The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Mesyuarat Agung PIBG SKTR 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by antukecik, 2021-04-22 19:46:55

Mesyuarat Agung PIBG SKTR 2021

Buku Mesyuarat Agung PIBG SKTR 2021

Keywords: PIBG,buku mesyuarat

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

MESYUARAT AGUNG

PIBG

SK TAMAN RIA

KALI KE-23

Tarikh : 24 April 2021 (Sabtu)
Masa : 9,00 pagi
Pelantar : Google Meet

1

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

BIL KANDUNGAN M/SURAT
1. Aturcara Majlis 3
2. Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2021 4
3. Jadual Mesyuarat dan Kehadiran AJK PIBG 5
4. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 6
5. Minit Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -22
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -22 7 -11
7. Laporan Aktiviti dan Sumbangan PIBG 12 -15
8. Penyata Akaun PIBG Bagi Tahun 2020
9. Usul 16
10. Penghargaan 17
18-19
20

2

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

9.00 PAGI - Ucapan Aluan Pengacara Majlis
- Tayangan Slaid
- Bacaan Doa

(Ustaz Zulkurnain b.Abdul Ghani)
- Ucapan Yang Dipertua PIBG

(En Nazri b.Hj Ahmad)
- Ucapan Penasihat

(Pn.Salfalaili bt Mat Saad)
Guru Besar SK Taman Ria
- Mesyuarat Agung PIBG
• AGENDA 1
Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
• AGENDA 2
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
PIBG Kali ke-22
• AGENDA 3
Membentang Laporan dan Aktiviti Tahunan PIBG
• AGENDA 4
Membentang dan Menerima Penyata Kewangan
PIBG
• AGENDA 5
Perlantikan AJK PIBG Sesi 2021/2023
• AGENDA 6
Membahaskan Usul
• AGENDA 7
Ucapan Penangguhan

3

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

Penasihat : Puan Salfalaili bt Mat Saad
YDP PIBG Guru Besar SK Taman Ria
Naib YDP
Ex-Officio : Encik Nazri b.Hj Ahmad
: Encik Mohd Hishammudin b. Harun
Setiausaha : Encik Azman b. Mohd Noor
Naib Setiausaha
Bendahari Puan Noor Amirzenah bt Othman
Naib Bendahari Puan Rozita bt Morat
AJK Waris Encik Zainol Abididn b.Ibrahim
Puan Rohaiza bt Abdul Rashid
AJK Guru : Puan Zuraida bt Ismail
: Puan Fatimah bt Ngah@Razali
Juruaudit : Puan Kamariah bt Darus
: Puan Safiah bt Musanib
: Encik Mohd Rizal b.Abdullah
: Encik Fahmi b.Abd Hamid
: Encik Ahmad Roslan b.Awang Yaakob
: Encik Mahamad Izwan Fadzli b.Rossli
: Puan Nurul Naim bt Umar
: Puan Fauziana bt Abd Rahman
: Puan Norshakila bt Shahidan
: Puan Dzarilah bt Ahmad
: Encik Wan Mohd Hairi b.Che Wan Chik
: Encik Dzulfikri b.Anjang Ab Rahman
: Puan Nurul Adilla bt Abu Bakar
: Puan Rosilah bt Ahmad
: Puan Norshakila bt Shahidan
: Puan Noor Shakimah bt Mohamed

4

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

JADUAL MESYUARAT DAN KEHADIRAN
MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/2021

