E-MINI TESIS MENGENAI NOVEL-NOVEL SPM
TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5
NAMA: MUHAMAD TARIQ ZIYAD BIN MUHAMAD ALI
KELAS: 4 KHAZIN
NAMA GURU: CIKGU NORAKMA
ABSTRAK
Tujuan E-Mini Tesis ini adalah untuk mengkaji Novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 serta
keunikan setiap novel. Kajian ini juga dijalankan bagi memahami keunikan dan keterbezaan
diantara kelapan-lapan novel yang ingin dkaji. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi
mencari kekuataan novel-novel ini untuk menarik minat pelajar membacanya. Kesemua info-
info yang disertakan dalam tesis ini dirujuk melalui laman web sesawang.
PENGHARGAAN
Sekalung ucapan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Melayu MRSM Balik Pulau yang
bertungkus lumus dalam membantu kami menyediakan Tesis ini dengan jayanya. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan yang tidak pernah Lelah dalam membantu saya menghasilkan tesis
ini. Kepada dua cinta hati saya iaitu Mama dan Daddy yang sering memberikan nasihat dan
tunjuk ajar dalam penghasilan tesis ini. Tanpa guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa saya, tidak
mungkin saya dapat menyiapkan tesis ini dengan lengkapnya.
BAB 1
1.1 PENDAHULUAN
APA MAKSUD NOVEL?
Novel ialah suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis seseorang
penulis yang mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak dengan orang
sekelilingnya dengan menunjukkan perwatakan dan sifat setiap karakter.
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN?
Novel fiksyen ialah novel rekaan atau diolah daripada imaginasi penulis. Bukan fiksyen pula
merujuk kepada bahan bacaan yang disampaikan bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan
fakta yang sahih. Bagi kelapan-lapan novel yang dikaji ini, terdapat beberapa novel fiksyen
dan novel bukan fiksyen. Novel fiksyen ialah novel
1.3 PENYATAAN MASALAH
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kelebihan setiap novel yang dikaji dan
bagaimana cara untuk menarik minat pelajar untuk membaca novel-novel tersebut. Selain itu,
kajian ini juga bertujuan untuk mencari keunikan dan keterbezaan diantara kelapan-lapan novel
tersebut dan memberi pandangan berkenaan novel-novel ini sama ada menarik atau tidak.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengkaji daya tarikan sesuatu novel
2. Tarikan pelajar untuk membaca novel
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
✓ BIMA SAKTI MENARI
✓ SILIR DAKSINA
✓ TIRANI
✓ SONGKET BERBENANG EMAS
✓ PANTAI KASIH
✓ LEFTENAN ADNAN
✓ DI SEBALIK DINARA
✓ JENDELA MENGHADAP JALAN
1.6 HIPOTESIS AWAL
Tesis ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa adakah kelapan-lapan novel SPM tingkatan 4
dan tingkatan 5 menarik perhatian pelajar atau tidak.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kelapan-lapan novel ini dalam subjek Bahasa Melayu adalah kerana novel-novel
tersebut mempunyai banyak nilai-nilai murni yang baik dan boleh diteladani. Novel ini juga
banyak digunakan dalam Peperiksaan SPM Bahasa Melayu. Selain itu,
BAB 2
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Jendela Menghadap Jalan (RUHAINI MATDARIN)
- Ruhaini Mat Darin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau
mendapat Pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat
sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah
syarikat pembinaan. Beliau juga pernah berkhidmat di Tak Community College sebagai
tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016,
beliau memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah
kesibukannya) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan
perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan
cukai-cukai. Selain itu, beliau juga menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR
peringkat negeri Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Beliau juga adalah pengasas
bersama SUNTIK, sebuah program bicara eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar
Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Beliau juga pengasas
bersama program bicara santai Kupi & Snek Sastera Malaysia sejak Oktober 2020.
