MODUL
BOLA SEPAK
MENYERANG DAN BERTAHAN
PREPARED BY FAKULTI SAINS SUKAN DAN
SAHRIL BIN AGUS KEJURULATIHAN UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PENGENALAN
Dalam konteks sukan jurulatih, guru
dan rakan sebaya adalah individu
yang paling memberi pengaruh
kepada prestasi sukan seseorang
individu. Peranan utama dan
tanggjungjawab jurulatih kini
meningkat seiring dengan keperluan
program pembangunan untuk
menghasilkan kejurulatihan
berkualiti dan secara tidak langsung
dapat menyumbang kepada
pembangunan yang holistik,
perkembangan fizikal dan psikologi
dalam kalangan pemain. terdapat
empat bentuk kejurulatihan yang
membawa maksud yang berbeza.
Empat bentuk kejurulatihan
tersebut adalah pertama; pengajar
atauguru sukan, kedua; jurulatih
penglibatan/penyertaan, ketiga
jurulatih prestasi atau jurulatih
pembangunan dan keempat;
jurulatih berprestasi tinggi.
BAB 1
PERANAN GURU DAN JURULATIH
MENYERANG
BERTAHAN
1
Perbezaan antara kategori jurulatih
Perkara/kategori Pelatih/Guru Jurulatih/Pengurus
OBJEKTIF Bertanggungjawab untuk Bertanggungjawab untuk menjuarai
pembangunan bakat kejohanan tertentu yang disasarkan
pemainsecara individu
olehorganisasi (berpasukan).
PRINSIP Perlu untuk mengetahui ciri- Pemain perlu untuk menyesuaikan
ciri perkembangan remaja diri dengan prinsip dan matlamat yang telah
ditetapkan oleh jurulatih.
KATEGORI PEMAIN Lebih sesuai untuk bekerja Lebih sesuai untuk melatih pemain yang telah
dengan pemain yang lebih memiliki pengalaman mereka yang tersendiri
muda (peringkat akar umbi) dan bersedia untuk bersaing bagi mencabar
yang berfokus kepada kejohananyang disertai
pembangunan secara individu (berpasukan).
PEMILIHAN PENOLONG Memerlukan jurulatih kategori Memerlukan penolong jurulatih kategori
‘Jurulatih/Pengurus’ yang ‘Pelatih/Guru’ untuk merancang
mampu mengawal bilik
strukturlatihan pasukan yang lebih
persalinan dan mereka memiliki bersistematik.
kelebihan iaitu hubungan yang
baik dengan
Dalam merancang sesi latihan, jurulatih juga harus mengambil kira prinsip
perbezaan individu yang terdapat dalam kalangan pasukan yang mereka
latih. Kebolehan seseorang individu yang terdapat dalam pasukan mereka
adalah amat penting untuk diberi perhatian dan pertimbangan oleh
jurulatih agar mereka dapat mengembangkan potensi dan bakat prestasi
pemain pasukan mereka
1
Fokus utama setiap kategori kejurulatihan
Kategori Kejurulatihan Fokus Utama
PENGAJAR/GURU SUKAN Meningkatkan prestasi dalam tempoh masa pendek
JURULATIH PENGLIBATAN Mengutamakan keseronokan dan kesihatan peserta
JURULATIH PRESTASI PEMBANGUNAN Persediaan untuk meningkatkan prestasi pemain danmemerluka
n komitmen yang tinggi dalam kalanganpemain dan jurulatih
sendiri.
JURULATIH PRESTASI TINGGI Menumpukan kepada kejayaan yang memberi fokusuntuk menc
apai kejuaraan.
Prinsip pengkhususan ini adalah merujuk kepada latihan terhadap
sesuatu sukan yang dilakukan secara khusus danspesifik serta
menghasilkan kesan-kesan yang memberi manfaat kepada sukan
tersebut. Untuk meningkatkan kemahiran bola sepak, maka latihan
spesifik yang memfokuskan kepada bola sepak sahaja. Sebagai
contoh, kemahiran menghantar, menerima, menendang, bertahan
dan sebagainya.
1
Terdapat dua prinsip taktikal dalam permainan bola sepak
iaitu prinsip menyerang dan prinsip bertahan. Prinsip-prinsip
menyerang terdiri daripada aspek width, support, mobility,
penetration dan creativity. Prinsip bertahan pula terdiri
daripada compactness, delay, depth, balance dan patience.
width MENYERANG
support
mobility
penetration
creativity
BERTAHAN compactness
delay
depth
balance
patience
1
MENYERANG
Semasa sebuah pasukan sedang melakukan build up play (memulakan
serangan), ia merupakan tindakan menyerang yang bertujuan untuk mencipta
peluang gol dan seterusnya dapat menjaringkan gol. Selepas melakukan build
up play (memulakan serangan), tugasan seterusnya adalah menjaringkan gol.