BI NAMA AJK 2020 2020 2020 2021 2021
L
1 MAC 19 JUL 6 DIS 21 MAC 11 APR

1. PUAN SALFALAILI BT MAT SAAD     
2 ENCIK NAZRI BIN HJ AHMAD     
3 ENCIK MOHD HISHAMMUDIN BIN HARUN   O  
4 ENCIK AZMAN BIN MOHD NOOR     
5 PUAN NOOR AMIRZENAH BT OTHMAN  
6 PUAN ROZITA BT MORAT     
7 ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN IBRAHIM     
8 PUAN ROHAIZA BT ABDUL RASHID O    
9 PUAN ZURAIDA BINTI ISMAIL     
10 PUAN FATIMAH BT NGAH @ RAZALI     
11 PUAN KAMARIAH BT DARUS     
12 PUAN SAFIAH BT MUSANIB     
13 ENCIK MOHD RIZAL BIN ABDULLAH O  O  
14 ENCIK AHMAD ROSLAN B. AWANG YAAKOB  O  O O
15 ENCIK FAHMI BIN ABD HAMID   O O 
16 ENCIK MAHAMAD IZWAN FADZLI B. ROSSLI   O O O
17 PUAN NURUL NAIM BT UMAR O O O O O
18 PUAN FAUZIANA BT ABD RAHMAN   O O O
19 PUAN NORSHAKILA BT SHAHIDAN     
20 PUAN DZARILAH BT AHMAD   O O O
21 ENCIK WAN MOHD HAIRI B. CHE WAN CHIK O  O TUKAR SEKOLAH
22 ENCIK DZULFIKRI B.ANJANG AB RAHMAN     O
23 ENCIK ZULKURNAIN B.ABD GHANI O  O  
23 ENCIK HIJAZI B. GHAZALI O   O
24 PUAN ROSILAH BT AHMAD O  O O 


5

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SK TAMAN RIA

PENGERUSI : PN SALFALAILI BT MAT SAAD
NAIB PENGERUSI : EN. AZMAN B.MOHD NOOR
PN NOOR AMIERZENAH BT OTHMAN
SETIAUSAHA : PN ROZITA BT MORAT
PEN. SETIAUSAHA : PN ROHAIZA BT ABDUL RASHID
BENDAHARI : EN ZAINOL ABIDIN BIN IBRAHIM
NAIB BENDAHARI : PN. ZURAIDA BT ISMAIL
PN FATIMAH BT NGAH @RAZALI
PN KAMARIAH BT DARUS
PN SAFIAH BT MUSANIB

BACAAN DOA PENYATA MESYUARAT AGUNG JURUTEKNIK/PEMILIHAN AJK
En. Zulkurnain b. Abdul Ghani PIBG En Musa bin Ismail
Pn Zuraida bt Ismail En Dzulfikri b. Anjang Ab Rahman
Pn Kamariah bt Darus En Hijazi bin Ghazali
En Mohd Khairuddin bin Saad
En Hafiz bin Romli

PENDAFTARAN SIJIL/CENDERAHATI TEKS UCAPAN YDP PIBG
Pn Nurul Adilla bt Abu Bakar Pn Rosilah bt Ahmad Pn Safiah bt Musanib
Pn Rohaya bt Samad
PENGACARA MAJLIS PENCATAT MINIT PERASMIAN/
Pn Adibah bt Md Noor DOKUMENTASI/FOTOGRAFI PENCATAT MINIT MESYUARAT
En Zul (Radio Kedah) Pn Fatimah bt Ngah AGUNG PIBG
En. Zulkurnain b. Abdul Ghani Pn Rosilah bt Ahmad
Pn Fatimah bt Ngah
Pn Safiah bt Musanib

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
Cik Ooi Chiou Min

6

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA KALI KE-22

TARIKH : 19 JANUARI 2020
HARI : AHAD
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN MASJID AL MUTAQIN, TAMAN RIA

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan tetamu-tetamu yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
22.

1.2 Pengerusi seterusnya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah
perkenanNya maka semua hadirin dapat berkumpul untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada
kali-22 ini.

1.3 Seterusnya, pengerusi mempersilakan Ustaz Zulkurnain bin Abd Ghani untuk memimpin bacaan doa
agar majlis pada pagi ini mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t.

2. UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG SK TAMAN RIA
( EN NAZRI BIN HJ AHMAD)

2.1 Yang Di Pertua PIBG melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat bersama-sama dalam
Mesyuarat Agung PIBG sekolah kali ke 22.

2.2 Beliau juga memanjatkan kesyukuran dan terima kasih atas kesudian semua yang hadir pada
hari ini.

2.3 Kehadiran waris menunjukkan komitmen yang tinggi yang dapat membantu kejayaan anak-
anak SKTR.

2.4 Beliau berterima kasih kepada semua AJK PIBG , guru-guru dan para waris yang telah bersama-sama
membantu menjayakan aktiviti PIBG.

