The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WONG JIA YING IPG-Pelajar, 2024-05-04 11:24:04

Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia

Wong Jia Ying

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIAN RED CRESCENT WONG JIA YING 2021172310563 PISMP AMBILAN JUN 2021 MPU3471a Kokurikulum – Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Encik Kahar Bin Zainuddin


SENARAI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN CATATAN 1 Biodata 2 Borang Pendaftaran Ahli BSMM 3 Bendera BSMM 4 Lambang Dan Logo BSMM 5 Visi Dan Misi BSMM 6 Lagu BSMM 7 Persetiaan / Ikrar BSMM 8 Perlembagaan BSMM 9 Sejarah BSMM 10 Carta Organisasi BSMM 11 Pengurusan Dan Pentadbiran BSMM 12 Prinsip asas BSMM 13 Undang-undang kemanusiaan antarabangsa 14 Pakaian uniform BSMM 15 Aksesori pakaian BSMM 16 Laporan Mingguan BSMM 17 Kemahiran Asas Dalam Unit Beruniform 18 Lampiran (Gambar Aktiviti) 19 Sumber Rujukan


BIODATA NAMA : Wong Jia Ying NO. KAD PENGENALAN : 031014-05-0116 TARIKH LAHIR : 14 Oktober 2003 NO. TELEFON : 011-10501014 E-MEL : [email protected] PENGKHUSUSAN : Pendidikan Khas Masalah Pendengaran PROGRAM : PISMP AMBILAN : Jun 2021 KUMPULAN : PT2S2-1 NO. MATRIK : P21171847


Borang Pendaftaran Ahli BSMM


Borang 1B BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN KUALA LUMPUR KENYATAAN AHLI BIASA 1. Nama Penuh : WONG JIA YING 2. Alamat Rumah : NO. 35, ½ JALAN WANGSA CHERAS, TAMAN WANGSA CHERAS, 43200 SELANGOR. 3. Tempat Lahir : KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. 4. Tarikh Lahir : 14 OKTOBER 2003 5. No. Kad Pengenalan : 031014-005-0116 6. Bangsa : CINA 7. No. Telefon : 011-10501014 8. Sekiranya pernah menjadi Ahli Persatuan ini, nyatakan: - a) Jawatan yang dipegang : - b) Tahun : - 9. Maklumat Waris: a) Nama Waris : WONG MENG YOON b) No. Kad Pengenalan : 770802-08-6821 c) No. Telefon : 012-3614318 d) Persaudaraan : BAPA 10. Minat dalam kegiatan Bulan Sabit Merah: - Mengutip Derma - Tugas Bantuan Bencana - Pasukan Bantuan Sukarela - Pakaian Seragam Yuran Ahli RM2.00 Tarikh: ____1 JANUARI 2024____ Tandatangan:______wong ______


Bendera BSMM


Bendera rasmi BSMM mempunyai ukuran piawai yang telah ditetapkan. Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu. Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah. Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran 150 cm panjang dan 100 cm lebar. Sebaranf pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.


Lambang dan Logo BSMM


Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864. Lambang palang merah merupakan lambang terbalik dari bendera Switzerland. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Emblem Palang Merah Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, lambang palang merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang demikian, mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah itu diikuti oleh banyak negara-negara Arab atau negara-negara yang mempunyai banyak penduduk Muslim. Kedua-dua lambang ini, palang merah dan bulan sabit merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.


Visi dan Misi BSMM


Lagu BSMM


Lagu ini diputarkan buat pertama kalinya pada tahun 1957 semasa Majlis Penukaran nama Persatuan daripada Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society).


Persetiaan / Ikrar BSMM


Perlembagaan BSMM


Berdasarkan Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan untuk mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan St. John Ambulans merupakan persatuan yang ditubuhkan di bawah akta perlimen. Secara dasarnya, setiap persatuan yang ditubuhkan perlulah mempunyai perlembagaan atau undang-undang tersendiri. Objektif Perlembagaan Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.” Perlembagaan Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:- Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan


Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Pembubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah : 1. Lencana / logo persatuan 2. Cogan kata / moto 3. Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan 4. Pendaftaran persatuan 5. Jawatankuasa kecil


Sejarah BSMM


● Sejarah Pengasas


● Sejarah Penubuhan BSMM


● Sejarah Penubuhan di Malaysia Tarikh Peristiwa 1948 Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah. 1950 British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang. 1952 Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang. 1953 Lebih banyak cawangan dibuka. 1957 Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangancawangan diSemenanjung telah dikelolakan sebagaiFederation of Malaya Red Cross Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962. 4 Julai 1963 Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas 24 Ogos 1963 Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and RedCrescent Societies 1965 Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengancawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47). 21 Ogos 1975 Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yangtelah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu. 4 September 1975 Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 27 Jun 2007 Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama tersebut.