1
BERTAHAN
Bertahan merupakan satu situasi di mana pasukan tersebut tidak memiliki
penguasaan bola dan matlamat pasukan yang bertahan ini adalah untuk
menghalang pihak lawan dari menjaringkan gol ke atas mereka.
BAB 2
PRINCIPLE OF PLAY
EXPLOSITIVITY PREPARATION EXERCISE
(EPE)
1
Prinsip permainan (Principle of Play)
Terdapat dua prinsip taktikal dalam permainan bola sepak iaitu prinsip menyerang dan
prinsip bertahan. Prinsip-prinsip menyerang terdiri daripada aspek width, support,
mobility, penetration dan creativity. Prinsip bertahan pula terdiri daripada
compactness, delay, depth, balance dan patience
WIDTH Pasukan yang memiliki penguasaan bola haruslahmenggunakan kel
uasan padang seberapa luas yangboleh semasa menyerang agar pih
ak lawan sukaruntuk merampas bola.
SUPPORT Pasukan yang memiliki penguasaan bola haruslahberada pada
kedudukan yang mudah untuk rakansepasukan melakukan
hantaran seterusnya, membuka ruang permainan dan mencipta
larian
MOBILITY Keupayaan pemain pasukan menyerang untuk beradadi
mana-mana kedudukan yang boleh mengelirukanpihak
lawan tanpa spesifik kepada mana-mana posisi tertentu.
PENETRATION Merupakan pergerakan yang dilakukan untukmelepasi
halangan terutama di bahagian kotak penaltipihak lawan
supaya berpeluang untuk menjaringkan gol.
CREATIVITY Keupayaan untuk menyerang dengan pelbagai cara
1
Prinsip permainan (Principle of Play)
Keupayaan berpasukan dari pasukan bertahan
untukmenjadikan ruang pasukan menyerang semakinsempit
COMPACTNESS dan menyukarkan mereka untuk melakukan
penetration.I
Delay Tindakan yang dilakukan oleh pasukan bertahanuntuk
memperlahankan gerakan pihak lawan agarpemain pasukan
bertahan dapat turun segera membantu di bahagian bertahan.
Depth Pasukan mampu untuk meneruskan tekanan kepada
pemain yang sedang memiliki penguasaan bola.
Balance Kedudukan rakan sepasukan semasa menghalangasakan pi
hak lawan haruslah seimbang agar tiadaruang kosong yang b
oleh dimasuki oleh pihak lawansemasa menyerang.
Patience Pasukan yang bertahan memerlukan tempoh masa
terbaik untuk merampas bola dari pihak lawan.
1
Explosivity Preparation Exercise (EPE)
Explosivity Preparation Exercise (EPE) ialah larian pada
sesuatu jarak tertentu yang mempunyai kadar waktu
rehat(recovery time) mengikut peratus intensiti yang telah
ditetapkan oleh jurulatih pada minggu latihan tersebut.
Pada minggu pertama dan kedua pra musim latihan bola
sepak, jurulatih haruslah melakukan latihan
explosivitypreparation exercise (EPE) ini pada setiap sesi
latihan.
1
Aspek utama yang perlu diberikan perhatian oleh
jurulatih untuk merancang latihan Explosivitiy
Preparation Exercise (EPE) ini adalah peratus intensiti
latihan, jarak larian, bilangan ulangan larian dan
jangkamasa rehat antara larian yang akan dilakukan oleh
pemain.
Latihan explosivity preparation exercise (EPE) ini
dilakukan bertujuan sebagai persiapan untuk
menghadapi latihan pada minggu ketiga dan keempat.
1
1. EPE 60 %: 6 X 60 meter = 6 set lari ulang alik X 60 meter (60 saat
rehat setiap set)
2. EPE 70 %: 7 X 50 meter = 7 set lari ulang alik X 50 meter (50 saat rehat
setiap set)
3. EPE 80 %: 8 X 40 meter = 8 set lari ulang alik X 40 meter (40 saat
rehat setiap set)
4. EPE 90%: 9 X 30 meter = 9 set lari ulang alik X 30 meter (30 saat rehat
setiap set)
5. EPE 100%: 10 X 20 meter = 10 set lari ulang alik X 20 meter (20 saat
rehat setiap
set)
1
guru atau jurulatih akan memberi fokus kepada keupayaan
pemain untuk mengekalkan isipadu (volume) terhadap larian
maksimum yang melibatkan aksi dalam bola sepak. Maka,
latihan bola sepak football sprint with minimum rest iaitu small
sided game 7 vs 7 / 6 vs 6 / 5 v 5 adalah sesuai dijalankan dan
dimasukkan pada minggu ketiga dan keempat.