2.5 Beliau juga menyeru agar semua ibu bapa dapat memberikan keyakinan dan sokongan kepada semua
guru di SKTR.Guru merupakan insan yang penyayang kepada anak didik mereka.

2.6 Beliau menyatakan bahawa murid-murid dididik dan diajar ketika di sekolah rendah sangat berlainan
dengan cara didikan di sekolah menengah.

2.7 Beliau mengingatkan supaya ibu bapa tidak lalai dalam mendidik anak mereka dengan penuh rasa
tanggungjawab.

7

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

2.8 Setiap tahun PIBG mengeluarkan dana untuk pihak sekolah bagi peningkatan prasarana sekolah.

2.9 Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bersama-sama pihak sekolah, antaranya ialah:
- Transisi tahun 1
- Merentas desa
- IFTAR Ramadhan
- Program UPSR
- Pecutan UPSR
- Karnival Kerjaya

2.10 Akhir kata,Encik Nazri sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibubapa
yang hadir dan beliau juga amat berbesar hati dengan komitmen ibubapa dalam menyokong guru-guru
SKTR untuk melahirkan murid-murid yang terbaik.

3. UCAPAN PENASIHAT PIBG SK TAMAN RIA
( PN SALFALAILI BT MAT SAAD)

3.1 Guru Besar memanjat kesyukuran kerana dipermudahkan urusan bagi menjalankan Mesyuarat Agung
Kali Ke – 22 pada tahun 2019 ini.

3.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa dan waris yang dapat hadir
ke Mesuarat Agung PIBG kali ke- 22 ini.

3.3 Seterusnya beliau menyampaikan laporan tentang perjalanan sekolah bagi sesi 2019/2020.
• Jumlah guru SKTR seramai 100 orang dengan kekuatan guru lelaki seramai 22 orang dan
guru perempuan seramai 78 orang.
• Staff sokongan seramai 10 orang, pekerja pembersihan swasta seramai 10 orang dan 4
orang pengawal keselamatan.
• Jumlah murid SKTR adalah seperti berikut;

Perkara Jumlah
(orang)
ArusPerdanaTahun 1 – 6
PPKI 1352
PraSekolah 40
Jumlah 25

1417

• Kejayaan-kejayaan yang dicapaioleh SKTR sepanjang 2019

KURIKULUM
Pencapaian UPSR 2019

Perkara JumlahMurid Peratus
100
JumlahCalon 197 1.52
74.11
Semua A 3
MTM 146

SKTR mendapat anugerah Pencapaian MTM terbaik daripada pihak PPD KMY.
8

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

• KOKURIKULUM
Senarai Kejayaan SKTR Tahun 2019
1. PANDU PUTERI TUNAS (PPT)
- Menempa banyak kejayaan dari peringkat sekolah hingga antarabangsa.
-Pencapaian terkini :Dinobatkan sebagai Unit Uniform Terbaik peringkat
Negeri Kedah.
- Brownies Lead International Camp 2019 – pencapaian : Champion (The Best
Group) The best participant
- Pencapaian Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Malaysia 2019
(21 ahli)
- 5 orang menerima anugerah Disney Princess Award Antarabangsa Asia Pasifik.
- Champion in Fishing Competition Georgetown Heritage City Girl Guide International
Camp (Peringkat Antarabangsa)
- Best Girl Spirit peringkat Antarabangsa
- Best Subcamp Georgetown Heritage City Girl Guide Peringkat Antarabangsa
- Third place for activities Challenge Brownies Lead International Camp peringkat
Antarabangsa.

2. PENGAKAP
- Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak Peringkat Negeri.
- Pencapaian Emas aktiviti Jota Joti Peringkat Antarabangsa.
- Seorang murid SKTR – Aniq Darwisy telah meraih gelaran Naib Johan
- Memperoleh Anugerah Emas, Perak dan Gangsa sempena perkhemahan di SK
Ibrahim.
- Menyertai Perkhemahan Berlencana Peringkat Negeri Kedah.