Carta Organisasi BSMM


Pengurusan dan Pentadbiran BSMM


● Pendaftaran Ahli dan Kumpulan


Pendaftaran Ahli ● Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa agama, jantina dan politik ● Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan ● Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam system database di Ibu Pejabat ● Kebangsaan Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif. Penyelarasan Pendaftaran Keahlian ● Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari bu Pejabat ● Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. ● Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. ● Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar. ● Salinan asal kepada bu Pejabat Kebangsaan ● Salinan kedua disimpan oleh Cawangan. ● Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit. ● Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup.


Pendaftaran Kumpulan ● Pasukan kanak kanak ● Pasukan Belia ● Pasukan Belia Terbuka ● Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam ● Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam ● Pasukan Bantuan Sukarela di IPT


● Kuasa Penganjur Antara kuasa penganjur yang digariskan ialah : ● Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. ● Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. ● Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. ● Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. ● Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. ● Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. ● Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. ● Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi.


● Struktur Unit Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas. Nombor ini akan menunjukkan unit itu berasal dari Cabang dan bahagian tertentu. Contohnya : Unit PK(Y) 118 PK - Unit ini berasal daripada Cabang Perak (Y) - Kumpulan Belia atau Youth 118 - Unit ke-118 yang didaftarkan


● Tanggungjawab Pemimpin


● Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin Pemakaian pakaian seragam bertujuan untuk: ● Mempamerkan identiti BSMM ● Memupuk semangat disiplin ● Dipakai dengan kemas dan bangga Jenis-jenis Pakaian Terdapat pelbagai jenis pakaian seragam yang dikenakan kepada para pegawai dan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Antaranya ialah: Pakaian Seragam Lelaki Pakaian Istiadat No.1 - Pegawai Lelaki Kegunaan Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lain-lain. Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.2 - Pegawai Lelaki Kegunaan Terlibat dengan perbarisan rasmi sebagai Ketua Kontinjen atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Mengikut arahan.


Pakaian Seragam No.3 - Pegawai Lelaki Kegunaan Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Menghadiri Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.4 - Pasukan Bantuan Sukarela Lelaki Kegunaan Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menerima Pingat/ Sijil Penghargaan BSMM dan lain-lain. Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.8 - Belia & Kanak-kanak (Link) - Lelaki Kegunaan Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan.


Pakaian Seragam No.9 - Pegawai/ Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Belia dan Kanak-kanak (Link) - Lelaki Kegunaan Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan.


Pakaian Seragam Perempuan Pakaian Istiadat No.1 - Pegawai Wanita Kegunaan Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lain-lain. Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.2 - Pegawai Wanita Kegunaan Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.3 - Pegawai Wanita Kegunaan Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan.


Pakaian Seragam No.4A & 4B - Pasukan Bantuan Sukarela (PBS)/ Belia - Wanita Kegunaan Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menerima Pingat/ Sijil Penghargaan BSMM dan lain-lain. Tugas Khas dan Latihan Medan. Tiap-tiap Kawalan Kehormat hendaklah seragam dengan memilih samada Pakaian Seragam No.4A atau 4B. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.8 - Belia/ Kanak-kanak (Link) Kegunaan Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. Menghadiri mesyuarat rasmi/ kursus/ seminar dan lain-lain. Mengikut arahan.


Pakaian Seragam No.9 - Pasukan Bantuan Sukarela/ Belia dan Kanakkanak (Link) - Wanita Kegunaan Tugas Khas dan Latihan Medan. Mengikut arahan. Pakaian Seragam No.10 - Pegawai dan Lain-lain Anggota - Wanita (Pilihan) Kegunaan Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Pesekutuan/ Negeri/ BSMM dan lain-lain. Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. Mengikut arahan.


