The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menerangkan tentang apakah faktor , punca , hukum bagi islam jika pemindahan organ ini, dan sebagainya, pelbagai ilmu yang ada di sini .

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norrohimi476, 2022-12-02 06:18:58

HUKUM PEMINDAHAN ORGAN DAN KAITANNYA DENGAN QAWAD FIQH

Buku ini menerangkan tentang apakah faktor , punca , hukum bagi islam jika pemindahan organ ini, dan sebagainya, pelbagai ilmu yang ada di sini .

Keywords: HUKUM PEMINDAHAN ORGAN MENGIKUT QAWAD FIQH

MPU23052
SAINS , TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

HUKUM PEMINDAHAN ORGAN DAN
KAITANNYA DENGAN

QAWAD FIQH

KUMPULAN 6

PENGENALAN DIRI

LOQMAN NUL HAKIM BIN
CHE MOHD ALI

15DKA21F2003

NURUL SYUKRIAH BINTI
SUKRY

15DKA21F2005

NURUL IZZATI BT
AHMAD SHAARANI

15DKA21F2029

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGENALAN KEPADA 1-2
PEMINDAHAN ORGAN DAN
KAITANNYA DENGAN QAWAID
FIQH

HUKUM PEMINDAHAN ORGAN 3

ASAS-ASAS KEHARUSAN 4
PEMINDAHAN ORGAN

FAKTOR/PUNCA-PUNCA 5
MENYEBABKAN PEMINDAHAN
ORGAN

ETIKA DAN AUTORITI HUKUM 6
ISLAM YANG MENYOKONG
PEMINDAHAN ORGAN 7-8
9
KAEDAH-KAEDAH FIQH YANG 10
BERKAITAN

KESIMPULAN

RUJUKAN

Tidak ada istilah “putus asa” dalam Islam. Sebagai makhluk yang diamanahkan
oleh Allah SWT untuk mengimarahkan muka bumi, manusia seharusnya
memanfaatkan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT bagi
menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran yang dihadapi. Ini termasuklah
soal merawat penyakit. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan
moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah
satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti berjaya
merawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat
akhir.

Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan daripada seorang
manusia kepada seorang manusia bagi tujuan menggantikan organ
penerima yang gagal berfungsi. Organ-organ dan tisu-tisu yang boleh
dipindahkan termasuklah jantung, injap jantung, hati, buah pinggang
(ginjal), paru-paru, kornea mata, tulang dan kulit. Pemindahan organ boleh
dilakukan daripada penderma yang masih hidup atau penderma yang sudah
meninggal dunia. Organ-organ yang boleh diambil daripada penderma yang
masih hidup ialah salah satu dari dua buah pinggang dan sebahagian hati.
Penderma yang sudah meninggal dunia pula boleh mendermakan semua
organ dan tisu yang sesuai bagi tujuan pemindahan.

1

Terjemahan:
Daripada Usamah ibn Syarik, beliau berkata, sekumpulan orang Badawi
berkata, “Ya Rasulullah, bolehkah kami mendapatkan rawatan?” Baginda
menjawab, “Ya boleh, wahai hamba-hamba Allah, dapatkanlah rawatan
kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan
(Dia) menentukan pula untuknya penyembuhan atau ubat kecuali satu
penyakit.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah penyakit itu?”
Baginda bersabda, “Penyakit tua.”1

2

HUKUM PEMINDAHAN ORGAN

Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ
tidak dibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran
dan al-Sunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan
perkembangan perubatan yang bermula pada abad ke-20. Walaupun
demikian, para ulama Islam sudah membincangkan perkara ini semenjak
tahun 1950-an lagi. Di Malaysia, isu pemindahan organ mula dibincangkan
pada tahun 1960-an apabila Mufti Negeri Perlis mengeluarkan fatwa
berhubung isu ini pada tahun 1965.
Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama Islam berkaitan
pemindahan organ bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan
pendekatan-pendekatan fikah. Fatwa yang bersifat ijtihadi, seperti yang
diterangkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi, ulama kontemporari dari Mesir, ialah
fatwa yang “masih boleh diperbincangkan, seperti juga ijtihad manusia yang
lain, tambahan pula ia bersangkutan dengan hukum masalah baharu yang
tidak tercatat pendapat ulama-ulama terdahulu".
Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah HARUS. Ini
kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara
nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah
(objektif syariah).

3

Asas-asas Keharusan Pemindahan
Organ

Pemindahan organ yang dilakukan bagi tujuan rawatan ialah pilihan terakhir
bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang menghidap kegagalan organ
peringkat akhir. Kaedah-kaedah fikah yang diguna pakai dalam hukum
pemindahan organ ini berasaskan realiti bahawa pemindahan organ ini
dilakukan dalam keadaan terdesak. Ini kerana tidak ada pilihan lain bagi
menyelamatkan nyawa pesakit. Dalam kata lain, pemindahan organ dilakukan
dalam keadaan yang sangat mendesak dan mustahak (darurat). Keselamatan
nyawa pesakit amat bergantung pada pemindahan organ
tersebut. Kaedah-kaedah fikah yang digunakan ialah:

(i) Segala urusan itu mengikut tujuannya

Dalam kaedah fikah ini, sesuatu perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan
tujuan ia dilakukan. Tujuan pemindahan organ adalah bagi menyelamatkan
nyawa pesakit dan mampu mengelakkan kemudaratan yang lebih besar
dengan melakukan kemudaratan yang lebih ringan. Pemindahan organ tidak
dilakukan dengan niat untuk menghina atau menyeksa mayat, sebaliknya ia
dilakukan bagi tujuan menyelamatkan nyawa.