3. TKRS
- Mencapai beberapa kejayaan di peringkat daerah.
- Menyertai Perkhemahan Berlencana Peringkat Negeri Kedah.

4. KELAB DOKTOR MUDA
- PeringkatNegeri – Terpilih Program Bersama Lifebuoy Peringkat Negeri
- Menyertai Kursus Senam Sihat Peringkat Negeri Kedah
- 3 orang murid terpilih menjadi instructor Senam Sihat Peringkat Daerah

5. KELAB SAINS DAN BAHASA INGGERIS
- AnugerahEmas, Perak dan Gangsa Sempena Karnival Sains Peringkat

Kebangsaan di SK Ibrahim.

9

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

6. PROGRAM SEKOLAH
- Menganjurkan Karnival Sains Peringkat Daerah
- Menganjurkan Karnival Sains Peringkat Negeri Kedah
- Terpilih sebagaI Duta Ecogreen Negeri Kedah 2019 – 2022

Projek YAB Menteri Besar Kedah.
- Penglibatan / kerjasama dalam MyKasih Foundation

Robotik dengan kerjasama Syarikat Chavron-Caltex.
- Menerima Set Pembelajaran Program Robotik di sekolah.

7. PENGLIBATAN KO- AKADEMIK
- Seorang murid Prasekolah menyertai Pertandingan Bercerita Peringkat

Kebangsaan di SK Ibrahim.
- Memperoleh Tempat Ketiga Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan bimbingan

Cikgu Azman bin Mohd Noor.
- Kejayaan Pasukan Nasyid sekolah pada peringkat daerah dan juga negeri.
- Pasukan Silat Berjaya dalam pertandingan diperingkat negeri dan kebangsaan

anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pertandingan Catur – memperoleh pencapaian tempat ketiga Peringkat Kebangsaan

yang telah diadakan di Ipoh, Perak
- Pertandingan Memanah – Mencatat kemenangan tempat ketiga peringkat

kebangsaan.

8. UNIT HEM

- Unit Bimbingan & Kaunseling Pertandingan Kerjaya Peringkat Kebangsaan .
- Menjayakan Majlis Iftar Ramadan.
- Mengadakan gotong-royong bersama pihak TESCO.
- Mendapat bantuan berupa kelengkapan sekolah bagi anak yatim dan miskin.
- Menjalankan Kursus Asas Kepimpinan Pemimpin Tunas
- Jumlah murid yang menerima RMT seramai 185 orang
- Penerima BAP seramai 780 orang

3.4 Puan Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak atas kejayaan
yang telah dicapai oleh murid-murid sepanjang tahun 2019.

3.5 Beliau juga turut memohon kepada ibu bapa untuk mempastikan anak-anak hadir ke sekolah
Setiap hari untuk memastikan kelansungan pendidikan dan pembentukan sahsiah murid
Berjalan lancar seperti yang diinginkan oleh pihak KPM.

3.6 Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini diadakan lebih awal kerana ingin
mendapatkan persetujuan waris bagi kutipan bayaran sekolah bagi sesi 2020. Besar harapan
beliau pihak waris dapat memberi sokongan atas usul tersebut semasa perbincangan.
sebentarlagi.

10

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

3.7 Beliau juga berharap kepimpinan yang adaakan terus pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan
sekolah dan dapat memantapkan lagi hubungan antara guru dan waris dan Komuniti dalam program-
program yang dirancang seperti gotong-royong, jaya waris, sukan sekolah, hari anugerah cemerlang,
penyampaian bantuan dan sumbangan kepada murid dan sebagainya.
3.8 Akhirsekali, beliau juga mengucapkan selamat bermesyuarat dan berharapakan mendapat kata putus
yang terbaik untuk kelangsungan pedidikan anak-anak SKTR. Muafakat Membawa Berkat.
3.9 Beliau mengakhiri ucapan salam dan terima kasih serta memohon maaf andai terkasar bahasa, tersalah
bicara dan tersalah langkah dan mengharap keredhaan Allah segalanya untuk SK Taman Ria.

