1 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : AIMAN HAKIM BIN HUZAIREY No. K/P : 040624-05-0337 Angka Giliran : 2022242310020 Program : PPSIMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y1 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_______Hakim ________Tarikh : _13 FEBRUARI 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
2 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: AIMAN HAKIM Kod: BMMB1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugas an Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998)
3 3 Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki; i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran.
4 4 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan: 13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan
5 5 Penghargaan Bersyukur saya ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya yang dihormati, Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed yang telah memberi banyak tunjuk ajar serta membantu saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Seterusnya, saya ingin memberi penghargaan kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan dalam saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Turut saya nukilkan rasa syukur dan terima kasih kepada ibu saya yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan motivasi kepada saya agar kekal bersemangat dalam menyiapkan kerja ini. Tanpa sokongan mereka, saya tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik seperti yang dikehendaki. Tidak lupa juga saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses saya menyiapkan kerja ini. Sekian, terima kasih.
6 6 Isi Kandungan 1.0 Pengenalan..................................................................................................................7 2.0 Konsep Puisi Tradisional.........................................................................................7 3.0 Jenis-Jenis Dan Ciri-Ciri Puisi Melayu Tradisional...........................................8 4.0 Fungsi Puisi Tradisional ..........................................................................................9 5.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Seloka ............................10 6.0 Rumusan....................................................................................................................11 Rujukan..................................................................................................................................12
7 7 1.0Pengenalan Kesusasteraan Melayu merupakan suatu hasil seni yang dipersembahkan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah (Siti Hajar, 2011). Sastera diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu sastra. Sas- merujuk kepada perbuatan mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk. Seterusnya -tra disifatkan sebagai alat. Oleh itu sastra bermaksud alat untuk mengajar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sastera ialah seni atau karya penulisan dalam bentuk prosa dan puisi yang mengandungi aspek-aspek tertentu. Dalam aspek pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan seni yang paling dasar dan ditulis atau diilhamkan dalam bentuk novel, cerpen frasa dan sebagainya iaitu berunsurkan keindahan dan kehalusan. 2.0Konsep Puisi Tradisional Puisi tradisional sudah ada pada zaman masyarakat belum boleh mengecam bentuk. lagi. Puisi ini juga digammbarkan seperti refleksi kepada kehidupan masyarakat melayu pada zaman itu. Mereka hidup secara statik iaitu tidak berubah dan masih berpegang utuh pada peraturan, adat dan undang-undang. Puisi tradisional merujuk kepada karya seni yang telah diwrisi sejak turun-temurun.. Secara dasarnya, puisi tidak terdiri daripada ayat yang sempurna, tetapi mengandungi frasa yang tersusun (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Puisi tradisional juga bersifat bebas untuk dihasilkan. Hal ini demikian kerana, setiap hasil sastera yang ditulis tidak perlu mengikut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Lazimnya pembaca puisi mampu untuk merasa rentaknya tersendiri kerana puisi mengandungi irama yang tersendiri. Puisi merupakan reaksi berdasarkan rentetan peristiwa yang berunsurkan imaginasi manusia yang diterjemahkan dalam kata dan bahasa. Bahasa yang digunakan dalam pusi biasanya mengandungi maksud yang bermakna.