Prinsip Asas BSMM


Kemanusian (Humanity) Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia. Mencegah dan meredakan kesengsaraan. Melindungi nyawa dan kesihatan. Kesaksamaan (Impartiality) Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. Keberkecualian (Neutrality) Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.


Kebebasan (Independence) Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. Khidmat Sukarela (Voluntary Service) Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. Ketunggalan (Unity) Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak meliputi seluruh negara Kesejagatan (Universality) Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. Mempunyai tanggungjawab bersama dalam saling membantu antara satu dengan lain antara negara.


UndangUndang Kemanusiaan Antarabangsa


Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ialah satu set peraturan yang bertujuan untuk mengehadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek awam. UUKA juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA melindungi manusia dalam kategorikategori tertentu dan mengehadkan kaedah dan cara berperang. Mesej-mesej utama UUKA adalah - Dilarang menyerang orang yang tidak terlibat atau sudah tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata. - Dilarang menggunakan senjata-senjata yang tidak boleh membezakan antara orang awam dan kombatan atau senjata yang mengakibatkan penderitaan dan kerosakan yang tidak munasabah. UUKA melindungi orang yang tidak terlibat atau yang sudah tidak lagi terlibat dalam pertempuran seperti orang awam, golongan yang tercedera, mereka yang sakit, tawanan perang, tahanan-tahanan lain, mangsa kapal karam dan anggotaanggota tentera perkhidmatan perubatan dan keagamaan. Nyawa mereka hendaklah dihormati dan pihak-pihak kepada konflik mesti memberi mereka bantuan dan layanan berperikemanusiaan tanpa diskriminasi. Contohnya, orang awam tidak boleh menjadi sasaran serangan, mereka yang tercedera dan sakit mesti dikumpul dan dijaga, tawanan dan tahanan mesti dilayan dengan perikemanusiaan dan mendapat jaminan kehakiman. UUKA melindungi objek-objek awam seperti hospital, ambulans dan harta kebudayaan yang penting, termasuk rumah ibadat, karya seni dan monumen bersejarah. UUKA juga melarang pemusnahan infrastruktur yang diperlukan demi kelangsungan kehidupan orang awam (seperti sumber dan bekalan air bersih dan selamat) dan yang bersifat berbahaya (seperti stesen-stesen janakuasa nuklear). UUKA mengehadkan jenis senjata dan taktik ketenteraan yang boleh digunakan dalam konflik bersenjata. Senjata dan kaedah peperangan yang tidak membezakan antara mereka yang mengambil bahagian dalam pertempuran (kombatan) dan mereka yang tidak mengambil bahagian (orang awam serta harta benda awam), adalah dilarang di bawah UUKA. UUKA juga mengharamkan penggunaan senjata yang mengakibatkan kecederaan atau penderitaan yang tidak munasabah. Taktiktaktik yang mengakibatkan kerosakan dan pencemaran teruk atau berpanjangan terhadap alam sekitar juga adalah dilarang.


UUKA hanya terpakai ketika konflik bersenjata, antarabangsa (iaitu antara dua atau lebih negara) dan konflik bersenjata bukan antarabangsa (iaitu yang berlaku di dalam wilayah sesebuah negara). Apabila sesuatu konflik bermula, UUKA berkuat kuasa secara sama rata ke atas semua pihak tanpa mengambil kira punca-punca berlakunya konflik tersebut atau siapa yang memulakannya. UUKA adalah suatu bidang undang-undang yang hakikatnya adalah praktikal dan mengimbangi secara cermat matlamat kemanusiaan dengan kehendak ketenteraan. UUKA terkandung dalam triti, konvensyen dan undang-undang adat antarabangsa (iaitu peraturan-peraturan yang berkembang mengikut masa berlandaskan amalan negaranegara yang konsisten, dengan kepercayaan bahawa amalan tersebut mengikat secara sah di sisi undang-undang). Elemen-elemen utama UUKA terkandung dalam keempatempat Konvensyen Geneva 1949 dan ketiga-tiga Protokol Tambahannya; selain triti antarabangsa lain yang relevan, seperti yang berkaitan dengan kawalan senjata tertentu dan pendakwaan penjenayah perang.


Pakaian Uniform BSMM


Senarai Warga Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Pemakaian Uniform Berkenaan


Click to View FlipBook Version