The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING) - PBL 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haziq Najib, 2021-09-24 22:54:42

PEMBUATAN PEK SEJUK SEGERA

TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING) - PBL 1

Keywords: ENDOTERMIK,EKSOTERMIK,PEK SEJUK,KIMIA,TERMOKIMIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA JOHOR BAHRU

TUGASAN PBL
(PROJECT BASED LEARNING) - PBL 1
“ PEMBUATAN PEK SEJUK SEGERA
(ICE-PACK) ”

NAMA MURID : MUHAMMAD HAZIQ BIN MUHAMAD NAJIB

KELAS : 5 IBNU SINA

SUBJEK : KIMIA

NAMA GURU : PN.NOOR HAYATI BINTI HASSAN

ISI KANDUNGAN

• PENGHARGAAN
• PENGENALAN
• OBJEKTIF PROJEK
• TARIKH PELAKSANAAN PROJEK
• PERNYATAAN MASALAH
• SENARAI BAHAN DAN ALAT RADAS
• PROSEDUR PENYEDIAAN
• HASIL PROJEK DAN CARA PENGGUNAAN
• DAPATAN KAJIAN
• SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH DENGAN LIMPAH KURNIA ILAHI SAYA DAPAT MENYIAPKAN PROJEK INI
DENGAN JAYA DAN TEPAT PADA WAKTU YANG TELAH DITETAPKAN.

PERTAMA SEKALI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PN.NOOR
HAYATI BINTI HASSAN, GURU SUBJEK KIMIA KERANA TELAH MEMBIMBING SAYA DAN RAKAN-
RAKAN UNTUK MENYIAPKAN PROJEK INI.

TIDAK LUPA JUGA KEPADA KEDUA IBU BAPA SAYA, EN.MUHAMAD NAJIB BIN HASSAN DAN
PN.LATIPAH BINTI ABDUL AZIZ KERANA TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN MENYEDIAKAN
KEPERLUAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK INI.

AKHIR SEKALI,TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA RAKAN–RAKAN YANG TELAH
MEMBANTU SERTA KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
DALAM PROSES PENGHASILAN PROJEK INI.

PENGENALAN

DI SEKELILING KITA TERDAPAT BANYAK CONTOH APLIKASI TINDAK BALAS EKSOTERMIK
DAN ENDOTERMIK. KEDUA-DUA TINDAK BALAS TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN PERUBAHAN
SUHU PERSEKITARAN. PERKEMBANGAN PENGETAHUAN MANUSIA DALAM BIDANG INI TELAH
MEMUNGKINKAN KEHIDUPAN SEHARIAN MANUSIA LEBIH MUDAH DAN SELESA. PELBAGAI
MASALAH SEHARIAN JUGA BOLEH DISELESAIKAN MENGGUNAKAN KONSEP TERMOKIMIA INI.
ANTARA CONTOHNYA IALAH PROSES PEMBAKARAN API (EKSOTERMIK) YANG DIGUNAKAN
UNTUK MEMASAK SERTA PAD GEL (ENDOTERMIK) YANG DIGUNAKAN UNTUK MEREDAKAN
DEMAM.

OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA TELAH DITUGASKAN UNTUK MEREKA CIPTA PEK SEJUK
SEGERA. PEK SEJUK SEGERA YANG DIHASILKAN BERTUJUAN UNTUK MENYEJUKKAN MINUMAN
SUPAYA LEBIH SEDAP DAN MELEGAKAN. BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN JUGA MUDAH
DIDAPATI DAN TIDAK MEMERLUKAN KOS YANG BESAR.