Antara pencapaian beliau yang hebat adalah Beliau merupakan Penerima hadiah
Sastera Sabah 2006/2007 bagi kategori novel remaja, Penerima Hadiah Sastera Sabah
2008/2009 bagi kategori cerpen eceran, Penerima Hadiah Sastera Sabah 2010/2011
bagi kategori novel cerpen dan puisi, Penerima hadiah sastera sabah 2012/2013 bagi
kategori cerpen dan kumpulan cerpen, Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
bagi tahun 2010 (Jendela Menghadap Jalan)/2012 (Waris Pejuang)/2013, (Dalam Getar
Waktu dan Kotak) /2014 (Cerita Perang Bariga) bagi kategori novel remaja, Pemenang
Sayembara ITBM-Pena-BH, tempat pertama bagi kategori cerpen (Melawan Yang
Mustahil) dan hadiah saguhati novel (Anatomi Rupert) pada musim pertama dan musim
kedua, saguhati (Trivia dan Jenaka Si Darah Legenda), Penerima Hadiah Sastera Sabah
bagi kategori novel remaja dan cerpen eceran 2014/2015, Penerima Hadiah Sastera
Sabah 2016/2017 bagi kategori novel dan cerpen eceran, Penerima Hadiah Sastera
Perdana 2017/2018 bagi kategori novel dan Pemenang hadiah sastera kerajaan Negeri
Sabah kategori novel bagi musim pertama 2010, musim kedua 2012, musim ketiga
2013 dan musim keempat 2014.
Bima Sakti Menari (SRI RAHAYU MOHD YUSOP)
- Beliau berasal dari Tanjong Karang, Selangor dan lahir pada 18 Jun 1976. Beliau
merupakan seorang penulis wanita yang sangat hebat dan namanya wajar dimasukkan
ke dalam Malaysia Book of Records kerana dalam tempoh 2 tahun berkarya, beliau
telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua novel beliau memenangi Hadiah
Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua daripadanya, iaitu Bukan
Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia
Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012. Latar
belakang pendidikannya bukanlah aliran Kesusasteraan, sebaliknya memiliki Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand dan
Dunedin College of Education, New Zealand. Minatnya kepada dunia penulisan berkait
dengan minatnya yang suka bercerita. Apabila melanjutkan pelajaran di New Zealand,
beliau menemukan keistimewaan negara sendiri sebagai latar belakang cerita. Hanya
ketika berusia 24 tahun, barulah beliau menemui jati diri sebagai penulis. Setelah
berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang memberikan bantuan dari segala
segi di samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak putus-putus mendoakan
kejayaannya. Sri Rahayu menyukai genre fiksyen sains kerana tidak banyak saingan di
peringkat kebangsaan. Di samping itu, katanya, genre fiksyen sains sentiasa
memerlukan penulisnya mengikuti perkembangan terkini tentang teknologi. Menjadi
pengarang yang prolifik, berkeluarga dan berkerjaya sebagai guru tentunya
memberikan cabaran yang bukan sedikit kepada beliau untuk membahagikan masa.
Walau bagaimanapun Sri Rahayu mengutamakan kerjaya terlebih dahulu. Beliau juga
memenangi pelbagai pencapaian yang mengagumkan antaranay ialah, Kesemua novel
beliau memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja, Novel
Bukan Legasi Lalang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori
Kesusasteraan Remaja (Novel) 2000/2001 dan Novel Bimasakti Menari memenangi
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) 2012.
Silir Daksina (Nizar Parman)
- Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos
1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran
ke peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu
Pahat. Beliau juga lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
Beliau bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba
Harapan, Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala. Kemudian, beliau
mula terfikir, sampai bilakah beliau harus membaca karya orang lain? Lantaran
pertanyaan itu, beliau mula memberanikan diri menulis puisi dan kemudiannya cerpen.
Karyanya berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar di pelbagai media, seperti Berita
Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Pelita
Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV. Beliau juga akhirya memulakan jejak lagkahnya
untuk menulis novel. Hasil kegigihannya menulis dan berkarya, Nizar Parman telah
meraih pelbagai anugerah. Pada tahun 1995, beliau meraih gelaran johan sayembara
mengarang cerpen guru peringkat negeri Perak, tempat ketiga mengarang cerpen guru
anjuran Bahagian Pendidikan Guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka peringkat
kebangsaan (1998), hadiah sagu hati Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka
kategori cerpen (2007), tempat kedua Hadiah Sastera Karya Utusan kategori novel
remaja (2009), Anugerah Penulis Muda Johor PPJ (2010), Anugerah Khas Sasterawan
Parlimen Ayer Hitam (2010), hadiah sagu hati Sayembara Penulisan ITBM-PENA-
Berita Harian kategori novel (2014) dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Hari Guru
Daerah Kluang (2014). Mulai tahun 2016, Silir Daksina penulisan beliau telah terpilih
menjadi teks sastera KOMSAS bagi negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan. Di samping itu, Nizar Parman berpendapat bahawa kebanyakan
penulis muda hari ini cuba untuk menghasilkan karya berbentuk eksperimen yang
baginya seperti salah satu cara untuk cepat kelihatan menonjol dalam kalangan penulis.