11

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
KALI KE-22

TARIKH : 19 JANUARI 2020
AHAD
HARI : 10.00 PAGI
DEWAN MASJID AL MUTAQIN, TAMAN RIA
MASA : EN NAZRI BIN HJ AHMAD

TEMPAT :

PENGERUSI :

AGENDA 1
UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 En Nazri bin Hj Ahmad selaku Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kedatangan semua hadirin.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak AJK dan pihak waris kerana dapat meluangkan
masa untuk menjayakan mesyuarat kali ini.

1.3 Menyentuh tentang cabaran dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.Harapan semua pihak dapat
memainkan peranan sebaik mungkin dan memberi sokongan kepada guru-guru dan menyokong aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

1.4 Pelbagai aktiviti telah dirancang telah disusun sepanjang tahun ini yang memerlukan dana dalam
melaksanakannya.

1.5 Harapan beliau semua pihak dapat menyumbang pendapat dan bersama-sama mencari jalan bagi
meningkatkan dana PIBG agar aktiviti sekolah tidak terganggu.

AGENDA 2
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 21

2.1 Puan Zuraida bt Ismail selaku setiausaha membentang minit mesyuarat PIBG kali ke 21 untuk diterima dan
disahkan.

2.2 En Muhamad Hanafi b Abdul Mutalib mencadangkan minit mesyuarat diterima dan En Amri bin Adam
menyokong.

AGENDA 3
MEMBENTANGKAN LAPORAN DAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG TAHUN 2019

3.1 Setiausaha membentang laporan dan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2019.

3.2 Yang Dipertua PIBG membaca senarai laporan dan sumbangan PIBG bagi tahun 2019 .

12

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

AGENDA 4

MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2019.

4,1 Puan Kamariah binti Darus selaku bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 Disember 2019.

4.1.1 Puan Suriani binti Mohamad mencadangkan penyata kewangan disahkan dan En Fairul
Nizam bin Mohd Saad menyokong.

4.1.2 En Norizan mohon penjelasan tentang wang sumbangan pengawal lalu lintas, sumbangan
Wakaf dan sumbangan Zon Bukit Selambau dan sumbangan kertas peperiksaan murid.

4.1.2.1 YDP PIBG menjelaskan bahawa wang sumbangan kepada pengawal keselamatan
sebagai insentif kepada mereka menjaga lalulintas murid-murid dan ianya bukan dalam
bidang tugas mereka .Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG tahun 2017

4.1.2.2 YDP PIBG juga menjelaskan bahawa sumbangan wakaf ini diputuskan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG bertarikh 21 April 2019 dan dikutip dalam bulan Ramadhan.
Sumbangan wakaf ini bertujuan untuk menaiktaraf tempat menunggu murid-murid yang
sekarang ini berada di luar kawasan sekolah .Selain itu, tujuan wakaf ini adalah membina
pagar dan pintu gerbang agar pondok pengawal berada dalam kawasan sekolah dan tujuan
utama ialah faktor keselamatan murid.

4.1.2.3 Guru besar menjelaskan tentang sumbangan kertas peperiksaan murid .Untuk
makluman ,setiap kali peperiksaan Ujian Bulan Mac,Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Peperiksaan Akhir Tahun ,pihak sekolah telah menggunakan duit PCG Matapelajaran ,
duit SUWA dan sumbangan PIBG untuk menanggung kos cetakan kertas peperiksaan.

4.1.2.4 Sumbangan kepada Yuran Zon Bukit Selambau sebanyak RM 1.00 setiap murid.
Guru besar menjelaskan bahawa setiap sekolah dalam Zon Bukit Selambau perlu membayar yuran
untuk menampung aktiviti murid dalam pertandingan kokurikulum dan sukan kepada bendahari PKG
Zon Bukit Selambau iaitu SK Ambangan Height .Kutipan ini adalah untuk
membiayai pertandingan yang perlu dipertandingkan di peeringkat zon untuk mewakili zon
ke peringkat daerah.

