1. Salmon(Salmon)
Salmon merupakan sejenis ikan yang sangat unik. Ianya mengandungi
asid lemak omega-3 yang paling tinggi berbanding ikan jenis lain.
Omega-3 merupakan bahan yang sangat penting untuk memastikan tubuh
dapat berfungsi pada tahap optimum. Salmon terbukti
dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan dan juga mengurangkan
risiko penyakit merbahaya
Walaupun harganya agak mahal, ianya merupakan sebuah taruhan yang
sangat berbaloi. Selain mengandungi kandungan asid lemak yang
berguna, dalam ikan salmon juga terdapat pelbagai lagi nutrien penting
lain. Antaranya termasuklah magnesium, potasium, selenium dan juga
vitamin B
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan salmon dalam
diet mereka dengan lebih kerap kurang berisiko untuk mendapat
penyakit jantung, nyanyuk, kemurungan dan juga penyakit
lain. Selain itu, rasanya sangat enak dan senang dinikmati.
2.Brokoli ( Brocoli)
Mungkin ramai yang kurang menggemari sayuran hijau. Bagi anda yang
tergolong dalam kumpulan ini, anda tak perlu risau!
Ini kerana rasa Brokoli ini sangat enak walau bagaimanapun cara anda
menghidangnya. Makan mentah pon sedap apatah lagi apabila dimasak
dan dimakan bersama bahan makanan lain.
Brokoli merupakan sumber serat, Vitamin K dan Vitamin C yang sangat
bagus .Vitamin C merupakan bahan antioksida yang utama manakala
Vitamin K pula dapat membantu meneutralkan proses pembekuan
darah dalam kalangan pesakit yang mempunyai masalah hati .
Kandungan seratnya pula membantu proses penghadaman dan
mencegah sembelit .
3.Beri Biru (Blueberry)
Beri Biru sering tampil sebagai bintang utama dalam hidangan menu diet.
Sebabnya? Tentulah kerana kandungan antioksida yang sangat luar biasa
yang terdapat di dalamnya.
Yang paling utama ialah antosianin. Ianya telah terbukti
dapat meningkatkan daya penglihatan serta fungsi otak .Tumbuhan
kecil ini juga boleh mengurangkan keradangan yang sering menjadi
faktor utama penyakit kronik seperti yang dialami di kalangan individu
obes, pesakit jantung, pesakit Alzheimer dan juga pesakit Parkinson.
Terdapat juga dapatan kajian yang membuktikan bahawa beri biru ini
merupakan agen antikanser yang lebih baik berbanding buah-buahan
lain.Sungguh mengagumkan!
4.Chia Seed(Chia Seed)
Chia seed ni tentunya sangat popular di kalangan individu yang tengah
berhempas pulas nak menurunkan berat badan.
Ini kerana chia seed ni memang penuh dengan nutrisi. Tak padan dengan
saiznya yang halus tu. Satu auns (28 gram) chia seed saja dah
mengandungi 11 gram serat dan juga jumlah magnesium, mangan,
kalsium, dan pelbagai nutrien lain yang dah memadai untuk tubuh .
Tak hairanlah jika para "dieters" sering mengambilnya untuk menyekat
selera makan mereka. Makan sikit saja pun dah rasa kenyang.Jadi,
keinginan nak makan banyak tu berkurangan la. Diet pon cepat je kurus.
Betul tak?
5.Kelapa(Coconut)
Kelapa kaya dengan serat dan asid lemak yang sangat hebat dikenali
sebagai "mediumchain triglycerides (MCTs)".
Kenapa ianya hebat?
Kerana ianya dapat diserap secara terus melalui usus kecil dan boleh
terus digunakan oleh badan untuk menghasilkan sumber tenaga .
Selain itu, ianya juga dapat membantu menurunkan berat badan,
menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan kesihatan jantung,
membantu sistem penghadaman, meningkatkan sistem imunisasi
tubuh dan juga membantu merawat penyakit berkaitan otak seperti
lupa dan sebagainya .
Banyak sekali manfaatnya bukan? Jadi lepas ni bolehla tanam pokok
kelapa banyak-banyak ya.
6.Rumpai Laut (Seaweed)
Bila dengar tentang rumpai laut, mesti ramai yang tengah terbayangkan
sushi. Yumm sedapnya! Tapi tahukah anda rahsia di sebalik makanan ruji
masyarakat Jepun ni?