Disebabkan oleh jangkamasa rehat yang terhad semasa latihan
bola sepak football sprint pada minggu ketiga dan keempat,
pemain akan sukar untuk mengekalkan larian maksimum yang
melibatkan aksi dalam bola sepak jika jangkamasa latihan
dipanjangkan.
BAB 3
JADUAL LATIHAN INTERVENSI (6 MINGGU)
1
JADUAL INTERVENSI MINGGU 1
Elemen kemahiran teknikal, kecergasan fizikal dan prinsip permainan
akan dilatih sepanjang minggu pertama. Pada minggu pertama, kumpulan
rawatan akan melakukan latihan Explosivity Preparation Exercise (EPE)
iaitu larian yang mempunyai kadar waktu rehat (recovery time) mengikut
peratus intensiti yang telah ditetapkan oleh jurulatih pada minggu
latihan tersebut. Berikut merupakan kaedah bagaimana EPE dijalankan:
EPE 60 %: 6 X 60 meter = 6 set lari ulang alik X 60 meter (60 saat rehat setiap
set)
EPE 70 %: 7 X 50 meter = 7 set lari ulang alik X 50 meter (50 saat rehat setiap
set)
EPE 80 %: 8 X 40 meter = 8 set lari ulang alik X 40 meter (40 saat rehat setiap
set)
1
JADUAL INTERVENSI MINGGU 2
Berikut merupakan prosedur latihan EPE dan football conditioning game pada
minggu kedua:
EPE 90 %: 9 X 30 meter = 9 set lari ulang alik X 30 meter (30 saat rehat
setiap set)
EPE 100 %: 10 X 20 meter = 10 set lari ulang alik X 20 meter (20 saat rehat
setiap set)
Football Conditioning Game: 11 vs 11/8 vs 8 = 2 perlawanan X 13 minit ( 2
minit rehat setiap perlawanan).
1
JADUAL INTERVENSI MINGGU 3
Pada minggu ketiga, kumpulan rawatan akan melakukan latihan Football Sprint
iaitu larian yang dilakukan oleh pemain pada jarak yang singkat dengan kadar
recovery time tertentu. Football conditioning game juga dijalankan pada minggu
ini. Berikut merupakan kaedah bagaimana latihan Football Sprint dijalankan:=
2 set X 6 perlawanan X 15 meter (10 saat rehat setiap perlawanan
Football Conditioning Game: 7 vs 7/ 5 vs 5 = 4 perlawanan X 5 minit (2 minit
rehat setiap perlawanan)
Perlawanan persahabatan juga dijalankan pada minggu ini supaya pemain dapat
mengaplikasikan sesi latihan yang dijalankan sepanjang minggu kepada aksi
sebenar untuk melihat keberkesanan prinsip permainan menyerang.
1
JADUAL INTERVENSI MINGGU 4
Berikut merupakan kaedah bagaimana latihan Football Sprint dijalankan pada
minggu keempat:
2 set X 7 perlawanan X 15 meter (10 saat rehat setiap perlawanan
Football Conditioning Game: 7 vs 7/ 5 vs 5 = 4 perlawanan X 5.5 minit (2
minit rehat setiap perlawanan).
Perlawanan persahabatan juga dijalankan pada minggu ini supaya pemain
dapat mengaplikasikan sesi latihan yang dijalankan sepanjang minggu kepada
aksi sebenar untuk melihat keberkesanan prinsip permainan menyerang.
1
JADUAL INTERVENSI MINGGU 5
Berikut merupakan kaedah bagaimana latihan Football Sprint dijalankan pada
minggu kelima:
6 perlawanan X 5 meter (30 saat rehat setiap perlawanan)
4 perlawanan X 15 meter (45 saat rehat setiap perlawanan)
2 perlawanan X 25 meter (60 saat rehat setiap perlawanan)
Football Conditioning Game: 4 vs 4/3 vs 3 = 2 set X 6 perlawanan X 1 minit (2
minit rehat setiap perlawanan)
Perlawanan persahabatan juga dijalankan pada minggu ini supaya pemain dapat
mengaplikasikan sesi latihan yang dijalankan sepanjang minggu kepada aksi
sebenar untuk melihat keberkesanan prinsip permainan (menyerang dan
bertahan).