Harapannya, penulis muda perlulah rajin mengkaji dan menghayati karya penulis
terdahulu atau yang lebih berpengalaman sebelum mengorak langkah lebih jauh dalam
arena ini.
Tirani (Beb Sabariah)
- Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Beliau mula aktif dalam penulisan karya
kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan
sastera. Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan
PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak). Selain itu cerpen dan puisi beliau
juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan,
Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan
Majalah Wanita. Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh
DBP Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan
Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006 dari bahagian
Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak. Beliau juga
mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-
XX tahun 2007. Kini, beliau bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama berjudul
Tirani kini di pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah kumpulan cerpen
berjudul Mawar Magenta. Sebagai penulis negeri, Beb Sabariah yang lebih awal
berjaya dalam bidang penulisan puisi begitu pantas bertapak dan dapat menguasai
rantau nasional. Tidak sampai setahun selepas cerpen pertamanya itu menyusul Surat
Untuk Nancy Maimunah-disiarkan di Mingguan Malaysia (2001). Selepas itu bertalu-
talu cerpennya disiarkan media arus perdana peringkat nasional dan negeri seperti
Menyusur Galur dalam Berita Minggu 14.7.2002, Forum Wanita (Mingguan Malaysia
25.8.2002), Mahkota Di Payang Puri (Mingguan Sarawak 29.2.2004), Di Multazam
Rindu Terlerai (Utusan Melayu Mingguan 30.5.2003), Pesanan (Berita Minggu
27.4.2003) Menunggu Mawar Magenta (Majalah WANITA keluaran Februari 2005),
Ayah Bagi Balik Tangan 'Ain (Wadah Yang Indah Itu Bahasa/DBP-Utusan Sarawak
27.3.06) dan PM-A Lwn PM (Utusan Sarawak 3.11.2006). Setiap insan berjiwa seni
lazimnya akan terus berusaha menggilap dan meningkatkan kemampuan seninya.
Begitu juga Beb Sabariah. Beliau tidak hanya berpuas hati dengan tahap pencapaian
yang ada. Bagi mengukur setakat mana kejayaan dapat dicapai dan sejauh mana
kakinya boleh melangkah, beliau memasuki pertandingan cerpen sempena ulang tahun
DBP 50 tahun peringkat negeri Sarawak.
Songket Berbenang Emas (Khairuddin Ayip)
- Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah
menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974), Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan
pelajaran di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984) dan
Universiti Putra Malaysia (1996 hingga 1999). Beliau banyak menghasilkan buku
kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang
penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga
Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua),
tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang),
hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat
pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas),
tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar
Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru
Kebangsaan 2000 (Semerah Saga). Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School
Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling
Perdana, Selangor.
Pantai Kasih (Azmah Nordin)
- Azmah anak kelahiran Kulim, kini bermastautin di Sabah, Azmah mula melibatkan diri
dalam dunia penulisan dengan menghasilkan karya dalam bentuk cerpen dan novel.
Sejak tahun 1987, Azmah sudah menghasilkan 48 buah novel termasuklah novel kanak-
kanak, remaja dan dewasa sehingga hari ini dan pelbagai anugerah yang telah
diterimanya. Kehebatan penulisan Azmah tidak hanya terletak pada novel semata-mata,
malah terdapat tiga kumpulan cerpen yang telah diterbitkan oleh DBP termasuklah
Singkowoton (1994), Wizurai (1997) dan Kasih Seputih Seroja (2001). Sebanyak 22
antologi cerpen pilihan juga telah diterbitkan sejak tahun 1989 dan Azmah juga aktif
menghasilkan cerpen yang diterbitkan dalam majalah dan surat khabar. Antara cerpen
yang dihasilkan termasuklah Kurnia, Lukah, Hati Seorang Ibu, Tembusu, Singkowoton,
Diulit Gelombang, Putut, Cermin dan banyak lagi. Sepanjang penglibatan beliau dalam
arena penulisan tanah air, Azmah juga pernah memenangi dan menerima pengiktirafan
daripada pelbagai pihak termasuklah Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP
(1996/1997, Menongkah Arus dan Permainan Kematian), Hadiah Sastera Perdana
Malaysia DBP (2000/2001, Kasih Seputih Kemboja) dan banyak lagi. Bagi Azmah,
anugerah yang diterimanya ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna kepada semua
penulis negara ASEAN dan sudah pasti dia bersyukur kerana terpilih untuk
menerimanya. Jelasnya lagi, beliau sangat berterima kasih kepada mentornya yang
berada di DBP dan seluruh institusi pengajian tinggi di seluruh negara yang selama ini
banyak memberikan galakan dan tunjuk ajar. Menyingkap sejarah lalu, 22 tahun yang
lalu Azmah datang ke DBP dengan hanya berbekalkan doa keluarga dan semangat
untuk menjadi penulis kreatif dengan menyertai bengkel- bengkel yang dianjurkan.