(ii) Kemudaratan perlu dihilangkan

Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu
matlamat syariah. Dalam konteks pemindahan organ, rawatan ini memenuhi
matlamat memelihara nyawa manusia. Ganjaran yang Allah SWT janjikan
kepada usaha menyelamatkan nyawa manusia amat besar seperti yang disebut
dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT yang berikut:
Terjemahan:
“…dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka
seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya…”

(iii) Kesukaran membawa kemudahan Pemindahan organ ialah ikhtiar yang
diilhamkan oleh Allah SWT kepada manusia sebagai suatu kemudahan bagi
mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kegagalan organ
peringkat akhir.

4

FAKTOR /
PUNCA - PUNCA MENYEBABKAN
PEMINDAHAN ORGAN

Kerosakan Pada Injap Jantung
Kerosakan pada injap jantung seperti bocor atau sempit.Tekanan
pada jantung ini secara tidak langsung menyebabkan tekanan
pada paru-parumeningkat. Dalam keadaan ini, pembedahan
menukar injap tidak bolehdilakukan. Tetapi, kedua-dua organ ini
perlu diganti sekali gus.

Penyakit Jantung Iskemik (Iskemik Kardiomiopati)
Bekalan jantung yang tidak mencukupi menyebabkan pesakit
tersenaraidalam senarai menunggu mengalami tekanan paru-paru
meningkat Pesakit akan dinilai semula sama ada layak menjalani
pemindahan jantung sajaatau jantung dan paru-paru.

Mereka yang dilahirkan mempunyai paru-paru
bermasalah
Keadaan ini mengakibatkan tekanan dalam paru-paru meningkat
dan lama-kelamaan fungsi jantung terjejas
Kerosakan kedua-dua paru-paru (Emfesema)
Ia disebabkan oleh emfisimitus yang mengakibatkan tekanan
tinggi padaparu-paru. Apabila ini berlaku, jantung mengalami
kesukaran mengepam darah.

5

ETIKA DAN AUTORITI
HUKUM ISLAM YANG
MENYOKONG PEMINDAHAN
ORGAN

Pendapat yang mengatakan bahawa pemindahan organ itu tidak boleh

dilakukan adalah berdasarkan autoriti

mbauhkaawbaumAillianhi s.w.t mengharamkan
sebarang dibidas oleh pendapat
pembinasaan di lakukan di

yang menggunakan Firman Allah yang berikut:

1. Allah swt tidak menyukarkan umat Islam

Al Maidah: 5/6; Maksudnya: “Allah bukan mahu menyukarkan kamu”
Al Hajj: 78; Maksudnya: “Dan Ia tidak membebankan kamu dengan sesuatu
kesukaran
di dalam agama.”

Bersesuaian dengan maksud ayat di atas, Islam itu bukanlah suatu agama
yang menyukarkan umatnya.Ada pendapat yang mengatakan bahawa organ
tidak boleh diambil dari seseorang yang telah mati di atas sebab-sebab yang
telah dinyatakan di atas. Al Razi menyanggah pendapat ini. Beliau berpendapat
bahawa tiada lagi kesakitan setelah mati. Ini adalah kerana mereka yang
benar-benar percaya akan kewujudan hari akhirat, sudah tentu kehidupan di
dunia ini dipenuhi dengan usaha-usaha untuk berbuat kebaikan dan cuba
sedaya upaya untuk memenuhi segala tuntutan agama. Perkara ini jugalah
yang akan mengurangkan kesakitan setelah mati.

2. Prinsip apabila bertembung dua kemudaratan

Memenuhi dan memelihara keperluan darurat manusia adalah merupakan
salah satu daripada perkara-perkara yang dituntut oleh syara'. Hukum asal
yang mengharamkan pemindahan organ manusia adalah merupakan batasan
yang bertujuan menghindarkan kemudaratan. Jika pemindahan itu
memudaratkan penderma maka ia perlu dielakkan. Manakala jika tanpa
pemindahan tersebut pesakit yang sepatutnya menerima organ itu akan
berada di dalam kemudaratan yang lebih hebat maka pemindahan organ itu
adalah diharuskan.

6

KAEDAH-KAEDAH FIQH
YANG BERKAITAN

Terdapat beberapa kaedah fiqh yang boleh diguna pakai dalam menentukan
keharusan hukum mengenai isu pemindahan dan pendermaan organ kepada
pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ peringkat akhir ini.
Tujuan utamanya ialah untuk memenuhi salah satu tuntutan maqasid syar’iyyah
iaitu menjaga nyawa manusia disamping mempertingkatkan kualiti hidup
penerimanya.

