kepesatan dalam

sektor awam dan .

3. Seorang arkitek landskap wajib lulus peperiksaan kendalian .

4. Reka bentuk landskap merupakan interaksi antara , dan .

5. Contoh institusi pengajian tinggi awam yang menyediakan kursus reka bentuk landskap ialah
, manakala institusi pengajian swasta pula ialah serta .

6. Aspirasi untuk menjadikan Malaysia negara membuktikan komitmen kerajaan yang
serius dalam bidang perlandskapan negara.

107

EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Anda telah mengetahui pelbagai konsep dan elemen reka bentuk
landskap semasa berada di Tingkatan 2 dan 3. Berdasarkan Murid boleh:
pengetahuan tersebut, klasifikasikan elemen-elemen dalam reka
bentuk landskap konsep kontemporari. űƛŮƛŭ 9Œ®—§¨vÜï§vܧv®
elemen dalam
Kembara Minda reka bentuk
landskap berkonsep
kontemporari.

Tujuan: 1. Mengklasifikasikan elemen dalam reka bentuk Akses QR
landskap berkonsep kontemporari.

2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk Slaid Video Elemen
membuat penerokaan bagi menghasilkan model reka landskap
bentuk landskap melalui penggunaan alatan, bahan
dan proses. (Dicapai pada 28 Mei 2019)

Langkah: https://bit.ly/2AiQEZj

1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Jenis, prinsip,
elemen, konsep
2. Murid meninjau elemen reka bentuk landskap berkonsep dan ergonomik
kontemporari yang terdapat di sekeliling sekolah atau reka bentuk
kawasan rumah. landskap

3. Tambahkan maklumat dengan membuat rujukan daripada (Dicapai pada 25 Julai 2019)
Internet, majalah, surat khabar dan bahan bacaan lain.
https://bit.ly/2Ma7RL6

4. Catatkan semua maklumat dan buat perbincangan dengan pasangan.

5. Klasifikasikan elemen reka bentuk tersebut dan berikan huraian yang sesuai.

Jadual 5.1 Contoh penghasilan dokumentasi

Konsep Contoh Landskap Konsep Kontemporari Huraian
Elemen lembut Foto

(softscape)

Elemen kejur
(hardscape)

Ergonomik

6. Dokumentasikan hasil eksplorasi dan dapatan anda dalam bentuk artist book atau buku skrap
yang menarik.

7. Kongsikan maklumat tersebut dengan rakan-rakan yang lain.

108

EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Anda telah mengklasifikasikan elemen-elemen reka bentuk
landskap dalam bahagian Eksplorasi Seni. Berdasarkan Murid boleh:
pengetahuan tersebut, anda dikehendaki menghasilkan pelan
reka bentuk landskap mengikut skala yang sesuai. Kemudian, 5.3.1 Menghasilkan pelan
dengan menggunakan pelan tersebut, bina model reka bentuk reka bentuk landskap
landskap yang menarik mengikut skala. mengikut skala.

Minda Kreatif 5.3.2 Menghasilkan model
reka bentuk landskap
mengikut skala.

Tujuan: 1. Menganalisis hasil penerokaan terhadap pelan reka VideoAkses QR
bentuk landskap dalam penghasilan model reka
bentuk landskap. Contoh
pelan
2. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif dengan landskap
menghasilkan pelan reka bentuk landskap mengikut
skala secara sistematik. (Dicapai pada 28 Mei 2019)
https://bit.ly/2LBfKae
3. Menghasilkan model reka bentuk landskap dengan
menggunakan idea sendiri secara kreatif dan inovatif.

Arahan: Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. Berikut ialah contoh aktiviti yang dilakukan.

Langkah-langkah Penghasilan Pelan Reka Bentuk
Landskap Taman Konsep Kontemporari

Alat: Pen, pensel, pensel teknikal, pensel warna, marker pen, sesiku segi tiga, templat seni bina,
pemadam dan pembaris.

Bahan: Kertas lukisan, gam dan mounting board.