Sudah pasti selepas 22 tahun bertungkus lumus, penerima S.E.A. Write Awards 2009
ini begitu teruja kerana diberi pengiktirafan setinggi itu. Azmah juga menganggap
bidang sastera adalah 'penulisan berlian' dan sudah pasti anugerah S.E.A. Write Awards
adalah 'Anugerah Berlian' dan hanya insan yang bertuah sahaja dapat memilikinya.
Leftenan Adnan (Abdul Latip Bin Talib)
- Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di
Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di
Jelebu Negeri Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak,
cerpen, rencana, drama televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak,
remaja dan dewasa telah diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak
menumpukan pada penulisan novel sejarah dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih
30 buah novel telah dihasilkan. Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya
Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera
Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan, Sayembara Menulis Novel
Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah Johor 2007, Anugerah Sastera
Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC)
oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007. Dalam senarai 'Top 100 Penerima
Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki tempat pertama dalam
senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang
mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah
lebih sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai
dalam 'Top 10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan
Ringgit'. Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak Latip juga aktif dalam kerja-kerja
kebajikan dan kemanusiaan. Beliau gigih dalam kempen membantu masyarakat Islam
Kemboja yang daif. Melalui laman Facebook beliau, Pak Latip berusaha meminta
masyarakat dan peminat beliau untuk menyumbangkan wang bagi membantu minoriti
Muslim Kemboja. Antara bantuan yang dihulurkan melalui dana yang dikumpul adalah
bantuan persekolahan, elaun kepada guru-guru, menderma naskhah-naskhah Al-Quran
serta membina perigi di kampung Trapiang Bralit dan Ratanatkiri, Kemboja.
Di Sebalik Dinara (Dayang Noor)
- Nama sebenar beliau ialah Noor Aziza Binti Sulaiman. Latar belakang Pendidikan
beliau ialah mendapat Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) di UPM. Selain
itu, beliau mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT. Beliau juga
mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
seterusnya menyambung Pendidikan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
Jendela Menghadap Jalan
Novel Tingkatan: 4
Zon: 1 (Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang)
- Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya
di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama
nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi
disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-
sama datuk dan neneknya. Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa
peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Lili
juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada
ataupun membina masjid baharu. Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di
kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering
dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan
dadah.
Bima Sakti Menari
Novel Tingkatan: 5
Zon: 3 (Melaka, Terengganu, Kelantan dan Pahang)
- Nama watak utama, Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3
orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat
pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan
hari pertama Nurul Hafsa bertugas. Dato' Johann-Arlington-Majid yang kebetulan
pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu
utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama
Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia
merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng. Mangsa pertama Johann
ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar keretanya pancit akibat
melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak
di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia
hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak
polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan. Peristiwa buruk
yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi. Tan Sri
Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah, Muhammad Taufik
sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima dengan senang
hati.
Silir Daksina
Novel Tingkatan: 5
Zon: (Sabah, Sarawak, Labuan dan Johor)
- Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan
nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah
kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada ibunya. Hubungan umi dan ayah
kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal
tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal
kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun
uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan
hidup seperti arwah ayah kandungnya. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal
disambut mesra oleh penduduk kampung. Semenjak ayahnya meninggal dunia,
Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi,
walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap
Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal menari.
Tirani
Novel Tingkatan: 5
Zon: 5 (Selangor, Negeri Sembila, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya)
- Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek.
Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan
sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-
batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya
digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya
dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya,
Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat
dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Dalam novel TIRANI, cinta Waheeda terhadap suaminya begitu
mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu
berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya
dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya
Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka
dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu
falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
Di Sebalik Dinara
Novel Tingkatan: 4
Zon: 3 (Sabah, Sarawak, Labuan dan Johor)
- Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula
mengenali Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas
itu, Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka
bertemu dengan Aqram dalam the 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah
bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi menawarkan RM
1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok computer Soft Lab
dalam tempoh sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala
Farisha akan menggodam dan mengukuhkan system Dinara. Shida merupakan pelan sandaran
yang terakhir. Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah
usus. Dr. Maxi mengetuai Projek Dinara. Di dalam badan Farisha telah dimasukkan suatu cip
telepati yang dapat berhubung terus dengan Karl. Kesemua perbualan Farisha dengan Karl
dapat didengari oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar.
Songket Berbenang Emas
Novel Tingkatan: 5
Zon: 1 (Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang)
- Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi
oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya
setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital
Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga
dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan
kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia
semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh
jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun,
Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke
Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
Pantai Kasih
Novel Tingkatan: 4
Zon: 4 (Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan)
- Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha
sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk
bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para
pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang
menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray
milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh
berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu.
Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu
gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya
yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang
kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba
meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu
agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik,
di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali
membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu
ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada
doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.
Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor
nombor satu di hatinya. Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor
Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit
yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula
berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku,
sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan
pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional,
Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan
peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk
pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
Leftenan Adnan
Novel Tingkatan: 4
Zon: 2 (Selangor, Negeri Sembila, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya)
- Pada awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk
kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada
sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut
dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga
orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung
keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan
anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh
getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak
Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai
kopi. Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah
telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah
tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak membaca
tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian
pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahanam dan Datuk Siamang
Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada
dalam dirinya.
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
Setiap novel mempunyai daya tarikan yang tersendiri mengikut minat para pembaca. Novel-
novel yang mempunyai jalan cerita yang menarik serta binaan plot yang teratur dapat menjadi
salah satu faktor daya tarikan terhadap para pembaca terutamanya apabila sesebuah novel
tersebut mempunyai binaan plot yang hebat dan menarik. Sehubungan dengan itu, apakah yang
menjadi tarikan antara kesemua kelapan-lapan novel kajian Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari
keempat-empat zon?
Antara tarikan dalam novel yang berjudul Bima Sakti menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
adalah konflik yang ditimbulkan oleh pengarang. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai nilai-
nilai murni yang dapat menjadi sumber inspirasi kepada para pembaca. Novel ini juga
menerangkan bahawa setiap perkara buruk yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya, namun
tetaplah menjadi insan yang baik terhadap masyarakat sekeliling.
Seterusnya, tarikan dalam berjudul Tirani karya Beb Sabariah Hj Abang Awet pula adalah
pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Sebagai contoh, falsafah hidup yang
mengatakan bahawa kecantikan bukanlah segalanya dan ini dapat memberi nasihat kepada para
pembaca. Kita tidak perlulah mengutamakan kecantikan sahaja, kita juga perlu memperbaiki
sahsiah diri dan menjadi insan yang berkualiti terhadap masyarakat dan negara.
Tarikan dalam novel yang berjudul Silir Daksina karya Nizar Parman memaparkan jalan
cerita yang mengandungi ilmu berkenaan tarian zapin. Budaya serta adat resam orang Melayu
yang ditonjolkan dalam novel ini dapat menunjukkan bahawa kita sebagai warganegara
Malaysia mestilah menjaga budaya asli Melayu agar tidak ditelan zaman. Sebagai contoh,
permainan congkak, Tarian Zapin dan banyak lagi.
Kemudian, antara tarikan yang terdapat di dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
adalah jalan ceritanya yang menjurus kepada bidang kedoktoran dan perubatan. Bukan itu
sahaja, binaan plot bagi novel ini amatlah teratur dan menarik. Konflik yang terdapat dalam
novel ini menjadi salah satu tarikan utama terhadap pembaca.
Antara tarikan dalam novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip adalah intipati
ceritanya yang dapat menambat hati pembaca tentang nilai kesabaran dalam meraih kejayaan.
Terdapat banyak nilai-nilai murni yang dapat menjadi teladan dalam mengharungi cabaran
kehidupan reality. Kejayaan yang diraih selepas penat Lelah bersabar dengan rintangan hidup
menjadi tarikan utama terhadap para pembaca.