Rumpai laut merupakan tumbuhan yang hidup di dasar laut .Tumbuhan
laut ini sebenarnya mempunyai lebih nutrisi berbanding tumbuhan
darat. Ianya mengandungi bahan mineral yang tinggi seperti kalsium, zat
besi, magnesium dan juga mangan .
Selain itu, di dalamnya juga terdapat banyak bahan radioaktif,
termasuklah phycocyanins dan karotenoid.
Bahan-bahan ini merupakan sumber antioksida penting yang juga
berfungsi sebagai bahan anti radang yang hebat .Tapi, apa yang
membuatkan rumpai laut ni sangat istimewa mestilah kerana kandungan
iodinnya yang sangat tinggi.
Iodin merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk
membuat hormon tiroid. Hormon tiroid merupakan hormon yang
mempunyai fungsi penting yang bertindak hampir ke atas setiap sel dalam
tubuh manusia.
Antarnya adalah meningkatkan kadar metabolik basal, membantu
mengawal pertumbuhan tulang dan pematangan saraf, dan
meningkatkan kepekaan sistem tubuh badan .
7.Epal(Apple)
Anda tentu biasa mendengar pepatah Inggeris yang berbunyi:
An Apple A Day Keep A Doctor Away
Selain rasanya yang enak, buah epal juga menawarkan manfaat lain yang
boleh menjauhkan anda daripada penyakit!
Ianya tinggi dengan serat, vitamin C dan antioksida yang tidak ternilai
banyaknya. Selain penuh nutrisi, epal juga mempunyai kesan
prebiotik serta menyokong pertumbuhan bakteria baik .
Mungkin sebab itulah ianya dapat membantu mencegah
diabetes , obesiti dan juga penyakit jantung .Betul-betul tak payah
jumpa doktor rupanya!
8.Bawang Putih (Garlic)
Kajian menunjukkan bahawa bawang putih boleh menurunkan kadar
kolestrol dan juga kadar trigliserida iaitu lemak darah.
Jadi, ianya dapat membantu membendung masalah arteri tersumbat (25).
"Dengan mengamalkan pengambilan dua ke tiga ulas
bawang putih dalam masa sehari, 50 peratus risiko
untuk mendapat serangan jantung pada masa akan
datang dalam kalangan pesakit jantung dapat
dikurangkan" - Dr. Ed Bauman, Pelapor Bauman
College-
Bawang putih juga mengungguli carta dalam senarai bahan
pencegah kanser utama yang dikeluarkan oleh Institut Kanser
Nasional.
Bawang putih yang dibakar dapat membantu menyucikan
badan daripada bahan yang terkandung logam berat
seperti merkuri daripada ikan dan juga kadmium .
Selain itu, ianya juga bertindak sebagai antibakteria yang
dapat meningkatkan ketahanan sistem tubuh yang
disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria .
9.Buah Delima(Pomegranate)
Buah delima sememangnya terkenal dengan manfaatnya yang luar biasa.
Namanya juga ada disebut dalam Al-Quran. Jadi keistimewaanya memang
tidak dapat disangkal lagi.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat
buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah
al Rahman ayat 68]
Ianya mempunyai sehingga tiga kali ganda tahap antioksida yang lebih
tinggi berbanding beberapa jenis sumber lain seperti teh hijau dan buah
anggur.
Buah delima juga mampu mengurangkan plak yang menyekat
arteri Plak-plak inilah yang menyebabkan penyakit jantung dan juga
strok.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan buah delima dalam jangka
masa yang lama juga dapat melambatkan proses
penuaan dan mencegah kanser
10.Lobak Merah ( Carrot)
Lobak merah merupakan antara sayuran yang sangat terkenal. Pada
kebanyakan masa, kita dapat melihat lobak merah ini digunakan dalam
pelbagai jenis masakan.
Dalam lobak merah terdapat pelbagai jenis nutrien penting seperti serat,
vitamin A dan K, dan juga antioksida penting seperti beta-
karotena .Dengan memakan lobak merak, tahap antioksida dalam badan
manusia dan juga haiwan akan dapat ditingkatkan .
Kajian lain menunjukkan bahawa dengan mengambil karotena seeprti beta-
karotena itu tadi, risiko untuk mendapat pelbagai
jenis kanser termasuklah kanser payu dara, kanser prostat, dan kanser
perut akan dapat dikurangkan .
Ianya merupakan snek yang enak yang boleh dinikmati secara semulajadi
ataupun boleh juga direbus dan diambil sebagai hidangan tambahan dalam
masakan.
11.Coklat Gelap(Black Chocolate)
Coklat gelap yang mempunyai kandungan koko yang tinggi merupakan
anatara bahan paling bernutrisi yang anda boleh ambil.