1. Pilih ruang dan konsep reka bentuk 2. Buat lakaran idea awal ruang dan
yang ingin dihasilkan dalam pelan. konsep yang dipilih secara ringkas.

109

3. Buat lakaran gambar rajah buih untuk mewakili 4. Perkembangan idea
tanaman, objek dan binaan. Lakarkan juga berdasarkan lakaran
simbol-simbol yang digunakan dalam pelan. yang dibuat.

3 cm

8 cm

gazebo 5 cm

5. Cadangan skala 1 : 100. Ini bermakna 1 cm di atas 6. Kemas kini lakaran pelan
pelan sama dengan 100 cm ukuran sebenar. Skala

yang sama akan digunakan pada objek-objek lain. tersebut menjadi lukisan

Contoh pengiraan ukuran model pokok dan gazebo: pelan mengikut skala.

Gunakan skala ϭ 1 : 100

Ukuran sebenar pokok: 800 cm (tinggi) Ϭ 100

Ukuran model pokok: 8 cm

Ukuran sebenar gazebo: 500 cm (tinggi) ϫ 300 cm (lebar)

Ukuran model gazebo: 5 cm ϫ 3 cm

7. Buat rendering pada hasil lukisan 8. Hasil akhir pelan reka bentuk
pelan reka bentuk landskap. Kemas landskap yang telah siap.
kini rendering pelan tersebut agar
lebih jelas dan menarik.

110

Langkah-langkah Penghasilan Lakaran Perspektif

1. Buat garisan dua titik lenyap. 2. Buat lakaran perspektif pelan reka bentuk
landskap dan kemas kini lakaran.

3. Buat rendering pada hasil lakaran 4. Kemas kini rendering lakaran perspektif
perspektif reka bentuk landskap tersebut. tersebut agar lebih jelas dan menarik.

5. Hasil akhir lakaran
perspektif pelan reka
bentuk landskap
yang telah siap.

111

VideoLangkah-langkah Penghasilan Model Reka Bentuk
Landskap Taman Konsep Kontemporari
Alat: Berus, pisau, pembaris, pensel teknikal dan alas pemotong.
Bahan: Batu kecil, pokok tiruan, pagar plastik, meja dan

bangku tiruan, transparensi, mounting board,
kertas lukisan, spray mount, span, cat akrilik,
plasturf dan daun, hamparan/tikar rumput
(grass mat), lidi, batang aiskrim, plastisin,
manik dan gam.

1. Sediakan bahan-bahan dan tapak model
landskap mengikut skala yang dipilih.

Akses QR

Contoh
model
landskap

(Dicapai pada 28 Mei 2019)
https://bit.ly/2CD0RBe

2. Buat ukuran pada pelan dan
pindahkan ukuran tersebut pada
tapak dan bahan berkaitan.

3. Potong kertas
berwarna atau
bertekstur mengikut
ukuran dinding
rumah dan lantai.

4. Tampalkan bahan-bahan
tersebut dengan gam.

112

5. Susun bahan-bahan
yang telah digam
berdasarkan pelan.

Slaid 6. Tegak dan lekatkan dinding 7. Susun dan lekatkan
rumah dan pagar pada tapak pokok, pokok
model mengikut pelan. renek, kerusi, air
terjun, gazebo,
Akses QR meja dan batu
berdasarkan pelan.
Penghasilan
bahan model 113
landskap

(Dicapai pada 28 Mei 2019)
https://bit.ly/2HqVGZI

8. Model reka bentuk landskap
taman konsep kontemporari
yang telah siap.

APRESIASI SENI Standard
Pembelajaran

Kumpulan anda telah berjaya menghasilkan model reka bentuk Murid boleh:
landskap berdasarkan pelan yang dibuat. Pamerkan hasil karya
kumpulan anda dan kongsikan pengalaman semasa menghasilkan 5.4.1 Mempamerkan model
karya tersebut dengan rakan-rakan. reka bentuk landskap
taman berkonsepkan
Galeri Minda kontemporari
yang dihasilkan.
Tujuan: 1. Mempamerkan hasil karya seni.
2. Menghayati dan menjelaskan model reka bentuk landskap 5.4.2 Menghayati dan
yang dihasilkan sendiri. menjelaskan model reka
3. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan bentuk landskap sendiri
Pemikiran Seni Visual seterusnya menjadi model teladan. dan rakan dengan
menumpukan aspek
Bahan: Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni. Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.