1
JADUAL INTERVENSI MINGGU 6
Berikut merupakan kaedah bagaimana latihan Football Sprint dijalankan pada
minggu keenam:
7 perlawanan X 5 meter (30 saat rehat setiap perlawanan)
4 perlawanan X 15 meter (45 saat rehat setiap perlawanan)
2 perlawanan X 25 meter (60 saat rehat setiap perlawanan)
Football Conditioning Game: 4 vs 4/3 vs 3 = 2 set X 6 perlawanan X 1 minit
(1.5 minit rehat setiap perlawanan)
Perlawanan persahabatan juga dijalankan pada minggu ini supaya pemain
dapat mengaplikasikan sesi latihan yang dijalankan sepanjang minggu kepada
aksi sebenar untuk melihat keberkesanan prinsip permainan menyerang.
BAB 4
INSTRUMEN
SMALL SIDED GAME (SSG)
1
SMALL SIDED GAME
Small sided game merupakan situasi permainanyang melibatkan
pergerakan yang digunakan dalam sukan atau latihan yang melibatkan
bilangan pemain yang sedikit, pada ruang yang dikecilkan, undang-
undang permainan yang diubahsuai untuk mencapai objektif permainan
tanpa mengabaikan prinsip-prinsip sesuatu permainanSmall sided game
merupakan situasi permainanyang melibatkan pergerakan yang
digunakan dalam sukan atau latihan yang melibatkan bilangan pemain
yang sedikit, pada ruang yang dikecilkan, undang-undang permainan
yang diubahsuai untuk mencapai objektifpermainan tanpa mengabaikan
prinsip-prinsip sesuatu permainan
Small sided game juga merupakan satu bentuk permainan atau latihan
dalambentuk yang lebih kecil dari format permainan sebenar dan
penggunaannya dalam sesi latihan bola sepak juga sudah lama
digunakan dan semakin mendapat perhatian guru, jurulatih, pengamal
Sains Sukan. Small sided game mewakili format permainan sebenar di
mana format ini tidak mengabaikan ciri-ciri permainan sebenar yang
dinamik dan kompleks.
Small sided game merupakan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan
oleh guru atau jurulatih untuk memperkenalkan dan menyesuaikan
pemain kepada masalah taktikal yang sering dihadapi oleh mereka
semasa perlawanan sebenar.
Dengan melakukan small sided game, terdapat beberapa kesan yang baik
ke atas aspek-aspek teknikalseperti bilangan hantaran,bilangan pemain
dapat menggelecek pihak lawan, bilangan rembatan ke arah gol dan
bilangan interception .
1
SMALL SIDED GAME (4 vs 4)
TUJUAN PERINGKAT UMUR KESAHAN
Untuk menilai Murid lelaki sekolah Kesahan
prestasi bermain menengah berumur kandungan/panel
bola sepaksebagai
14 tahun pakar bidang
satu pasukan
KEBOLEHPERCAYAAN OBJEKTIVITI KAWASAN UJIAN
Kajian rintis akan Kajian rintis akan 30 meter x 40
dijalankan untuk dijalankan untuk meter
mendapatkan nilai mendapatkan nilai
kebolehpercayaan
objektiviti
ALATAN MASA PERMAINAN BIL PEMAIN
Bola sepak(saiz 5), 4 minit (separuh 4 orang(pasukan A),
borangskor, kon masa pertama)– 2 4 orang (pasukanB)
penanda, minit (rehat) – 4
portablegol (4) minit (separuhmasa – kedua-dua
pasukan
kedua)
bermaintanpa
penjaga gol.
1
PROSEDUR :
1. Kumpulan rawatan memiliki seramai 32 orang murid dan
kumpulan kawalan juga memiliki seramai 32 orang murid
.
2. Untuk menilai aspek menyerang, setiap kumpulan memiliki
sebanyak 8 pasukan.
3. Berikut merupakan jadual perlawanan untuk kumpulan
kawalan dan rawatan
Keluasan Perlawanan Pasukan Format Masa
Padang Permainan
30m X 40m 1 A vs B 4 vs 4 4:2:4
30m X 40m 2 C vs D 4 vs 4 4:2:4
30m X 40m 3 E vs A 4 vs 4 4:2:4
1
4. Video permainan akan dirakam di sebelah kiri dan kanan sisi
padang permainan. Guru dan pembantu penguji akan berada di
tepi padang untuk menjaga masa permainan.
5. Setelah selesai merakam aksi permainan kedua-dua kumpulan
(rawatan dan kawalan), penyelidik dan pembantu penguji akan
menganalisis video untuk menilai aspek menyerang (Width,
support, mobility, penetration dan creativity) dan bertahan
(Compactness, delay, depth, balance dan patience) berdasarkan
kepada borang skor.
1
ASPEK
MENYERANG BERTAHAN
Width Compactness
support delay
mobility depth
penetration balance
creativity patience