4.1.2.5 Puan Nor Hamizah bt Che Darus ingin penjelasan berkaitan ubah suai bilik Google
Classroom .Guru besar menjelaskan bahawa SK Taman Ria telah mendapat sumbangan bilik
Frog VLE daripada Syarikat YTI secara percuma iaitu 40 buah meja ,41 buah kerusi dan dua
buah pendingin udara.Oleh itu, pihak sekolah mengambil inisiatif membuat pengubahsuaian
bilik yang sekarang ini dikenali sebagai Google Classroom untuk menempatkan barang-barang
tersebut.Pihak sekolah perlu mengikut prosuder pengubahsuaian bilik tersebut mengikut panduan yang
telah dihantar kepada pihak sekolah dan kos pengubahsuaian tersebut ditanggung oleh pihak PIBG.

13

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

AGENDA 5
MEMBAHASKAN USUL-USUL

5.1 Usul 1 ( Nor Hamizah binti Che Darus )
5.1.1 Ibu bapa perlu bagi keutamaan kepada van sekolah untuk parking berhampiran pagar sekolah.
5.1.2 Setelah dibincangkan usul diterima.

5.2 Usul 2 ( En Nazri bin Hj Ahmad )
5.2.1 Pembinaan pagar dan pintu gerbang sekolah melalui kutipan wakaf. Wujudkan jawatankuasa
untuk menguruskan urusan wakaf.
5.2.2 Usul dipersetujui oleh ahli mesyuarat dengan menetapkan sumbangan minima sebanyak
RM5.00.
5.2.3 Satu perjumpaan khas untuk lantikan jawatankuasa akan diadakan pada tarikh yang akan
ditetapkan.

5.3 Usul 3 ( En. Muhamad Fadzli b Saad )
5.3.1 Adakan majlis berkhatan beramai-ramai.
5.3.2 Oleh kerana pencadang tidak hadir, maka usul ini digugurkan.

5.4 Usul 4 (AJK PIBG)
5.4.1 Mohon sumbangan bayaran tambahan pra sekolah yang ditetapkan seperti berikut :
Prasekolah : RM 35.00
Pencadang : En. Muhd Sharyazmi bin Abdullah
Disokong oleh : Pn Nurul Hazirah bt Kamaluddin
Semua ahli bersetuju dengan bayaran tambahan yang telah ditetapkan seperti lampiran yang
disediakan.

5.4.2 Semua Jawatankuasa Pewaris PPKI mencadangkan sumbangan bayaran tambahan khusus

kepada murid-murid Pendidikan Khas diterima mengikut keperluan yang telah disenaraikan

seperti dalam lampiran yang disediakan.

PPKI : RM260.00

Pencadang : En Mukhiri bin Muhamad

Disokong oleh : En Mohd Zamri bin Yunus

5.4.3 Dana UPSR dan Akhbar Didik : RM 120.00

Pencadang : Pn Dzarilah bt Ahmad

Disokong oleh : Pn Barishah bt Mat Basir

5.4.4 Antara program tahun 6 yang akan dilaksanakan seperti dalam lampiran yang disediakan
• Penetapan target dan jaya waris
• Kaunseling berfokus
• Kelas tambahan

14

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

• Modul latih tubi
• Teknik Menjawab soalan UPSR

5.4,5 Mohon sumbangan bayaran tambahan bagi aliran perdana dari tahun 1 hingga tahun 6 seperti

berikut:

Tahun 1 : RM 117.80

Tahun 2 : RM 76.00

Tahun 3 : RM 88.00

Tahun 4 : RM 86.00

Tahun 5 : RM 91.00

Tahun 6 : RM196.00 ( Termasuk Dana UPSR dan akhbar Didik)

Pencadang : En Fahmi bin Abdul Hamid

Disokong oleh : En Khairuddin b.Said

AGENDA 6

UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 En Nazri bin Hj Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris di atas kerjasama dan
sokongan yang diberikan bagi menjayakan mesyuarat kali ni. Harapan beliau kerjasama ini akan
berpanjangan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.35 tengahari.