Selain rasanya yang enak, ianya juga diperkaya dengan serat, zat besi,
magnesium dan juga mangan .Tapi manfaat utamanya tentulah variasi
antioksida yang terkandung di dalamnya.
Faktor inilah yang menyebabkan ianya tersenarai dalam makanan yang
mempunyai kuasa luar biasa ataupun dipanggil juga sebagai superfood.
Banyak dapatan kajian menunjukkan bahawa coklat gelap
boleh meningkatkan fungsi otak, meningkatkan pengaliran darah ke
seluruh sistem tubuh, dan juga mengurangkan tekanan darah .
.
12. Walnut (Walnut)
Selain coklat gelap, walnut juga merupakan antara superfood yang
popular. Ianya dianggap sebagai snek yang bagus untuk meningkatkan
fungsi otak .
Walnut juga merupakan sumber tumbuhan yang kaya dengan asid
lemak omega-3. Asid lemak omega-3 dari tumbuhan, termasuk walnut
dikenali sebagai alpha-linolenic acid (ALA). Ianya merupakan lemak
penting yang perlu dimasukkan dalam diet seharian anda.
Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa setiap gram ALA
yang anda ambil setiap hari dapat menurunkan
risiko mati disebabkan penyakit jantung sebanyak 10 peratus .
13. Daun Saderi
13.Daun saderi ( Clerery)
Jika anda penggemar Kartun Wonderpats, tentu anda pernah melihat daun
ni kan? Daun ini sering menjadi bahan tambahan dalam sup. Ianya
merupakan sayur yang digemari semua. Daun Saderi ini juga senang
dimasak dan dinikmati.
Selain rasanya yang enak, daun saderi juga mengandungi
kandungan vitamin C dan fosforus yang bagus dan merupakan sumber
vitamin K yang terbaik .
Vitamin K merupakan nutrien penting yang diperlukan untuk pembekuan
darah yang lebih baik
Ianya juga diperlukan untuk memastikan fungsi osteocalcin berjalan
lancar. Osteocalcin adalah protin hormon yang penting untuk kesihatan
tulang).
14. Produk Tenusu (Dairy Milk)
Produk tenusu merupakan sumber sihat untuk mrndapatkan pelbagai
nutrien penting. Produk tenusu yang mempunyai lemak penuh adalah
yang paling baik.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengamalkan pengambilan
produk tenusu yang mengandungi lemak penuh dalam diet
mereka mempunyai risiko yang rendah untuk menjadi
obes dan dijangkiti penyakit kencing manis jenis 2
Jika produk tenusu tersebut datangnya dari lembu yang makan rumput,
ianya lebih bernutrisi - kerana kandungan asid lemak bioaktif seperti
" conjugated linoleic acid (CLA)" dan vitamin K2 lebih tinggi (
15. Ubi ( Starch Food)
Ubi merupakan sumber yang sangat umum dan mudah didapati. Terdapat
sekurang-kurangnya 2,000 jenis ubi yang ditanam di 160 buah negara di
seluruh dunia
Ianya sangat bernutrisi tinggi, diperkaya dengan serat, vitamin C,
vitamin B6, potasium dan juga mangan
Ubi yang telah dimasak juga mengandungi sumber "resistant starch",
sejenis kanji yang boleh melalui saluran pencernaan tanpa perlu dicerna
dan membantu membekalkan sumber makanan kepada bakteria baik
yang terdapat dalam usus
Selain itu, ubi rebus juga merupakan sumber tenaga yang baik, yang
akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam tempoh masa yang
lama. Jadi, ianya dapat membantu proses penurunan berat badan
16.Beras Perang (Brown rice)
Beras merupakan makanan ruji di rantau Asia. Beras perang
mempunyai nutrisi seimbang dengan jumlah serat, vitamin B1,
dan magnesium yang
Menurut Jabatan Kemanusiaan, Sosial dan Sains Politik
Universiti Harvard, serat yang terdapat dalam beras perang
membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan,
membantu sistem penghadaman berjalan dengan lebih
lancar, dan menambahkan tenaga di samping menghalang
penggumpalan darah daripada berlaku
17. Cendawan ( Mushroom)
Cendawan sudah digunakan sejak berkurun lamanya dalam bidang
perubatan tradisional di wilayah Timur. Ini kerana ianya mempunyai kesan
yang sangat hebat dan mampu meningkatkan sumber pertahanan tubuh
badan.