Selain itu, antara tarikan yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Bin
Talib pula adalah novel mengenai kisah sejarah Tanah Melayu semasa zaman pemerintahan
British di Naning. Sesetengah pembaca mungkin berminat untuk mengetahui mahupun
mengkaji dengan lebih mendalam tentang Sejarah Tanah Melayu. Novel ini juga berdasarkan
kisah benar yang telah berlaku semasa zaman pemerintahan British.
Antara tarikan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
adalah novel ini mengandungi pelbagai nilai-nilai murni yang dapat dicontohi serta menjadi
titik tolak kepada kehidupan seseorang individu kepada yang lebih baik. Jalan cerita novel ini
juga menunjukkan kesepaduan diantara masyarakat dan ini amatlah unik dan dapat dikaitkan
dengan kehidupan sebenar. Konflik dan Klimaks yang terdapat dalam novel ini menjadi salah
satu tarikan utama kepada para pembaca.
Akhir sekali, novel yang berjudul Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor mempunyai elemen
tarikannya yang tersendiri iaitu novel ini menjurus kepada sains dan teknologi. Bukan itu
sahaja, novel ini juga melibatkan pengetahuan dalam bidang pengkomputeran yang dapat
menarik minat para pembaca. Novel ini banyak terkandung tanda tanya dalam fikiran pembaca
bahawa mampukah Farisha berjaya menggodam computer Lab Soft atau tidak.
3.1 JENIS NOVEL
Novel Fiksyen
➢ Bima Sakti Menari
➢ Jendela Menghadap Jalan
➢ Tirani
➢ Songket Berbenang Emas
➢ Pantai Kasih
➢ Di Sebalik Dinara
Novel Bukan Fiksyen
➢ Leftenan Adnan
➢ Silir Daksina
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA
- Kesemua biografi penulis novel yang dikaji ini diambil dari laman web dan akan saya
sediakan pautan untuk biografi penulis tersebut. Bagi penulis novel Bima Sakti Menari (Sri
Rahayu Mohd Yusop), pautan laman web ialah http://klikweb.dbp.my/?p=5123. Penulis bagi
novel Jendela Menghadap Jalan (Ruhaini Matdarin) ialah di pautan laman web berikut,
http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-yang.html.
Biografi penulis novel seterusnya (Nizar Parman), http://klikweb.dbp.my/?p=11109. Penulis
novel Tirani (Beb Sabariah), http://penulissarawak.blogspot.com/2008/06/beb-sabariah.html.
Penulis novel Songket Berbenang Emas (Khairuddin Ayip),
http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html. Penulis
novel pantai Kasih (Azmah Nordin), http://abihulwa.blogspot.com/2009/10/azmah-nordin-
penerima-sea-write-awards.html. Penulis novel Leftenan Adnan (Abdul Latip bin Talib),
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latip_bin_Talib. Penulis terakhir ialah Dayang Noor.
Beliau menulis novel Di Sebalik Dinara, Laman web yang digunakan ialah
http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html.
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
Novel Jendela Menghadap Jalan
Tema: Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
Huraian: Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut
kerana dia amat menyayangi ibunya.
Novel Bima Sakti Menari
Tema: Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Huraian: Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Novel Silir Daksina
Tema: Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan
ayahnya
Huraian: Perceraian tersebut menyebabkan Haikal terpisah jauh dari Ayahnya. Haiqal
dipelihara oleh uminya dan ayah tirinya, Walid.
Novel Tirani
Tema: Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam
kehidupannya.
Huraian: Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya
bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia turut
mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah tangganya.
Novel Songket Berbenang Emas
Tema: Kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.
Huraian: Dahlia juga terpaksa berhadapan dengan konflik cinta apabila dia menjadi rebutan
dua jejaka, Azhari dan Najib.
Novel Pantai Kasih
Tema: ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam menempuh
kehidupnya.
Huraian: Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya yang amat disayanginya.
Anak perempuannya maut dalam insiden kebakaran, namun begitu, Raiha tetap tabah dan cekal
hati berdepan ujian hidup.
Novel Leftenan Adnan
Tema: Keberanian dan keperwiraan anak muda yang bernama Adnan bin Saidi dalam usaha
untuk mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing.