8 8 3.0Jenis-Jenis Dan Ciri-Ciri Puisi Melayu Tradisional Jenis-jenis puisi tradisional tebahagi kepada empat iaitu seloka, pantun, gurindam dan syair. Menurut Harun Mat Piah (1989) elemen yang terdapat di puisi tradisional adalah pantun, syair, gurindam, seloka dan sebagainya. Pantun merujuk kepada karya kepunyaan paling lama milik orang Melayu. Terdapat dua pecahan dalam pantun, iaitu mengandungi unsur estetik dan isi tema dan persoalan. Dua aspek di bawah unsur estetik adalah penggunaan simbol tertentu yang ada dalam pantun sama ada konkrit atau abstrak. Antara bentuk pantun iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait. Ciri-ciri pula adalah meliputi bilangan baris dalam sesebuah rangkap, terdapat pembayang serta maksud dan rima akhir adalah sama. Terdapat juga jenis pantun seperti pantut berunsur nasihat, hiburan dan lain-lain. Gurindam merupakan puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang ditulis pada tahun 1846. Gurindam terbahagi kepada dua bentuk iaitu terikat dan tidak terikat. . Bentuk terikat adalah dua baris rangkap yang terdiri daripada tiga dan empat patah perkataan diikuti rima a;a. Kemudian bentuk tidak terikat pula mempunyai rima yang tidak kekal dan terdapat bilangan baris, bilangan perkataan dan bilangan suku kata dalam sebaris. Penggunaan bahasa adalah berunsurkan idea kreatif dan tegas. Isi turut bertujuan untuk menyampaikan nasihat, kebenaran dan menzahirkan rasa cinta. Rangkap diperlukan untuk melengkapkan semua idea dalam seuntai gurindam. Seloka terdiri daripada pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Isinya mengandungi sindiran yang menjadi pedoman dan teladan kepada pembaca. Menurut Za'aba (1965) menyatakan seloka ialah sususan kata yang berangkap dan mempunyai perbezaan bunyi pada hujung rima. Kebanyakan seloka Melayu dikarang secara terikat iaitu empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. erbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat). Perkataan sindiran atau ejekan turut ditulis dalam bentuk berangkap. Seloka turut mengandungi unsur jenaka untuk pembaca.
9 9 Syair pula mengandungi empat baris serangkap. Jumlah perkataan dalam setiap baris ialah 3 atau lima patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris lapan hingga dua belas suku kata. Syair termasuk dalam kategori puisi kata Skema rima hujungnya sama iaitu aa;aa. Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri. Jeda merupakan tanda hentian yang diletakkan dalam satu baris. Setap rangkap bertujuan untuk membawa satu cerita atau penyampaian pengalaman yang lengkap. 4.0 Fungsi Puisi Tradisional Kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu telah lama muncul seawall bangsa Melayu itu sendiri. Kemunculan sastera Melayu itu memberikan `pelbagai manfaat kepada masyarakat. Terdapat empat fungsi sastera iaitu sebagai alat pendidikan, dakwah, kritik sosial dan hiburan. Sastera boleh dijadikat sebagai medium pendidikan. Hal ini disebabkan peristiwa yang dilalui pengarang dijadikan sebagai cabang idea dalam penulisan karya sastera mereka. Pengalaman pengarang diguna pakai untuk menulis prosa dan puisi serta ditambah dengan aspek-aspek pengajaran, moral dan ilmu pengetahuan sehingga berlaku pendidikan tidak langsung. Bukan itu sahaja, peranan sastera juga mampu membentuk jati diri dalam diri masyarakat. Jesteru nilai sejagat berkaitan aspek kemanusiaan turut terdapat dalam sastera. Tambahan pula, fungsi sastera juga berkaitan medium protes dan kritik sosial. Menurut Saludin (2013) dibawah konsep masyarakat berlainan etnik, sudah tentu akan wujudnya batas tertentu dalam diri mereka. Perkara ini secara langsung akan membawa kepada pengaruh adab dalam diri masyarakat dan bertujuan sebagai medium teguran, mengkritik ataupun menghantar mesej. Jesteru, sastera juga digunakan sebagai medium untuk berdakwah. Ciri waqi'iy, realistic perlu ada , 'dalam erti melihat apa adanya" (Siddiq Fadzil, 2012). Selain itu, cereka islam perlulah menitik beratkan manfaat dan matlamat cereka itu. Cereka Islam membawa sifat keimanan dan ketakwaan yang ikhlas terhadap Allah SWT. Kemudian, karya-karya sastera Islam tidak hanya tertumpu tentang kisah kenabian, namun telah beralih berkaitan cereka yang lain.