Kaedah fiqh yang dikenal pasti dalam mengharuskan pemindahan dan
pendermaan organ :

1.“Kaedah Maslahah Al-Mursalah” iaitu mendatangkan segala bentuk
kemanfaatan atau menolak segala kemungkinan kemudharatan yang merosak.

Kemaslahatan ialah perkara yang mendatangkan kebaikan yang tidak
didukung oleh dalil syariat atau nas yang terperinci, namun ia mendapat
sokongan kuat dari makna secara tersirat sejumlah nas yang ada.
Ianya juga termasuk dalam Maqasid Syar’iyyah iaitu maslahah yang
dikehendaki Allah S.W.T untuk hambanya yang terdiri daripada memelihara
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta secara mutlak.
Oleh itu maslahah ini adalah satu keadaan di mana tiada dalil khusus
daripada syara’ yang menerangkannya dan tidak ada hukum yang telah
dinaskan oleh syara’ yang menyerupainya, yang mana boleh dihubungkan
hukumnya melalui dalil Qiyas.
Perkara tersebut terdapat satu sifat yang munasabah untuk diletakkan
hukum tertentu kepadanya kerana ia mendatangkan maslahah atau menolak
mafsadah (perkara yang mendatangkan kerosakan).

7

KAEDAH MENGIKUT
HADITH

‫لأصل فى الاشياء الاباحة حتى يدل الدليل على الّتحريم‬

“Asal pada kebanyakan perkara adalah harus sehingga ada dalil yang
menunjukkan ianya haram”

Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran
mahupun Sunnah kerana kaedah ini merupakan perkembangan yang baru dalam dunia perubatan. Para
ulama telah bersepakat bahawa pemindahan organ adalah diharuskan. Di samping itu tiada
persepakatan sama ada isu ini diterima atau ditolak berdasarkan daripada sumber nas yang qat’ie.
Namun begitu keharusan pemindahan organ ini adalah apabila tidak ada alternatif lain yang boleh
menyelamatkan nyawa pesakit. Ianya juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudharat yang
lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (yang masih hidup).

‫ وانما لكل امرئ ما نوى‬.‫انما الأعمل بالنيات‬

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan
sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang diniatkan”

Islam mensyaratkan pendermaan dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang yang
sakit semata-mata kerana Allah SWT. Ia bukannya bertujuan untuk jual beli ataupun mendapat
ganjaran.

‫ومن احياها فكأّنما احيا الّناس جميعا‬

“Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia,
maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia

semuanya”

Ganjaran yang Allah SWT janjikan dalam menyelamatkan nyawa manusia adalah amat besar.
Sehubungan dengan itu pemindahan dan pendermaan organ adalah merupakan bentuk usaha yang
diharuskan untuk menyelamatkan nyawa seseorang daripada kebinasaan. Yusuf al Qaradhawi
berpendapat bahawa walaupun diri manusia itu adalah amanah Allah, namun manusia diberikan kuasa
untuk menguruskan dirinya. Ia sama seperti harta, meskipun ia suatu amanah Allah tetapi pemiliknya
berhak menguruskan hartanya termasuk mendermakannya kepada orang lain. Cuma bezanya ialah
seseorang itu boleh mendermakan semua hartanya tetapi tidak semua anggota tubuh badannya

8

KESIMPULAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah meletakkan pengorbanan jiwa raga pada peringkat
yang tertinggi sekali daripada sepuluh jenis pengorbanan yang beliau sebutkan
dalam Madarij al-Salikin. Penderma organ boleh dikategorikan di bawah
pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah
ini. Ini kerana penderma sanggup menderma organnya kepada pesakit yang
memerlukannya dengan syaratsyarat yang ditetapkan. Menyelamatkan nyawa
manusia ialah salah satu daripada
tumpuan penjagaan syarak dalam Islam.
Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai
rasa tanggungjawab untuk membantu satu sama lain tanpa mengira latar
belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. Islam sememangnya amat
menggalakkan sifat taawun atau
bantu-membantu seperti dalam ayat al-Quran.

Terjemahan:
“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar
perintah-Nya).”37

9

RUJUKAN

DR MUHAMMED ANIS BIN ABD. WAHAB, (2013, Jun 12 ) , Pengurus
Klinikal, Pusat Sumber Transplan Nasional. Jomlashine .
http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/96-himpunan-kertas-
kerja/153-pendermaan-dan-pemindahan-organ
Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, ( 2011 , April 19 ) .
Pemindahan Organ Islam.
https://www.ummc.edu.my/files/HealthPhamplet/Pemindahan_O
rgan_IslamBM.pdf
Dr. Zulkifly bin Muda , ( 2013 , Jun 8 ) . HUKUM PEMINDAHAN
ORGAN MANUSIA. http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/96-
himpunan-kertas-kerja/154-hukum-pemindahan-organ-manusia

10


Click to View FlipBook Version