Huraian: Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi mempunyai harapan tinggi untuknya agar dapat
menjadi askar dan mempertahankan kedaulatan negara.
Novel Di Sebalik Dinara
Tema: Ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.
Huraian: Farisha, pakar penggodam sistem perkomputeran menjadi mangsa kepada ayah
kandungnya sendiri yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ayahnya, Karl
mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
- Terdapat sebuah novel bertajuk Di Sebalik Dinara yang amatlah unik mengikut pendapat
saya. Novel ini sangat berbeza dengan novel kajian yang lain disebabkan tema novel tersebut
adalah berlainan dengan novel kajian yang lain iaitu tema mengenai ketaasuban terhadap
teknologi yang memudaratkan minda seseorang.
- Novel ini juga mempunyai jalan cerita yang hebat dan penuh misteri dan seolah-olah pembaca
juga terlibat dengan cerita tersebut. Selain itu, novel ini juga mendapat pujian daripada saya
kerana terdapat elemen fiksyen Sains yang terkandung dalam novel tersebut. Novel ini
mungkin dapat menarik minat pelajar disebabkan perkara-perkara yang disebutkan diatas.
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
- Antara persamaan yang terdapat dalam kelapan-lapan novel yang dikaji ialah kesemua novel
tersebut mengandungi nilai-nilai murni yang dapat dicontohi. Selain itu, kelapan-lapan nove
ini juga dapat memberikan inspirasi kepada para pembaca untuk menjadi insan yang berjaya
dan tidak berputus asa pada masa akan datang. Oleh itu, kita mestilah memupuk amalan
membaca dalam masyarakat agar dapat memberikan impak positif terhadap diri dan orang
sekeliling.
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
- Terdapat sebuah novel yang mengandungi perbezaan antara novel-novel kajian yang lain iaitu
novel yang bertajuk Di Sebalik Dinara. Novel tersebut bertemakan ketaasuban terhadap
teknologi sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan. Novel ini berbeza dengan novel kajian
yang lain disebabkan novel lain mempunyai tema yang serupa sebagai contoh tema berkenaan
ketabahan diri untuk menempuhi cabaran.
- Novel ini juga amat menarik untuk dibaca kerana jalan cerita novel ini amatlah menarik dan
penuh dengan misteri. Sebaliknya, novel kajian yang lain hanya menekankan tentang
kehidupan dan kekeluargaan dan ini akan menyebabkan kebosanan terhadap pembaca.
Tambahan pula, novel Di Sebalik Dinara juga mempunyai elemen fiksyen Sains yang boleh
membuka minda pembaca ketika membaca.
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
- Terdapat banyak perbezaan di antara novel Malaysia dan novel luar negara antaranya adalah
novel Malaysia menunjukkan budaya negara Malaysia manakala novel luar negara
menunjukkan budaya masing-masing. Berdasarkan pengalaman saya, novel luar negara
bersifat lebih kepada fantasi berbanding novel dalam negara. Sebagai contoh, novel ‘Five
Night’s at Freddy’s’ karya Scott Cawthon memperlihatkan jalan cerita yang penuh misteri dan
menjurus kea rah fiksyen. Bukan itu sahaja, novel Malaysia mempunyai banyak nilai murni
yang dapat diteladani berbanding novel luar negara. Oleh itu, setiap negara mempunyai
keunikan yang tersendiri.
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
NOVEL NILAI PENGAJARAN
BIMA SAKTI MENARI Nilai Bertanggungjawab Kitamestilah
bertanggungjawab dalam
SILIR DAKSINA Nilai Kegigihan menjaga amanah dan
menjalankan tugas agar dapat
TIRANI Nilai Kesabaran menjadi insan yang
dipercayai dalam kalangan
SONGKET BERBENANG EMAS Nilai Ketabahan masyarakat.
Kita perlulah gigih berusaha
PANTAI KASIH Nilai Kejujuran walaupun dihimpit kesusahan
supaya dapat menyara
keluarga serta memperbaiki
taraf hidup.
Kita mestilah mempunyai
kesabaran yang tinggi dalam
apa jua masalah yang timbul
agar masalah tersebut dapat
diselesaikan dengan baik.
Kita perlulah tabah dalan
mengharungi cabaran dan
rintangan kehidupan agar
dapat menjadi seorang insan
yang cekal dan bersemangat
pada masa akan datang.
