The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menceritakan tentang jenis-jenis sayur dan khasiatnya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nzielanibs, 2021-04-05 03:24:57

Kebun Sayur Pak Mamat

Menceritakan tentang jenis-jenis sayur dan khasiatnya.

Keywords: Kebun sayur

Ini kebun sayur Pak
Mamat. Di kebun ada
lobak. Lobak baik untuk

mata kita. Ia
mengandungi vitamin A
dan B yang membantu

mengekalkan tahap
penglihatan pada
tahap yang baik.



Ini sawi hijau. Sayur ini
kaya dengan serat dan

mineral. Ia juga
mengandungi vitamin
A, C, dan K yang tinggi
serta mengandungi asid
folik yang baik untuk

badan.



Ini buah tomato.
Tomato kaya dengan

sumber vitamin. Ia
mengandungi vitamin A

yang penting untuk
sistem imun, kulit dan
penglihatan. Tomato

juga tinggi dengan
vitamin K yang bagus

untuk tulang kita.



Ini terung. Terung kaya
dengan antioksidan
yang membantu

melawan bahan-bahan
yang merosakkan sel-
sel dalam badan iaitu

radikal bebas.



Ini sayur bayam. Sayur
ini mengandungi
pelbagai sumber

vitamin yang mampu
mencegah penyakit
anemia seperti vitamin
A dan K , magnesium,
asid folik, serat dan

juga protin.



Kita kena makan
banyak sayur-sayuran.

Sayur lobak, bayam,
tomato, sawi hijau dan
terung adalah contoh
sayur yang baik untuk

dimakan kerana
mengandungi pelbagai
khasiat yang diperlukan

oleh badan kita.


Click to View FlipBook Version