15

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG
TAHUN 2020

BIL AKTIVITI SASARAN PERUNTUKAN

1. Pembelian khemah (2 unit) Murid,waris RM 3250
2. Pembinaan pondok luar berbumbung RM16000
3. Pembelian Akhbar didik tahun 6 Murid, RM1069.5
4. Bahan Fotostat PBD Murid,waris RM5871.13
5. Bahan Pengurusan SOP Murid,guru,waris RM6665.3
6. Murid
Murid,Waris, RM1000
Sumbangan Kematian waris (10 orang ) Guru RM180
7. Bayaran kpd Rela Murid RM1405.5
8. Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG Murid,
9. Murid RM3250
,Waris,Guru
Pembelian khemah (2 unit)

16

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA, 08000 SUNGAI PETANI
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PIBG SK TAMAN RIA

(01 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020)

BIL PENDAPATAN JUMLAH BIL PERBELANJAAN JUMLAH
RM
1 Baki 2019 2,319.84 1 Mesyuarat agung pibg 2020 RM
32,985.00 2 Kematian waris (10 org x RM 100) 1,405.50
2 Sumbangan waris/guru 1,000.00
Komisyen Pasaraya Hari- 70.56 Sumbangan mengawal lalu lintas
3 (Nov/Dis)2019 200.00
3 hari 520.00 4 Khemah (2 unit)
5 Bayaran kpd Rela 3,250.00
4 Sumbangan individu 37.53 6 180.00
14984.02
5 Hibah bank Makanan mesyuarat ahli 300.00
Sumbangan zakat guru jawatankuasa (2 kali)
7 Pondok luar berbumbung 16,000.00
6 SKTR 8 Akhbar didik 1,069.50
9 Bahan Fotostat PBD 5,871.13
6,665.30
10 Bahan Pengurusan SOP 25.50
11 Caj bank 7.50

Buku cek

JUMLAH PENERIMAAN 50,916.95 JUMLAH PERBELANJAAN 35,974.43
JUMLAH BESAR 50,916.95
BAKI SEHINGGA 31.12.2020 14,942.52
JUMLAH BESAR 50,916.95

17

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

USUL-USUL YANG DITERIMA DAN DIBAHASKAN
DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23

USUL 1 :

1. Cadangan supaya bayaran bulanan kepada syarikat COWAY (penapis air) untuk kegunaan
murid-murid SK Taman Ria di sambung bayar oleh PIBG SK Taman Ria,

Pencadang : Ahli jawatankuasa PIBG

USUL 2 :

2. Cadangan supaya dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 kepada murid yang
menghilangkan
Kad I Campus .

Pencadang : Ahli jawatankuasa PIBG

USUL 3 :

3. Mohon sumbangan bayaran tambahan bagi tahun 2021 seperti yang ditetapkan :

PRA : RM 40.00

PPKI : RM 75.00

Tahun 1 : RM 75.00

Tahun 2 : RM 75.00

Tahun 3 : RM 75.00

Tahun4 : RM 75.00

Tahun 5 : RM 75.00

Tahun 6 : RM 75.00

Pencadang : Ahli jawatankuasa PIBG

USUL 4 :

4, Cadangan supaya PIBG memberi sumbangan kepada pekerja yang membantu pihak sekolah
untuk proses sanitasi kelas dan kawasan sekolah.

Pencadang : Ahli jawatankuasa PIBG

18

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

USUL 5 :

5, Padang awam iaitu tempat pengambilan anak pulang sekolah jalan keluar berbatu kasar
(jika tidak di tar).

Pencadang : Md Rodzi bin Md Hashim
Nama anak : Nur Hanis Shafiyyah bt Md Rodzi (4B)

• Setelah diteliti :oleh AJK PIBG , kebanyakan usul yang diterima berbentuk cadangan,
syor dan komen.

• Pihak sekolah akan mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya terhadap cadangan
,syor dan komen.

19

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RIA KALI KE-23

PENGHARGAAN

Yang Di Pertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG,
Sekolah Kebangsaan Taman Ria,

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Ria,
Tetamu-tetamu jemputan,

Penolong-penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Taman Ria,
Serta semua pihak

Yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -23 ini.

20


Click to View FlipBook Version