Kita hendaklah jujur dalam
menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang
diberikan supaya dapat
menjadi insan yang berkualiti
LEFTENAN ADNAN Nilai Patriotisme terhadap masyarakat dan
negara.
DI SEBALIK DINARA Nilai Kasih Sayang Kita wajarlah mempunyai
semangat patriotic dalam diri
JENDELA MENGHADAP JALAN Nilai Keprihatinan kita demi mempertahankan
tanah air tercinta agar dapat
menjamin masa hadapan yang
aman dan harmoni.
Kita mestilah saling
menyayangi sesama ahli
keluarga agar dapat
mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Kita hendaklah bersikap
prihatin terhadap orang yang
lebih susah daripada kita
supaya dapat mengubah nasib
hidup mereka ke arah yang
lebih baik.
3.9 KEDUDUKAN NOVEL
- Antara kelapan-lapan novel, novel yang paling digemari saya ialah novel Di Sebalik Dinara
karya Dayang Noor. Hal ini kerana, jalan ceritanya yang menunjukkan bahawa Farisha
dijadikan mangsa kepada ayahnya, Karl untuk menggodam beberapa buah komputer dan
sanggup mengabaikan sifat kemanusiaan. Novel ini jelas menunjukkan bahawa kita perlulah
mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang melanggar undang-undang seperti
aktiviti menggodam peranti orang lain. Novel ini juga disukai saya kerana novel ini
menekankan unsur-unsur fiksyen Sains dan saya amat menyukainya.
3.10 KESIMPULAN
- Kesimpulannya, kelapan-lapan novel yang dikaji ini masing-masing mengemukakan
pengajaran yang baik dan positif yang patut diteladani masyarakat dalam menjalani kehidupan
seharian. Selain itu, amalan membaca novel seperti ini dapat memberi faedah seperti dapat
menambah ilmu pengetahuan dan dapat mengisi masa lapang.
BAB 4
4.1 RUMUSAN KAJIAN
Kajian membincangkan bagaimana untuk menarik minat membaca dalam masyarakat pada
zaman sekarang.
Antara langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat masyarakat kini
membaca karya sastera ialah media massa mestilah memainkan peranan penting dalam
mengorak langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera dalam
negara. Pihak media juga boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui
radio, televisisyen dan akhbar. Dengan cara ini, masyarakat dapat mengetahui cara untuk
mendapatkan karya sastera tersebut di pasaran. Selain itu, kerajaan haruslah mengadakan
pameran karya-karya sastera di seluruh negara secara besar-besaran. Melalui cara ini, rakyat
akan teruja untuk hadir dan mengenali dengan lebih dekat karya-karya sastera yang hebat.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah mempunyai minat membaca agar dapat menambah
ilmu pengetahuan sekaligus kosa kata agar dapat melahirkan masyarakat yang cerdik dan
intelektual.
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
- Cadangan yang ingin saya kemukakan ialah menukarkan jalan cerita novel-novel yang
bertemakan kekeluargaan dan ketabahan hati kepada jalan cerita yang lebih menarik seperti
fiksyen Sains, Pelancongan, Fotografi dan banyak lagi. Selain itu, novel-novel yang dikaji ini
boleh memberi inspirasi kepada pembaca untuk jangan berputus asa dan terus tabah dengan
ujian yang menimpa. Sebagai contoh, novel Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang
bernama Waheeda. Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah
tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata
perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah
tangganya yang disebabkan oleh suaminya Zahid yang tidak menyukai rupa paras anaknya
tidak mewarisi wajah Waheeda yang baharu.
4.3 HIPOTESIS AKHIR
- Kelapan-lapan novel mempunyai keunikan dan perbezaan yang tersendiri. Bukan itu sahaja,
terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap novel-novel berikut yang
boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, amalan membaca novel-novel yang
berkualiti dapat menambah ilmu pengetahuan serta menjadi insan yang terbilang.
4.4 PENUTUP
Akhir sekali, setiap penulis mempunyai profil tersendiri dan ini mendorong kepada kepada
penghasilan karya sastera yang cukup gah dan mengagumkan. Setiap novel juga mengandungi
maksud-maksud baik yang ingin disampaikan kepada pembaca agar pembaca dapat
mengharungi kehidupan dengan lebih baik. Amalan membaca novel-novel yang berkualiti
dapat meningkatkan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian sekaligus membuka minda
kita agar dapat memahami erti kehidupan dan hikmah disebaliknya.