5.4.3 Menjelaskan pengalaman
sendiri dalam
penghasilan model
reka bentuk landskap.

Langkah:

1. Pamerkan hasil karya di atas meja setiap kumpulan.

2. Guru dan murid akan bergerak ke meja setiap kumpulan.

3. Lantik ketua kumpulan untuk memberikan penjelasan berkaitan karya yang dihasilkan.

4. Kongsikan pengalaman kumpulan anda semasa penghasilan karya tersebut.

5. Penjelasan merangkumi aspek konsep dan ruang yang dipilih, bahan yang digunakan dan
aplikasi Bahasa Seni Visual serta Pemikiran Seni Visual pada model yang dihasilkan.

Nota Guru

Guru perlu membuat penilaian
dan memberikan maklum
balas daripada aspek:
• Kesesuaian konsep dan

ruang yang dipilih.
• Prinsip dan elemen

yang digunakan.
• Keaslian karya.
• Sesi pembentangan.

Gambar foto 5.5
Sesi Apresiasi Seni

114

Jenis LLËË­­ËËÃÃvv®® %%ÀÀvvïï§§
Tajuk
Industri Alam Teknik Proses
Digital
Komik Fesyen
Kolaj
Iklan Imaginasi
Media Campuran

Reka Bentuk Landskap

Prospek dan Hala Tuju Pereka Bentuk Landskap

Latar Belakang Prospek dan Peluang Kerjaya

• Bertanggungjawab dalam mengubah suai • Menawarkan pelbagai kerjaya menarik.
persekitaran dengan mengambil kira unsur • Arkitek landskap menghasilkan rekaan
semula jadi dan buatan manusia.
artistik dan kejuruteraan struktur.
• Menggabungkan unsur seni dan sains. • Pereka bentuk landskap menyediakan pelan
• Perlu bijak menggunakan kepakaran
susun atur dan hiasan, menentukan ciri-ciri
artistik, saintifik dan kemahiran teknikal binaan dan bahan.
dalam penghasilan landskap. • Kontraktor landskap perlu tahu prinsip asas
• Perlu menghasilkan landskap yang kreatif, mereka bentuk, membaca pelan, keperluan
inovatif dan efektif. tanaman, teknik dan pengurusan landskap.
• Keperluan yang semakin meningkat sejajar • Pensyarah memberi kuliah, melakukan
dengan pembangunan negara. penyelidikan dan pengumpulan data untuk
• Merangkumi reka bentuk bantuan komputer keperluan semasa.
(CAD), perancangan ekologi, kajian tentang • Usahawan landskap/nurseri menyediakan
persekitaran dan tempat sejarah. bahan hiasan tanaman, perkhidmatan
• Diperlukan oleh sektor awam dan swasta. pelan landskap, kerja pelandskapan dan
penyelenggaraan.

Program Pengajian Inovasi dalam Reka Bentuk Landskap

• Disediakan oleh institut pengajian tinggi • Pelbagai usaha telah dilakukan untuk
awam dan swasta memartabatkan bidang seni landskap:
‒ Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ‒ Dasar Landskap Negara digubal untuk
‒ Universiti Putra Malaysia (UPM) melindungi sumber landskap sebagai
‒ Universiti Teknologi MARA (UiTM) warisan dan mengekalkan keindahan
‒ Kolej Universiti Agrosains Malaysia ‒ Aspirasi Malaysia Negara Taman
‒ Politeknik Ungku Omar Terindah, iaitu usaha menghijaukan
‒ Taylor’s University negara dan memastikan landskap negara
‒ Limkokwing University of dalam keadaan terbaik.
Creative Technology ‒ Hari Landskap Negara dianjurkan oleh
pihak kerajaan dan swasta melalui
• Menyediakan pengetahuan dan pendedahan pelbagai aktiviti seperti pameran,
secara teori serta amali. pertandingan serta kempen.