Cendawan seperti maitake boleh membantu mengelakkan
dan menyembuhkan kanser, penyakit-penyakit viral, kolestrol
tinggi dan tekanan darah tinggi
Secara umumnya, cendawan banyak digunakan sebagai ubatan tambahan
untuk mengubati kanser di rantau AsiaIni disebabkan oleh
kemampuannya untuk merawat kesan toksik yang diperoleh daripada
kesan kimoterapi dan juga radiasi .
Pada masa yang sama, ianya juga dapat mengecutkan ketumbuhan
tumor Tambahan lagi, penyelidik dari Jepun telah menemukan bukti
bahawa dengan memakan cendawan shiitake dalam kadar yang
kerap, tahap kolestrol dalam darah dapat dikurangkan sebanyak 45
peratus
18. Avocado (Avocado)
Buah avocado sememangnya tinggi kandungan lemak. Tetapi,
ianya mengandungi lemak tak tepu yang menyihatkan Bahan
ini dapat membantu mengurangkan risiko kancer, penyakit
jantung dan juga kencing manis
Selain itu, avocado juga dapat membantu sistem peredaran
darah dan pertumbuhan tisu baru, menstabilkan gula
dalam darah, dan juga baik untuk pesakit yang
menghidapi masalah jantung
Buah avocado juga diperkaya dengan serat dan merupakan
sumber lutein yang baik. Lutein merupakan sumber antioksida
yang dapat meningkatkan kesihatan mata dan juga kulit
19.Almond (Almond)
Almond diperkaya dengan sumber serat dan lemak tepu mono. Kedua-
dua bahan tersebut terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar
kolestrol.
Ianya juga kaya dengan sumber antioksida yang pelbagai Antioksida
ini melindungi tubuh daripada stres oksodatif, yang boleh
memusnahkan sel dalam tubuh.
Sel oksidatif inilah yang mencetuskan pelbagai penyakit
seperti keradangan di bahagian badan, penuaan dan juga kanser
Selain itu, almond juga boleh membantu mengawal gula dalam
darah Ianya sesuai diambil oleh individu yang menghidap penyakit kencing
manis.
20. Kuning Telur (Egg Yolk)
Kuning telur sering menjadi isu. Ramai yang tak mahu mengambil kuning
telur kerana kandungan kolestrol yang terdapat di dalamnya
Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa kolestrol bukanlah
sesuatu yang anda perlu takuti.
Dengan mengambil kandungan kolestrol yang sederhana, ianya tidak
akan meningkatkan kolestrol jahat ataupun LDL kolestrol dalam darah
anda
Malah, kuning telur sebenarnya merupakan salah satu makanan paling
bernutrisi yang terdapat di muka bumi ini. Telur biasanya mempunyai
nutrisi yang sangat tinggi sehingga ianya digelar sebagai "multivitamin
semulajadi".
Kuning telur mengandungi vitamin, mineral, dan juga pelbagai
nutrien yang sangat bagus seperti choline
Ianya juga kaya dengan lutein dan zeaxanthin, sejenis antioksida yang
boleh melindungi mata dan mengurangkan penyakit mata
seperti katarak dan juga degenerasi makula; sejenis kemerosotan daya
penglihatan yang biasanya dialami oleh golongan yang lebih berusia.
Selain itu, telur juga mengandungi protin yang berkualiti tinggi dan
juga lemak baik. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ianya dapat
membantu anda menurunkan berat badan .
Telur juga sangat mudah didapati. Selain harganya berpatutan, rasanya
juga sedap dan senang untuk disediakan.
21.Minyak Zaitun ( Olive Oil)
Minyak zaitun merupakan minyak yang
diekstrak secara semulajadi dari buah zaitun. Ianya kerap digunakasebagai
bahan asas dalam masakan oleh penduduk kawasan Mediterranean
Khasiatnya yang utama adalah kandungan asid lemak tepu
mono (monosaturated fatty acids -MUFA) dan juga bahan-
bahan polyphenolic
Bahan-bahan ini membantu mengurangkan keradangan dan
risiko mendapat penyakit merbahaya seperti penyakit jantung dan juga
kencing manis
Ianya juga mengandungi antioksida seperti vitamin E dan K, yang boleh
melindungi sistem tubuh daripada kerosakan sel dan stres oksidatif
Jadi itulah senarai 21 Makanan Berkhasiat Yang Anda Perlu Tahu dan
cuba aplikasikan dalam diet seharian anda. Semoga manfaatnya dapat
dirasai dan dapat mengubah hidup anda menjadi lebih baik.