The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2020 04 - Ke Arah Pemerkasaan Komunikasi Amanah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazzatulaqmalmasbah, 2022-04-14 01:05:14

AGENDA MESYUARAT JK PENGURUSAN

2020 04 - Ke Arah Pemerkasaan Komunikasi Amanah

AMANAHCOMM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI AMANAH NEGARA

KE ARAH PEMERKASAAN KOMUNIKASI AMANAH

A. LATARBELAKANG

Mengikut satu analisis keberadaan di media (media visibility) yang dibuat oleh
sebuah agensi kerajaan, tahap keberadaan Parti Amanah Negara
(AMANAH) di media arus perdana sejak beberapa bulan yang lepas diadalah
pada tahap yang rendah. Kadar laporan berita berkaitan AMANAH atau
kenyataan media oleh pemimpin AMANAH sangat jarang muncul di media
arus perdana dan atau dilapor sebagai berita utama.

B. PERNYATAAN MASALAH

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah:-

1. Keberadaan media (media visibility) AMANAH tidak disusun dan
dirancang;

2. Kelewatan pemimpin AMANAH untuk memberi respon segera kepada
isu-isu yang timbul atas sebab-sebab berikut:-
a. Tiada keputusan dan ketetapan yang jelas dalam isu-isu yang
melibatkan halatuju parti dan kolisi;
b. Tiada maklumat yang cukup terutamanya dalam isu-isu terkait
pentadbiran, polisi dan isu-isu rakyat;
c. Tiada koordinasi berkesan antara pemimpin dan media.

C. CADANGAN

Berikut adalah cadangan untuk menambahkan keberadaan AMANAH di
media terutamanya media arus perdana: -

1. Rancangan media (Media Plan) AMANAH mesti dibuat dari masa ke
semasa oleh Pegawai Media AMANAH.

2. Pegawai Media menyelaraskan kenyataan media pemimpin AMANAH
setiap hari mengikut kesesuaian isu dan rancangan media yang
disediakan.

3. Panel pakar rujukan sumber diwujudkan untuk capaian maklumat yang
lebih cepat dan tepat apabila diperlukan.

4. Mengadakan sidang media pada setiap kali mesyuarat bulanan
Jawatankuasa Pimpinan Nasional.

Page 1 of 2

AMANAHCOMM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI AMANAH NEGARA

D. MOHON KEPUTUSAN
Biro Komunikasi memohon keputusan mesyuarat Jawatankuasa AMANAH
Nasional untuk: -

I. Menugaskan seorang Pegawai Media sepenuh masa (seorang yang
berpengalaman sebagai wartawan) bertugas di pejabat Biro
Komunikasi Nasional di bawah pengawasan Pengerusi Biro Komunikasi
dan sekretariatnya untuk menjalankan tugas-tugas berikut: -
1. Menyediakan Pelan Media untuk AMANAH dari masa ke masa
untuk memposisikan AMANAH di media dengan berkesan.
2. Menyelaras pelaksanaan aktiviti media AMANAH bagi
memastikan keberadaan AMANAH di media pada setiap masa.
3. Membantu menyediakan kenyataan-kenyataan media untuk
pemimpin AMANAH terkait isu-isu harian dan lain-lain.
4. Menyelaraskan hubungan dengan pemain-pemain media.

II. Menetapkan untuk memanggil sidang media pada setiap selepas
mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pimpinan Nasional.

Page 2 of 2


Click to View FlipBook Version