• Mampu memenuhi keperluan tenaga kerja • Memberi kesedaran kepada masyarakat akan
mahir dan terlatih. kepentingan landskap dalam kehidupan.

115

Soalan Objektif

Pilih satu jawapan yang tepat. 4. Apakah matlamat pengubalan Dasar
Landskap Negara?
1. Mengapakah Dasar Landskap Negara A Memastikan semua taman perumahan
(DLP) dilancarkan? pada masa kini dan akan datang
A Menyaingi seni landskap di dilengkapi dengan landskap
negara-negara lain B Memastikan keseimbangan ekologi
B Meningkatkan sumber pendapatan dan masalah pemanasan global
pereka landskap dapat ditangani
C Mempertahankan pembangunan negara C Melindungi sumber landskap sebagai
supaya lebih mampan aset warisan dan mengekalkan
D Bukti keprihatinan kerajaan untuk keindahan negara untuk generasi kini
memartabatkan seni landskap negara dan akan datang
D Mewujudkan tempat latihan untuk
2. Seorang pereka bentuk landskap perlu bijak mereka yang ingin belajar tentang
menggunakan gabungan kepakaran tertentu. teknik menghasilkan landskap dan
Apakah kepakaran tersebut? seterusnya menjadi pengusaha nurseri
I Sosial
II Artistik 5. Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri
III Saintifik atau tapak semaian?
IV Ekonomi A Tempat kanak-kanak belajar
A I dan II landskap sambil bermain
B I dan IV B Tempat untuk menyemai benih
C II dan III tanaman sebelum ditanam di
D III dan IV tempat kekal atau dipasarkan
C Kawasan untuk mendapatkan khidmat
3. Khidmat pereka bentuk landskap nasihat dan menjalankan aktiviti
diperlukan oleh sektor awam serta swasta. berkaitan bidang pelandskapan
Manakah antara sektor berikut memerlukan D Taman untuk mendidik masyarakat
khidmat pereka bentuk landskap? yang berminat dalam bidang landskap
I Jabatan Perhutanan agar menjadi pelapis pereka landskap
II Jabatan Perangkaan
III Jabatan Perkhidmatan Awam 6. Siapakah antara berikut bertanggungjawab
IV Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menghasilkan rekaan artistik dan
A I dan II kejuruteraan struktur?
B I dan IV A Pensyarah
C II dan III B Arkitek landskap
D III dan IV C Usahawan landskap
D Kontraktor landskap
116

Soalan Subjektif

Jawab semua soalan berikut.
1. Nyatakan elemen reka bentuk landskap berdasarkan gambar foto yang berikut.

Gambar foto 1 Gambar foto 2 Gambar foto 3

(a) (b) (c)

2. Jawab soalan-soalan berikut.
(a) Apakah empat skop bidang tugas arkitek landskap?
(b) Mengapakah kerjaya pereka bentuk landskap dikategorikan sebagai bidang profesional?
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran artistik dalam reka bentuk landskap?
(d) Bagaimanakah ‘Edible Landscape’ atau ‘Landskap Herba dan Sayur-sayuran’ mampu
menjana pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup?

(e) Pada pendapat anda, sejauh manakah ‘Landskap Herba dan Sayur-sayuran’ mampu
mengatasi masalah kesihatan?

(f) Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan taman-taman landskap di
negara kita lebih menarik dan dikenali ramai?

(g) Mengapakah Kajian Keberkesanan
Alam Sekitar (EIA) penting dalam
pembangunan sesebuah kawasan?

3. Bincangkan elemen seni dalam reka
bentuk landskap berdasarkan gambar
foto 4 di sebelah.

Gambar foto 4

117


Click to View FlipBook Version