OBJEKTIF PROJEK

1. MENENTUKAN JENIS TINDAK BALAS EKSOTERMIK DAN ENDOTERMIK BERDASARKAN
PERUBAHAN HABA.

2. MENGENALPASTI PRODUK YANG MENGAPLIKASIKAN KONSEP ENDOTERMIK DAN EKSOTERMIK
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

3. MENYELESAIKAN MASALAH SEHARIAN MENGGUNAKAN KONSEP ENDOTERMIK DAN
EKSOTERMIK.

4. MEREKA CIPTA PRODUK YANG MENGAPLIKASIKAN KONSEP ENDOTERMIK ATAU EKSOTERMIK
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

TARIKH PERLAKSANAAN PROJEK

TARIKH AKTIVITI
17/9/21 – 18/9/21
19/9/21- 25/9/21 PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN PEK SEJUK
SEGERA

PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK

PERNYATAAN MASALAH

ALEX MENGGEMARI AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN MENYUKAI MINUMAN SEJUK.
BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MEMBANTU ALEX MENIKMATI MINUMAN SEJUK KETIKA
BERKHEMAH?

BERDASARKAN DARIPADA SUMBER BACAAN ATAU LAMAN SESAWANG TENTANG
TINDAKBALAS EKSOTERMIK DAN TINDAKBALAS ENDOTERMIK, BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT
MEMBANTU ALEX?

ANDA DIKEHENDAKI MENYELESAIKAN MASALAH INI DENGAN MEREKA CIPTA PEK SEJUK
SUPAYA ALEX DAPAT MENIKMATI JUS OREN SEJUK.

SENARAI BAHAN DAN ALAT RADAS

1. AIS
2. GARAM
3. PLASTIK KEDAP UDARA (BESAR)
4. PLASTIK KEDAP UDARA (KECIL)
5. JUS OREN
6. BEG KAIN

PROSEDUR PENYEDIAAN

1. MASUKKAN AIS KE DALAM PLASTIK KEDAP
UDARA YANG BERSAIZ BESAR

2. MASUKKAN GARAM KE DALAM PLASTIK
KEDAP UDARA YANG BERSAIZ BESAR

3. GONCANGKAN SEDIKIT PLASTIK SUPAYA
GARAM TERSEBAR SEKATA

HASIL PROJEK DAN CARA PENGGUNAAN

1. TUANGKAN JUS KE 2. MASUKKAN PLASTIK 3. MASUKKAN PLASTIK
DALAM PLASTIK KEDAP KECIL KE DALAM PLASTIK BESAR KE DAM BEG KAIN
UDARA YANG BERSAIZ KECIL BESAR

HASIL PROJEK DAN CARA PENGGUNAAN

1. PEK SEJUK SEGERA BOLEH DIBAWA 2. JUS MENJADI SEJUK DAN LEBIH
DENGAN MUDAH DAN MENARIK MENYELERAKAN UNTUK DINIKMATI

DAPATAN KAJIAN

GARAM DIGUNAKAN DALAM PROJEK INI KERANA GARAM BERUPAYA UNTUK
MERENDAHKAN TAKAT LEBUR AIS. KESANNYA AIS AKAN LEBIH LAMBAT MELEBUR
SERTA MAMPU UNTUK MENYEJUKKAN JUS DENGAN LEBIH LAMA.

PROSES PELEBURAN AIS MERUPAKAN SALAH SATU CONTOH TINDAK BALAS
ENDOTERMIK. OLEH SEBAB ITU, APABILA AIS MELEBUR SUHU DI PERSEKITARAN AKAN
DISERAP DAN MENURUN. JUS YANG DILETAKKAN BERDEKATAN JUGA AKAN
BERTAMBAH SEJUK. PROSES PELEBURAN AIS YANG LEBIH LAMBAT DAN PERLAHAN
AKAN MENYEBABKAN JUS MENJADI LEBIH SEJUK DAN BERTAHAN LAMA.

SUMBER RUJUKAN

• BUKU TEKS KIMIA TINGKATAN 5 KSSM

• https://youtu.be/ZqXuOr_An1M

• https://ms.magazinera.com/52762-10544-if-salt-melts-snow-and-ice-why-is-it-essential-in-making-ice-cream-
57

SEKIAN,
TERIMA KASIH

(MUHAMMAD HAZIQ BIN MUHAMAD NAJIB)


Click to View FlipBook Version