10 10 Akhir sekali, fungsi sastera Melayu adalah sebagai hiburan. Hiburan daripada sastera ini dizahirkan daripada keindahan seni karya yang dikarang itu sendiri. Masyarakat terdahulu menjadikan sastera ini sebagai karya yang disukai dan dikagumi. Contohnya, pantun merupakan hasil sastera yang sangat popular rentetan daripada kemampuannya untuk menggembirakan serta menceriakan pembaca. Cerita hiburan seperti cerita Pak Kaduk mempamerkan unsur jenaka kepada orang ramai. 5.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Seloka Seloka mempamerkan masyarakat yang sangat mengutamakan ketetangan dan adab susila (Farhana 2013). Berkait rapat akan sifat halus orang Melayu, puisi seloka dikarang untuk menegur atau menyindir perbuatan negatif masyarakat tanpa menyentuh perasaan insan yang terlibat. Menurut Sastera Melayu (2012) seloka juga digunakan untuk menyindir dan mengejek untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang seperti seloka Pak Kaduk, Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk Maksud yang dapat dirungkapkan tentang 'Ada nasi dicurahkan'| 'Nyaris mati oleh tak makan' adalah sindiran rentetan perilaku yang menyebabkan kerugian. Melalui ayat tersebut, ia menyindir perbuatan orang yang tidak tanamkan rasa bersyukur dalam diri. Orang yang tamak biasanya akan rugi dan menyesal. Sifat tamak ini timbul kerana individu tidak bersyukur atas nikmat diberikan. Menurut Ab Jabar & Mohamed Ghazali (2021) nilai tamak dapat dipersoalkan dan dilihat melalui perlakuan Pak Kaduk. Pak Kaduk seharusnya membuat keputusan secara rasional. Namun Pak Kaduk sanggup mencagarkan tanahnya sendiri hanya untuk memerangi cengkaman raja.
11 11 Rentetan daripada tindakan Pak kaduk itu, dia kehilangan tanah dan menyebabkan dia menetap di rumah orang lain. Melalui seloka ini, penulis mahu menyampaikan teguran melalui sindiran secara halus kepada pembaca agar tidak mengulangi tindakan seperti Pak Kaduk. Dia telah menanggung kerugian malah keluarganya turut terpalit sekali. Namun pada baris "ayamnya menang kampung tergadai" membawa erti tentang sikap Pak Kaduk yang selalu berjudi sudah memakan dirinya sendiri. Akhir sekali, seloka ini juga ingin menggambarkan bahawa seseorang itu harus mempunyai sikap penyayang terhadap keluarga dan tidak memandang rendah seperti Pak Kaduk yang membiarkan isterinya kelaparan di rumah. Seloka ini juga menggambarkan Pak Kaduk sebagai seorang yang malang dalam hidupnya. Ini kerana, penulis menceritakan bahawa angin tiba-tiba berhenti ketika Pak Kaduk sedang belayar. 6.0 Rumusan Kesimpulannya, puisi melayu tradisional turut digunapakai sehingga ke hari ini. Menurut Zurinah Hassan (2012) penggemar sastera ini akan sentiasa berusaha untuk menjadikan puisi Melayu tradisional ini sebagai antara khazanah seni negara supaya karya-karya ini kekal relevan selamanya. Sebagai masyarakat Melayu kita seharusnya mempunyai iltizam yang jitu dan jati diri yang tinggi bagi membela dan mengekalkan karya ini dalam kalangan masyarakat.
12 12 Rujukan Ab Jabar, N., & Mohamed Ghazali, M. F. (2021). Komunikasi Bahasa Sindiran dalam Seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(1), 363–378. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2021-3701-21 Aziz, S. H. A. (2011). Bahasa Melayu 1. In Google Books. Oxford Fajar. https://books.google.com.my/books/about/Bahasa_Melayu_1.html?id=zEZqnQAACA AJ&redir_esc=y Blog Sastera Melayu. (2012, May 31). Sastera Melayu: Seloka. Sastera Melayu. https://ransnasir.blogspot.com/2012/05/seloka.html Farhana. (2013). KARYA FARHANA: Mari Mengenali Seloka. Karya Farhana. https://karyafarhana.blogspot.com/2013/03/seloka.html Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre Goodreads. https://www.goodreads.com/book/show/1565782.Puisi_Melayu_tradisional Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Norliza Jamaluddin. (2017, August 18). Upaya Bahasa Melayu Sebagai Sarana Ilmu. ResearchGate.https://www.researchgate.net/publication/321904798_UPAYA_BAHAS A_MELAYU_SEBAGAI_SARANA_ILMU Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227 Siddiq Fadzil. (2005). Pendidikan Sebagai Wahana Pentamadunan Ummah. ILHAM Books. https://ilhambooks.com/pendidikan-sebagai-wahana-pentamadunan-ummah/ Zurinah Hassan. (2012). Puisi Melayu Tradisional: Pantun, Syair, Gurindam, Naza…. Goodreads.https://www.goodreads.com/book/show/26132674-puisi-melayu tradisional